Monday, May 31, 2010

kenangan di Vietnam 2

Cuaca disana lebih kurang sama dengan kita,jadi ia tidaklah menjadi masalah bagi kami yang lebih banyak berjalan kaki,sebab hotel tempat kami tinggal tidak jauh dari tempat membeli belah,mereka menggunakan duit dong yang nilainya lebih rendah dari Rm lebih kurang macam duit rupi Indonesia,so kita semua jadi jutawan disana.Jadi kalian boleh gambarkan betapa seronoknya kita berbelanja,sampaikan bila membeli masa nak membayar tak pandai nak kira sebab dah sampai berjuta-juta dong.Ada sorang hamba Allah tu sampai nak balik masih tidak pandai nak mengira lagi.Yang Jadi masalah ialah bila nak menawar harga bukan masalah bahasa tapi masalah nak mengira duit,bila beli dalam dong kita nak tahu berapa harga mengikut duit kita,ada orang kata kena tawar setengah dari harga yang ditawarkan.

Bila bab membeli ini yang menjadi mangsa abang aji,sebab dia yang pandai kira dan yang pandai menawar harga yang munasabah dengan kita.Kadang-kadang kesian juga tenguk abang aji ikut orang panggil kehulu kehilir maklum nak layan 8 orang perempuan yang sedang ghairah membeli.Kami memang pujilah abang aji memang sabar sesuailah jadi pemandu pelancung,yang nak beli kami tapi abang aji yang ditepuk tampar oleh mek-mek vietnam seperti kata abang aji"nasib baik aku kuat iman",apa tidaknya dengan pakaian yang menjolok mata dengan suara yang menggoda bisa goncang iman.Tapi kami banyak membeli pakaian dan telekung dari Hasanah yang berniaga waktu malam berhampiran dengan hotel tempat kami tinggal,pada fikiran kami baik kayakan saudara sesama Islam,harga pun lebih kurang juga dengan tempat lain.

yang seronoknya dengan lawatan ini kami dapat menambah eratkan persahabatan sesama kami,ada cerita lucu yang berlaku bila seorang sahabat kami semasa baru sampai sakit kepala dan kita biarkan dia berehat dalam bilik,jadi teman sebiliknya punyalah tidak mahu menggangu ketika nak keluar bilik sambil berjingkit-jengki dan melangkah dengan perlahan-lahan, dengan meninggalkan kunci dari dalam dan terus keluar.Tanpa menyedari yang dia hanya memakai setokin sahaja tanpa kasut,bila sedar pintu sudah tertutup rapat,kami cuba mengejutkan teman yangnya yang sakit,namun gagal terpaksalah turun dengan kaki ayam saja dari tingkat lima ke lobi ambil kunci spare,kawan-kawan yang sudah sedia menunggu dibawa bengkak perut ketawakan dia perkara ini bukan sekali berlaku,bahkan kali kedua berlaku,dengan kedua-dua sekali keluar dengan kaki ayam,kami gelar bilik 502 bilik CCU sebab kedua penghuninya mengalami sakit kepala silih berganti.

Salah seorang ahli rombongan kami warga emas tapi punya stamina yang amat baik,bayangkan kami banyak berjalan kaki dan masa hari terakhir sebelum balik kami melawat muzium, mak cik ni selamba je naik tangga.Muzium yang menyimpan sejarah perang dengan Amerika yang berakhir dengan Amerika terpaksa berundur dan mengalah
Melihat gambar-gambar perang memang menyedihkan melihat mangsa perang yang kebanyakan orang kampung perempuan dan kanak-kanak.Bila namanya perang maka ianya tidak pernah memilih mangsa,yang hasilnya kehancuran dan kemusnahan,namun selagi manusia bernama manusia maka ia tidak dapat dielakkan kerana manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada.

