Selamat datang ramadhan Al-Mubarak,bulan yang penuh keberkatan dan pengampunan.Bersyukurlah kita kerana masih diberi kesempatan untuk kita berpuasa sekali lagi.Moga-moga peluang yang diberikan Allah ini kita manafaatkan sebaik mungkin kerana siapa tahu ini adalah ramadhan kita yang terakhir.Lipat gandakan amalan dan kebajikan seolah-olah kita inilah ramadhan kita yang terakhir.Berdoalah kepada Allah muga kita diberikan kekuatan menghadapi ujian-ujian sepanjang ramadhan ini.Ingatlah khabar gembira yang disampaikan olih Rasullulah S.A.W pada sahabatnya yang diriwayatkan olih Abu Hurairah yang bermaksud "Telah tiba bulan ramadhan bulan yang berkat,Allah menwajibkan kepada kamu berpuasa,dalam bulan ini terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka jahim,dan dibelenggu syaithan-syaithan yang jahat,juga dibulan ini ada malam lailatul qadri yang nilaianya lebih baik dari seribu bulan".
Alangkah bahagianya jika kita termasuk dikalangan orang yang mendapat malam lailatul qadar,yang nilainya lebih baik dari seribu bulan.Ayuh tingkatkan usaha kita mudah-mudahan diperkenankan Allah untuk kita bertemu malam lailatul qadar.Ibnu Abbas telah meriwayatkan dalan suatu hadis yang panjang tentang kelebihan dan kemurahan Allah dalam bulan ramadhan antaranya ialah "Lalu malaikat Jibril mengutus malaikat pergi kepada ummat Muhammad untuk memberi salam pada tiap-tiap orang yang berdiri atau duduk sembahyang atau zikirullah dan menjabat tangan mereka dan mengaminkan doa mereka sehingga terbit fajar.Apabila terbit fajar Jibril berseru hai para malaikat segera kamu kembali,lalu kembalilah mereka dan malaikat bertanya "Bagaimanakah hajat kaum mukmin dari ummat Muhammad".Jawab Jibril"Allah memandang mereka dengan pandangan rahmat lalu memaafkan mereka,kecuali empat macam.
1-Pemabuk
2-Penderhaka kepada dua ibu bapanya.
3-Memutuskan hubungan keluarganya.
4-orang yang tidak bertegur sapa dengan saudaranaya lebih dari tiga hari.
Jadi dari hadis tersebut sesiapa yang melakukan empat perkara tersebut,anda masih ada waktu untuk meminta ampun pada Allah dan masih ada waktu untuk minta maaf dari ibu bapa kaum keluarga dan kawan-kawan yang lama anda seterui,kerana amalan anda tidak akan sampai kemana selagi anda tidak bertaubat atau minta maaf kerana tiada hinanya mengaku salah walaupun anda tidak bersalah,mengaku salah walaupun tidak salah adalah lebih baik dari salah tapi tidak mengaku kesalahan.Renungkan sehebat manapun amalan kita ia akan tergantung,siapakah yang akan rugi mereka atau kita. Wassalam
No comments:
Post a Comment