Friday, September 16, 2011

Moga rohnya bersama orang-orang yang dirahmati Allah

Takziah pada keluarga angah Rahim atas kehilangan isteri yang tercinta dalam kemalangan kereta di Jengka.Berita ini memang mengejut kami sekeluarga.Begitulah janji Allah,kita hanya menumpang dan dan dipinjamkan dunia ini untuk sementara waktu sahaja,bila tiba masanya kita dipanggil Allah untuk kembali kepadanya tiada daya upaya kita untuk menolak dan tiada tempat untuk kita melarikan diri darinya. Alhamdulillah si suami tidak mengalami cedera serius dan anak perempuan arwah yang bersama didalam kereta mengalami cedera patah tulang rahang dan cedera tulang peha. Semoga Allah memberikankekuatan dan ketabahan pada mereka sekeluarga yang kehilangan orang yang paling mereka sayangi.Tambahan lagi pemergianya secara tiba-tiba.Ya Allah berikanlah kekuatan pada anak-anak arwah untuk menempuh hari-hari mendatang demi meneruskan kehidupan yang masih panjang. Bagi aku memang sayu melihat cucuran air mata anak-anak ketika memberikan ciuman terakhir buat bonda tersayang, aku maseh mampu menahan air mata namun disaat keranda diusung keluar menuju ke surau untuk disembahyangkan tiba-tiba air mataku mengalir dengan derasnya tidak mampu ku tahan,tiba-tiba aku terbayang aku juga akan begitu juga akhirnya,hanya kain putih tanpa berjahit membungkus badan. Tiada sebarang perhiasan dunia pun yang menyaluti badan.Walau setinggi mana pun pangkat kita,sebanyak mana pun harta kita,itu semua tidak tidak akan dapat membantu kita bahkan kita tidak bawa pun ia bersama kita. Tiada apa yang kita bawa melainkan amalan kita.Moga jasadnya bersemadi dengan aman dan diredhai oleh Allah.Amin,takziah sekali lagi,bagi ku walaupun kami baru menjalin semula hubungan kekeluargaan yang lama terabai kerana tinggal dijarak yang jauh ditambah dengan kesibukkan kehidupan masing-masing,namun kesingkatan masa bermesra tetap menjadi kenangan indah buat selamanya.Aku dapat melihat teman-teman arwah turut menangisi pemergianya tentu semasa hayatnya ia disenangi teman dan jiran Alhamdulillah mudah-mudahan itu petanda yang baik bagi arwah .Amin

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, May 24, 2011

sensitif tapi perlu

Kadang-kadang masalah rumahtangga ini amat rumit untuk dibincangkan. Adat dan budaya yang telah ditanamkan sekian lama bahawa apa yang berlaku adalah rahsia yang perlu disimpan tidak boleh disebarkan ,kalau disebarkan mengaibkan keluarga. Cerita suami isteri biarlah jadi rahsia mereka berdua sahaja. Terlebih lagi si perempuan atau isteri cakap lebih-lebih hal hubungan intim pasti akan dicop,galak gatal dan sebagainya. Walaupun kita menghadkan perbincangan soal sex dan hubungan intim suami tetapi ia tidak bermaana pintu perbincangan ditutup terus. Perbincangan bukan sekadar suka-suka tapi ia amat perlu bagi pasangan yang menghadapi masalah. Dalam entry saya yang lepas menyedarkan saya betapa sebenarnya budaya kita jangan bincang soal sex dalam rumahtangga itu memberi impak yang besar pada sang isteri. Bila sebut soal hubungan intim suami isteri, sang suami sering berlagak sombong dan ego untuk mengaku kelemahan. Amat sukar lelaki mengaku lemah tenaga batin itu adalah sejenis penyakit yang perlu dirawati sama macam penyakit-penyakit yang lain juga. Sama juga seperti wanita suatu masa dahulu bila sebut kanser payu dara atau kanser pangkal rahim pasti mereka malu untuk berjumpa doktor.Kini setelah makin banyak perbincangan dan penerangan maka ramai wanita yang faham dan mereka tidak malu lagi untuk mendapat rawatan