Kami juga sempat melawat tempat-tempat sejarah yang dibena oleh orang putih seperti pejabat posnya yang memang unik ukiran dan pembenaanya.Sebenarnya kami melawat-lawat tempat sejarah adalah sementara menunggu untuk kami berangkat pulang ke Malaysia yang dijadualkan pada pukul 745 malam bersamaan pukul 845 waktu kita.Kami sampai lebih kurang pukul 945 mlm di LCC KL.Kami mengambil keputusan meninggalkan barang di tempat simpanan barang yang disediakan dengan bayaran RM30 bagi satu beg,kalau beg besar RM50 satu beg nak buat macamana nak senang bayar jelah tambahan Tune hotel yang kita sewa tu muat untuk lalu je sembahyang pun atas katil,bawa beg kecil nak tukar baju untuk balek esok ke KT.

Masa lalu kat kastam aku dan mak cik veteran tidak lansung lalu ditempat pemereksaan sebab ada sorang kastam suruh aku berdua jalan terus,semua sahabat tertanya-tanya sebab apa kami berdua tidak dipereksa,aku kata "rezeki" sebab beg aku yang paling rengan antara semua,dalam 10 orang cuma seorang je yang kena bayar cukai,nasiblah sahabat tu sebab dia dari awal sudah menyediakan duit untuk bayar lebih timbangan tapi selamat sebab pergi berkumpulan jadi kira sekali tidaklah kena bayaran walaupun begnya memang lebih timbangan,bising juga dia mempertikaikan kenapa dia aje yang kena orang lain tidak kena,aku pun mencelah kataku"sebab dari awal dia dah berniat nak bayar, tak kena diVietnam kena kat Malaysia kira adillah tu,terlepas timbangan kena cukai wakil kita ramai-ramai".Esoknya kami bertolak ke Kuala Tereggganu sampai lapangan terbang dalam puku l1 lebih.

Buat teman-teman serombongan aku menyusun sepuloh jari jika ada kesilapan sepanjang perjalanan kita,bagi aku kalian semua memang teruji sebagai teman seperjalanan yang best,tiada sekelimit pun perasaan tidak puas hati atau makan hati.Moga ada kesempatan untuk kita bersama lagi berkembara.Pada seorang sahabat yang diberi gelaran Ioan Lady (sebab mana pergi dialah yang kekal membawa seterika,hatta ke Vietnam pun)terima kasih sebab anda kami sentiasa memakai baju yang kemas bergosok.Wassalam.

Pada pembaca semua jutaan maaf kerana lewat memasukkan tulisan ini walaupun sebenarnya ia sudah lama ditulis,kesibukkan campur kelekaan menyebabkan ianya jadi begini.

Sunday, May 30, 2010

Kenangan di Vietnam - Siri Pertama



Jauh berjalan luas pemandangan banyak pengalaman itulah pepatah yang masih kita pegang sampai sekarang.Sebelum menjejakkan kaki ke Vietnam ada juga perasaan bimbang maklumlah negara yang penduduk Islam minoriti di sana,sebab aku juga pernah berkesempatan ke Kemboja beberapa tahun yang lepas,pemandangan melihat"babique" ada di mana-mana hatta ketika melawat salah sebuah kampong Melayu Champa pun kita dapat melihat binatang itu berkeliaran seperti kambing yang diternak di negara kita.Tapi mungkin juga aku tidak berkesempatan ke kampong-kampong di Vietnam kerana masa yang singkat 2 hari 3 malam sahaja,namun ia tetap menyeronokkan melawat tempat untuk membeli belah ,biasalahkan perempuan.Kita ikut orang kenalah ikut ketua mana dia bawa situlah kita pergi nak pergi sendiri tak tahu tempat lagi.Kami pergi eramai 10 orang 9 perempuan sorang lelaki,suami pada guide kami yang kami panggil abang aji je

Perjalanan dari KL ke Vietnam lebih kurang 1 jam 45 minit,dan waktu Vietnam lewat 1 jam dari Malaysia,kami sampai di sana waktu pukul 12 45 tengahari kalau waktu Vietnam pukul 11 45 pagi.Kami dibawa ke sebuah masjid yang mengambil masa setengah jam dari airpot.Di situ juga tempat para pelajar belajar agama,salah seorang dari pelajar di situ pernah belajar di pondok Pasir Tumbuh dan dia juga banyak membantu kami,mencari kenderaan ketika kami bertolak balik ke KL namanya Hossen.Ibu Hossen menjalankan perniagaan kecil-kecilan di masjid itu dengan menjual jubah,telekong tudung hasil kerja suri rumah disekeliling mesjid.Disitu juga kami makan kerana kedai menjual makana Islam saya difahamkan hanya ada 4 buah sahaja.

