Wednesday, April 20, 2011

Memori pilihanraya Sarawak

Kami bertolak menuju ke Sarawak pada 5hb yang lepas sehari sebelum hari pernamaan calon. Kami seramai empat orang muslimat sorang muslimin. Jadual asal kami menaiki firefly pada pukul 4 30 petang tapi telah ditunda pada pukul 6 45 petang. Firefly telah menukarkan kapalterbang kepada MAS, sebab sebanyak tiga penerbangan telah dipinda maka untung juga dapat naik kapalterbang besar.Begitulah tiket tambang murah sering saja kejadian begini berlaku.

Ramai pemimpin dari parti-parti lain kami temui termasuklah kak Wan Azizah.Sempat juga bergambar denganya. Terlihat ketabahan dalam kelembutan wajahnya. Bila ditanya bagaimana perasaan kak wan dengan fitnah baru yang tersebar luas dengan tenang dia menjawab “Kak wan sudah biasa mendengar fitnah tentang Datuk dan kak Wan tidak tergugat dengan berita-berita tersebut, kak wan tahu dia ada kat mana masa tu”.Nada suara yang lembut bercakap penuh keyakinan . Betullah kata pepatah alah bisa tegal biasa..Hebat dugaan yang ditempuhnya, betapa aib yang terpaksa ditanggung bukan sekadar dia perlu ada kekuatan tapi dia juga perlu memberi kekuatan pada suami dan anak-anaknya.Memang dia bukan calang-calang wanita.


Kami sampai di Kucing dalam pukul lapan lebih satelah siap mengambil bagasi kami keluar dalam pukul Sembilan malam .Disambut oleh petugas-petugas parti untuk dibawa ke rumah penginapan di Uni Garden bertentangan dengan UNIMAS Sarawak..Penempatan dikongsi bersama muslimat Wilayah . Enam haribulan hari penamaan calon dan kami bertuga di Dun Mara Tuan yang diwakili oleh calon PAS dan PAS telah memberi ruang kepada calon muslimat Puan Rohani Hamzah. Terlihat suasana berbeza dimana tempat bermula perarakkan adalah sama antara PBB dan PAS,Cuma Pas berjalan dahulu kemudian barulah PBB pula berjalan dibelakang tidak ada provokasi dari mana-mana pihak sehinggalah sampai ke tempat penamaan calon. Beberapa tokoh pimpinan juga bersama dalam perarakkan tersebut antaranya Datuk Mahfuz Omar ,Md Sabu , Datuk Seri Nizar Jamaludin dan ramai lagi pimpinan dari Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

Semasa penamaan calon sedang berjalan suasana tenang terganggu oleh tindakkan petugas-petugas parti PBB,yang dengan secara kasar datang menyerbu khemah tempat muslimat duduk ,tanpa berkata apa-apa terus mengangkat khemah tersebut tapi kami muslimin dan muslimat membiarkan sahaja kerana tidak mahu berlaku pergaduhan.Kebetulan khemah yang dipasang majlis bandaranya tidak terdapat disebelah PBB, ada tiga khemah yang dipasang ,kesemua khemah itu diangkat ketempat PBB,tanpa menghiraukan muslimat yang sedang duduk didalam khemah itu ,itulah adab yang ada pada puak-puak barisan . BN dulu kini dan selamanya menganggap apa sahaja mereka hendak mesti mereka dapat, tidak peduli orang lain, tidak ada perasaan hormat pada siapa pun. Proses penamaan calon di Mara Tuan berjalan terlalu lama ,pengumuman penerimaan kedua-dua calon hampir pada pukul dua petang. Ini kerana calon Barisan Nasional adik Mahmud Taib gagal memberi penyata belanjawan pada pilihanraya lalu.

Pemimpin PAS dan penyokong baik yang diluar atau yang berada didalam dewan penamaan calon melakukan sembahyang hajat minta Allah permudahkan urusan .Ternyata SPR memang berpihak pada BN sehingga tidak mengistiharkan menang tanpa bertanding pada calon PAS, sehinggalah datang seorang seorang lelaki membawa satu kertas, maka SPR pun mengistiharkan,bahawa tiada pencalonan yang ditolak kedua-dua calon akan bertanding. Pengumuman itu disambut dengan boo oleh penyokong PAS dan berlakulah sorak dan jeritan “SPR penipu “dari anak-anak muda Sarawak yang menyokong PAS. Seperti biasa calon BN dijulang dengan penoh gembira sambil bersorak-sorak riang oleh penyokong-penyokongnya(sebelum itu penyokong PBB senyap dan kelihatan sudah ramai yang balek) lalu berlakulah sedikit kekecohan berbalas sorakkan. Begitulah perancangan Allah,untuk menguji kesabaran pejuang-pejuangnya.Tapi pujian pada anak-anak muda yang walaupun berambut perang namun mereka sanggup menunggu sehingga akhir,tanpa diberikan upah .Anak-anak muda yang didatangkan bersama penyokong PBB dengan beberapa buah bas seawal pagi lagi sudah diberikan duit,yang saya sendiri nampak,tapi tidak sempat dirakam (bukan tidak sempat tapi tidak teringat untuk merakamkanya).Sebagai pejuang Islam tidak ada istilah kecewa atau putus asa. Keyakinan kepada ketetapan Allah dan kepercayaan terhadap setiap apa yang berlaku pasti mengandungi hikmah menyebabkan kita tetap bekerja dengan penuh semangat.

Walaupun diluar sana ramai yang mengeluarkan pandangan kekalahan PAS dengan berbagai pandangan dan keritikkan ,namun bagi kami petugas yang hampir terlibat sepanjang pilihanraya kecil dan kini di Sarawak, tahu apa yang berlaku .Bagi orang yang sekadar melihat tetapi tidak terlibat secara lansung memang senang bercakap bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Kami petugas PAS tidak diupah bahkan tambang dan belanja pun sendiri-sendiri ,kami redha kerana kami faham ,dan bagi kami hanya itu sahaja yang kami mampu berikan untuk perjuangan.Tidak ada apa yang kami harapkan melainkan keredhaan Allah mudah-mudahan selamat didunia dan selamat diakhirat. Kami takut disoal Allah kenapa kamu bercakap tetapi tidak melakukan apa yang kamu cakap amat besar kebencian Allah pada orang yang bercakap tapi tidak melakukan apa yang ia cakap,seperti ayat yang termaktub dalan Al Quran dalan surah As Saf. Ayat 2,3.

InsyaAllah jumpa lagi dengan pengalam berkempen dirumah panjang.Wassalam

No comments:

Post a Comment