Pernah seorang datang berjumpa saya menceritakan masalah suami yang menghadapi masalah lemah tenaga batin sambil menangis,kerana suaminya langsung tidak mahu berusaha berubat bahkan siisteri menjadi mangsa, sering dimarah bila siisteri mendekatinya waktu malam. Dia sendiri merasa seolah -olah isteri tidak faham dan mencabarnya."Jangan nak paksa-paksa orang" itulah yang selalu diulang pada isteri.Bila isteri ajak berubat dia kata "nak buat apa bukan saya sakit".Yang lebih meninggikan ego suami kerana walaupun dia "importan" dia masih mampu menghamilkan siisteri. Yang menyedihkan siisteri sendiri oleh kerana kenaifannya,tidak tahu kisah mati pucuk,secara kebetulan sahaja ibunya bercerita masalah orang lain yang mati pucuk,barulah dia beritahu pada emaknya yang suaminya pun begitu juga.Mengucap panjang siibu,lalu dinasihati sianak untuk berbincang dengan suami bawa berubat.

Alangkah simpatinya saya bila dia bercerita sambil menangis,teringat kata-kata sahabat ketika berbincang masalah yang samA "Kasihan isteri-isteri yang dapat suami begitu tidak ada nikmat berumah tangga.kalau tak cukup makan boleh mintak dengan orang,tak cukup duit boleh pinjam dengan kawan,tak cukup benda tu nak mintak tolong dengan siapa,bukan boleh pinjam-pinjam,bukan boleh minta-minta merata hala, mintak pun tak boleh berdosa" kami ketawa mendengar cakap sahabat itu dalam hati berkata betul juga. Bila perkara ini berlaku kesanya dalam keharmonian rumahtangga memang ada. Macam yang saya ceritakan sebelum ini masalah inilah yang menyebabkan kawan saya mintak cerai dari suaminya. Kita nak salahkan perempuan pun tidak boleh juga bukan semua sanggup dan mampu menahan gelora nafsu. Sebenarenya banyak masalah rumahtangga ini berpunca dari masalah ini tetapi tidak ditunjukkan terutama dari pehak perempuan,malu nak mengaku tidak mendapat kepuasan sex tapi mencipta masalah lain,bila perasaan tidak puas hati ini ada maka hal-hal yang sikit pun akan mampu mengundang pertengkaran dan pergaduhan.

Tulisan ini bukan tujuan menceritakan masalah orang saja-saja nak cerita lucah ini hakikat dan realiti masa kini. Ramai yang menghadapi masalah ini tapi tidak berani berterus terang lalu mencipta masalah-masalah sampingan untuk melindungi masalah yang sebenar. Kerana persepsi kita sendiri tidak manis bincang masalah sebegitu ,hubungan intim memang keperluan dalam rumahtangga yang normal kenalah terbuka,antara suami isteri ,kerana setiap penyakit mesti ada ubatnya,pada sang suami janganlah terlampau ego hingga menyeksa orang lain . Selagi manusia bernama manusia tuntutan nafsu sama sahaja. Sebab tu dalam islam pun digariskan bagi orang yang hendak berkahwin ada kemampuan zahir dan bathin.

Sekadar pandangan memang lama nak menulis bab begini tapi tidak ada keberanian tapi bila kawan sendiri kena tangkap khalwat saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman,saya pun tidak tahu kenapa orang mengadu masalah rumahtangganya pada saya,namun saya akan cuba sedaya upaya menolong paling tidak mendengar masalah mereka supaya dapat melegakan perasan,dan melapangkan dada mereka.Malu ada tempatnya,malu nak melahirkan perasaan akirnya terjebak dengan pujukkan syaitan lagilah teruk,fikir-fikirkanlah,Wassalam nanti sambung lagi

Sunday, May 22, 2011

Sebab musababnya sahaja,namun itulah ketetapan Allah

Takziah pada semua keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.Memang sebak dan hiba melihat gambar-gambarnya. Mudah-mudahan roh mereka dicucuri rahmat.Mereka masih mentah dan muda masih belum banyak debu-debu dosa padanya. Sebagai ibu yang pernah kehilangan anak saya memahami perasaan ibu bapa yang kehilangan anak. Jangan menuding jari pada sesiapa kerana Allah sering memberi teguranNya pada kita. Kita sering mengabaian tanggung jawap kita,anak yatim sepatutnya menjadi tanggung jawap para waris menjaganya. Namun kenapa kita terpaksa mendirikan rumah yatim,kerana waris-waris sering lepas tangan. Bila ada yang ambil tanggung jawab ini sekadar kemampun dan kudrat yang ada kita patut ucap terima kasih. Bila berlaku begini baru sebuk pendaftarannya. Manusia sering tidak merasa mereka bersalah dan suka menyalahan orang. Bila berlaku begini baru sebuk sebulan dua lagi senyap.

