Saturday, April 23, 2011

Memori pilihanraya Sarawak - 2



Kempen pilihanraya di Sarawak bukanlah kali pertama , pada pilihanraya
Negeri Sarawak yang kesembilan pun saya terlibat ketika itu hanya tiga kerusi sahaja

Kali pertama dahulu saya bertugas di Dun Samariang (sekarang dipanggil Pantai Damai)dekat dengan Bandar Kuching.Pada masa itu lagi teruk bila kita sebut PAS, mereka tanya balik “apa itu kamek sik tahuk tak pernah dengar itu”.Bila kita tunjukkan lambang bulan mereka kata “ Kamek tak pernah lihat itu”.Lagi susah pada masa itu dan saya masih ingat pada masa itu keadilan pun bertanding juga di situ berma`ana tiga penjuru. Masih terngiang-giang ditelinga pesanan Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat pada masa itu dalam taklimat pada petugas”Kita datang kesini bukan untuk bertanding atau menang tapi kita datang untuk menanam benih “.Bayangkanlah betapa hikmahnya seorang peminpin yang faham dan berjuang dengan Islam mendidik orang bawahanya, sedikit yang diucap difahami dan ingati sepanjang hayat.

Hakikatnya apa yang diucapkan Tuan Guru memang betul kalau dulu kita menanam benih, kita lihat hari ini benih yang ditanam semakin berakar umbi dengan kukuh dan hidup segar dan subur ,Cuma belum lagi berbuah. Mana ada pokok tanam hari ini esok boleh makan buah. Bila kita menanam pokok memang perlu disiram dibaja dan dijaga dari dihinggapi makhlok perosak .Sesuatu yang membanggakan bila kita berkempen d rumah panjang mereka sudah boleh menyebut “ ini orang Tuk Guru ‘.Bila ada seorang lelaki di rumah panjang menghulurkan tangan untuk bersalam dengan saya ,saya jelaskan dengan baik bahawa perempuan Islam tidak boleh bersalaman dengan lelaki yang lain dari suaminya dan adik-beradiknya,(saya tidak sebut bukan muhrim sebab menyulitkan dan panjang peneranganya) lalu keluarlah perkataan itu (“ooo ini orang tok guru “)mereka menerima dan faham walaupun singkat masa pertemuan sekurang-kurangnya mereka faham wanita Islam tidak boleh bersalam dengan sembaranagn lelaki, itulah salah satu bezanya PAS dan BN walaupun berpuluh tahun memerintah mereka gagal memperkenalkan Islam pada rakyat Sarawak. Walaupun hendak menang dalam pilihanraya namun hukum hakam tetap dijaga itulah kelebihan muslimat PAS yang tidak ada pada wanita BN. Wanita BN tak kira siapa

Pada pandangan saya kalau kita berusaha lebih kuat dengan mendekati orang-orang rumah panjang ini yang kebanyakkan bukan Islam InsyaAllah mereka pasti berubah kerana mereka amat terbuka dan masih kaya dengan budi bahasa.Ketika kami sampai mula-mula dikampung Ritah mawang yang rumahnya tidaklah panjang tapi macam rumah teres .Di situ tidak ada bekalan air paip walaupun batang paipnya ada.Mereka terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan makan dan minum, untuk mandi mereka menggunakan anak-anak air atau kolam .Perkara ini sudah lama hampir tiga empat tahun. Ada yang sudah sedar dan marah kerana sering dijanji-janjikan namun tidak juga ditunaikan ,mereka inilah yang banyak membantu kami. Mereka menjadi petunjuk jalan yang membawa kami kebeberapa perkampungan rumah panjang diantaranya kampong Turung, kampong Kaeh, kampong Soh,kampong Seruit, kampong kenawik Betong dan kampong Bedegar.

Suasana dirumah panjang memang meriah ,mereka menerima dengan ramah dan terbuka.
Kami sampai kekampung-kampung ini ketika orang sedang santai,waktu orang sudah ramai balek dari kerja,suasana santai ini diisi oleh mereka dengan bermain sejenis permainan yang bertaruh menggunakan duit ,macam main daun terup juga lah. Itulah pengisi masa lapang mereka dan mereka sendiri memberitahu mengisi masa lapang jika tidak” boring”.Itulah cabaran kami petugas yang berusaha mencuri tumpuan mereka supaya memberi tumpuan kepada apa yang ingin kita sampaikan.Kita tidak boleh suruh mereka berhenti dan dengar cakap kita,sebab kita bukan bawa benda, namun kami bersyukur kerana mampu juga berkempen pada mereka menggunakan kreativiti dan pendekatan masing-masing berbekalkan pengalaman bertugas sepanjang pilihanraya lalu. Memang perlu kepakaran kerana kami tidak bawa duit atau janji-janji pembangunan macam BN. Namun kami gembira dan bersemangat menjalankan tugas yang penuh mencabar ini.Ini hádala pengalaman indah yang menambahkan semangat kami untuk bekerja ..

Sesekali terdengar juga suara muslimin sambil bergurau “ai tak boleh duduk sini lama-lama ,bergoncang iman dibuatnya”, Bila majoriti wanita hanya berkemban sahaja dan yang muda – muda hanya berseluar pendek dan t-shirt lengan pendek menyerlahkan betis dan peha yang putih melepak. Apa nak dikata selama tiga puluh tahun orang Islam memegang tampuk pemerintahan Islam masih ditahap yang menyedihkan .

Kami agak terperanjat juga di rumah panjang itu terdapat juga beberapa keluarga Islam, dua orang perempuan seorang dari johor dan seorang dari kedah dan berkahwin dengan orang iban duduk dirumah panjang (saya tak ingat kampung mana) .Dengan suasana yang ada amat menyangsikan kami tentang pengamalanya dengan amalan Islam. Sepanjang pengamatan kami dikampung-kampung tersebut tidak ada lansung surau atau masjid. Alangkah malangnya pemerintah mengaku Islam namun tidak menghiraukan rakyatnya, ikut pandailah apa nak jadi ,nak sembahyang atau tidak itu hal masing-masing. Ingatlah setiap pemimpin akan ditanya atas apa yang ia pimpin. Kami memang berasa sedih kerana sepanjang kami berkempen kami temui orang melayu yang berkahwin dengan cina yang cina itu tidak pun memeluk agama Islam. Siapakah yang harus disalahkan bila perkara ini berlaku.

Wassalam jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment