Tuesday, April 3, 2012

Janji manis mu menukar Aisyah untuk betsama jamaah islam

Dalam program santai bersama penyanyi Aisyah yang terkenal dengan lagu-lagu yang tidak lapuk dek zaman tak lekang dek hujan antaranya Kasih Ibu,Bahtera Merdeka, dan lagu Janji Manis mu pernah menang anugerah juara lagu tahun 90 kalau tak silap.Dari cara percakapan dan tutur katanya kita dapat menilai dia orang yang terpelajar dan ada ketegasan pendirian.Dia berani mengaku bersama-sama parti Islam walaupun dia tahu ada implikasi pada kerjaya seninya.Tanpa berselindung dia mengaku dan memberikan sebab dia bersama PAS.Apa jua yang berlaku dalam kehidupan ini bagi orang yang beriman kalau buruk dia akan muhasabah diri serta memohon keampunan.Jika ia mendapat kegembiraan maka ia akan tunduk sujud pada Allah tanda kesyukuran, susah atau senang tetap redha dengan qadha' dan kadar Allah.Menceritakan latar belakang keluarga dan asas ugama dalam keluarganya bertambah kenyakinkan bahawa ugama memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.Ujian Allah adalah semata-mata untuk menguji manusia dan mengasingkan manusia samaada ia layak masuk syurga atau sebaliknya.
Ternyata insan yang bernama Wan Aisyah Binti Wan Ariffin dipilih untuk mendapat hidayah supaya berubah setelah melalui liku-liku kehidupan untuk pentarbiyyahan Allah.Walau pun nampak glamer dan terkenal namun dugaan demi dugaan yang mencabar menginsafkanya sehingga ia duduk mengadap Ilahy memohon "Ya Allah Ya tuhan engkau telah ambil semua yang aku kasihi tolonglah ya Allah jangan kau pisahkan dan ambil anak-anakku ya Allah kerana merekalah kekuatanku Ya Allah sekiranya aku dapat bersama anak-anak ku Ya Allah aku berjanji akan taat kepada mu, kau berilah aku petunjuk Mu kau lorongkanlah aku kejalan yang benar jika apa yang aku buat ini salah berilah petunjuk mu,Kau mudahkanlah rezeki ku Ya Allah",(sekadar memetik apa yang diceritakan )
Begitulah kehendak Allah hingga ia melakukan perubahan penampilan dan kemudian mula melibatkan diri dalam jamaah PAS.Sambung malam ni pula sebab apa Aisyah pilih bersama PAS. Wassalm

Thursday, March 22, 2012

Syukur atas nikmat mu ya Allah

Tanggal 11march yang lepas aku selamat menerima menantu perempuan isteri anak lelaki sulong ku walaupun keletihan tetapi bila melihat muka jemputan tersenyum girang dan semua tetamu tidak pulang dengan kehampaan membuatkan kami suami isteri hilang rasa letihnya tapi malam tu tidur memang tak sedar apapun hinggalah ke pagi.Bangun pagi tu dengan hati dan kepala yang lapang. Walaupun masih ada kerja yang belum selesai tapi tidaklah seberat memikirkan majlis perkahwinan masa belum berlansung macam- macam ada dalam kotak pemikiran.Alhamdulullah semua berjalan dengan baik dan lancar.Berbaloi tenaga dan kerja yang semuanya dilakukan oleh ahli keluarga yang datang dari jauh.Bertuah juga punya ahli keluarga yang ramai setakad masak sekor lembu tak payah orang lain tolong pun boleh masak.Memang menu hari tu menu masakkan Nogori seratus peratus masak daging cili api sambal tempoyak masak labu masak lemak putih ikan masin belacan dan ulam-ulaman nasi putih.Nasi minyak tak buat sebab musim kahwin orang dah boring makan nasi minyak lauk kari.

Rupanya menu itu menjadi bualan pada tetamu- tetamu yang datang hingga kawan-kawan sepejabat suami dan ofis tempat praktikal anak perempuanku sebuk bercerita tentang menu.Ada yang menyesal ambil nasi sikit makan-makan sedap pulak tapi malu nak tambah ada yang sms tnya ada lauk lebih ke tidak kalau ada lebih nak bawa balek. Seminggu di pejabat tak habis lagi cerita di pejabat aku betul-betul puas hati.Terima kasih pada adik-adi ,ipar duai anak-anak sedara dan juga buat ibu mertua tercinta.