Pengajaran dari pengalaman

Ketika mendengar berita orang yang ku kenali ditangkap khalwat dengan suami orang,dan dia pun berstatus isteri orang aku mengucap panjang,sedih ,marah,malu bercampur aduk dalam fikiranku. Sebagai seorang isteri aku simpati pada siisteri dan sisuami yang teraniaya. Mereka semua kalau dilihat dari pandangan mata ku orang yang baik-baik. Aku hampir tidak percaya,kalau orang lain yang menyampaikan berita itu,namun aku akur dan percaya kesahihannya kerana orang yang menyampaikan berita itu kawan ku juga. Memang berita itu mengganggu fikiranku,dua tiga hari aku masih memikirkan kenapa perkara itu berlaku. Apa perasaan siisteri hingga sanggup dan tergamak melakukan perkara tersebut,sedangkan suaminya dan lelaki tersebut adalah sahabat hampir puluhan tahun.Siisteri juga bersahabat baik dari zaman sekolah lagi. Walaupun selama ini memang ada cerita begitu yang terdengar ,terbaca bahkan dalam cerita tv pun banyak aku tak kisah pun.Tapi bila ia berlaku pada individu yang kita kenal,memang kita rasa emosional sikit,kerana kita tahu peribadi mereka yang memang baik dan sentiasa menjaga aurat.

Bukan cerita ini yang nak diperkatakan, tapi aku terpikir kita kadang-kadang bila mendengar berita-berita begini sering mencemek serta mempersalahkan sebelah pehak.Memang rumahtangga ini menyimpan seribu rahsia hanya suami dan isteri sahaja yang tahu apa yang berlaku didalamnya. Teringat semula kisah teman yang aku kenali dengan sifat lemah lembut dan manja dan sisuamai pun ok juga alih-alih minta cerai dari suaminya. Aku dan suami serta beberapa kawan berkumpul ramai-ramai dirumah salah seorang teman,berusaha memujuk untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang pada masa itu sudah pun punya tiga anak,namun gagal, siisteri tetap mahu diceraian atas alasan-alasan yang dia sebut yang kami tidak jangka keluar dari mulut isteri.Terkesima aku mendengar alasanya. Sahabat-sahabat suamiu pun terdiam tunduk malu.Begitulah penangan dari ketidak puasan hati yang terpendam dan tidak mampu ditahan,meletup ibarat gunung berapi yang sudah lama menyimpan laharnya.Siisteri nekad tidak mahu menoleh kebelakang.

Namun dari dua kisah ini aku membuat kesimpulan sendiri.Walau pun cerita berbeza namun puncanya sama tidak menjaga agama dan merengan-rengankan larangan ugama. Kegagalan komunikasi dan suami selalu tida perihatin dengan perubahan isteri,mungkin sengaja kerana ego atau malas nak melayan karinah isteri.Sering tidak mengendahan perasaan isteri.Bayangkan semua kerja ada cuti namun kerja isteri tidak pernah cuti.Sehingakan demam sikit-sikit asal boleh bangun kerja masih diterusan.Itu perkara kecil bagi isteri jika mendapat penghargaan atau perhatian suami.Perlu diingati sekuat mana pun seorang wanita jiwanya tetap halus,perlukan perhatian belaian cuma kadang-kadang ada wanita yang malu menunjulkan keinginanya,takut dicap mengada-ngada.Lelaki melayu pun malu untuk membelai isteri kerana budaya kita yang beradap sopan,betul ke?.Memang sering keluar dari mulut lelaki tidak pandai untuk melahiran perasaan atau malu nak berlagak romantik.Sebenarnya ramai je isteri yang tidak kisah asalkan ada perbuatan yang menghala pernyataan kasih sayang.Orang melayu penuh dengan kiasan,mudah memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat.Yang penting ada usaha untuk memberi riaksi pada pasangan supaya mereka memahami kita menghargainya, susah sangat ke?.Ubahlah budaya tunjukanlah kasih sayang pada suami atau isteri dengan cara sendiri,tidak dengan percakapan dengan perbuatan, ucaplah terima kasih pada pasangan anda sebab ianya tidak perlukan wang dan ringgit.