Pemandangan yang amat unik kerana kenderaan utama di jalanrayanya ialah motosikal,saya difahamkam angka motosikal dijalanraya bandar beratus ribu setiap hari dan sistem trafik light baru saja diperkenalkan.Namun yang uniknya sepanjang 2hari 3malam tidak ada satu pun kemalangan jalanraya yang kami lihat.Sepanjang pemerhatian kami mendapati pemandu di Viatnam amat berhemah dan bertimbang rasa,serta boleh bertolak ansur.Pengalaman kami ketika melintas jalan raya yang sibuk itu pemandu kenderaan memang berhati-hati,bahkan mereka akan berhenti memberi laluan pada pejalan kaki.Samaada menaiki kereta mewah atau kenderaan besar mereka menghormati pejalan kaki,walaupun pada masa itu lampu hijau masih menyala mereka tidak menegking atau menunjukkan muka marah.Berbeza sangat dengan pemandu Malaysia. Kalau di Malaysia kita pejalan kaki terpaksa berhati-hati tapi disana pemandu menunjukkan sikap berhati-hati,mungkin mereka sudah biasa bercermat ketika memandu sebelum sistem lampu trafik diperkenalkan


Memang sepanjang kami berada disana makananya tidak mampu membuka selera,tak tahulah orang lain .Semasa kami disana ramai juga kami bertemu dengan orang Malaysia yang membeli belah disana.Suatu hal yang paling kami tak suka ialah orang kita sampai sana berlagak sombong ,senyum pun payah,walaupun tidak semua, mugkin mereka yang sombong tu dah menjadi tabiat semula jadi kat sini(Malaysia) pun memang jenis berlagak.Ada satu kumpulan yang katanya dari pekerja KLIA,kami puji mereka ramah dan sempat berbual tentang suasana di sini (Vietnam) dibandingkan dengan tempat kita,salah seorang membuat cadangan supaya mat rempit di Malaysia dibawa kesini(Vietnam)nak tenguk setara mana hebatnya mereka.Bagus juga cadangan itu,tapi boleh ke mereka berubah?.Kalau tidak ada kesedaran sendiri buatlah macamana pun mereka akan tetap begitu.(bersambung)

Friday, May 28, 2010

Aura Ungu



Kesempatan menghadhiri program Nisa`dikomplek Belia dan Kebudayaan Shah Alam walaupun ada kekuranganya namun sekalung tahniah pada pihak penganjur yang cuba membuka kepompong yang sekian lama tertutup,mugkin ada kelemahan disana sini namun itu adalah cubaan berani nissa untuk menawan hati remaja untuk bersama gerakkan Islam yang memang sukar dihampiri oleh golongan muda terutamanya wanita.program itu memang baik namun pihak penganjur gagal menyusun agenda menjadi lebih kemas dan banyak masa lapang yang tidak diisi.Contohnya penganjur memang mengetahui program itu akan dihadiri peserta dari seluruh negara,melibatkan masa cuti yang berbeza,penganjur perlulah memikirkanya kesesuaian masa untuk keselesaan semua peserta.Pertandingan suara Nisa` di mulakan pada petang hari dan berakhir sekitar pukul 5 setangah petang sepatutnya ia dimulakan selepas perasmian.Kecacatanya ialah perasmian diluar dewan sedangkan orang ramai dalam dewan termasuklah peserta-peserta yang masih melakukan pendaftaran dan undian,perasmian berlangsung dalam suasana hambar.selepas perasmian tiada ajenda sedangkan pada masa itu didewan berlansung suatu pogram yang amat baik iaitu kempen derma darah dari hospital universiti dan tiada diuwar-uwarkan pada pengunjung menyebabkan ianya sepi ramai petugas dari penderma.

