Sunday, May 9, 2010

Selamat hari ibu

Nostalgia ketika bersama ibu tidak pernah padam walaupun telah hampir lapan tahun ibu ku meninggalkan dunia yang fana ini.Terasa juga sedikit kesalan kerana tidak pernah mengungkapkan kata-kata dan pujian padanya, kerana dulu tidak dibudayakan dan tiada sambutan hari ibu mentelah lagi orang melayu memang lokek untuk mempamerkan perasaan hati kasih sayang pada sesaorang,dulu nak pelok cium ibu bapa pun malu, nak kata "mak saya sayang mak" pun berat.Kini bila anak-anak memberikan ucapan dan pujian aku rasa terharu dan timbul kesal kerana tidak melahirkan ucapan pujian dan menzahirkan kasih sayang pada ibuku.Baru ku tahu betapa bahagianya seorang ibu bila anak-anak menunjukkan kasih sayangnya.Pada anak-anak ku terima kasih kerana memahami dan menyayangi ibu mu ini walaupun ibu tahu ibu tidak mampu memenuhi setiap permintaan kalian.Sikap tegas ibu bukan kerana tidak sayang pada kalian tetapi itulah yang ibu belajar dari arwah nenda kalian dulu yang menjadikan ibu cukup bersyukur kerana mampu menjadi insan yang berguna dan tidak tersesat jalan atau terlanjur dalam kehidupan ibu,yakinlah setiap ibu mesti mengharapakan kebahagiaan,kesejahteran serta kejayaan anak-anak dunia akhirat.Siang malam ibu mendoakan moga kalian berada dalam peliharaan Allah dimana jua kalian berada.Ibu juga merafakkan kesyukuran pada Allah kerana mendapat anak-anak yang baik.Ya Allah sebagai seorang ibu aku ampunkan dosa-dasa anak-anakku ,ku halalkan makan minumnya ya Allah aku redha pada mereka kau berikanlah keberkatan taufik dan hidayahMu dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah berjaya didunia dan akirat.Amin.Selamat hari ibu.

Tuesday, March 30, 2010

Line tak clear

Semenjak akhir-akhir ni line internet selalu terganggu geram juga kita bayar sewa tapi dalam sebulan dua tiga kali gangguan,baru-baru ni dekat seminggu tak dapat line,tak tahulah sebab apa,kadang-kadang tengah-tengah layan internet tiba-tiba putus,angin gak aku penyakit biasa kalau dah menulis tiba-tiba ada gangguan nak mula balek tulah yang paling susah tu,aidea lari angin pun putus.Maaflah pada orang-orang yang sudi jenguk kat sini bila tak dapat syer benda baru.Insyaallah ni line dah ada ni harap-haraplah tak ada gangguan sebab bila tak ada line payahlah nak entry benda baru.
Ialah kita penulis yang baru nak belajar ni kadang-kadang ikut mood juga bila nak menulis,tengah mood baik aidea banyak lajulah menulis.tapi berkat sokongan kawan-kawan dan tamu yang sudi bertandang atau singgah sebentar kat sini menjadikan saya bersemangat untuk menulis moga apa yang saya paparkan disini mampu memberi manafaat,dan sekadar berkongsi cerita dan ilmu cuma kalau ada komen-komen dan cadangan yang membina untuk saya perbaiki kemahiran saya ni silalah kongsi pengalaman.Minat gak nak jadi penulis tapi kadang-kadang kesuntukkan masa tu yang merenjatkan minat ni.moga tidak ada gangguan line selepaS ni,yang baru dibaiki petang tadi.

Wednesday, March 24, 2010

Sunnah yang digemari

Benarkah kita ikhlas mengikut sunnah nabi,atau kita mengambil kesempatan dari sunnah nabi?,mungkin isu ini sensitive untuk diperbincangkan.Walaupun sensitive namun ia releven untuk diperbincangkan,memandangkan inilah sunnah yang paling popular dan paling disukai untuk dilakukan dan diperbincangkan dengan berbagai-bagai nada dan pandangan.Ada yang bila berbincang tentang sunnah ini akan penuh dengan semangat dan gembira walaupun amalan ugamanya tidak seberapa ada yang elejik dengan tajuk ini terutama wanita tapi tidak semua begitu.Kadang-kadang suasana tegang boleh tercetus dalam perbincangan,apatah lagi jika suami isteri yang bercakap tajuk ini.Selemah mana pun iman sesaorang lelaki tapi dalam bab ini dia akan menjadi tegas jika ada yang membangkangnya dalam melaksanakan sunnnah ini,sanggup bermati-matian dalam memperjuangkan sunnah ini terlaksana.Sedangkan sunnah nabi yang lain ada yang tidak kisah langsung dan paling teruk ada yang membenci sunnah nabi terutama dalam jihad menegakkan agama Allah, ketika Nabi dipersendakan dan dihina berapa ramai yang tampil membela dan mempertahankanya.Berapa ramai orang yang mengamalkan sunnah nabi yang disukai ini dapat melaksanakan amanah Nabi dalam menjaga kebajikkan wanita dan anak-anak hasil dari mengikut sunnah ini,Kita yang mengikut sirah Nabi melalui pembacaan dan penceritaan. tidak seorang pun isteri-isteri nabi terabai dan dizalimi,bahkan kita lihat betapa tingginya akhlak Nabi dalam melayan karenah isteri-isteinya.