Aku berhenti dululah esok sambung lagi, sebenarnya panjang lagi nak cerita berdasarkan pengalaman sendiri dan aku bersyukur kerana pengalaman orang banyak menyedaran aku supaya sabar dalam kehidupan berumah tangga,yang saerba mencabar ini. Wassalam

Saturday, April 23, 2011

Memori pilihanraya Sarawak - 2



Kempen pilihanraya di Sarawak bukanlah kali pertama , pada pilihanraya
Negeri Sarawak yang kesembilan pun saya terlibat ketika itu hanya tiga kerusi sahaja

Kali pertama dahulu saya bertugas di Dun Samariang (sekarang dipanggil Pantai Damai)dekat dengan Bandar Kuching.Pada masa itu lagi teruk bila kita sebut PAS, mereka tanya balik “apa itu kamek sik tahuk tak pernah dengar itu”.Bila kita tunjukkan lambang bulan mereka kata “ Kamek tak pernah lihat itu”.Lagi susah pada masa itu dan saya masih ingat pada masa itu keadilan pun bertanding juga di situ berma`ana tiga penjuru. Masih terngiang-giang ditelinga pesanan Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat pada masa itu dalam taklimat pada petugas”Kita datang kesini bukan untuk bertanding atau menang tapi kita datang untuk menanam benih “.Bayangkanlah betapa hikmahnya seorang peminpin yang faham dan berjuang dengan Islam mendidik orang bawahanya, sedikit yang diucap difahami dan ingati sepanjang hayat.

Hakikatnya apa yang diucapkan Tuan Guru memang betul kalau dulu kita menanam benih, kita lihat hari ini benih yang ditanam semakin berakar umbi dengan kukuh dan hidup segar dan subur ,Cuma belum lagi berbuah. Mana ada pokok tanam hari ini esok boleh makan buah. Bila kita menanam pokok memang perlu disiram dibaja dan dijaga dari dihinggapi makhlok perosak .Sesuatu yang membanggakan bila kita berkempen d rumah panjang mereka sudah boleh menyebut “ ini orang Tuk Guru ‘.Bila ada seorang lelaki di rumah panjang menghulurkan tangan untuk bersalam dengan saya ,saya jelaskan dengan baik bahawa perempuan Islam tidak boleh bersalaman dengan lelaki yang lain dari suaminya dan adik-beradiknya,(saya tidak sebut bukan muhrim sebab menyulitkan dan panjang peneranganya) lalu keluarlah perkataan itu (“ooo ini orang tok guru “)mereka menerima dan faham walaupun singkat masa pertemuan sekurang-kurangnya mereka faham wanita Islam tidak boleh bersalam dengan sembaranagn lelaki, itulah salah satu bezanya PAS dan BN walaupun berpuluh tahun memerintah mereka gagal memperkenalkan Islam pada rakyat Sarawak. Walaupun hendak menang dalam pilihanraya namun hukum hakam tetap dijaga itulah kelebihan muslimat PAS yang tidak ada pada wanita BN. Wanita BN tak kira siapa

Pada pandangan saya kalau kita berusaha lebih kuat dengan mendekati orang-orang rumah panjang ini yang kebanyakkan bukan Islam InsyaAllah mereka pasti berubah kerana mereka amat terbuka dan masih kaya dengan budi bahasa.Ketika kami sampai mula-mula dikampung Ritah mawang yang rumahnya tidaklah panjang tapi macam rumah teres .Di situ tidak ada bekalan air paip walaupun batang paipnya ada.Mereka terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan makan dan minum, untuk mandi mereka menggunakan anak-anak air atau kolam .Perkara ini sudah lama hampir tiga empat tahun. Ada yang sudah sedar dan marah kerana sering dijanji-janjikan namun tidak juga ditunaikan ,mereka inilah yang banyak membantu kami. Mereka menjadi petunjuk jalan yang membawa kami kebeberapa perkampungan rumah panjang diantaranya kampong Turung, kampong Kaeh, kampong Soh,kampong Seruit, kampong kenawik Betong dan kampong Bedegar.

