Wednesday, April 11, 2012

Wak kami datang

Walaupun sudah seminggu lebih peristiwa ini berlaku namun tetap menjadi kenangan manis buat kami yang melaluinya. Kisah ini berlaku ketika dalam perjalanan ke rumah Wak Nirman. Kami bertolak dari Paka dalam pukul 10 malam menaiki van Dun Paka. Seramai 10 orang ahli rombongan termasuk sorang kanak-kanak. Pada awal perjalanan semua berjalan lancar dan tenang, ada yang tidur ada yang melayan perasaan sendiri. Lebih kurang pukul 3 pagi di highway tapah bermula lah kisah.Pada mulanya suasana tenang dan sepi dan ketika di ulit mimpi saya terjaga kerana terhidu bau yang amat tidak menyenangkan (dalam masa sama terdengar pemandu berkata" lori getoh lah ni ") toleh kiri toleh kanan nampak semua senyap namun dalam hati berkata aku sorang saja ke yang terbau sebab tenguk orang lain relex je, dalam masa yang sama saya berusaha membuka tingkap tapi oleh sebab gelap saya tidak berjaya membukanya lalu saya pun buat tak tahu sambil menutup hidung dengan kain nak tanya orang lain nampak macam tidur lena jadi malaslah nak ganggu. Agak setengah jam kemudian tetiba terdengar suara dari belakang meminta pemandu berhenti jika ada tempat rehat kataya nak buang air. Lalu dengan spontan saya kata "padanlah ada bau semacam",bila saya kata begitu yang pura-pura tidur tadi buka mata sambil senyum. Namun malang satelah setengah jam dari permintaan itu masih tidak berjumpa dengan tempat rehat.Suasana mula jadi kecoh bila penumpang belakang terus juga meminta berhenti walaupun tempat rehat tidak kelihatan saya sekadar mengulang dailog lucu bercampur kasihan mendengarnya." berenti jelah".Lalu dijawap pemandu"eh nak berhenti kat mana tak dok tempak lagi ni"."tok kirelah dok tahang doh ni peluh jeruk doh tahag dari tadi". Walaupun simpati namun yang lain tidak mampu menahan tawa masing-masing. Akhirnya pemandu kami terpaksa akur dan memberhentikan van di tepian highway diwaktu sekitar tiga pagi. Sebaik saja kenderaan berhenti si A ( saya letak je nama itu takut tuan dia malu pula nanti) tadi berlari teus turun sambil di ikuti teman yang duduk di sebelahnya menemaninya di belakang pokok yang kebetulan ada disitu dengan berbekalkan 2 botol kecil air minum.

Kami dalam van sampai rasa sakit perut terlalu suka yang memang tidak mampu di tahan,sebab macam-macam pula ucapan yang nakal-nakal dari penumpang lain antaranya "cukup ke air banyak tu ai kalau saya dok cukup tu" disambut pula orang lain " gaha je ngan rumput tu kalau tak cukup air",disambut dengan hilaian tawa pendek kata sepanjang menunggu macam-macam ayat nakal yang keluar,tiba-tiba co pilot pula bersuara"eh tak bawa lampu suloh ke? berilah lampu ke dia",lalu di jawap pula orang "x kan nok suloh pulok kek gi nampak punggung patut beri masa tadi lagi". Punyalah nak cepat lampu pun tidak sempat nak beri dan si A pula tidak ingat apa-apa janji urusan dia beres.Akhirnya si A naik dengan muka yang ceria campur malu-malu, "ah lega tadi macam rase nok pengsang menahan sakit perut peloh jeruk basoh abih baju". Tiada suara yang menyambut melainkan hilai tawa yang payah nak di berhentikan. Pemandu pun meneruskan lagi perjalanan yang masih jauh.Akhirnya kami sampai satu tempat R @ R ( x ingat nama rr tu tapi rr sebelum jumpa rr Tapah ) tapi kami hairan tenguk sebab orang lelaki masuk tandas orang perempuan dan orang perempuan masuk tandas orang lelaki satelah di selidikki rupanya R @ R tu tidak ada air,walaupun air tidak ada tapi orang ramai berhenti bagi orang muslim mereka terpaksalah menahan hajat tapi bangsa asing mereka tidak kisah kerana sudah terbiasa, lalu kami pun meneruskan perjalanan hinggalah sampai hentian Tapah lebih kurang pukul 6 pagi kami buat keputusan berhenti untuk sembahyang subuh mandi dan minum di situ.Cerita ini insyaAllah bersambung lagi tungguuuu.

No comments:

Post a Comment