Tahukah anda nabi tidak pernah memadukan Siti khadijah walaupun dikahwini diusia tua,Nabi yang mempunyai akhlak yang baik tidak mencari-cari alasan untuk berkahwin lain dan terbukti kasih Nabi setia sehingga keakhir hayat Siti khadijah isteri tercinta,sehingga kematian Khadijah mengundang dukacita yang amat mendalam.Selepas kematian Siti Khadijah barulah nabi berkahwin lain tapi mempunyai sebab yang amat murni semata-mata untuk menyebarkan ugama Allah dimuka bumi ini,sejarah memaparkan setiap perkahwinan rasullullah itu akan menyebabkan ugama Islam makin berkembang.Apakah sunnah nabi yang berkahwin lebih dari satu yang diamalkan olih umat mutaakhir ini benar-benar mengikut sunnah nabi untuk menambah ummat nabi Muhammad dan menambah eratkan ikatan silaturrahim dikalangan anak-anak dan isteri-isteri pengamal sunnah ini benar-benar mencapai matlamat perkahwinan itu sendiri.Memang ada yang berjaya membina keluarga bahagia melalui sunnah ini,namun ramai yang yang gagal mencapai matlamat perkahwinan dan berakhir dengan kesengsaraan dan penganiayaan yang akhirnya dilihat sebagai kezaliman dan ketidakadilan Islam.Alangkah malangnya impak dari perbuatan kita orang Islam sendiri mengundang persepsi yang salah oleh bangsa dan penganut ugama lain.Sedarkah anda bahawa Aisyahlah satu-satunya isteri Nabi yang dikahwini berstatus dara atau masih gadis .

Kini berlaku pula kecenderungan yang kalau tidak ditangani dengan betul dibimbangi akan menjadi sindrom atau virus yang merosakkan keharmonian hidup dan dibimbangi akan lebih merosakkan pandangan pada Ialam,bila sikap mengambil kesempatan untuk melakukan pernikahan dengan kanak-kanak dibawah umur.Di Indonesia perkara ini sedang hangat diperbincangkan bila syikh puji yang seorang jutawan dermawan melangsungkan pernikahan dengan dua orang kanak-kanak berumur 10 dan 12 tahun,sehingga ada dikalangan pemimpin Islam dan ngos Islam mendesak supaya diharamkan perkahwinan dibawah umur tetapi mendapat bantahan dari sebahagian golongan ugama atas alasan menyanggah sunnah Nabi.Kini kita dimalaysia juga dikejutkan dengan berita Sudin ajaib yang berkahwin dengan kanak-kanak dengan persetujuan bapa kanak-kanak itu sendiri kerana mengikut sunnah Nabi. Gunakanlah akal yang rasional apa yang boleh dilakukan oleh seorang kanak-kanak,bolehkah kanak-kanak membuat keputusan bila diperlukan dan mampukah ia mengatasi sesuatu masalah?,untuk mengurus diri sendiri pun belum tentu sempurna inikan pula untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri.Bagi seorang yang waras tentu dapat memahami betapa beratnya tanggung jawab sebagai seorang isteri.Tanggung jawap seorang isteri lebih luas dari seorang pengarah,lebih berat dari seorang kuli ,ini reality tergantung sejauh mana kefahaman seorang lelaki bergelar suami terhadap keperluan dan tujuan berumah tangga,serta sejauh mana lelaki itu memahami perkahwinan itu tuntutan agama dan memahami bahawa isterinya itu juga seorang manusia sama sepertinya,serta punya perasaan sama sepertinya,barulah dia dapat memahami serta menghargai apa yang dilakukan si isteri

Tidakkah mengahwini kanak-kanak itu terselit kepentingan dalam memenuhi keinginan sendiri tanpa memikirkan kelansungan dan kesanya pada kanak-kanak tersebut yang direnggut haknya untuk mendapat dan menikmati alam kanak-kanak untuk membina jiwa yang sihat dan hak menuntut ilmu dan dunia pembelajaran, supaya dapat menerus kehidupan yang semakin mencabar dihari-hari yang mendatang..Kalaulah betul pun Nabi berkahwin dengan kanak-kanak seperti yang kita biasa mendengar kisahnya tidakkah kita bersangka baik pada Nabi dan menganggap keistimewaan ini hanya diberikan pada Rasullullah sahaja sama seperti keistimewaan yang diberikan Allah kepada Rasullullah untuk berkahwin lebih dari empat.Dizaman mutaakhir ini apalah salahnya kita memikirkan kepentingan ummah mengatasi kepentingan nafsu.Marilah kita sama-sama memikirkan supaya ugama tidak menjadi alat untuk kepentingan nafsu dan selera semata-mata.Disini saya sertakan petikan dari beberapa laman internet Indonesia yang sedang hangat membincangkan secara ilmiah tentang usia Aisayah ummahatulmukminin ketika berkahwin dari nabi ,dan jika ada perbincangan silakan.






