Sunday, July 25, 2010

Berilah salam dulu pak cik

Kesempatan untuk balek kampung bersempena musim buah memang menyeronokkan,cuma yang tidak seronoknya ialah tidak meriah kerana cuma kami suami isteri dan ayahda ku tercinta,jadi sunyi dari keriuhan suara-suara tidak seperti masa kecil-kecil dahulu.Dulu bila musim buah macam pesta riuh dengan orang ramai,sekarang orang sudah tidak kisah kerana durian dijual merata-rata,hatta orang yang tidak mempunyai dusun pun mudah mendapatkanya,tanpa perlu bersusah payah meredah hutan,yang perlu sediakan duit saja.Dulu bila durian gugur kami akan berebut mendapatkanya kerana durian itu akan dijual siapa yang dapat banyak dia dapat duit banyak.Suatu peistiwa yang tidak dapt dilupakan akibat berebut nak mengejar durian bersama-sama sepupu sampai ada yang jatuh tangga.

Itu dulu, sekarang ada cerita yang lagi lucu,untuk pengetahuan kampung kami memang sudah banyak ditinggalkan kerana orang tua ramai yang sudah tiada (meninggal dunia),anak-anak tinggal di tempat lain samaada kerja diluar atau sudah membeli rumah sendiri,bila musim buah terutama durian barulah balek kampung.Baru-baru ini buah durian dikampung kami(rumah atuk)berbuah dengan lebatnya,mungkin rezeki kami juga,sebab dirumah orang lain durian tidak berapa menjadi.Kakak dan abang ipar kerana rumahnya dan kampong tidak jauh jadi dia mengambil tanggung jawap untuk membersihkan kampong supaya menyenangkan bila durian gugur tidaklah terlalu semak,terima kasih kak ngah dan abang Mat.

Aku diceritakan oleh kak ngah ketika dia bersama adik dan suaminya serta anak-anaknya sedang menunggu durian dia didatangi sepasang suami isteri menaiki kereta CRV lalu menegur,"Hai sedap berkelah".Kak ngah pada mulanya ingatkan orang itu bergurau lalu dia pun menjawap dengan bergurau jugak,tapi tiba-tiba orang itu menuduhnya(kak ngah dan adikku) menceroboh rumah dan tanahnya.Soalanya tadi perlilah tu .Semua yang ada disitu terkedu sebab memang semenjak lahir dan kini kami dah tua-tua belaka,itulah kampong kami,yang kami tahu dengan sohehnya milik arwah emak kami,tidak pernah orang mengaku itu tanahnya.Bolih siisteri dia tanya kak ngah ada geran ke tidak? dakwanya dia ada geran.Apa lagi kak ngah aku pun naik anginlah sebab sedap hati je dia orang mengaku tanah itu milik mereka.Berlakulah ketegangan sikit.

Sipolan ni bila dah ditanya siapa dia barulah memperkenalkan dirinya sebut nama ayah dan emak di.Barulah ada penjernihan bila dia memperkenalkan diri memang dia orang kampung juga tapi semenjak kami kecil kami tidak pernah kenal dia dan dia pun tidak kenal kami kerana dia dari muda sudah meninggalkan kampung,isterinya pun bukan orang lain tapi tidak mengaku dari kampung ,mengaku orang KL.Tanah mak ayah sipolan ni memang bersebelahan dengan rumah kami ,lalu kak ngah menunjukkan sempadan kampongnya yang memang semak tidak berjaga dan dalam kampong dia memang tidak ada buah-buahan pun,bolih dia tidak tahu kampong dia tidak ada sebatang pun pokok durian.

Akhirnya bila malu sipolan dan isteri pun nak caver malu lalu berkata"sepatutnya awak tidak bolih panggil saya abang sebab saya ni pangkat bapa saudara pada awak panggil saya pak cik".Walhal kata kak ngah tidak ada siapa pun panggil dia abang dia je perasan. Alangkah baiknya jika dari awal dia beri salam dan memperkenalkan diri dan bertanya dengan baik tidaklah berlaku suasana tegang.Lalu mereka pun naik kereta dan berlalu tanpa mengucap salam dan minta maaf,bahkan lambai tangan pun tidak.Terasa malu pula hendak mengaku bapa saudara sebab akhlak sebegitu.Begitulah ragam manusia sekarang sebab sudah lama tinggalkan kampung balik-balik dah keliru,dengan yakinya berani mengaku hak orang.

Moral cerita walau dimana pun kita pergi selalulah ingatkan asal usul kita jangan nak berlagak,balik kampung kenalah ingat orang kampung itu adalah keluarga kita juga gunakanlah budi bicara jagalah adap dan budaya,merendah diri tidak merugikan bahkan akan dihormati kawan dan lawan.Cerita ini menjadi gurauan kami adik beradik bak kata abang mat "tak pandai baca punya orang"(sebab dia mengaku ada geran).Ingatlah pepatah orang tua "ular menyusur buloh tidakkan hilang bisanya".wassalam

No comments:

Post a Comment