Sunday, November 13, 2011

Perkongsian & Iktibar siri 3

Kami mengambil keputusan untuk menghantar dia ke hospital kerana bimbang ianya akan menjadi bertambah teruk sebab sudah tiga hari tidak makan dan minum,dia nampak lemah sebab tidak berapa tidur dan tidak berhenti-henti bercakap.Pada mulanya kami membawanya ke hospital Pakar Kuantan tapi terpaksa dibawa ke hospital besar Kuantan kerana disitu (spesilist) tidak ada rawatan untuk penyakit macam itu.Tujuan kami menghantar ke hospital kalau boleh hanya minta dimasukkan air sahaja tetapi prosedur hospital tidak boleh begitu,kebetulan pada masa itu anakku bertindak aggeresif,dia jadi marah-marah.Akhirnya dia dirujuk pada doktor psikiatri,tapi sebelum dia dimasukkan ke wad kami ingin mendengar dan mengetahui keadaan yang sebenar berkenaan suasana wad tersebut,sebab kami memang tidak tahu dan tidak pernah melawat pun ke wad tersebut cuma apa yang ada dalam minda kami ianya adalah negetif kerana hanya malihat dalam cerita dalam drama tv je. Apa yang menambah kekeliruan kami bila Dr awal yang kami temui memberikan gambaran yang salah,bayangkan bila dia kata" mak cik anak mak cik dirujuk kewad psikiatri dan seperti yang kita maklum wad ini memang suasananya teruklah sikit dan bila dah masuk dia tidak boleh keluar hinggalah dia disahkan sihat oleh Dr pakar sahaja",ucapan itu memang mengganggu fikiranku. Lalu sebelum membenarkan anak ku di tolak masuk ke wad kami nak berjumpa sendiri Dr yang bertugas di wad tersebut,mungkin permintaan kami mengundang perasaan kurang selesa Dr tersebut,kami tidak menyalahkan Dr itu maklumlah orang ramai tidak ada masa hendak melayan permintaan kami,lalu dengan nada sinis dia berkata"kalau mak cik nak minta bilik sorang untuk anak mak cik memang kita tak ada wad begitu ",aku terasa dengan apa yang dia ucapkan lalu aku menjawap "Dr jangan salah faham saya bukan nak minta bilik sorang untuk anak saya sebab kami tahu ini hospital kerajaan yang kami minta ialah berjumpa dengan Dr yang bertugas di wad tersebut supaya kami mendapat gambaran yang jelas suasana dan keadaan wad itu sebelum mengambil keputusan membenarkan anak kami dimasukkan kedalam wad sebab kalau mendengar apa yang Dr kata tadi saya memang keberatan untuk membenarkan anak saya masuk wad",lalu saya tanya Dr tahu ke keadaan dan suasana dalam wad tu" Dr tu terdiam lalu menjawab dengan suara perlahan "saya pun tidak pernah masuk dalam wad tu".
Di pendekkan cerita akhirnya kami ditemukan dengan Dr Fauziah yang bertugas di wad psikiatri tersebut ,dari penjelasan yang diberikan memang bercanggah dengan apa yang Dr pertama tu beritahu kami, dari penjelasan Dr Fauziah kami bersetuju untuk memasukkan anak kami dalam wad tersebut.Sebenarnya kami bukan cerewet pun cuma punyalah maklumat yang kami dapat dari Dr dihospital sendiri pun tidak betul ,apatah dari dari orang lain.Pengajaran dari situ lain kali kita kena mendapat maklumat dari orang yang betul,barulah tidak keliru jangan cepat membuat keputusan hanya mendengar dari cerita orang yang tidak pakar tentang sesuatu perkara.Tapi memang kita simpati dengan Dr hospital kerajaan sebab memang pesakit yang perlukan rawatan terlalu ramai bayangkan suasana malam pun tidak sunyi dengan berbagai-bagai jenis penyakit yang memang memenatkan.Semua urusan selesai lebeh kurang pukul dua,mungkin kerana kami banyak karenah ketika anak kami dihantar ke wad kami sebagai waris tidak dipanggil untuk mengiringi ke wad,bila dah tunggu lama baru kami bertanya kewad sementara berapa lama lagi kena tunggu, diberitahu anak kami sudah dihantar ke wad pukul dua belas lebeh tadi.Geram juga kami. Setelah semua selesai malam itu saya memutuskan untuk balek rumah sebab esok suami kena masuk kerja. Keesokkanya saya sendirian kehospital sebab yang lain kerja,Ahamdulillah pihak hospital ada menyediakan hostel untuk waris yang datang dari jauh yang terpaksa menjaga ahli keluarga yang sakit,bayaranya cuma Rm 5 sehari. Cuma kita kena booking dulu jika ada kekosongan kita akan dimaklumkan melalui talipon, saya bernasib baik sebab hari itu memang ada kekosongan .
Malam pertama saya diberikan bilik sorang, malam kedua hinggalah malam ke enam saya menyewa bilik keluarga sebab memudahkan anak dan suami datang dan tidur disitu, saya ucapkan terima kasih pada petugas yang menjaga rumah anjung kasih puan Roslina kerana layanan baiknya. Rumah anjung kasih banyak meringankan bebanan bagi kami yang datang dari jauh.Kalau asrama tidak disediakan bayangkan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh waris yang datang dari jauh,nak berulang setiap hari tentulah tidak mampu.Setiap hari asrama penuh dengan penghuni,syarat untuk sewa tidak lebih tiga hari lepas tiga hari kaiau perlu sewa lagi mohon lagi jika ada kekosongan boleh sambung lagi.Bermulalah detik- detik yang paling mencabar dan mendebarkan.Bersambung

No comments:

Post a Comment