Pembahasan:
pertama
didalam islam jelas2 tidak boleh menikahkan wanita yg belum mendapat masa haid, so agama bodoh seperti apakah yg membuat peraturan tetapi yg malah kontradiksi dengan nabinya ?

kedua
Riwayat ini dituliskan dalam Hadist, yg mana bukan merupakan sumber kebenaran realita


Hadist ini diriwayatkan oleh Hisham ibn Urwah (mohon koreksi jika salah)..
biasanya salah satu kriteria pengujian hadist adalah berapa orang yg menulis serupa ?..
dalam hal ini hadist ini diriwayatkan secara tunggal...
hadist2 yg lain tidak ada yg menulis seperti ini, bahkan jika kita amati dari hadist lain, maka riwayat aisyah ini sangat berbeda/kontradiktif..

keempat
AlQuran sebagai sumber utama kitab umat islam juga kontradiktif dengan hadist hisham ini..
sebagai contoh :
jika kita pelajari asbabun nuzulnya surat Al Qamar diturunkan pada 8 tahun sebelum hijriah yaitu tahun 614M. dalam surah itu diriwayatkan Aisyah adalah seorang gadis muda atau anak2/Jariah(bahasa arabnya). sedangkan menurut Hisham, tahun 623M, aiyah berumur 9tahun dan berumahtangga dgn nabi.. berarti aisyah lahir pada tahun 614M. logikanya bagaimana dalam asbabun nuzulnya Alquran mengatakan aisyah adalah seorang gadis muda/anak2, sedangkan pada waktu diturunkan Surah Qamar, sedangkan menurut Hisham aisyah baru lahir pada tahun 614M ?? Asbabun nuzul surat Quran ini juga dikuatkan oleh hadist lain seperti Hadist Bukhori yg dalam hal ini tidak kontra dengan AlQuran..

kelima
terminologi dalam bahasa arab..
dalam hadist lainnya, kalo tdk salah diriwayatkan oleh Ahmad ibn hambali (koreksi jika salah)..
saat itu nabi, khaulah mengatakan pada nabi utk menikah lagi dengan seorang "bikr" atau "thayib".. ketika Nabi menanyakan ttg bikr, maka Khaulah menyebutkan nama aisyah..
"bikr" itu adalah bahasa arab bagi wanita yg masih gadis tetapi sudah masa haid "thayib" adalah bahasa arab bagi wanita yg sudah menjanda sedangkan bagi gadis yg belum masa haid disebut ="Jariah" jadi dapat diambil kesimpulan aisyah adalah gadis yg sudah mendapat haid saat itu..
adakah seorang wanita 9 tahun yg belum mendapat masa haid ??
apalagi rumors yg disebarkan adalah nabi mengawini gadis yg belum haid ???

banyak lagi hadist2 yg bisa dibaca dan isinya bertentangan dgn hadist hisham ini mengenai umur aisyah...
dan hingga saat ini tidak ada satu hadist pun yg sejalan dgn hadist yg meriwayatkan seperti uraian aisyah dalam hadis hisham..


Proof 1:
Bila kah Siti Aisyah dilahirkan?
Semua ke 4 anak Saidina Abu Bakar bersama 2 orang isterinya lahir sebelum kedatangan Islam "Saidina Abu Bakar (ra) berkahwin dengan 2 wanita yang bernama Fateelah binti Abd Al Aza dan Ummi i Rooman dizaman jahiliah. Abu Bakar mendapat 4 orang anak dari perkahwinan tersebut, 2 lelaki dan 2 perempuan.Isteri pertama Fateelah melahirkan Abdullah dan Asma`. Isteri kedua Umm i Rooman melahirkan Abd al Rahman dan Siti Aisyah.Tabrani mengatakan Siti Aisyah lahir sebelum tahun 610 Masehi, sehingga Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun.

Proof 2:
Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan March tahun 625 Masehi Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal."Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud.....Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak."Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b," Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;
1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun.
2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610
3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun

Proof 3:
Pertunangan Siti Aisyah
Menurut sejarah dari Tabrani; Saidina Abu Bakar waktu hendak berhijrah ke Habsyah pada tahun 615 Masehi, (7 tahun sebelum Hijrah ke Medina pada tahun 622 Masehi) beliau telah pergi ke rumah Mut`am. Abu Bakar meminta Mut`am mengambil Siti Aisyah menjadi isterinya. Mut`am yang telah menjadi tunangan Siti Aisyah menolak permintaan Abu Bakar disebabkan Abu Bakar telah memeluk Islam. Mut`am kemudian memutuskan pertunangan dengan Siti Aisyah. disaat Siti Aisyah berumur 6 tahun, maka kita akan dapati Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad pada 623 Masehi, maka umur Siti Aisyah telah menjangkau 14 tahun. ( umur 6 tahun + 7 tahun hijrah = 13 tahun + 1 tahun hijriah ).

Possibility 4:
Siti Aisyah masuk Islam
Muhammad saw menjadi nabi pada tahun 610 Masehi. Menurut sejarah Siti Aisyah adalah orang ke 21 atau 22 yang masuk Islam pada tahun pertama Nabi saw berdakwah iaitu pada tahun 610 Masehi. Maka jika Siti Aisyah masuk Islam pada tahun 610 Masehi maka umur beliau paling rendah waktu kahwin dengan Nabi Muhammad saw adalah 19 tahun.Jika kita mengambil umur Siti Aisyah paling rendah 6 tahun waktu masuk Islam maka kita dapati beliau dilahirkan pada tahun 604 Masehi ( 6 tahun sebelum Islam )

