Monday, April 23, 2012

Kami datang Wak siri 2

Kami sampai di R@R Tapah pukul enam setengah pagi . Kami mengambil keputusan untuk sembahyang dulu bimbang waktu sembahyang habis.Lagi pun bilek mandi cuma ada satu sahaja. Sementara menunggu semua selesai mandi cerita sepanjang jalan malam tadi di ungkit semula jadi bahan gurauan. Masing-masing buka cerita dan bertanya sesama sendiri tentang bau lori getah ( bau busuk ).Saya mulakan dulu dengan bertanya pada kawan-kawan adakah mereka terbau bau yang kurang enak yang menusuk hidung malam tadi sebab saya tenguk semua orang macam relex je tidur.Ini jawapan mereka,"saya bila Pok Asim cakap lori getah tu saya terus tutup hidung dengan bantal tak terbaulah"kata Dah.Saba pula ini cerita dia "Aba terbau dah Aba tenguk kak Dah relex je, tenguk kak teh pun lelap je dalam hati Aba, ke aku sorang je yang terbau sambil tutup hidung".Itu cerita Saba,saya pun menambah "saya ingat kan orang lain tidak terbau sebab saya tenguk orang lena je,saya pun ingat saya sorang je terbau nak buka tingkap tak boleh akhirnya lelapkan mata sambil tutup hidung. Begitulah sebenarnya semua terbau tapi takut nak tanya akhirnya tahan ajelah bau dan pura-pura tidur. Itu cerita kami bertiga bila si A selesai mandi dan duduk dekat kami lalu kami menyakat dia."nasib baik tidak ada apa-apa kalaulah ada binatang bisa tadi tak tahulah apa jadi".Tapi dengan selamba dia berkata,"kita tak terasa apa-apa pun rumput tu rasa macam karpet je".Apa lagi kami pun terkekek-kekek ketawa."kat umah tak dapt buang atas karpet kat sini dapat buang atas karpet".Ketawa berterusan sampai ada yang meleleh air mata sambil menekan perut. Bila semua selesai kami pun berjalan menuju gerai-gerai yang disediakan.Masa minum pun masih bercerita, si A takut nak makan sebab takut perut buat hal lagi. Oleh kerana waktu masih pagi kami menukar arah perjalanan,sebab takkan nak ke rumah Wak Man pepagi begini takut ganggu tuan rumah sebab makanan tentu belum masak,jadi kami pun mengambil keputusan ke Cameron Highland.Kami ingatkan cerita berhenti begitu saja rupanya kisah lucu kami belum berhenti lagi.Rupa-rupanya puak-puak ini tidak pernah lagi ke Cameron Highland,maka bermula lah episot baru, ramai yang pening kerana jalan naik ke Cameron Highland yang bengkang bengkok.Orang yang duduk belakang semua sudah senyap dan pura-pura tidur sebab pening.Namun se Bila sampai di tempat menjual bunga kektus draiver pulak mula terasa sakit perut tapi kenderaan tidak boleh jalan laju maka terpaksalah meneruskan perjalanan, satelah beberapa ketika akhirnya terjumpalah tempat yang sesuai lalu berhenti di perhentian yang ada tandas.Sementara menunggu kami pun turun membeli kerana pemandu kata beli lah disitu sahaja sebab kenderaan menghala naik sudah mula banyak dan jalan dah mula sesak dan jem.Setelah selesai kadar hajatnya dan siap beli ubat untuk hilangkan sakit perut dan tahan muntah. Kami meneruskan pendakian untuk membeli buah dan sayur-sayuran.Selesai membeli kami terus naik van untuk turun dan meneruskan perjalanan ke rumah Wak Man. Ketika kami turun jam menunjukkan pukul 12 tengahari.Rupanya perjalanan turun ini lagi mencabar.Sepanjang perjalanan turun kami terpaksa berhenti bebetapa kali lagi nak tahu sebab apa, tunggu cerita ni tidak habis lagi akan bersambung lagi,InsyaAllah. Berhenti dulu esok nak menyertai demonstrasi bantahan rapasan tanah sekolah darul bayan.

No comments:

Post a Comment