Sunday, July 4, 2010

menyampaikan ungkapan hukama dan nasihat berguna

Lukman Al Hakim berkata pada puteranya;"Hai anak siapa yang bersahabat dengan orang jahat tidak selamat.Siapa yang masuk tempat yang jelek tertuduh.Siapa yang tidak dapat menahan lidahnya menyesal".

Yahya bin Aksam berkata,"Tiada seorang yang baik perkataanya melainkan akan tampak dalam semua amalanya,tiada rusak perkataan sesaorang melainkan akan tampak dalam semua amal perbuatanya".

Al Auza'i berkata" Orang mukmin sedikit berbicara dan banyak bekerja,orang munafik banyak bicara dan sedikit kerja(amal)".

Abul-Laits berkata:Ayahku meriwayatkan dengan sanatnya dari AlHassan Bashari berkata:Sesungguhnya lidah orang bijaksana itu dibelakang hatinya,sehingga bila ia berkata difikir benar-benar dalam hatinya,jika baik maka dikatakanya dan jika berbahaya maka ditahanya,dan orang yang bodoh akalnya dihujing lidahya,apa yang akan dikatakanya langsung akan dikatakanya(tanpa difikir buruk baiknya)

Humaid bin Abbas berkata"Demi sesungguhya tiada sesuatu yang saya ketahui tempatnya,sangat layak dpenjarakan seperti lidah.Yang ada didalam mulutmu kau penjarakan dari segala yang bukan kepentinganmu,dengan kunci yang amat kuat,sebab adakalanya kalimat itu keluar dari seorang yang bergurau,tetapi membawa panah yang menyebabkan mati yang segera.Dan diam itu tetap lebih baik dari kalimat yang bergurau,maka jadilah engkau seorang pendiam,dan bila berkata maka haruslah adil,jangan semborano terhadap kawan,dan bila engkau membenci maka janganlah keterlaluan,Sebab engkau tidak mengetahui bilakah engkau membenci kekasihmu,atau sayang pada yang kau benci,kerana itu hendaklah engkau berakal.

Seorang Hakim berkata;Diam itu mempunyai tujuh ribu kebaikkan;
1-Diam itu ibadat tanpa susah payah.
2-Perhiasan tanpa berhias.
3-Kehebatan tanpa kerajaan.
4-benteng tanpa pagar.
5-Kekayaan tanpa minta kepada orang.
6-Istirehat bagi malaikat pecatat amalan.
7-Menutup keaiban juga disebut bahawa diam itu keindahan bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh.

Perhatikanlah dan fahamilah pandangan cerdik pandai Islam dalam menyusun kata-kata nasihat yang sepatutnya kita amati kerana ia membawa seribu kebaikkan,alangkah malang betapa banya pendapat dan pandangan cendiakawan Islam yang kita abaikan kita lebih menyanjungi pendapat dan pandangan cendiakawan yang sesat lagi menyesatkan.Kepentingan menjaga apa yang kita ucapkan adalah kunci pada kebaikkan kerana itu hati-hatilah.Sengaja saya tidak menyertai dengan ulasan sendiri kerana saya merasakan anda mampu memahami kerana ucapan mereka itu mudah untuk difahami.

No comments:

Post a Comment