Saturday, July 10, 2010

Tazkirah zuhud

Syahar bin hausyab dari Abdurrahman bin Usman berkata:Pada suatu malam Rasulullah S.a.w sembahyang subuh,ketika lalu disatu tempat pembuangan kotoran,maka terlihat ulat-ulat bergerak dalam kotoran,lalu Rasulullah s.a.w menghentikan untanya menanti sahabat-sahabat lalu ia bertanya,Adakah engkau mengetahui bahawa orang-orang disini jijik terhadap ulat ini,Jawab mereka benar ya Rasulullah.Maka bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud:"Demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganya,sesungguhnya dunia ini lebih rendah (hina)disisi Allah melebihi dari hinanya ulat terhadap orang yang mempunyai tempat ini".


Rasulullah didatangi seorang dari syam,maka ditanya oleh Rasulullah s.a.w tentang keadaan di Syam.Di khabarkanlah tentang luas tanah mereka dan berbagai nikmat yang mereka rasakan lalu ditanya oleh Nabi s.a.w,Lalu kamu berbuat apa denganya,
Jawabnya:Kami membuat berbagai jenis makanan untuk kami makan,Ditanya nabi lagi,kemudian jadi apa:Jawabnya,sebagaimana yang telah engkau ketahui ya Rasulullah(menjadi kencing dan kotoran)Maka bersabda Rasulullah "demikianlah perumpamaan dunia ini".

Berkata Luqman Alhakim kepada puteranya:Hai anak,sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang sangat dalam dan telah ramai yang tenggelam didalamnya.Kerana itu jadikanlah perahu(bahtera)didunia ini dengan takwa kepada Allah.

Seorang hakim berkata:"Hati hidup dengan empat perkara ilmu,ridha,qanaah dan zuhud.maka ilmu menimbulkan redha,dan redha menyampaikan Qanaah,dan qanaah menyampaikan zuhud.Zuhud berarti meremehkan dunia(tidak terlalu rakus pada dunia)Zuhud ada tiga tingkat,1-mengenal dunia dan meninggalkanya 2-Ibadat kepada Allah dengan adab 3-Rindu kepada akirat dan berusaha mendapatkanya".

Yahya bin Muaz berkata;hikmah itu turun dari langit masuk kedalam semua hati kecuali hati yang" ada empat macam:Yang condong pada dunia,sentiasa risau untuk esok,dengki pada saudara,dan ingin pada pangkat dan kedudukan.Seorang yang sempurna akalnya hendaklah berbuat tiga perkara:Meninggalkan dunia sebelum ditinggalkanya,
membangunkan kubur sebelum dimasukkanya,dan mengerjakan apa yang diredhai Allah sebelum menghadapnya".

Mudah-mudahan kita dapat memahami kenapa ada konsep zuhud dalam Islam,untuk mengajar umatnya sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan pemberian nikmatNya,dan sentiasa patuh pada ketetapanNya samaada kita suka atau pun tidak.Jika konsep ini diamalkan kita akan sentiasa menjadi orang yang tenang menghadapa apa jua masalah yang datang samaada suka atau pun duka ,tidak saling dengki mendengki,benci membenci yang akhirnya menyebabkan timbul perbalahan,pergaduhan untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita gaduhkan.Kita bolih saling berlumba tetapi untuk perkara manafaat dan kebajikan sahaja.InsyaAllah jika ada kesempatan kita bincang lagi bab zuhud kerana sebenarnya ia memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Wassalam

No comments:

Post a Comment