Tuesday, May 24, 2011

sensitif tapi perlu

Kadang-kadang masalah rumahtangga ini amat rumit untuk dibincangkan. Adat dan budaya yang telah ditanamkan sekian lama bahawa apa yang berlaku adalah rahsia yang perlu disimpan tidak boleh disebarkan ,kalau disebarkan mengaibkan keluarga. Cerita suami isteri biarlah jadi rahsia mereka berdua sahaja. Terlebih lagi si perempuan atau isteri cakap lebih-lebih hal hubungan intim pasti akan dicop,galak gatal dan sebagainya. Walaupun kita menghadkan perbincangan soal sex dan hubungan intim suami tetapi ia tidak bermaana pintu perbincangan ditutup terus. Perbincangan bukan sekadar suka-suka tapi ia amat perlu bagi pasangan yang menghadapi masalah. Dalam entry saya yang lepas menyedarkan saya betapa sebenarnya budaya kita jangan bincang soal sex dalam rumahtangga itu memberi impak yang besar pada sang isteri. Bila sebut soal hubungan intim suami isteri, sang suami sering berlagak sombong dan ego untuk mengaku kelemahan. Amat sukar lelaki mengaku lemah tenaga batin itu adalah sejenis penyakit yang perlu dirawati sama macam penyakit-penyakit yang lain juga. Sama juga seperti wanita suatu masa dahulu bila sebut kanser payu dara atau kanser pangkal rahim pasti mereka malu untuk berjumpa doktor.Kini setelah makin banyak perbincangan dan penerangan maka ramai wanita yang faham dan mereka tidak malu lagi untuk mendapat rawatan

Pernah seorang datang berjumpa saya menceritakan masalah suami yang menghadapi masalah lemah tenaga batin sambil menangis,kerana suaminya langsung tidak mahu berusaha berubat bahkan siisteri menjadi mangsa, sering dimarah bila siisteri mendekatinya waktu malam. Dia sendiri merasa seolah -olah isteri tidak faham dan mencabarnya."Jangan nak paksa-paksa orang" itulah yang selalu diulang pada isteri.Bila isteri ajak berubat dia kata "nak buat apa bukan saya sakit".Yang lebih meninggikan ego suami kerana walaupun dia "importan" dia masih mampu menghamilkan siisteri. Yang menyedihkan siisteri sendiri oleh kerana kenaifannya,tidak tahu kisah mati pucuk,secara kebetulan sahaja ibunya bercerita masalah orang lain yang mati pucuk,barulah dia beritahu pada emaknya yang suaminya pun begitu juga.Mengucap panjang siibu,lalu dinasihati sianak untuk berbincang dengan suami bawa berubat.

Alangkah simpatinya saya bila dia bercerita sambil menangis,teringat kata-kata sahabat ketika berbincang masalah yang samA "Kasihan isteri-isteri yang dapat suami begitu tidak ada nikmat berumah tangga.kalau tak cukup makan boleh mintak dengan orang,tak cukup duit boleh pinjam dengan kawan,tak cukup benda tu nak mintak tolong dengan siapa,bukan boleh pinjam-pinjam,bukan boleh minta-minta merata hala, mintak pun tak boleh berdosa" kami ketawa mendengar cakap sahabat itu dalam hati berkata betul juga. Bila perkara ini berlaku kesanya dalam keharmonian rumahtangga memang ada. Macam yang saya ceritakan sebelum ini masalah inilah yang menyebabkan kawan saya mintak cerai dari suaminya. Kita nak salahkan perempuan pun tidak boleh juga bukan semua sanggup dan mampu menahan gelora nafsu. Sebenarenya banyak masalah rumahtangga ini berpunca dari masalah ini tetapi tidak ditunjukkan terutama dari pehak perempuan,malu nak mengaku tidak mendapat kepuasan sex tapi mencipta masalah lain,bila perasaan tidak puas hati ini ada maka hal-hal yang sikit pun akan mampu mengundang pertengkaran dan pergaduhan.

Tulisan ini bukan tujuan menceritakan masalah orang saja-saja nak cerita lucah ini hakikat dan realiti masa kini. Ramai yang menghadapi masalah ini tapi tidak berani berterus terang lalu mencipta masalah-masalah sampingan untuk melindungi masalah yang sebenar. Kerana persepsi kita sendiri tidak manis bincang masalah sebegitu ,hubungan intim memang keperluan dalam rumahtangga yang normal kenalah terbuka,antara suami isteri ,kerana setiap penyakit mesti ada ubatnya,pada sang suami janganlah terlampau ego hingga menyeksa orang lain . Selagi manusia bernama manusia tuntutan nafsu sama sahaja. Sebab tu dalam islam pun digariskan bagi orang yang hendak berkahwin ada kemampuan zahir dan bathin.

Sekadar pandangan memang lama nak menulis bab begini tapi tidak ada keberanian tapi bila kawan sendiri kena tangkap khalwat saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman,saya pun tidak tahu kenapa orang mengadu masalah rumahtangganya pada saya,namun saya akan cuba sedaya upaya menolong paling tidak mendengar masalah mereka supaya dapat melegakan perasan,dan melapangkan dada mereka.Malu ada tempatnya,malu nak melahirkan perasaan akirnya terjebak dengan pujukkan syaitan lagilah teruk,fikir-fikirkanlah,Wassalam nanti sambung lagi

No comments:

Post a Comment