Tidak habis lagi kegembiraan menyambut menantu , anak bongsu perempuanku pula menambah kegembiraan dan kesyukuranku pada Allah.Keputisan SPM yang keluar pada 21 hb march mendapat 8A dan 2B Alhamdulillah syukur.Ketika menalipon ku dari sekolah dengan esakkan tangisan kegembiraan memberitahu kejayaanya.Dia sendiri pun tidak percaya dengan keputusan tersebut sebab sebab masa percubaan dia hanya mendapat satu A je.Alhamdulillah sekali lagi dan ia menambah keyakinanku apa yang di tercatit dalam Al Quran jika kita tolong agama Allah Allah akan tolong kita.Ya Allah terlalu besar nikmat mu dan terlalu luas rahmat mu Ya allah pada hambamu ini ampunkanlah dosa-dasa kami dan redhalah pada kehidupan kami .Amin

Friday, March 2, 2012

Dr Mashitah makin jauh.

Membaca artikel Dr Masitah Ibrahim dalam sinar harian yang bertajuk"Skandal seks,krisis politik pakatan".Ternyata itulah pemikiran yang di corakkan oleh pemimpin Umno di semua peringkat.Bermula kes terbaru Ustaz Badrulamin,kes Mohamad Sabu yang telah diputuskan oleh mahkamah tidak bersalah.Dalam tulisanya menyebut ketika serbuan Mohamad sabu hanya memakai tuala sahaja.Kemudian sebut pula kes Anwar Ibrahim dan paling meloyakan dia menulis skandal Datuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul hadi Awang yang mengambil (melarikan) anak dara orang untuk dijadikan isteri ke tiga,dan ada lagi beberapa kes lagi yang di tulis Mashitah. Bayangkan betapa bahagianya dia menyebut cerita-cerita ini sama macam orang yang tidak faham agama. Sememangnya kalau kita baca tulisan Mashitah mentelitinya samalah macam jkk umno yang tidak berpelajaran tinggi.Sepatutnya biarlah orang-orang yang jahil ugama sahaja yang bercakap hal-hal begitu Masitah tumpukanlah perhatian bagaimana nak memartabatkan wanita atau membela wanita-wanita yang teraniaya walaupun dia bukan menteri yang menjaga hal ehwal wanita.
Penyambung lidah-lidah fitnah dan menjaja cerita-cerita fitnah nampaknya makin hidup dan subur mengakar kukuh dalam masyarakat. Budaya apakah yang ingin ditetapkan pada jenerasi yang akan datang. Tidak cukupkah lagi budaya-budaya buruk yang sudah semakin merencam,mencekam dan mengancam keamanan dalam masyarakat kita.Radanya kita sudah semakin menuju kehancuran,dalam AlQuran pun ada disebutkan bahawa memfitnah itu lebih teruk dosanya dari membunuh.Dr Mashitah pun tahu bab agama dan dia pun boleh faham ayat-ayat Al Quran tidak adakah sekelumit iman dalam dadanya kebimbangan kalaulah tuduhan-tuduhan itu tidak benar alangkah berdosanya aku. Apakah dia mampu mengadakan 4 orang saksi,itupun dia tahu orang yang menuduh orang berzina kena ada saksi?.Alangkah dahsyatnya bila orang yang sepatutnya menjadi penawar pada msyarakat yang sedang sakit tiba-tiba dia pula menjadi orang yang menabur racun berbisa bahkan menjadi penyebar wabak penyakit berjangkit. Sayang sekali ilmu agama yang ada tidak dapat menyuntik keinsafan pada manusia-manusia yang sedang celaru dan sesat,bahkan dia membiarkan orang-orang yang sesat dalam kesesatanya dan dia sendiri hanyut dibawah naungan pemimpin- pemimpin yang tidak berniat sekelumit pun memartabatkan Islam sebagai tongak dan asas kehidupan. Bila kita tidak amanah dengan ilmu Allah tunggulah kehancuran masyarakat dari kesombongan para daie yang mendustakan ilmu Allah.
Dr Mashith yang terkenal mengeluarkan jawapan-jawapan yang mengelirukan masyarakat saperti membenarkan melacur kalau terdesak,membenarkan orang perempuan trim atau cukur bulu kening sebab dia pun kini semakin galak bertabarruj,(bila duduk dengan umno orang ugama pun jadi pening dan nampak lagi tidak cerdik.)
Ya Allah lindungilah kami dari pendusta-pendusta agama,lindungilah kami dari pemfitnah-pemfitnah yang bermaharaja lela.Ya Allah kau berilah petunjuk dan keampunan pada Dr Mashitah Ibrahim.Amin

