Thursday, February 11, 2010

Syirik yang dibiarkan


Masa beredar zaman bertukar ,suasana berubah tapi pemikiran orang melayu Islam tidak banyak berubah . Benda kurafat ,benda tahyul masih tidak dapat dihapuskan bahkan sekarang semakin menjadi popular semula dalam masyarakat .Susuk dulu amat mendapat tempat didalam masyarakat untuk berbagai tujuan kemudian ia senyap sekejap ,dan kini ia sudah kembali popular semula sebagai jalan singkat dan cepat untuk mencapai tujuan ,mengikut keperluan masing –masing yang percaya keberkesananya.Alangkah malangnya sudahlah melakukan perkara syirik kepada Allah dengan memakai susuk supaya nampak cantik dan menarik,ia digunakan pula untuk melakukan maksiat kepada Allah.Kerja sebagai pelacur pakai susuk supaya bolih dapat pelanggan yang ramai,bila ramai pelanggan mereka akan mendapat untung banyak .Alangkah jahil dan hinanya perbuatan mereka.Begitu juga pelakon penyanyi mereka juga mengangap susuk dapat membantu mereka dan yakin dengan memakai susuk rezeki mereka akan melimpah ruah.
Anggapan susuk jalan yang mudah dan murah serta berkesan ,menyebabkan orang tidak memikirkan apa pandangan ugama terhadap pemakaian susuk ini .Asalkan matlamat mereka tercapai .Pergantungan mereka kepada Allah yang terlalu rapuh dan mereka tidak yakin dengan janji –janji Allah menyebabkan mereka mencari jalan pintas untuk mencapai matlamat mereka .Dulu pamakaian susuk lebih sinonim dengan wanita tetapi kini orag lalaki pun ramai percaya dengan susuk dapat membantu mereka mencapai kejayaan.Maka bila susuk menjadi kepercayaan dapat mengubah kehidupan menjadi bertambah baik maka ramailah tok-tok bomoh yang tanpa segan silu menawarkan hikmatnya,dengan meletakkan sejumlah harga untuk mengaut keuntungan.Lahirlah bomoh-bomoh palsu untuk menipu,dan akhirnya adalah laporan-laporan polis yang dibuat ditipu olih bomoh.Siapakah yang harus dipersalahkan tidakkah kebodohan kita sendiri yang yakin pada kuasa lain selain dari Allah ,bahkan dalam hadis Nabi ada meriwayatkan orang yang tidak pernah menggunakan hikmat bomoh akan masuk syurga,bermakna kita yakin seyakinya dengan kuasa Allah.Dengan tidak menafikan kita bolih melakukan ikhtiar tapi dengan cara yang diizinkan Allah,bukan berjumpa bomoh-bomoh yang kebanyakkanya melakukan kerja yang diragui .Kita tidak menafikan ada bomoh yang ikhlas membantu dengan menggunakan ayat-ayat Allah dan kaedah-kaedah yang tidak menyalahi Islam ,lalu ianya memaksa kita untuk benar-banar pastikan dulu.siasat kesohihan bahawa ia menggunakan cara yang betul dulu jangan bila beritahu bomoh tu bagus terus pergi tanpa usul pereksa.
Mengikut hukum Islam pemakaian susuk adalah haram dan dilarang keras kerana ia syirik dan ada unsur – unsur sihir .Walau apa pun matlamat kita ,kita perlu berusaha dengan cara yang diredhi Allah untuk mendapatkanya kemudian kita berdoa mengharapkan keredhan Allah Taala.Kecantikkan yang hakiki ialah ketaqwaan kepada Allah dan akhlak yang baik .Tidak ada seorang pun yang tidak ingin dilihat cantik namun Allah maha berkuasa menentukan sesuatu mengikut kehendakNya.Adakah kita merasakan Allah silap menjadikan kita mengikut kehendakNya.Lantas kita mengubah mengikut kehendak kita.Barang siapa yang mengubah kejadian Allah seolah-olah kita tidak redha dengan ketentuanNya.Kita akan dipertanggung jawabkan atas perbuatan kita.
Sekarang diera moden kita semakin menghadapi cabaran yang berat untuk menyedarkan masyarakat tentang kepercayaan tahyul ini kerana kemodenan dan teknologi cangih ini telah lebih memudahkan manusia untuk mengubah apa sahaja anggota badan mereka yang tidak disenangi .Pembedahan membaiki muka supaya lebih cantik seolah –olah tidak menjadi kesalahan bagi orang Islam .Orang-orang yang mempergunakan aset bentuk badan

dan muka dalam mencari rezeki semakin galak melakukan pengubah suaian pada badan dan muka untuk tujuan komersial tanpa mengira perbuatan itu dibenarkan atau tidak ,mereka tidak merujuk kepada ulama’ sebaliknya merujuk pada pakar-pakar yang memamg berkepentingan untuk mengaut keuntungan.Penggunaan bahan –bahan kimia untuk disuntik kedalam badan juga seperti botok semakin berleluasa walaupun ulamak telah memfatwakan ianya adalah haram. Kesimpulanya susuk ,botok dan pembedahan kecantikkan hukumnya adalah sama haram .Kecuali pembedahan untuk kesihatan bukan bermaksud mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan untuk membuang lemak untuk kesihatan dibimbangi memudaratkan diri atas sebab kesihatan ,atau rawatan menyambung sumbing dimulut,pembedahan membetulkan gigi yang teruk sehingga menghalang proses penghadaman makanan .Manusia adalah sebaik –baik kejadian maka syukurilah setiap pemberian Allah dan redhalah.Renungkanlah dan syukurilah setiap pemberian Allah mesti ada hikmah ,yang tersirat dan tersurat yang kadangkala tidak mampu kita tafsirkan .

1 comment:

  1. Salam ziarah..
    moga shbt2 mngambil iktibar dri entry ni..
    manusia semakin hanyut dlm mngejar dunia

    ReplyDelete