Possibility 5:
Surah Al QamarDiriwayatkan oleh Bukari didalam Kitab Tafsir nya:" Siti Aisyah (ra) mengatakan " Aku adalah seorang gadis" ketika surah Al Qamar - Surah 54 diturunkan. "Mengikut sejarah surah Al Qamar diturunkan pada tahun 613 Masehi. ( 9 tahun sebelum Hijrah). Ini menunjukkan bahawa Siti Aisyah lahir sebelum kedatangan Islam, iaitu sebelum tahun 610 Masehi.Jika Siti Aisyah lahir sebelum 610 Masehi maka paling rendah umur beliau kahwin dengan Nabi Muhammad saw pada 623 Masehi adalah 14 tahun

Possibility 6:
Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur Fatimah (ra) {Menurut Ibnu Hajar didalam kitabnya: Al-isabah fi tamyizi'l-sahabah, Ibn Hajar al-Asqalani, Vol 4, Pg 377, Arabic, Maktabatu'l-Riyadh al-haditha, al-Riyadh, 1978}"} Fatimah (ra) dilahirkan ketika Kaaba di perbaiki. Ketika itu Rasulullah saw berumur 35 tahun...dan Fatimah (ra) adalah 5 tahun lebeh tua dari Siti Aisyah (ra) "Rasulullah lahir pada 570 Masehi.Rasulullah saw berumur 35 tahun pada 605 Masehi ( 570+35=605 M) Rasulullah saw berumur 53 tahun pada 623 Masehi ( Fatimah berumur 18 tahun )Umur anak Rasulullah saw, Fatimah pada 623 Masehi ada lah 18 tahun Umur Siti Aisyah pada 623 Masehi adalah 13 tahun ( 5 tahun lebeh muda dari Fatimah )Berdasarkan fakta ini kita dapati;Umur Siti Aisyah waktu kahwin dengan Rasulullah saw pada tahun 623 Masehi ialah 13 tahun Siti Aisyah dilahirkan pada tahun 610 Masehi

Possibility 7:
Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654," Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah "Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372," Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun. Asma` adalah 10 tahun lebeh tua dari Siti Aisyah. {73 Hijrah = 695 Masehi} 695 Masehi/ 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masehi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun - 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Siti Aisyah - 17 tahun (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masehi/2 Hijrah à Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun

Possibility 8:
Bilakah Siti Aisyah (ra) wafat?
Siti Aisyah wafat pada tahun 678 Masehi maka kita akan dapati ;
1. Umur Siti Aisyah pada 678 Masehi ada lah 73 tahun
2. Aisyah berumur 27 tahun pada waktu Nabi Wafat pada tahun 632 M (678-632=46) = 73 - 27 tahun, sehingga à
3. Aisyah berumur 17 waktu kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 Masehi.


Paul Ahuba
http://adriandw.com/aisyah.htm

Monday, March 8, 2010

Wanita pekalah anda pada politik Islam

Dunia politik malaysia semakin mencabar,sistem demokrasi yang diamalakan dalam negara kita makin tergugat.Demokrasi yang diamalkan di Malaysia telah di terjemahkan mengikut kehandak pemerintah semata-mata,ruang untuk rakyat bercakap makin sempit dan parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan makin dihimpit dan dihalang dengan berbagai-bagai cara untuk menghalang suara mereka didengar rakyat supaya membuat pilihan yang bijak dengan mendengar tawaran-tawaran dari parti yang bukan kerajaan.Rakyat dibelenggu supaya tidak mendengar sumber yang lain dari parti yang memeriantah.Rakyat diugut ,ditakut-takutkan supaya tidak menghadhiri pogram-pogram anjuran dari parti-parti lain dari parti yang memerintah.Berbagai-bagai akta diujudkan semat-mata untuk penerusan cengkaman pemerintah,dalam usaha menyekat maklumat yang betul dan telus sampai kepada rakya,.media cetak dan media eletronik di dikuasai olah kerajaan sepenuhnya,tanpa memberi ruang kepada parti-parti politik yang lain menyampaikan mesej secara telus.Jika ada pun akhbar-akhbar parti politik( pembangkag) dibenarkan untuk penerbitan ia terikat dengan syarat-syarat yang ketat dan pengeluaranya terhad kepada ahli sahaja,seminggu hanya sekali.Walaupun media alternatif boleh digunakan namun sebaranya adalah terhad dan tidak sampai kepada rakyat marhain yang terbanyak dikampung-kampung
.
Tidakkah Islam yang mengangkat martabat wanita, menjadi dihormati dan diberikan hak-haknya yang tersendiri.Sedangkan sebelum kedatangan Islam wanita hanya setakad menjadi pemuas nafsu dan barang hiburan dan dagangan sahaja.Anak-anak wanita dibunuh kerana hanya menjadi beban dan memalukan keluarga sahaja.Tidakkah kita sepatutnya bekerja lebih keras untuk memastikan Islam ini menjadi tunggak pemerentahan ? kerana dengan Islam sahaja hak-hak wanita lebih terjamin.Atau adakah kita wanita merasa tertindas dengan mengamalkan Islam?.Untuk memastikan kita tidak tertindas dan dizalimi,kita sendiri sebagai wanita mestilah bersedia dan berusaha memahami Islam yang sebenar-benarnya dan berani menegur ketidak telusan dalam perlaksanaan Islam kerana orang-orang yang mengaku faham Islam dan tidak yakin dengan Islam semakin ramai.Merekalah kadang-kadang menjadi penyebab orang keliru dengan Islam kerana tidak berani berkata benar serta ada kepentingan tersendiri.