Pada hari itu saya merasa terpanggil untuk menjadi salah saorang penderma darah walaupun kali pertama.Semasa saya menjalani proses pendermaan darah itu terdengar sungutan petugas bila saya bertanya berapa orang yang sudah menderma,kata petugas itu "baru 5 orang"saya pun terasa juga malu,sepatutnya pihak penganjur mencari dulu orang yang sanggup menderma sekurang-kurangnya dalam 20 orang barulah di buka pada pengunjung,sebab muslimat masih belum didedahkan dengan perkara begini dan mereka pun mungkin takut kerana tiada pendedahan dan maklumat tentang faedah dan manafaat menderma darah sepatutnya kena ada ruang untuk petugas-petugas atau doktor yang terlibat memberikan sedikit penerangan untuk menggalakkan derma darah.Bagi saya ia satu lagi pengalaman yang tidak di lupakan dan akan meneruskanya supaya dapat membantu mereka yang amat memerlukanya.

Oleh kerana penyusunan masa yang tidak sesuai menjadikan pertandingan bercelaru saya pun tidak pasti apakah ada had masa bagi sesutu kumpulan untuk membuat persembahan kerana banyak kumpulan yang membuat gimik yang amat panjang menyebabkan pertandingan berakhir sekitar hampir pukul 1 tengah malam bayangkan pengadil memang tidak akan dapat menilai dengan baik kerana jemu dan boring sebab ianya pertandingan yang ada menetapkan lagu wajib dan banyak kumpulan menyanyikan lagu yang sama,sepatutnya nyanyian solo dan berkumpulan diselang selikan bermula dari selepas dari perasmian lagi.Kenapa saya kata pengadil boring saya selaku penonton pun terasa boring rasa tidak sabar mengharapka persembahan habis ,inikan pula pengadil.Bayangkan moral kumpulan yang terakhir membuat persembahan terasa hambar dan tawar kerana orang semakin kurang ramai yang balik kerana masa terlalu lewat. Bukan mencari kesalahan namun ianya perkara yang boleh di baiki lagi sekadar pandangan yang membina.,



Saya juga sempat belajar memanah,memang menyeronokan belajar perkara baru walaupun berbayar namun menarik ramai orang yang ingin mencubanya sendiri.Cuma terkilan juga melihat sambutan yang hambar sehingga kedai-kedai lengang dari pengunjung bahkan tuan rumah sendiri tidak ramai kelihatan,muslimat PAS Pusat cuma kelihatan Ustazah Noridah,Dr Lok Lok,Ustazah Wan Hasrina yang lain tidaklah kelihatan . Seolah-olah orang tua tidak berminat untuk memberi sokongan pada program remaja,kehadiran pun cukuplah menunjukkan sokongan moral pada remaja kita,Kerana mereka pelapis yang masih memerlukan tunjuk ajar dari kita.Hampiri dan dampingilah mereka,biar pun selera mereka berbeza dari kita yang tua namun kasih sayang kita dapat melembutkan dan merapatkan mereka pada kita.Walaupun begitu sekalong tahniah sekali lagi pada semua yang terlibat berusaha mendekati dan menyediakan alternatif baru pada remaja dalam mencari hiburan dan mengasah bakat,kekurangan berada dimana-mana namun ia masih boleh di baiki.wassalam

Tuesday, May 18, 2010

PERINGATAN NABI PADA SIKAYA

Sabda Nabi saw:"Syaitan telah berkata;Orang kaya tidak selamat dari tiga macam iaitu,saya perhias dalam pandanganya hingga ia tidak mengeluarkan kewajipanya,atau saya ringankan tanganya hingga ia mengeluarkan tidak pada tempatnya,atau saya cintakan dalam hatinya sehingga ia berusaha mendapatkanya walau tidak halal".

Marilah kita perhatikan realiti orang kaya atau koperat-koperat besar adakah hadis ini menunjukkan kebenaranya?.Berapa ramai orang-orang kaya dan berapa banyak koperat-koperat yang lebih suka menyediakan dana untuk perkara-perkara mungkar.contoh untuk pertandingan yang berkonsep keagamaan hadiah yang disediakan tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan pertandingan-pertandingan berbentuk hiburan yang melalaikan.Hadis ini menyedarkan kita bahawa harta itu bukan sekadar nikmat semata-mata bahkan ia adalah ujian dan amanah yuang akan di tanya oleh Allah kelak.ingatlah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Dzar AlGhifari yang bermaksud: "Orang-orang yang yang banyak hartanya kelak yang paling bawah tempat mereka kecuali yang menggunakan hartanya begini dan begini dan begini dan begini dan begini dan begini.(iaitu orang yang sedekah kekanan kekiri kedepan dan kebelakang")

