Mula-mula dicadangkan untuk mengujudkan sekolah mengandung bagi pelajar-pelajar yang mengandung ilham ketua menteri Melaka,bagi mengelakkan gejala buang bayi.Maka sibuklah senegara orang bercakap berbincang memberi pandangan,ada yang setuju dengan alasan-alasan kenapa ia setuju dan yang tidak setuju pun memberi alasan-alasannya sendiri.Orang yang memberi cadangan tetap akan melaksanakanya samaada disetujui ataupun tidak.Begitulah pemikiran manusia yang sering berbincang hanya mengikut akal sendiri,tanpa mengambil kira hukuman yang memang telah sedia ada didalam AlQuran kitab suci Islam sendiri,walaupun yang memberi cadangan adalah orang Islam sejak dilahirkan lagi.Betapa mudah pada kiraanya untuk menyelesaikan masalah,tanpa memikirkan masalah hasil dari pelaksanaan itu jika ia benar-benar dilaksanaka.Apakah kita merasakan masalah itu akan selesai begitu sahaja.
Kini timbul pula cadangan dari menteri pembangunan wanita dan keluarga Dato' Sharizat Jalil supaya mereka-mereka yang melakukan pembuangan bayi perlu dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu hukuman mati,alasanya mereka yang membuang bayi bermakna melakukan pembunuhan atau cubaan membunuh.Dengan harapan hukuman berat ini akan menyebabkan orang takut dan tidak berani untuk melakukanya.Ianya juga mendapat berbagai-bagai reaksi dikalangan pemimpin negara ,tokoh-tokoh politik,para cendiakawan bahkan ia menjadi tajuk perbincangan dimana-mana.Betapa hebatnya manusia yang merasakan fikiran,pandangan, pendapat mereka mampu menyelesaikan masalah.Adakah ia bercakap merujuk pada Al-Quran dan hadis.Mengapa kita tidak kembali kepada Al Quran dan hadis.Takut sangatkah kita untuk bercakap melaksanakan hukum hudud,walhal kita orang yang mengaku Islam beriman dengan AlQuran.Malangnya kita lah yang menakutkan orang yang bukan Islam dengan ungkapan dan persepsi antaranya jika hukum hudud dilaksanakan akan ramailah orang yang kudung tangan, hukum Islam kejamnya,hukum hudud ketinggalan zaman,dan berbagai-bagai lagi.Hasilnya orang bukan Islam menjadi takut,fobia dengan undang-undang hudud.Bahkan orang Islam sendiri yang tidak belajar mendalam tentang Islam mereka jadi keliru dan menganggap pandangan pemimpin-pemimpin yang juga tidak faham Islam yang bercakap mengikit akal fikiran sendiri adalah betul,lalu mereka juga menolak hukum Islam.
Bertambah malang lagi golongan ugama yang menyokong kerajaan juga amat takut untuk bercakap atau mencadangka kepada kerajaan supaya kembali pada hukum Islam,yang bercakap hanya pemimpin-pemimpin PAS,yang sering mengigatkan kerajaan supaya kembali kepada Allah dan Rasulnya dalam segala hal hatta kepada cara tadbir urus negara juga mestilah mengikut acuan Islam.Namun ianya cuma dipandang sepi bahkan ditohmah menggunakan agama untuk kepentingan politik,disindir menggunakan ugama supaya orang melayu menyokong.Memang benarlah penyataan AlQuran orang yang menolak petunjuk Allah ia akan menjadi lebih teruk dari binatang.Umat Islam diMalaysia semakin teruk hari demi hari,maksiat merata-rata,bunuh hari-hari,curi hari-hari,buang bayi hari-hari,ayah merogol anak-anak sendiri bukan seorang bahkan semua anak perempuanya,dan pernah dilapurka ayah sudah mempunyai empat isteri tapi masih lagi sanggup meratah anak sendiri untuk memuaskan nafsu yang tidak pernah puas.Bahkan dalam kes yang terbaru seorang ibu sanggup bersekongkol dengan anak lelaki yang bersekedudukan dengan teman wanita dirumahnya sendiri selama tiga tahun sehingga melahirkan tiga anak luar nikah,bila ditanya dengan selamba pasangan itu menjawap tidak ada masa untuk nikah.Paling teruk datok merogol cucu dan nenek yang berhati kering mengetahui perbuatan suaminya(datuk tiri)sekadar membutakan mata dan memekakan teliga,bila ditanya datuk dengan selamba menjawapa dia amat terangsang dan seronok mendengar cucunya merintih kesakitan.Masyaallah apakah yang mampu mencegah manusia-manusia yang bernafsukan binatang dan yang bertuhankan kebendaan dari terus menerus melakukan perkara ini.Adakah itu tidak mampu membuka mata hati kita supaya hukum hudud dilaksanaka.Bukankah peraturan yang telah ditetapkan Allah itu yang terbaik untuk menyelamatkan iman ,maruah,nyawa,dan keturunan kita.
Sayang Dato' sharizat semasa mencadangkan hukuman mati itu tidak mengaitkan kepada Islam,jika ia bercakap menurut Islam betapa hebatnaya dia,tentulah menjadi tamparan pada mufti-mufti dan alim ulama' yang berada dalam kerajaan.Apakah kebimbangan untuk bercakap melaksanakan hudud akan menyebabkan kehilangan sokongan dari orang bukan Islam.Yakinlah dengan Islam kerana jika bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Islam maka laksanakanlah yang lain serahkalah pada Allah.Tapi kalau Dato'Sharizat bercakap untuk melaksanakn hukum Islam pada orang yang membunuh bayi atau cobaan membunuh adakah pemimpin kerajaan yang lain akan menyambut cadangannya.Kita yakin pemimpin PAS kita mengalu-alukanya bahkan akan menyokong jika cadangan itu dilaksanakan mengikut Islam.Dalam bab untuk kepentingan dan mendaulatkan Islam PAS sentiasa sanggup untuk membantu,kita tidak membantah melulu dan kita juga tidak menyokong secara melulu.Kalau pemimpin kerajaan masih takut untuk melaksanakan Islam maka tukarlah pemimpin pada pemimpin yang berjuang Islam dan bercita-cita melaksanakan hukum hudud.Di Malaysia hanya PAS sahaja yang meletakkan Quran dan hadis sebagai perlembagaan yang tertiggi.
No comments:
Post a Comment