Keberanian bersuara bukan menuntut persamaan hak tetapi menuntut perlaksanaan Islam yang sebenar.Kita terpaksa melakukan anjakkan paradigma dan melakukan satu lonjakkan yang kuat menyedarkan wanita yang lain supaya mengetahui hak-haknya menurut apa yang ada dalam al-Quran dan as sunnah.Dalam negara kita yang tidak mengamalkan Islam yang sepatutnya dan tidak menjalankan undang-undang Islam,hasilnya pembelaan kepada wanita seolah-olah longgar walau pun ada termaktub dalam undang undang peruntukkan untuk wanita tetapi perlaksanaanya seolah –olah melepaskan batuk ditangga sahaja.Dalam kes poligami umpamanya,bila sesaorang isteri yang diceraikan seringkala anak-anak diabaikan oleh sibapa ,untuk memberi nafkah pada waris sendiri pun liat dan terpaksa turun naik mahkamah,setelah ada keputusan namun perlaksanaanya tiada.Berbagai-bagai alasan yang diberikan,namun yang menjadi mangsa akhirnya ialah isteri-isteri yang diceraikan atau ditinggalkan.Alangkah tidak berperi kemanusiaan seorang bapa membiarkan anak-anaknya sendiri hidup dalam sengsara.Sampai bilakah perkara ini akan berterusan.Sehingga bangsa dan ugama lain memandang serong isu poligami kerana beranggapan ianya adalah penindasan pada wanita,bahkan ada dikalangan wanita islam juga mengangap begitu bila mereka merasa kecewa dan tidak terbela.terpaksa bertungkus lumus sendirian untuk menyara anak-anak.Bagi yang ada ugama dan kuat keimanan mereka akan kembali kepada Allah ,namun bagi yang tidak faham ugama dan tidak tahan menghadapi cabaran sering mengambil jalan yang mudah dan akhirnya memilih jalan yang salah untuk meneruskan kehidupan.

Walaupun kita mengatakan sudah maju dan berubah hakikat diskriminasi dan memandang rendah pada wanita masih ada.Marilah kita ramai-ramai memahami politik dengan bekerja bersama jamaah politik Islam demi servaival ummah jenerasi kita yang akan datang ,Jangan kita tertipu dan dilalaikan dengan kemodenan lalu meninggalkan Islam kerana jika manusia melakukan sesuatu tidak berlandaskan Islam siapa pun dia apa pun bangsanya lambat laun mereka akan hancur dan gagal.Mari kita berjuang menegakkan Islam sehingga keadilan yang sebenarnya tertegak di muka bumi negara kita yang tercinta ini.Kita sudah kesuntukkan masa untuk terus berbicara hal-hal yang remeh yang sengaja dibesarkan.Terlalu banyak perbincangan bab kecantikkan ,bab fesyen ,bab perhiasan rumah,sehingga ada yang merasakan tidak lengkap keluar rumah selagi tidak mengenakan mekap dan fesyen yang hebat-hebat supaya kita mampu menarik pandangan dan perhatian orang pada kita itu baru kejayaan.Sedangkan dalam Islam jika sesaorang perempuan yang keluar rumah dalam keadaan tabarruj ia akan di kira berdosa.

Kejayaan orentalis barat dan kafir laknatullah memesongkan perempuan Islam dari ugamanya adalah adalah amat membimbangkan.Ramai wanita yang berjaya kini dan berjawatan tinggi,usahawan berjaya merasakan undang-undang Islam tidak relevan,pakaian cara islam ketinggalan.berpegang dengan Islam menyusahkan sehingga mereka inilah yang kuat menyokong dasar nasionalis sekarang atas dasar kesederhanaan.Kepekaan remaja wanita pada isu ugama amat sedikit ,yang banyaknya hanyut dengan keseronokan dunia mereka sudah menjadi wanita meterialistik dan ketagih hiburan ,kecantikan kekayaan pergaulan bebas.Wanita menghisap rokok,berbaju pendek hampir nampak seluar ,baju buka dada hingga terjonjol keluar buah dada tidak menjadi masalah bahkan dihormati,disanjung di puja.Wanita remaja wanita separuh remaja atau tua sekarang sudah tidak jauh berbeza,biar umur tua lagak tetap muda.Yang tua tidak mampu menjadi contoh pada yang yang muda.

Wanita kemana kita selepas ini? Kenapa kita tidak terpanggil untuk memahami dunia politik kini yang semakin kelam hala tuju kerana pemimpin yang kita pilih tidak berpegang dan melaksanakan Islam.Apa pun yang menjadi kebanggan dan kemegahan anda semua itu akan hilang kerana ia adalah sementara dan tidak kekal.Jangan kita menyesal dan sedih bila melihat apa yang berlaku kini, kes kerosakkan akhlak.buang anak, rogol, ragut, bunuh ,penderaan anak,isteri bahkan suami juga semakin menjadi-jadi kerana anda sebenarnya memberikan saham untuk perkara ini berlaku,kerana anda tidak menyokong perjuangan yang hendak melaksanakan Islam.Anda menyokong sekular yang terbukti puluhan tahun tidak mampu menyelesaikan masalah negara bahkan semakin teruk dan menjadi-jadi kemungkaran dan kebajatanya.Anda tidak yakin dengan janji Allah,bahawa Islam sahaja yang mampu menjadi penyelesai masalah.Anda tidak berani untuk berubah kembali pada Allah,bahkan anda hipokrit,sedih dengan kebejatan yang berlaku,berbelanja berjuta-juta untuk program bina insan tapi asasnya tidak kembali pada Islam.Mana mungkin akan kembali kepada Allah sedangkan pemimpin yang memerintah jauh dari penghayatan agama Allah dalam kehidupan mereka.Mereka bertopengkan kesederhanaan,untuk menarik orang-orang yang tidak faham Islam menyokong mereka,terutamanya wanita.Ingatlah bila kita menolak Islam bermaana kita kehilangan pertolongan Allah.Wanita marilah memahami perjuagan Islam yang tidak menjanjikan glamor,tapi hanya keberkhatan dan keselamatan hidup didunia bukan setakat kita tetapi yang lebih penting supaya jenerasi kita kenal dan terus kekal sebagai ummat Islam.Walaupun anda orang yang sibuk infakkanlan tenaga anda dengan Islam,jika tidak mampu dengan masa ,infakkanlah sedikit harta anda untuk jamaah Islam.

