Sunday, January 31, 2010

CERITA MEK BOY

Semalam dalam perjalanan balik selepas menghantar anak naik bas, kereta aku digesel oleh kereta yang dipandu oleh seorang perempuan yang aku ketegorikan macam boy aku gelarkan mek boy. Apa tidaknya badan punyalah besar, mula-mula aku ingatkan lelaki rupanya perempuan. Dia bersama dengan emaknya.Sikit punya kereklah. Boleh dia tak tengok kereta aku yang dia gesel! Bila aku pergi dekat dia aku tanya tinggal di mana? KL jawabnyanya.Dalam hati aku padanlah tengok dia punya dressing pun dengan T dan seluar jeannya serta rambut yang pendek macam lelaki. Aku hulur tangan baru dia salam. Sikit pun tiada minta maaf.Mak dia sahaja yang turun tengok kereta aku,boleh dia kata “sikit je” bila aku kata bukan masalah sikit ke banyak, masalahnya dia yang langgar kereta aku. Bila aku kata macam tu dia kata ‘keta kita pun kena gak’. Susah cakap ngan orang yang tak reti memikir. Kalau banyak senang cerita sebab sikit tu yang payah nak cerita takkanlah sembur cat gitu je.

Malas nak banyak cakap dengan orang macam tu muka buat ‘dek’ je sakit juga hati aku, nak gaduh pasal nak mintak ganti biarlah tak kuasa aku layan orang yang tak de otak. Nak buat macam mana, nak repot polis pun satu hal. Walaupun kita tak salah kita tetap kena bayar Rm 300. Aku pun tak faham undang-undang Malaysia ni kita tak salah pun kena bayar, kalau kita salah tak apalah juga nak saman. Nak ganti rugi 300 je kena bayar polis 300 ai kita juga yang jadi mangsa.Orang yang langgar tu pun tau kita takkan repot sebab tak berbaloi. Aku mintak alamat dan no tel dia tapi bila call tak jawab-jawab.Biasalah manusia nama je melayu Islam tapi tak ramai yang berani mengaku salah dan bertanggungjawab dengan perbuatan sendiri.Bagi aku, aku tak kisah sebab Allah sentiasa ada, apa yang kita buat kita akan dapat balek macam kata orang putih what you give you get back atau dalam Islam kita buat baik pada orang orang akan buat baik pada kita ,kalau kita tak suka disakiti maka kita jangan menyakiti.

Wassalam

No comments:

Post a Comment