Wednesday, January 27, 2010

Perancangan harta pusaka mengikut al-Quran

Kesedaran untuk menulis wasiat di kalangan orang kita amatlah rendah. Mereka tidak merasakan keperluannya kerana menyangka harta boleh diselesaikan melalui faraid. Untuk menyuruh orang menulis wasiat harta pun adalah suatu perkara yang sensitif. Walaupun dalam al-Quran ada menegaskan supaya kita berwasiat namun ia tidak diberikan perhatian yang sewajarnya bahkan orang yang belajar agama dan memahami al-Quran pun tidak menitik beratkan keperluan untuk berwasiat. Bagi mereka hukum faraid sudah mamadai. Kerana itulah sebabnya banyak perbalahan kerana harta pusaka di kalangan umat islam. Sedangkan kita perlukan perancangan dalam setiap perkara, termasuklah perancangan harta pusaka. Perhatikan dan fahami surah -surah dalam al-Quran yang mengingatkan kita tentang pentingnya merancang harta pusaka.

Dalam surah An-Nissa' ayat 11 yang bermaksud:

"Allah telah memerintahkan kamu pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu iaitu bahagian anak lelaki ialah menyamai bahagian dua orang anak perempuan.Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua maka bahagian mereka ialah 2/3 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati.Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja maka bahagianya ialah seperdua(setengah)harta tersebut.Dan bagi ibubapa si mati,tiap-tiap orang dari keduanya seperenam dari harta peninggallan simati.Tetapi jika simati tidak mempunyai anak,sedangkan yang mewarisinya hanyalah kedua ibubapanya maka bahagian ibunya ialah sepertiga.Kalau simati itu mempunyai beberapa orang saudara(adik-beradik)maka bahagian ibunya satu perenam.(Pembahagian itu)ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya.Ibubapa kamu dan anak-anak kamu anak-anak kamu tidak mengetahui siapa diantaranya yang lebih dekat serta banyak manafaatnya kepada kamu.Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah ketetapan dari Allah.sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi bijaksana".

Dalam surah anNissa' ayat 12 Allah telah berfirman yang bermaksud;

"Dan bagi kamu seperdua dari harta-harta yang ditinggalkan olih isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak.Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat dari harta yang mereka tinggalkan .Sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan setelah dibayar hutangnya.Dan bagi mereka(isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalakn jika kamu tidak mempunyai anak.Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian(isteri-isteri) ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan.Sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasitkan dan sesudah dibayarkan hutangnya.Dan jika simati lelaki atau perempuan,yang tidak meninggalkan anak atau bapa dan ada meninggalkan saudara lelaki(seibu )atau saudara perempuan (seibu)maka tiap-tiap seorang dari keduanya ialah seperenam.Kalau mereka meninggalkan(saudara seibu )itu lebih dari seorang maka ,mereka bersekutu pada sepertiga(mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan.Sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasitkan dan setelah dibayarkan hutangnya.Wasiat tersebut hendaklah tidak mendatangkan mudarat kepada waris-waris.ialah ketetapan dari Allah dan ingatlah Allah maha mengetahui lagi maha penyabar".

Perhatikanlah ayat-ayat alQuran tersebut dan fahamilah betapa Allah mengingatkan kita supaya berwasiat untuk mengelakkan perbalahan dan pergaduhan.Faraid berkuat kuasa setelah kematian memang tidak boleh di ubah tetapi perancangan harta boleh dibuat sebelum kematian anda. Insyaallah saya akan sambung lagi perbincangan ini jika ada pertanyaan atau perbincangan silakan sama-sam kita berbincang untuk kebaikan.

No comments:

Post a Comment