Semuga kita memahami hadis ini dan mengurus harta dan kekayaan sebaik mungkin mengikut aturan dan landasan ugama,kita hanya dilantik sebagai pengurus yang diamanahkan dengan harta untuk disampaikan kepada mereka-mereka yang berhak.Begitulah indahnya ajaran islam supaya kita tidak menjadi manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.Walaupun harta itu kita yang cari dan mengumpulnya sehingga banyak tapi sedarkah kita siapa yang memberinya kepada kita kalau bukan Allah pemilik apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi,kita hanya pemilik sementara selagi hayat dikandung badan dan ia bukan lagi menjadi milik kita setelah roh berpisah dari jasad,apa yang kita miliki? kalau bukan harta yang kita belanjakan dijalan Allah,yang kita tidak belanjakan kerana sayang dan hanya simpan dalam bank bakal kita tinggalkan menjadi harta pusaka waris kita.

Ingatlah pesan Abu Dzar ketika memberi peringata kepada sahabat-sahabat yang bersama Muawiyyah diSyiria dan telah memilikki gedung-gedung dan tanah-tanah pertanian pertanian yang luas,Abu Dzar telah membacakan kepada mereka surah At-taubah ayat 34-35 yang bermaksud: "Dan ingatlah orang-orang yang menyimpan harta emas dan perak serta tidak membelanjakanya pada jalan Allah maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab siksa yang tidak terperi sakitnya.Dan pada hari dibakar emas dan perak (harta benda) didalam neraka jahanam,lalu diselar denganya dahi mereka dan rusuk mereka dan belakang mereka(sambil dikatakan kepadanya)"inilah apa yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri oleh itu rasakanlah azab dari apa yang kamu simpan".
Mudah-mudahan kita menjadi pengurus yang amanah dan jujur dengan majikan kita,supaya kita dijauhkan dari azab hasil usaha kita sendiri,supaya harta yang disangka membawa bahagia akhirnya mengundang celaka dan sengsara,Nauzubillahminzalik,