Suasana dirumah panjang memang meriah ,mereka menerima dengan ramah dan terbuka.
Kami sampai kekampung-kampung ini ketika orang sedang santai,waktu orang sudah ramai balek dari kerja,suasana santai ini diisi oleh mereka dengan bermain sejenis permainan yang bertaruh menggunakan duit ,macam main daun terup juga lah. Itulah pengisi masa lapang mereka dan mereka sendiri memberitahu mengisi masa lapang jika tidak” boring”.Itulah cabaran kami petugas yang berusaha mencuri tumpuan mereka supaya memberi tumpuan kepada apa yang ingin kita sampaikan.Kita tidak boleh suruh mereka berhenti dan dengar cakap kita,sebab kita bukan bawa benda, namun kami bersyukur kerana mampu juga berkempen pada mereka menggunakan kreativiti dan pendekatan masing-masing berbekalkan pengalaman bertugas sepanjang pilihanraya lalu. Memang perlu kepakaran kerana kami tidak bawa duit atau janji-janji pembangunan macam BN. Namun kami gembira dan bersemangat menjalankan tugas yang penuh mencabar ini.Ini hádala pengalaman indah yang menambahkan semangat kami untuk bekerja ..

Sesekali terdengar juga suara muslimin sambil bergurau “ai tak boleh duduk sini lama-lama ,bergoncang iman dibuatnya”, Bila majoriti wanita hanya berkemban sahaja dan yang muda – muda hanya berseluar pendek dan t-shirt lengan pendek menyerlahkan betis dan peha yang putih melepak. Apa nak dikata selama tiga puluh tahun orang Islam memegang tampuk pemerintahan Islam masih ditahap yang menyedihkan .

Kami agak terperanjat juga di rumah panjang itu terdapat juga beberapa keluarga Islam, dua orang perempuan seorang dari johor dan seorang dari kedah dan berkahwin dengan orang iban duduk dirumah panjang (saya tak ingat kampung mana) .Dengan suasana yang ada amat menyangsikan kami tentang pengamalanya dengan amalan Islam. Sepanjang pengamatan kami dikampung-kampung tersebut tidak ada lansung surau atau masjid. Alangkah malangnya pemerintah mengaku Islam namun tidak menghiraukan rakyatnya, ikut pandailah apa nak jadi ,nak sembahyang atau tidak itu hal masing-masing. Ingatlah setiap pemimpin akan ditanya atas apa yang ia pimpin. Kami memang berasa sedih kerana sepanjang kami berkempen kami temui orang melayu yang berkahwin dengan cina yang cina itu tidak pun memeluk agama Islam. Siapakah yang harus disalahkan bila perkara ini berlaku.

Wassalam jumpa lagi.

Wednesday, April 20, 2011

Memori pilihanraya Sarawak

Kami bertolak menuju ke Sarawak pada 5hb yang lepas sehari sebelum hari pernamaan calon. Kami seramai empat orang muslimat sorang muslimin. Jadual asal kami menaiki firefly pada pukul 4 30 petang tapi telah ditunda pada pukul 6 45 petang. Firefly telah menukarkan kapalterbang kepada MAS, sebab sebanyak tiga penerbangan telah dipinda maka untung juga dapat naik kapalterbang besar.Begitulah tiket tambang murah sering saja kejadian begini berlaku.

Ramai pemimpin dari parti-parti lain kami temui termasuklah kak Wan Azizah.Sempat juga bergambar denganya. Terlihat ketabahan dalam kelembutan wajahnya. Bila ditanya bagaimana perasaan kak wan dengan fitnah baru yang tersebar luas dengan tenang dia menjawab “Kak wan sudah biasa mendengar fitnah tentang Datuk dan kak Wan tidak tergugat dengan berita-berita tersebut, kak wan tahu dia ada kat mana masa tu”.Nada suara yang lembut bercakap penuh keyakinan . Betullah kata pepatah alah bisa tegal biasa..Hebat dugaan yang ditempuhnya, betapa aib yang terpaksa ditanggung bukan sekadar dia perlu ada kekuatan tapi dia juga perlu memberi kekuatan pada suami dan anak-anaknya.Memang dia bukan calang-calang wanita.


Kami sampai di Kucing dalam pukul lapan lebih satelah siap mengambil bagasi kami keluar dalam pukul Sembilan malam .Disambut oleh petugas-petugas parti untuk dibawa ke rumah penginapan di Uni Garden bertentangan dengan UNIMAS Sarawak..Penempatan dikongsi bersama muslimat Wilayah . Enam haribulan hari penamaan calon dan kami bertuga di Dun Mara Tuan yang diwakili oleh calon PAS dan PAS telah memberi ruang kepada calon muslimat Puan Rohani Hamzah. Terlihat suasana berbeza dimana tempat bermula perarakkan adalah sama antara PBB dan PAS,Cuma Pas berjalan dahulu kemudian barulah PBB pula berjalan dibelakang tidak ada provokasi dari mana-mana pihak sehinggalah sampai ke tempat penamaan calon. Beberapa tokoh pimpinan juga bersama dalam perarakkan tersebut antaranya Datuk Mahfuz Omar ,Md Sabu , Datuk Seri Nizar Jamaludin dan ramai lagi pimpinan dari Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