Sunday, February 26, 2012

pengalaman pertama walimatulurus anak

Untuk pertama kalinya merasa pengalaman untuk majlis perkahwinan anak lelaki sulung ku memang teramat sibuk mentelahan lagi jauh dari saudara mara, bila tiba saat inilah baru terasa untung orang yang duduk dekat dengan sanak saudara mara sebab dengan adik beradik sendiri kita tidak malu nak suruh arah.Doaku biarlah majlis nanti berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan tidak ada tetamuku yang tidak makan maklumlah sebagai tuan rumah itulah perkara yang paling di bimbangi.Harap-haraplah tidak ada tertinggal lagi nama orang yang di jemput takut ada yang tak terjemput nanti berasa hati pulak. Masak secara gotong royong je sebab aku rindu suasana kampung yang lama di tinggalkan.Kalau katering tidak terasa meriah tanpa gurau senda sanak saudara dan rakan dan taulan ,gurau senda itulah dapat mengeratkan persahabatan dan persaudaraan.Mudah-mudahan Allah memberkati majlis ini nanti.Amin

Sunday, December 25, 2011

Iktibar siri akhir.

Maaf sebab terlalu lama ambil mada untuk menyambong cerita ,bukan apa cuma menghormati pesanan tuan imam yang mengubat anak saya supaya bila dah baik nanti jangan sebut - sebut lagi atau ulang-ulang bila orang tanya sebab kata pak imam bila kita sebut-sebut cerita tu seolah-olah kita menyeru-nyeru ,menyebabkan dia boleh datang balek
Namun cuma saya nak kongsi perasaan sebagai seorang ibu bila menghadapi anak yang sakit begini.Pertama kita perlu kuat srmangat lebih dari orang lain,kita kena kental dan berani,supaya aura kekuatan semangat kita itu turut dirasai oleh anak kita dan juga makhlok laknatullah yang sedang berada dalam tubuh anak kita atau sesiapa pun yang terkena serangan jin atau syaitan.Jangan ada perasaan takut dalam diri kita kerana syaitan di beri kelebihan mengetahui kelemahan kita.Oleh kerana terlalu kasihan sedih melihat keadaan anak pada masa itu saya pegang kepala dia sambil mukanya mengadap pada saya lalu saya berkata"engkau pandang muka aku demi Allah aku tidak akan biarkan kau menang dan menyesatkan aku,kau silap orang dan aku akan pastikan engkau kalah ditangan aku ,kau pengecut tidak berani lawan berdepan kalau berana mari lawan secara berdepan" bukan cakap besar memang kita tidak layak merendah diri pada syaitan.Selepas saya cakap macam tu dia menundukkan mata dan wajahnya,biar pun yang berdepan itu anak kita tapi hakikatnya bukan dia.

Yang kedua rumah kita jangan ada bunyi-bunyian lain melainkan ayat-ayat quran samaada kita baca sendiri ataupun dari alat-alat alternativ,yang paling bagus kita baca sendiri.Azan hendaklah sentiasa ada terutama waktu-waktu masuk waktu ,mada anak saya sakit suami tidak sembahyang di masjid kami sembahyang jamaah tiap-tiap waktu di rumah,kalau suami tidak ada anak lelaki jadi imam,kalau tidak ada orang lelaki saya sendiri menjadi imam.Setiap dugaan Allah memang ada hikmahnya menjadikan kami sekeluarga rapat,dan mengubah kebiasaan kepada yang lebih positif.Kalau sebelum ini masing -masing sembahyang sendiri-sendiri dan jarang berjamaah kini bila sembahyang dirumah kami pastikan ia berjamaah.