Thursday, February 11, 2010

Syirik yang dibiarkan


Masa beredar zaman bertukar ,suasana berubah tapi pemikiran orang melayu Islam tidak banyak berubah . Benda kurafat ,benda tahyul masih tidak dapat dihapuskan bahkan sekarang semakin menjadi popular semula dalam masyarakat .Susuk dulu amat mendapat tempat didalam masyarakat untuk berbagai tujuan kemudian ia senyap sekejap ,dan kini ia sudah kembali popular semula sebagai jalan singkat dan cepat untuk mencapai tujuan ,mengikut keperluan masing –masing yang percaya keberkesananya.Alangkah malangnya sudahlah melakukan perkara syirik kepada Allah dengan memakai susuk supaya nampak cantik dan menarik,ia digunakan pula untuk melakukan maksiat kepada Allah.Kerja sebagai pelacur pakai susuk supaya bolih dapat pelanggan yang ramai,bila ramai pelanggan mereka akan mendapat untung banyak .Alangkah jahil dan hinanya perbuatan mereka.Begitu juga pelakon penyanyi mereka juga mengangap susuk dapat membantu mereka dan yakin dengan memakai susuk rezeki mereka akan melimpah ruah.
Anggapan susuk jalan yang mudah dan murah serta berkesan ,menyebabkan orang tidak memikirkan apa pandangan ugama terhadap pemakaian susuk ini .Asalkan matlamat mereka tercapai .Pergantungan mereka kepada Allah yang terlalu rapuh dan mereka tidak yakin dengan janji –janji Allah menyebabkan mereka mencari jalan pintas untuk mencapai matlamat mereka .Dulu pamakaian susuk lebih sinonim dengan wanita tetapi kini orag lalaki pun ramai percaya dengan susuk dapat membantu mereka mencapai kejayaan.Maka bila susuk menjadi kepercayaan dapat mengubah kehidupan menjadi bertambah baik maka ramailah tok-tok bomoh yang tanpa segan silu menawarkan hikmatnya,dengan meletakkan sejumlah harga untuk mengaut keuntungan.Lahirlah bomoh-bomoh palsu untuk menipu,dan akhirnya adalah laporan-laporan polis yang dibuat ditipu olih bomoh.Siapakah yang harus dipersalahkan tidakkah kebodohan kita sendiri yang yakin pada kuasa lain selain dari Allah ,bahkan dalam hadis Nabi ada meriwayatkan orang yang tidak pernah menggunakan hikmat bomoh akan masuk syurga,bermakna kita yakin seyakinya dengan kuasa Allah.Dengan tidak menafikan kita bolih melakukan ikhtiar tapi dengan cara yang diizinkan Allah,bukan berjumpa bomoh-bomoh yang kebanyakkanya melakukan kerja yang diragui .Kita tidak menafikan ada bomoh yang ikhlas membantu dengan menggunakan ayat-ayat Allah dan kaedah-kaedah yang tidak menyalahi Islam ,lalu ianya memaksa kita untuk benar-banar pastikan dulu.siasat kesohihan bahawa ia menggunakan cara yang betul dulu jangan bila beritahu bomoh tu bagus terus pergi tanpa usul pereksa.
Mengikut hukum Islam pemakaian susuk adalah haram dan dilarang keras kerana ia syirik dan ada unsur – unsur sihir .Walau apa pun matlamat kita ,kita perlu berusaha dengan cara yang diredhi Allah untuk mendapatkanya kemudian kita berdoa mengharapkan keredhan Allah Taala.Kecantikkan yang hakiki ialah ketaqwaan kepada Allah dan akhlak yang baik .Tidak ada seorang pun yang tidak ingin dilihat cantik namun Allah maha berkuasa menentukan sesuatu mengikut kehendakNya.Adakah kita merasakan Allah silap menjadikan kita mengikut kehendakNya.Lantas kita mengubah mengikut kehendak kita.Barang siapa yang mengubah kejadian Allah seolah-olah kita tidak redha dengan ketentuanNya.Kita akan dipertanggung jawabkan atas perbuatan kita.
Sekarang diera moden kita semakin menghadapi cabaran yang berat untuk menyedarkan masyarakat tentang kepercayaan tahyul ini kerana kemodenan dan teknologi cangih ini telah lebih memudahkan manusia untuk mengubah apa sahaja anggota badan mereka yang tidak disenangi .Pembedahan membaiki muka supaya lebih cantik seolah –olah tidak menjadi kesalahan bagi orang Islam .Orang-orang yang mempergunakan aset bentuk badan