Semasa penamaan calon sedang berjalan suasana tenang terganggu oleh tindakkan petugas-petugas parti PBB,yang dengan secara kasar datang menyerbu khemah tempat muslimat duduk ,tanpa berkata apa-apa terus mengangkat khemah tersebut tapi kami muslimin dan muslimat membiarkan sahaja kerana tidak mahu berlaku pergaduhan.Kebetulan khemah yang dipasang majlis bandaranya tidak terdapat disebelah PBB, ada tiga khemah yang dipasang ,kesemua khemah itu diangkat ketempat PBB,tanpa menghiraukan muslimat yang sedang duduk didalam khemah itu ,itulah adab yang ada pada puak-puak barisan . BN dulu kini dan selamanya menganggap apa sahaja mereka hendak mesti mereka dapat, tidak peduli orang lain, tidak ada perasaan hormat pada siapa pun. Proses penamaan calon di Mara Tuan berjalan terlalu lama ,pengumuman penerimaan kedua-dua calon hampir pada pukul dua petang. Ini kerana calon Barisan Nasional adik Mahmud Taib gagal memberi penyata belanjawan pada pilihanraya lalu.

Pemimpin PAS dan penyokong baik yang diluar atau yang berada didalam dewan penamaan calon melakukan sembahyang hajat minta Allah permudahkan urusan .Ternyata SPR memang berpihak pada BN sehingga tidak mengistiharkan menang tanpa bertanding pada calon PAS, sehinggalah datang seorang seorang lelaki membawa satu kertas, maka SPR pun mengistiharkan,bahawa tiada pencalonan yang ditolak kedua-dua calon akan bertanding. Pengumuman itu disambut dengan boo oleh penyokong PAS dan berlakulah sorak dan jeritan “SPR penipu “dari anak-anak muda Sarawak yang menyokong PAS. Seperti biasa calon BN dijulang dengan penoh gembira sambil bersorak-sorak riang oleh penyokong-penyokongnya(sebelum itu penyokong PBB senyap dan kelihatan sudah ramai yang balek) lalu berlakulah sedikit kekecohan berbalas sorakkan. Begitulah perancangan Allah,untuk menguji kesabaran pejuang-pejuangnya.Tapi pujian pada anak-anak muda yang walaupun berambut perang namun mereka sanggup menunggu sehingga akhir,tanpa diberikan upah .Anak-anak muda yang didatangkan bersama penyokong PBB dengan beberapa buah bas seawal pagi lagi sudah diberikan duit,yang saya sendiri nampak,tapi tidak sempat dirakam (bukan tidak sempat tapi tidak teringat untuk merakamkanya).Sebagai pejuang Islam tidak ada istilah kecewa atau putus asa. Keyakinan kepada ketetapan Allah dan kepercayaan terhadap setiap apa yang berlaku pasti mengandungi hikmah menyebabkan kita tetap bekerja dengan penuh semangat.

Walaupun diluar sana ramai yang mengeluarkan pandangan kekalahan PAS dengan berbagai pandangan dan keritikkan ,namun bagi kami petugas yang hampir terlibat sepanjang pilihanraya kecil dan kini di Sarawak, tahu apa yang berlaku .Bagi orang yang sekadar melihat tetapi tidak terlibat secara lansung memang senang bercakap bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Kami petugas PAS tidak diupah bahkan tambang dan belanja pun sendiri-sendiri ,kami redha kerana kami faham ,dan bagi kami hanya itu sahaja yang kami mampu berikan untuk perjuangan.Tidak ada apa yang kami harapkan melainkan keredhaan Allah mudah-mudahan selamat didunia dan selamat diakhirat. Kami takut disoal Allah kenapa kamu bercakap tetapi tidak melakukan apa yang kamu cakap amat besar kebencian Allah pada orang yang bercakap tapi tidak melakukan apa yang ia cakap,seperti ayat yang termaktub dalan Al Quran dalan surah As Saf. Ayat 2,3.

InsyaAllah jumpa lagi dengan pengalam berkempen dirumah panjang.Wassalam