Sunday, May 22, 2011

Pengajaran dari pengalaman

Ketika mendengar berita orang yang ku kenali ditangkap khalwat dengan suami orang,dan dia pun berstatus isteri orang aku mengucap panjang,sedih ,marah,malu bercampur aduk dalam fikiranku. Sebagai seorang isteri aku simpati pada siisteri dan sisuami yang teraniaya. Mereka semua kalau dilihat dari pandangan mata ku orang yang baik-baik. Aku hampir tidak percaya,kalau orang lain yang menyampaikan berita itu,namun aku akur dan percaya kesahihannya kerana orang yang menyampaikan berita itu kawan ku juga. Memang berita itu mengganggu fikiranku,dua tiga hari aku masih memikirkan kenapa perkara itu berlaku. Apa perasaan siisteri hingga sanggup dan tergamak melakukan perkara tersebut,sedangkan suaminya dan lelaki tersebut adalah sahabat hampir puluhan tahun.Siisteri juga bersahabat baik dari zaman sekolah lagi. Walaupun selama ini memang ada cerita begitu yang terdengar ,terbaca bahkan dalam cerita tv pun banyak aku tak kisah pun.Tapi bila ia berlaku pada individu yang kita kenal,memang kita rasa emosional sikit,kerana kita tahu peribadi mereka yang memang baik dan sentiasa menjaga aurat.

Bukan cerita ini yang nak diperkatakan, tapi aku terpikir kita kadang-kadang bila mendengar berita-berita begini sering mencemek serta mempersalahkan sebelah pehak.Memang rumahtangga ini menyimpan seribu rahsia hanya suami dan isteri sahaja yang tahu apa yang berlaku didalamnya. Teringat semula kisah teman yang aku kenali dengan sifat lemah lembut dan manja dan sisuamai pun ok juga alih-alih minta cerai dari suaminya. Aku dan suami serta beberapa kawan berkumpul ramai-ramai dirumah salah seorang teman,berusaha memujuk untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang pada masa itu sudah pun punya tiga anak,namun gagal, siisteri tetap mahu diceraian atas alasan-alasan yang dia sebut yang kami tidak jangka keluar dari mulut isteri.Terkesima aku mendengar alasanya. Sahabat-sahabat suamiu pun terdiam tunduk malu.Begitulah penangan dari ketidak puasan hati yang terpendam dan tidak mampu ditahan,meletup ibarat gunung berapi yang sudah lama menyimpan laharnya.Siisteri nekad tidak mahu menoleh kebelakang.

Namun dari dua kisah ini aku membuat kesimpulan sendiri.Walau pun cerita berbeza namun puncanya sama tidak menjaga agama dan merengan-rengankan larangan ugama. Kegagalan komunikasi dan suami selalu tida perihatin dengan perubahan isteri,mungkin sengaja kerana ego atau malas nak melayan karinah isteri.Sering tidak mengendahan perasaan isteri.Bayangkan semua kerja ada cuti namun kerja isteri tidak pernah cuti.Sehingakan demam sikit-sikit asal boleh bangun kerja masih diterusan.Itu perkara kecil bagi isteri jika mendapat penghargaan atau perhatian suami.Perlu diingati sekuat mana pun seorang wanita jiwanya tetap halus,perlukan perhatian belaian cuma kadang-kadang ada wanita yang malu menunjulkan keinginanya,takut dicap mengada-ngada.Lelaki melayu pun malu untuk membelai isteri kerana budaya kita yang beradap sopan,betul ke?.Memang sering keluar dari mulut lelaki tidak pandai untuk melahiran perasaan atau malu nak berlagak romantik.Sebenarnya ramai je isteri yang tidak kisah asalkan ada perbuatan yang menghala pernyataan kasih sayang.Orang melayu penuh dengan kiasan,mudah memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat.Yang penting ada usaha untuk memberi riaksi pada pasangan supaya mereka memahami kita menghargainya, susah sangat ke?.Ubahlah budaya tunjukanlah kasih sayang pada suami atau isteri dengan cara sendiri,tidak dengan percakapan dengan perbuatan, ucaplah terima kasih pada pasangan anda sebab ianya tidak perlukan wang dan ringgit.

Aku berhenti dululah esok sambung lagi, sebenarnya panjang lagi nak cerita berdasarkan pengalaman sendiri dan aku bersyukur kerana pengalaman orang banyak menyedaran aku supaya sabar dalam kehidupan berumah tangga,yang saerba mencabar ini. Wassalam

No comments:

Post a Comment