kini aku pun mengalaminya

Hari ini18 mei 2010 aku melalui satu lagi peristiwa yang mungkin tidak akan aku lupakan selamanya,jika selama ini aku hanya membaca sahaja didalam akhbar atau mendengar berita sahaja dari tv dan radio kini aku juga melalui pengalaman berhadapan peragut yang tidak pernah mengenal mangsa, tempat dan masa.Walaupun tidak trauma tetapi amat menjenggilkan dan membangkitkan kemarahan ku.Perkara ini berlaku waktu pagi dan disaksikan oleh ramai orang tetapi semuanya perempuan yang tidak mampu untuk memberi pertolongan,dan aku tidak menyalahkan mereka,banyak faktor yang menyebabkan mereka tidak mamapu melakukan apa-apa kerana ianya berlaku amat pantas.Peragut atau perompak itu memang tidak menunjukkan wajah yang takut bahkan melakukanya dengan selamba walaupun ia menyedari ramai orang,dan dia juga mengetahui kelemahan orang perempuan yang tak kuat melawan.
Ceritanya begini ketika aku sedang berjalan bersama rakan ku mendahului rakan ku yang lain tiba-tiba lalu sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua orang lelaki muda kemudian aku perasan motorsikal yang sama lalu semula lalu berhenti tidak berapa jauh dari aku dan temanku,sambil pembonceng turun dan memandang kearahku seraya memanggil dan berjalan menuju kearahku,dan aku pun sudah merasa tidak sedap hati lalu cuba lari tetapi lelaki itu berjaya memegang tangan ku,dan dia cuba untuk merebut jam tangan ku yang mungkin pada sangkaanya gelang emas,aku berusaha melepaskan tangan ku,bila si perompak itu menyedari jam itu tidak berharga dengan tidak semema-mena dia menanggalkan tudung ku dan kebetulan aku memakai rantai yang dihadiahkan suami yang dibelinya semasa ia bertugas di Pakistan,bila rakan perompak itu melihat aku cuba melawan dia pun datang rupa-rupanya dia memegang parang,yang dihalakan keleherku,bimbang keselamatan ku aku pun mendiamkan diri,dan perompak itupun merentap rantaiku ,lalu melarikan diri dengan tergesa-gesa.Aku tidaklah terasa sangat sedih atas kehilangan barang yang tak seberapa harganya itu yang paling aku geram dan marah betapa dia berani menanggalkan tudung ku hingga terbuka auratku cuma Alhamdulillah tiada orang lelaki disitu.
Rupanya sahabat yang berjalan seiring dengan ku terlebeh dahulu diacu parang dan dibuka tudungnya tapi kebetulan kawanku tidak memakai barang kemas dan pada anggapanya aku cuba melawan maka dia datang membantu kawanya dengan meletakkan parang dileherku.Aku terus membuat aduan dibalai polis dan ketika aku sampai sudah ada seorang mangsa lagi yang mengalami perkara yang sama ,dilakukan oleh perompak yang sama cuma dia teruklah lagi dari ku,dan barang yang diambil lebih banyak dan dia mengalami kecedaan sedikit ditanganya.Sampai bilakah perkara ini akan berterusan marilah kita fikirkan bukankah sudah sampai masanya kita beramal dengan hukum Allah?
Berapa ramai lagi mangsa yang harus melalui saat-saat mencemaskan bahkan ada yang kehilangan nyawa.Apakah kita lebih bijak dari Allah?.Adakah kita tidak yakin bahawa hukum Allah mampu menyelesaikan masalah.Fikir-fikirkanlah dan aku berazam untuk bekerja lebih kuat untuk memastikan hukum Allah ini dilaksanakan di bumi Malaysia ini biarpun aku terpaksa mengorbankan nyawaku sendiri,ini azam ku selepas kejadian ini ,anda bagaimana?.dan pada wanita berhati-hatilah kita lah yang terpaksa peka keadaan semasa kerana kecuaian kita peluang bagi perompak.

Sunday, May 9, 2010

Selamat hari ibu

Nostalgia ketika bersama ibu tidak pernah padam walaupun telah hampir lapan tahun ibu ku meninggalkan dunia yang fana ini.Terasa juga sedikit kesalan kerana tidak pernah mengungkapkan kata-kata dan pujian padanya, kerana dulu tidak dibudayakan dan tiada sambutan hari ibu mentelah lagi orang melayu memang lokek untuk mempamerkan perasaan hati kasih sayang pada sesaorang,dulu nak pelok cium ibu bapa pun malu, nak kata "mak saya sayang mak" pun berat.Kini bila anak-anak memberikan ucapan dan pujian aku rasa terharu dan timbul kesal kerana tidak melahirkan ucapan pujian dan menzahirkan kasih sayang pada ibuku.Baru ku tahu betapa bahagianya seorang ibu bila anak-anak menunjukkan kasih sayangnya.Pada anak-anak ku terima kasih kerana memahami dan menyayangi ibu mu ini walaupun ibu tahu ibu tidak mampu memenuhi setiap permintaan kalian.Sikap tegas ibu bukan kerana tidak sayang pada kalian tetapi itulah yang ibu belajar dari arwah nenda kalian dulu yang menjadikan ibu cukup bersyukur kerana mampu menjadi insan yang berguna dan tidak tersesat jalan atau terlanjur dalam kehidupan ibu,yakinlah setiap ibu mesti mengharapakan kebahagiaan,kesejahteran serta kejayaan anak-anak dunia akhirat.Siang malam ibu mendoakan moga kalian berada dalam peliharaan Allah dimana jua kalian berada.Ibu juga merafakkan kesyukuran pada Allah kerana mendapat anak-anak yang baik.Ya Allah sebagai seorang ibu aku ampunkan dosa-dasa anak-anakku ,ku halalkan makan minumnya ya Allah aku redha pada mereka kau berikanlah keberkatan taufik dan hidayahMu dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah berjaya didunia dan akirat.Amin.Selamat hari ibu.