Yang ketiga yang paling penting sebagai orang paling hampir dan sentiasa ada bersamanya maka kita sendiri yang mesti mengambil langkah pro aktiv merawat anak kita sendiri dengan ayat -ayat perubatan alquran.pengalaman saya bila kita bawa jumpa berjumpa dengan ustaz - ustaz nampaklah perubahan dua tiga hari lepas tu dia mula balik buat perangai,bawak jumpa ustaz baik dua tiga hari.Masa saya berulang-alik kehospital kuantan saya sempat singgah di kedai buku dan terjumpa satu buku manzil yang diterbitkan oleh madradah zubaidiyyah,merbok kedah,selain doa-doa ia ada menyusun surah-surah khas untuk menghalau dan membakar syaitan memang banyak membantu saya .Di sini saya nak promo buku tu carilah sebab ia dijual untuk tabung pondok tersebut.Pengalaman saya ia memang menjadi.
Alhamdulillah seorang kawan mencadangkan saya cuba berubat dengan ustaz Munif (terima kasih ustaz) yang menggunakan rotan untuk rawatan,kalau ikutkan memang kasihan bila tenguk anak terjerit -jerit kena rotan tapi demi untuk menyembohkan dia saya keraskan hati walaupun simpati.Ustaz rotan sikit je tapi kesan lebamnya macam orang kena tumbok.Selepas tu Alhamdulillah dia jadi bertambah baik sampai sekarang.

Cuma nak ceritanya sebelum ustaz rotan saya telah menggunakan ayat-ayat yang disusun oleh ustaz pondok tu setiap waktu selepas sembahyang.Masa anak saya sakit saya melakukan home work sikit dengan membeli buku-buku dan cd ustaz Ismail Kamus dan ustaz Haron din dua pengamal perubatan Islam yang memang telah dikenali ramai,dalam salah satu cd ustaz Ismail kamus yang menarik perhatian saya katanya“Saka ni memang payah sembuh tapi kalau kita boleh serang dia pagi petang sing malam dia pun tidak tahan juga“. Atas dasar itulah saya merawat sendiri menggunakan ayat perubatan dari buku yang saya beli.Setiap lepas sembahyang saya akan suruh dia baring kemudian pegang kepalanya dan bacakan ayat -ayat dekat telinganya .Saya tidak belajar cuma mengikut perbuatan ustaz-ustaz yang merawat anak saya.Namun mungkin pada masa itu kita memang bulat berserah pada Allah sementelah kita sebagai ibu yang betul -betul ikhlas sepenuh hati mengharap kesembuhan anak kita sendiri maka ia lagi cepat berkesan.Apa yang saya buat betul-betul ikut apa yang ustaz buat ,setelah habis baca ayat-ayat saya picit jari,jemari kaki dia memang dia terjerit-jerit cuma Alhamdulillah yang merasuk dia bukan jenis agresif atau kuat melawan,kemudian urut perut dia sebab ustaz Ismail kamus kata syaitan suka duduk dekat peranakkan atau rahim wanita ,memanglah dia akan terjerit -jerit juga,urutlah sehingga habis ke kepala kemudian dari hujung kaki balakang hinggalah ke kepala juga

Ada masanya saya suruh dia sendiri baca ayat-ayat itu dan pafa mulanya dia memang tidak dapat baca,bila mula baca je dia dah menggigil dan rebah,saya memang dah stand by duduk belakang akan sambut dan saya pulak akan teruskan bacaan itu.Selalu bila dia baca sendiri ,saya akan duduk belakang bila dia sedang baca saya akan tekan perut dan bawah ketiak dia ,hari-hari saya buat begitu ,pernah sekali memang berlawan dengan dia ,dia marah sebab saya nak tekan bawah ketiak dia,dia bangun nak lari saya rempuh dari belakang sampai dia jatuh,satu lagi syaitan ni pandai bila dia dah sakit dia akan menangis dan merayu kita,dia akan menangis sambil berkata "mak sakit mak ini hafizah anak mak ,sakit”,tapi saya buat tak peduli aja,dalam masa yang sama saya pujuk dia supaya keluar selalu saya kata" aku tak kacau kau tapi k yang kacau anak aku kalau kau tak nak sakit kau kena keluar".Begitulah setiap hari dan saya sendiri nampak dia makin lemah ,malam tidur dibantu ubat tidur yang diberi doktor dia tidur lena dulu walau pun makan ubat tidur tengah malam dia akan jaga dan payah tidur semula memang betul bila kita serang pagi petang siang malam dia tidak tahan,akhirnya bila ura-ura kita nak panggil ustaz Muniz dan pada malam ustaz Munif datang dia berbaring disebelah saya sementara menunggu ustaz dia beritahu saya dengan suara yang lemah "mak kak teh dah tak tahan kak teh nak mengalahlah,ya Allah betul ke apa yang aku dengar lalu aku jawap "eloklah tu kalau tak mau sakit keluarlah tinggalkan hafizah”.Dia pun bangun menuju kedapur,pada masa yang sama ustaz pun sampai,tiba-tiba je dia bertaici,sampai ustaz pun terkejut tenguk dia,saya pun cakap dia nak lawan ustaz kot,memanglah kadang -kadang ada gak yang lucunya duduk ngan orang macam ni.Begitulah dengan sentuhan rotan ,saya nampak dia makin baik hingga knii.Namun amalan dan ayat-ayat masih di amalkan bukan setakat dia sorang tapi kami semua seluruh keluarga mengamalkanya untuk perlindungan sehingga akhir hayat.Saya telah membeli banyak buku tersebut dan di agih-agihkan pada semua anak-anak sedara yang perempuan.Moga tidak ada lagi yang terkena rasukkan,InsyaAllah.