dan muka dalam mencari rezeki semakin galak melakukan pengubah suaian pada badan dan muka untuk tujuan komersial tanpa mengira perbuatan itu dibenarkan atau tidak ,mereka tidak merujuk kepada ulama’ sebaliknya merujuk pada pakar-pakar yang memamg berkepentingan untuk mengaut keuntungan.Penggunaan bahan –bahan kimia untuk disuntik kedalam badan juga seperti botok semakin berleluasa walaupun ulamak telah memfatwakan ianya adalah haram. Kesimpulanya susuk ,botok dan pembedahan kecantikkan hukumnya adalah sama haram .Kecuali pembedahan untuk kesihatan bukan bermaksud mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan untuk membuang lemak untuk kesihatan dibimbangi memudaratkan diri atas sebab kesihatan ,atau rawatan menyambung sumbing dimulut,pembedahan membetulkan gigi yang teruk sehingga menghalang proses penghadaman makanan .Manusia adalah sebaik –baik kejadian maka syukurilah setiap pemberian Allah dan redhalah.Renungkanlah dan syukurilah setiap pemberian Allah mesti ada hikmah ,yang tersirat dan tersurat yang kadangkala tidak mampu kita tafsirkan .

Monday, February 8, 2010

Siapakah yang perlu merancang pusaka

Semua orang patut merancang terutama

1-Orang yang berpoligami
Mempunyai lebih dari seorang isteri,berarti anda mestilah menyelesaikan atau membahagikan harta sebaik yang mungkin sebelum kematian anda supaya tidak berlaku penganiayaan kepada waris.Jangan membiarkan waris anda memakan harta yang bukan haknya kerana samalah hukumnya seperti memakan harta curian.kelalaian anda berwasiat bermaana anda menzalimi waris anda.Jangan rahsiakan perkahwinan dari pengetahuan isteri-isteri anda .Anda mesti berterus terang supaya akibatnya nanti tidaklah seteruk jika anda merahsiakanya.Sebagai persiapan anda haruslah merancang pemberian harta kepada waris seadil dan sebaik mungkin.

2-Pasangan yang tiada zurit
.Pada pasangan yang tidak mempunyai zuriat pun perlu merancang harta pusaka kerana selain dari ibu bapa adik beradik anda juga adalah waris yang berhak mendapat harta anda.Ingatlah isteri hanya mendapat 1 /4 dari harta pusaka anda selebihnya akan dibahagikan pada waris anda yang lain,untuk memberi hak yang lebih anda bolih menghibahkan harta anda pada isteri sebelum kematian anda.Paling kurang wakafkan atau dermakanlah harta anda untuk kebajikkan anda sendiri,supaya harta yang ditinggalkan mendatangkan manafaat dan pahala yang berkekalan kerana anda tidak mempunyai anak yang akan mendoakan anda.Biarkan harta anda meneruskan hajat anda selepas kematian anda melalui wasiat atau hibah

3-Pasangan yang tiada anak lelaki.
Pada pasangan yang tidak mempunyai anak lelaki,selain dari ibu bapa adik beradik anda juga berhak kerana mereka adalah waris asobah yang layak mendapat harta anda.Bayangkan setelah anda berhempas pulas membina kekayaan anda akhirnya kerana kejahilan anda harta itu akan jatuh pada orang lain bukan pada anak-anak anda memang tujuan asalnya bapa saudara adalah orang yang bertanggung jawab menjaga anak-anak saudaranya tetapi hakikatnya berapa ramai yang tahu tanggung jawabnya untuk menjaga kebajikkan anak-anak saudaranya,ramai yang inginkan harta tetapi tidak ramai yang akan bertanggung jawab.Mereka khianat pada amanah Allah.Jangan biarkan waris anda menerima nasib yang demikian.

4-Pasangan yang ada anak angkat.
Anak angkat bukan waris anda dan mereka tidak layak mendapat pusaka anda tetapi anda boleh berwasiyyah tidak lebih dari 1/3 harta anda atau merancang menghibahkan harta anda semasa hidup,ia dibolihkan dalam Islam.

5-Anak angkat sendiri.
Begitu juga anak angkat mereka bolih menghibahkan atau mewasiyyahkan harta mereka pada ibu bapa angkat atau adik beradik angkat kerana mereka bukan termasuk dalam warisnya,sebagai tanda penghargaan kepada mereka yng telah membesarkanya sehingga menjadi orang berguna.

6-Anak dara/teruna yang belum berkahwin lagi atau lambat kahwin.
Meraka juga golongan yang dituntut untuk berwasiyyah keran kematian tidak mengira usia,ingatlah infakkan harta anda supaya ia terus memberi hasil pada anda dialam barzah.Jika mereka tidak mempunyai waris yang layak harta mereka juga akan masuk kebaitulmal.

7-Ibu tunggal.
Untuk memastika waris-waris anda mendapat haknya lebih-lebih lagi jika anak yang masih kecil,lantiklah seorang pemegang amanah yang menjaga harta sehingga mereka layak mengurus harta itu sendiri.

8-Muallaf
Ibu bapa yang masih belum Islam tidak layak mewarisi harta anda kecuali jika anda menghibahkan atau mewasiatkanya.Harta anda akan dimasukkan kebaitulmal jika anda tidak mempunyai waris.Begitu juga jika anda ingin memberikan pada keluarga angkat anda berwasiatlah.

