Tuesday, November 1, 2011

Perkongsian dan lktibar - siri 2

Malam pertama anakku sering berubah-ubah moodnya.Sekejap tenang dan sekejap sedih,percakapannya merapu-rapu.Bila sedih dia sering menyalahkan diri sendiri dan menyesali perbuatan-perbuatanya.kejap-kejap minta maaf pada kami emak dan ayahnya,kerana gagal menjadi anak yang solehah. Kadang-kadang aku pun turut menitiskan air mata mendengar kata-kata penyesalanya,walaupun aku kurang pasti apa sebenarnya yang berlaku,atau apa maksud percakapannya aku mengandaikan ia telah melakukan kesalahan dan merasa berdosa dengan apa yang telah dilakukanya namun dengan keadaan yang tidak menentunya itu aku memutuskan tidak akan bertanya apa yang telah dia lakukan. Aku hanya memeluknya dan memujuk dengan kata-kata yang tersusun bimbang menyinggong atau menyebabkan ia lagi rasa bersalah tertekan dan berdosa.Harapanku dengan kata-kata yang berhemah itu mampu meredakan perasaan dan beban yang ditanggunya.Apa lagi yamg harus aku katakan kerana aku pun tidak mampu menelah apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Memang aku sedar selepas raya aidilfitri dia tidak berapa tidur asyik mengadap komputer layan fb nya, aku sendiri menegurnya dan terpaksa menyuruhnya berhenti supaya tidur sebab sampai kul 2- 3 pagi masih belum tidur lagi.Memang dia berhenti duduk depan komputer tapi sms pula dengan hp.Itu malam siang pun macam tu juga.Seperkara lagi dia nampak macam gelisah kalau pun tidak ada apa yang dibuat ia akan berjalan mundar mandir sampai aku risau,pernah aku menegurnya dan bertanya kenapa asyik berjalan saja dengan selamba dia jawab "hobi"sambil senyum aku pun tak kisah aku ingat dia bergurau je. Pada masa tu pun aku terasa juga hairan kerana dia seolah-olah amat-amat pelupa macam bila kita bukan bercakap dengan dia.Kemuncak nya ialah bila aku memarahinya kerana tidak ikut
apa yang aku suruh dia buat walaupun aku dah beritahu satu-satu terang dan jelas,yang menghairankan aku benda tu memang dia tahu dan selalu buat,bukan dia tidak buat tapi apa yang dia buat satu pun tidak betul dan salah apa lagi aku marah bukan marah mana pun cuma aku tanya kenapa buat macam tu kan ke awak tahu dan biasa tenguk mak buat.Tanpa aku sangka mengundang rajuknya selama 3 hari.Pada masa tu aku perasan dia tidak berapa makan keluar bilik pun bila perlu saja.Kalau duduk pun dia asyik membaca buku.Namun aku tidak ambil hati sangat dan buat tidak kisah aja,biarlah dia reda sendiri.
Pada masa yang sama dia sedang belajar kereta,orang yang mengajar dia tu pun hairan sebab apa yang dia ajar sering anakku lupa.Satu hari tu dia bangun dengan muka ceria bercerita dia bermimpi macam dah mati terdengar bunyi suara orang berzikir,katanya Allah mungkin beri petunjuk pada dia.Aku ni yang tak tahu apa-apa cuma kata mimpi ni mainan tidur je mungkin Allah nak beri peringatan pada awak,tu je ulasan aku. Sehari sebelum dia sakit dia dah cakap pelik- pelik yang aku pun terasa sangat nak tanya tapi tidak tertanya ketika dia bersiap duduk minum bersama ayahnya dia kata tidak usah gaduhlah padal dia Allah dah bagi petunjuk dah dia dapat masuk syurga.Aku terkedu tapi tidak boleh nak cakap panjang sebab orang yang nak ajar kereta sudah sampai nak ambil dia pergi belajar,terhenti disitu saja percakapan kami.Dia terus pergi dengan tidak menghabiskan minumanya.Pada masa tu aku memang nampak dia letih sebab tidak berapa tidur dan tidak berapa makan.Keesukkanlah dia mula sakit.
Pengalamanku ketika malam pertama dia sakit aku tenguk seolah-olah macam orang putus cinta,dengan menyebut nama lelaki yang dia kata paling dia suka.Waktu tidur aku peluk dia tiba-tiba aku rasa hairan dia aggresif macam orang lelaki bila dia dengan penuh bernafsu meraba-raba tubuhku lalu aku tanya" ni siapa",dia tiba-tiba macam tersedar lalu berhenti meraba.Dia seolah-olah ada dua watak lelaki dan perempuan.Lepas aku tanya dia siapa dia bertukar jadi watak anakku pula tapi seolah-olah macam memujuk rayu orang lelaki pula.Tiba-tiba dia tanya boleh tak dia nak pegang bila tanganya berada celah peha antara anakku dan aku.aku tanya awak nak pegang siapa pun terdiam dan berhenti,tapi punyalah aku ini naif tentang rasukkan jin,langsung aku tidak syak yang dia dirasuk,cuma yang aku fikirkan adakah anakku sudah terlanjur sejauh itu. Pada masa tu aku langsung tidak dapat melelapkan mata,pada ku padanlah anakku jadi begini berat sangat bebanan kesalahan yang dilakukan hingga tidak ada siapa yang dia berani nak kongsi masaalah dia hingga jadi stress teruk sangat,itu andaianku, lalu aku bisikkan ketelinganya, "sayang besar mana pun dosa yang telah dilakukan mak tetap ampunkan dan mak tetap terima sayang sebagai anak mak,yang lepas biarlah lepas mintalah ampun pada Allah taala kerana Allah itu maha pengampun walau sebesar mana pun kesalahan hambanya, kita mulakan hidup baru". Hanya itu yang mampu kuucapkan,dalam masa yang sama aku terasa amat sedih kerana kegagalanku menjaga amanah Allah yang amat berharga yang diberikan pada ku.Aku juga dihimpit rasa berdosa yang amat sangat.Timbul bermacam-macam persoalan dalam jiwaku,mungkin sikap yang tegas ku menyebabkan dia takut untuk berkongsi masalahnya dengan ku.Ya Allah apakah yang berlaku sebenarnya.Aku kembali memperingatkan diri ku supaya bertenang dan sabar kerana aku yakin jika kita membantu agamaNya dia pasti akan membantu kita disaat kita memerlukannya,aku yakin ini adalah ujian untuk menambah imanku.Aku berdoa moga Allah memberikan kekuatan pada ku menghadapi ujian ini.Aku kembali tenang,aku berjanji akan untuk memperbetulkan kesilapanku ini mungkin peringatan dari Allah.@akan bersambung panjang lagi...

No comments:

Post a Comment