Sunday, November 13, 2011

Perkongsian & Iktibar siri 3

Kami mengambil keputusan untuk menghantar dia ke hospital kerana bimbang ianya akan menjadi bertambah teruk sebab sudah tiga hari tidak makan dan minum,dia nampak lemah sebab tidak berapa tidur dan tidak berhenti-henti bercakap.Pada mulanya kami membawanya ke hospital Pakar Kuantan tapi terpaksa dibawa ke hospital besar Kuantan kerana disitu (spesilist) tidak ada rawatan untuk penyakit macam itu.Tujuan kami menghantar ke hospital kalau boleh hanya minta dimasukkan air sahaja tetapi prosedur hospital tidak boleh begitu,kebetulan pada masa itu anakku bertindak aggeresif,dia jadi marah-marah.Akhirnya dia dirujuk pada doktor psikiatri,tapi sebelum dia dimasukkan ke wad kami ingin mendengar dan mengetahui keadaan yang sebenar berkenaan suasana wad tersebut,sebab kami memang tidak tahu dan tidak pernah melawat pun ke wad tersebut cuma apa yang ada dalam minda kami ianya adalah negetif kerana hanya malihat dalam cerita dalam drama tv je. Apa yang menambah kekeliruan kami bila Dr awal yang kami temui memberikan gambaran yang salah,bayangkan bila dia kata" mak cik anak mak cik dirujuk kewad psikiatri dan seperti yang kita maklum wad ini memang suasananya teruklah sikit dan bila dah masuk dia tidak boleh keluar hinggalah dia disahkan sihat oleh Dr pakar sahaja",ucapan itu memang mengganggu fikiranku. Lalu sebelum membenarkan anak ku di tolak masuk ke wad kami nak berjumpa sendiri Dr yang bertugas di wad tersebut,mungkin permintaan kami mengundang perasaan kurang selesa Dr tersebut,kami tidak menyalahkan Dr itu maklumlah orang ramai tidak ada masa hendak melayan permintaan kami,lalu dengan nada sinis dia berkata"kalau mak cik nak minta bilik sorang untuk anak mak cik memang kita tak ada wad begitu ",aku terasa dengan apa yang dia ucapkan lalu aku menjawap "Dr jangan salah faham saya bukan nak minta bilik sorang untuk anak saya sebab kami tahu ini hospital kerajaan yang kami minta ialah berjumpa dengan Dr yang bertugas di wad tersebut supaya kami mendapat gambaran yang jelas suasana dan keadaan wad itu sebelum mengambil keputusan membenarkan anak kami dimasukkan kedalam wad sebab kalau mendengar apa yang Dr kata tadi saya memang keberatan untuk membenarkan anak saya masuk wad",lalu saya tanya Dr tahu ke keadaan dan suasana dalam wad tu" Dr tu terdiam lalu menjawab dengan suara perlahan "saya pun tidak pernah masuk dalam wad tu".
Di pendekkan cerita akhirnya kami ditemukan dengan Dr Fauziah yang bertugas di wad psikiatri tersebut ,dari penjelasan yang diberikan memang bercanggah dengan apa yang Dr pertama tu beritahu kami, dari penjelasan Dr Fauziah kami bersetuju untuk memasukkan anak kami dalam wad tersebut.Sebenarnya kami bukan cerewet pun cuma punyalah maklumat yang kami dapat dari Dr dihospital sendiri pun tidak betul ,apatah dari dari orang lain.Pengajaran dari situ lain kali kita kena mendapat maklumat dari orang yang betul,barulah tidak keliru jangan cepat membuat keputusan hanya mendengar dari cerita orang yang tidak pakar tentang sesuatu perkara.Tapi memang kita simpati dengan Dr hospital kerajaan sebab memang pesakit yang perlukan rawatan terlalu ramai bayangkan suasana malam pun tidak sunyi dengan berbagai-bagai jenis penyakit yang memang memenatkan.Semua urusan selesai lebeh kurang pukul dua,mungkin kerana kami banyak karenah ketika anak kami dihantar ke wad kami sebagai waris tidak dipanggil untuk mengiringi ke wad,bila dah tunggu lama baru kami bertanya kewad sementara berapa lama lagi kena tunggu, diberitahu anak kami sudah dihantar ke wad pukul dua belas lebeh tadi.Geram juga kami. Setelah semua selesai malam itu saya memutuskan untuk balek rumah sebab esok suami kena masuk kerja. Keesokkanya saya sendirian kehospital sebab yang lain kerja,Ahamdulillah pihak hospital ada menyediakan hostel untuk waris yang datang dari jauh yang terpaksa menjaga ahli keluarga yang sakit,bayaranya cuma Rm 5 sehari. Cuma kita kena booking dulu jika ada kekosongan kita akan dimaklumkan melalui talipon, saya bernasib baik sebab hari itu memang ada kekosongan .
Malam pertama saya diberikan bilik sorang, malam kedua hinggalah malam ke enam saya menyewa bilik keluarga sebab memudahkan anak dan suami datang dan tidur disitu, saya ucapkan terima kasih pada petugas yang menjaga rumah anjung kasih puan Roslina kerana layanan baiknya. Rumah anjung kasih banyak meringankan bebanan bagi kami yang datang dari jauh.Kalau asrama tidak disediakan bayangkan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh waris yang datang dari jauh,nak berulang setiap hari tentulah tidak mampu.Setiap hari asrama penuh dengan penghuni,syarat untuk sewa tidak lebih tiga hari lepas tiga hari kaiau perlu sewa lagi mohon lagi jika ada kekosongan boleh sambung lagi.Bermulalah detik- detik yang paling mencabar dan mendebarkan.Bersambung

