Wednesday, April 11, 2012

Aishah tidak tertipu dengan janji manis mu mak menteri

Suatu perkara yang amat membanggakan bila artis wanita juga sudah berani terjun dalam dunia politik yang berbeza dari langskap kehidupan mereka sebelum ini yang sering kelihatan tidak menghiraukan apa saja yang berlaku keliling mereka melainkan dunia glamor mereka. Aishah artis wanita pertama yang berani menyatakan pendirian politiknya tanpa selindung. Walaupun ada macam-macam kritikan dan kutukan yang masuk dalam fb nya ia tidak sedikitpun merubah pendirianya, kerana ia yakin rezeki itu datang dari Allah. Semua benda ada sebab dan musabab begitu juga dengan Aishah mengambil tindakkan menyertai PAS setelah ia sendiri hilang keyakinan bahawa pemimpin sepatutnya menjadi tempat mengadu dan membantu rakyat. Bila dia sendiri menghadapi masalah hak penjagaan anak dengan bekas suaminya yang telah berlarutan sekian lama,apalagi bekas suaminya adalah warga asing lalu dia mengambil kesempatan undangan menyanyi dalam satu majlis yang dihadhiri oleh menteri yang memang menjaga hal ehwal wanita. Dari awal mendapat undangan lagi hatinya berbunga riang sebab dia berharap berpeluang meluahkan dan menceritakan masalahnya dan mengharapkan menteri dapat membantu dan melerai kebuntuanya dalam mencari penyelesaian yang tidak berkesudahan. Yang paling dibimbangi ialah akidah anak-anaknya kerana bekas suaminya owarga asing. Setelah selesai membuat persembahan menteri datang dan memberikan puji-pujian yang memang sedap di dengar lalu Aisyah mengambil kesempatan menceritakan masalahnya dan mengharap menteri mengerti dan memahami perasan seorang ibu dan boleh membantunya. Tapi alangkah terkejut Aishah bila menteri yang di harapkan memahaminya memberi riaksi yang diluar jangka seperti kata Aishah"tiba-tiba dia melihat muka menteri melihat saya seolah-olah saya buat dosa yang amat besar dan macam saya nak mintak duit berjuta"
lalu memanggil orang-orangnya (pembantu2 lah kot ) dan mereka bertanya macam-macam". Bak kata Aishah"saya bukan nak mintak lembu pun"."Baru tadi dia puji saya tetiba saja menteri tu berubah,kalaulah saya yang punya pasport (terkenal) ni pun kena layan macam tu tak tahulah orang yang tidak ada apa-apa".Semenjak itulah saya mula berfikir betulkah pemimpin ini membela rakyat".

Kebetulan pula dia sudah mula mendapat undangan dari muslimat yang memberi ruang untuk berkongsi pengalaman dan menceritakan perubahanya sebagai iktibar pada orang lain. Juga untuk memberi kesedaran pada anak-anak muda yang memang suka menjadi glamor dan perhatian.Bila bergaul dengan muslimat dia mula membuat perbandingan akhirnya dia tekad membuat pilihan untuk bersama dengan jamaah islam.Mudah-mudahan ia akan terus beristiqamah.Begitulah orang yang memandang dengan mata hati bukan memandang dengan mata lendir yang sering menipu dan tertipu dengan sirna dunia yang penuh dengan kepura-puraan. wallahuaklam, wadsalam.

No comments:

Post a Comment