9-Usahawan yang banyak harta tetapi banyak hutang.
Berapa ramai dari waris-waris tidak menghiraukan hutang si mati dan tidak menyelesaikanya bermaana mereka menzalimi simati.Ramai yang ingin mewarisi harta tetapi tidak ramai yang ambil kisah tentang hutang sedangkan selepas pengkebumian perkara utama yang mesti diselesaikan ialah hutang samaada hutang pada Allah ataupun pada manusia.Hutang pada Allah (puasa ,haji ,zakat dll)Jadi fahamilah kerana apa Islam menggalakkan kita berwasiat atau berwasiyyah.Jika kita memahami bahawa harta yang banyak ini akan menjadi beban jika tidak diselesaikan dan diuruskan dengan baik sebelum kematian kita nescaya kita takut untuk membina kekayaan.Apabila kita memahami kehendak ugama kita akan merasa mudah dan berlapang dada.Memakan harta yang bukan hak ini juga termasuklah harta pusaka yang tidak dibahagikan kepada yang berhak sama juga seperti memakan hasil curian dan hukumnya adalah haram.Bayangkan berapa ramai yang memakan harta seperti ini yang menyebabkan keturunan kita berhati gelap degil dan payah memahami Islam.
Begitulah serba sedikit pemahaman saya mengenai perancangan pusaka ,sekadar berkongsi ilmu dan jika ada pandangan dan kesalahan saya sanggup menerima teguran dan membaiki kesilapan

Sunday, February 7, 2010

HAK ISTERI MENGIKUT FARAID

Tahukah anda sebagai seorang isteri anda hanya akan mewarisi 1/8 dari harta peninggalan suami jika anda mempunyai anak dan jika anda tidak mempunyai anak anda layak mendapat ¼ dari harta suami anda.Selepas kematian suami anda memang berhak menuntut harta sepencarian walaupun ia bukan sebagai suatu hukum yang termaktub dalam Islam tetapi diguna pakai oleh adat sebagai penghargaan kepada isteri dan ia tidak menyalahi Islam,oleh kerana ia bukan undang-undang Islam ia tidak akan dibahagi terus seperti faraid,tetapi anda kena membuat tuntutan sebelum harta pusaka dibahagikan ,jika tiada tuntutan maka harta akan dibahagikan mengikut faraid.Bila ada tuntutan harta sepencarian maka penyelesaian faraid akan memakan masa,dan harta pusaka tidak boleh dibahagikan selagi tuntutan tidak diselesaikan.

Jika anda mempunyai anak-anak dibawah umur mengikut hukum faraid anda tidak bolih menggunakan harta pusakanya dengan sewenag-wenangnya kerana anda hanya pemegang amanah sehingga anak-anak anda mencapai umur yang dibenarkan untuk membelanjakan atau menggunakan harta tersebut.Kalau harta itu banyak ia tidak akan menjadi masalah pada si ibu untuk meneruska kehidupan, ,namun ia akan menjadi dilema jika harta pusaka itu sedikit dan terpaksa menanggung anak yang masih kecil-kecil.Sebagai seorang ibu ia pasti akan melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak dapat menjalani kehidupan sama seperti orang lain hingga sangup mengorbankan semua hartanya.Sebagai ibu apa yang diharapkan ialah kejayaan anak-anak kerana pada sangkaan kita anak-anak tidak mungkin melupakan kita.Tapi sejarah dan tauladan banyak mengajar kita tidak semua anak menjadi seperti apa yang kita harapkan,dan yang paling malang disaat tua ada anak-anak yang tidak mempedulikan ibu yang sudah tua.Apakah persiapan kita seandainya ia berlaku begitu.Memang kita tidak mengharapkan itu berlaku tapi belajarlah dari pengalaman orang lain.Dalam erti kata yang lain kita juga perlu ada perlindungan kita sendiri untuk menghadapi hari tua yang belum kita tahu apa yang akan terjadi.

Itu seandainya suami anda tidak berkahwin lebih dari satu,tapi jika suami anda mempunyai isteri lebih dari seorang anda akan berkongsi 1/8 dari harta suami anda bersama dengan madu-madu anda.Bayangkan jika harta yang sedikit terpaksa di kongsi bersama tentulah akan timbul masalah jika tidak dibahagikan dari awal.Tambah malang jika sang isteri tidak mengetahui jika ia dimadukan. Pada suami-suami jangan zalimi isteri-isteri anda dengan tidak membuat perancangan pusaka dengan sebaik-baik dan seadil-adilnya.Jangan sampai kematian anda tidak ditangisi bahkan disumpah waris-waris anda.Mungkin kasar apa yang saya tulis tapi ini sudah banyak berlaku kematian anda menjadi petaka kepada waris yang terpaksa berebut-rebut dan bergaduh semata-mata berebut harta yang anda tinggalkan.Pada isteri-isteri ingatlah anak-anak kita akan menjadi milek orang lain pada sutu masa nanti,maka tentulah mereka yang mendatang dalam keluarga kita ini juga ada peranan tersendiri maka rancanglah kehidupan tua kita supaya kita menghabiskan usia tua setelah bertungkus lumus menjaga anak-anak sendirian,supaya kita dapat menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan tenang dikelilingi anak cucu yang saling menghargai kita.mudah-mudahan disaat kita menghembuskan nafas yang terakhir dengan disaksikan oleh anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan kita