Tuesday, November 1, 2011

Perkongsian dan lktibar - siri 2

Malam pertama anakku sering berubah-ubah moodnya.Sekejap tenang dan sekejap sedih,percakapannya merapu-rapu.Bila sedih dia sering menyalahkan diri sendiri dan menyesali perbuatan-perbuatanya.kejap-kejap minta maaf pada kami emak dan ayahnya,kerana gagal menjadi anak yang solehah. Kadang-kadang aku pun turut menitiskan air mata mendengar kata-kata penyesalanya,walaupun aku kurang pasti apa sebenarnya yang berlaku,atau apa maksud percakapannya aku mengandaikan ia telah melakukan kesalahan dan merasa berdosa dengan apa yang telah dilakukanya namun dengan keadaan yang tidak menentunya itu aku memutuskan tidak akan bertanya apa yang telah dia lakukan. Aku hanya memeluknya dan memujuk dengan kata-kata yang tersusun bimbang menyinggong atau menyebabkan ia lagi rasa bersalah tertekan dan berdosa.Harapanku dengan kata-kata yang berhemah itu mampu meredakan perasaan dan beban yang ditanggunya.Apa lagi yamg harus aku katakan kerana aku pun tidak mampu menelah apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Memang aku sedar selepas raya aidilfitri dia tidak berapa tidur asyik mengadap komputer layan fb nya, aku sendiri menegurnya dan terpaksa menyuruhnya berhenti supaya tidur sebab sampai kul 2- 3 pagi masih belum tidur lagi.Memang dia berhenti duduk depan komputer tapi sms pula dengan hp.Itu malam siang pun macam tu juga.Seperkara lagi dia nampak macam gelisah kalau pun tidak ada apa yang dibuat ia akan berjalan mundar mandir sampai aku risau,pernah aku menegurnya dan bertanya kenapa asyik berjalan saja dengan selamba dia jawab "hobi"sambil senyum aku pun tak kisah aku ingat dia bergurau je. Pada masa tu pun aku terasa juga hairan kerana dia seolah-olah amat-amat pelupa macam bila kita bukan bercakap dengan dia.Kemuncak nya ialah bila aku memarahinya kerana tidak ikut
apa yang aku suruh dia buat walaupun aku dah beritahu satu-satu terang dan jelas,yang menghairankan aku benda tu memang dia tahu dan selalu buat,bukan dia tidak buat tapi apa yang dia buat satu pun tidak betul dan salah apa lagi aku marah bukan marah mana pun cuma aku tanya kenapa buat macam tu kan ke awak tahu dan biasa tenguk mak buat.Tanpa aku sangka mengundang rajuknya selama 3 hari.Pada masa tu aku perasan dia tidak berapa makan keluar bilik pun bila perlu saja.Kalau duduk pun dia asyik membaca buku.Namun aku tidak ambil hati sangat dan buat tidak kisah aja,biarlah dia reda sendiri.
Pada masa yang sama dia sedang belajar kereta,orang yang mengajar dia tu pun hairan sebab apa yang dia ajar sering anakku lupa.Satu hari tu dia bangun dengan muka ceria bercerita dia bermimpi macam dah mati terdengar bunyi suara orang berzikir,katanya Allah mungkin beri petunjuk pada dia.Aku ni yang tak tahu apa-apa cuma kata mimpi ni mainan tidur je mungkin Allah nak beri peringatan pada awak,tu je ulasan aku. Sehari sebelum dia sakit dia dah cakap pelik- pelik yang aku pun terasa sangat nak tanya tapi tidak tertanya ketika dia bersiap duduk minum bersama ayahnya dia kata tidak usah gaduhlah padal dia Allah dah bagi petunjuk dah dia dapat masuk syurga.Aku terkedu tapi tidak boleh nak cakap panjang sebab orang yang nak ajar kereta sudah sampai nak ambil dia pergi belajar,terhenti disitu saja percakapan kami.Dia terus pergi dengan tidak menghabiskan minumanya.Pada masa tu aku memang nampak dia letih sebab tidak berapa tidur dan tidak berapa makan.Keesukkanlah dia mula sakit.
Pengalamanku ketika malam pertama dia sakit aku tenguk seolah-olah macam orang putus cinta,dengan menyebut nama lelaki yang dia kata paling dia suka.Waktu tidur aku peluk dia tiba-tiba aku rasa hairan dia aggresif macam orang lelaki bila dia dengan penuh bernafsu meraba-raba tubuhku lalu aku tanya" ni siapa",dia tiba-tiba macam tersedar lalu berhenti meraba.Dia seolah-olah ada dua watak lelaki dan perempuan.Lepas aku tanya dia siapa dia bertukar jadi watak anakku pula tapi seolah-olah macam memujuk rayu orang lelaki pula.Tiba-tiba dia tanya boleh tak dia nak pegang bila tanganya berada celah peha antara anakku dan aku.aku tanya awak nak pegang siapa pun terdiam dan berhenti,tapi punyalah aku ini naif tentang rasukkan jin,langsung aku tidak syak yang dia dirasuk,cuma yang aku fikirkan adakah anakku sudah terlanjur sejauh itu. Pada masa tu aku langsung tidak dapat melelapkan mata,pada ku padanlah anakku jadi begini berat sangat bebanan kesalahan yang dilakukan hingga tidak ada siapa yang dia berani nak kongsi masaalah dia hingga jadi stress teruk sangat,itu andaianku, lalu aku bisikkan ketelinganya, "sayang besar mana pun dosa yang telah dilakukan mak tetap ampunkan dan mak tetap terima sayang sebagai anak mak,yang lepas biarlah lepas mintalah ampun pada Allah taala kerana Allah itu maha pengampun walau sebesar mana pun kesalahan hambanya, kita mulakan hidup baru". Hanya itu yang mampu kuucapkan,dalam masa yang sama aku terasa amat sedih kerana kegagalanku menjaga amanah Allah yang amat berharga yang diberikan pada ku.Aku juga dihimpit rasa berdosa yang amat sangat.Timbul bermacam-macam persoalan dalam jiwaku,mungkin sikap yang tegas ku menyebabkan dia takut untuk berkongsi masalahnya dengan ku.Ya Allah apakah yang berlaku sebenarnya.Aku kembali memperingatkan diri ku supaya bertenang dan sabar kerana aku yakin jika kita membantu agamaNya dia pasti akan membantu kita disaat kita memerlukannya,aku yakin ini adalah ujian untuk menambah imanku.Aku berdoa moga Allah memberikan kekuatan pada ku menghadapi ujian ini.Aku kembali tenang,aku berjanji akan untuk memperbetulkan kesilapanku ini mungkin peringatan dari Allah.@akan bersambung panjang lagi...