Wednesday, July 28, 2010

Siapalah kita

Bila membaca hadis ini saya amat terharu dan sedih terasa betapa jauhnya kita dari jejak Nabi kita Muhammad saw,marilah sama-sama kita bermuhasabah,supaya kita menyedari siapalah kita disisi Allah.Pernahkah kita terfikir nikmat yang kita terima ini diberi kerana keredhaan Allah atau kerana Istidraj(murka Allah)

Dari Abu Hurairah"Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah S.A.W yang sedang berbaring,lalu ia bertanya kepada Rasulullah,"apakah yang engkau rasakan?.Lalu dijawab Rasul,"Lapar".Maka menangislah lelaki itu serta ia terus keluar untuk bekerja membantu orang menimba air dengan upah tamar,kemudian ia kembali ke tempat Rasul untuk memberi tamar itu.Maka Rasulullah S.A.W pun bersabda,"Saya rasa engkau tidak akan berbuat begini melainkan kerana engkau cinta kepada ku".Jawab orang itu,"Benar demi Allah saya cinta kepada mu".Sabda Rasulullah S.A.W "Jika kamu benar-benar cinta kepada ku maka siapkan untuk menghadapi ujian bala' itu baju yang tebal,sebab bala'lebih cepat datangnya kepada orang yang cinta padaku lebih daripada datangnya air bah dari atas bukit ke dalam jurang".

Pernahkah kita kelaparan kerana tiada makanan?,atau adakah kita berani mengatakan Nabi lapar kerana malas bekerja tentulah kita yang mengaku sebagai ummat nabi muhammad tidak akan mengeluarkan kenyataan yang sedemikian,hebatnya Nabi untuk melengkapkan dirinya sebagai contoh yang terbaik.Walaupun sebagai pemimpin ia layak untuk hidup mewah dan bersenang lenang namun sebagai pesuruh Allah ia menunjukkan kezuhudanya supaya dicontohi oleh umatnya yang terkemudian.Adakah kita mampu buat seperti itu,tidak mementigkan dunia ini sehingga kita lupa pada tanggung jawab kenapa kita dijadikan.Dari hadis tersebut kita lihat juga betapa sahabat-sahabat rasulullah yang juga miskin sepertinya namun sanggup berkorban untuknya walaupun tidak mendapat apa-apa kesenangan sebaliknya mereka pula yang menolong Nabi.Sanggup membanting tulang untuk memberikan sebutir tamar pada nabi hanya kerana cintanya kepada Nabi melebihi pada yang lain.

Itulah yang menjadikan Nabi manusia yang hebat kerana ia mampu menahan diri dari godaan kemewahan dunia yang hanya sementara ini ,ia memahami kepedihan kesusahan dan penderitaan kerana ia juga biasa berlapar kerana tiada makanan.Kemewahan dunia inilah yang sering menjadikan kita leka,lalai dalam menjalankan tanggung jawab kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.Kemudian fahamilah peringatan Nabi bahawa orang yang cinta kepadanya lebih cepat ditimpa bala'diumpamakan lebih cepat dari air bah yang menuruni bukit,bayangkan betapa lajunya air bah yang menuruni bukit dan betapa kesakitan akibat dari lajunya air tersebut jika menimpa tubuh manusia.Lihatlah betapa hebatnya perumpamaan yang diberikan Nabi supaya memudahkan kita memahami akibat dari kecintaan kita kepadanya.Seringkali orang yang ingin beramal dan melaksanakan hukum-hukum dan syariat Islam ditindas,dihina,dicacimaki dan tidak digemari orang kerana menyusahkan mereka atau mengganggu hak-hak kebebasan manusia.Mereka sering dilebelkan dengan berbagai-bagai lebel bahkan dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan dan yang paling hebat dibunuh hanya untuk menegakkan Islam.

Baju yang tebal yang disebut dalam hadis ini adalah peringatan dari Nabi bahawa pejuang-pejuang dan penganut Islam mestilah mempunyai persiapan yang cukup kuat dalam menghadapi ujian dan godaan dunia .Ujian demi ujian yang datang silih berganti bagi pejuang Islam adalah suatu proses memantap dan menguatkan pergantungan kita kepada Allah,dan suatu proses mematangkan kita,bukan melemahkan kita.Jika ujian itu melemahkan kita atau merenjatkan kita dari berjuang bermakna baju kita tidak cukup tebal lalu mudah dicarik musuh.Setiap cinta perlu pengorbanan,dan adakalanya pengorbanan kita dalam mencintai dunia merugikan kita ,namun pengorbanan demi cinta pada Allah dan Rasulnya yakinlah kita pasti berbaloi dan tidak disia-siakan.Kita mungkin susah di dunia tapi insyaallah selamat diakhirat yang penting kita buat semata-mata kerana Allah.

Orang yang dipenuhi kemewahan dan kekayaan belum pasti Allah sayang atau redha
hayatilah firman Allah dalam surah Al-An'aam ayat 44,sebagai pedoman dan pemerhatian kita supaya meneguhkan keimanan dan keyakinan kita pada Allah tanpa membandingkan apa yang kita ada dan apa yang orang ada bahkan bersyukurlah seadanya dengan apa yang dikurniaan Allah kepada kita.Firman Allah bermaksud:
"Jika engkau melihat seorang yang diberi oleh Allah akan semua hajatnya,padahal ia tetap berbuat maksiat,maka ketahuilah itu istidraj(murka).Dan ketika mereka telah melupakan apa yang diajarkan Allah.Kami bukakan semua pintu kemewahan dan kekayaan sehingga mereka gembira dan bangga dengan apa yang mereka dapat.Kami timpakan mereka secara mengejut(bala bencana yang membinasakan) maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)".Al-An'aam ayat 44

Renung-renungkanlah semoga kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang mendapat nikmat tapi secara Istidraj,amalkanlah kesederhanaan dalam kehidupan,siapa pun kita kita tetap akan kembali ketanah tempat asal kejadian kita.Wahai pemimpin kalau tidak dapat mengikut kehidupan rasul keseluruhanya berusahalah merapatkan berbezaan dengan rakyat marhain fahamilah kehendak rakyat,tapi bisakah mereka memahaminya kerana mereka tidak pernah berlapar seperti Rasullulah.Sebab itulah berasasnya kebimbangan Rasululah ketika bersabda "aku tidak bimbang jika ummat ku diuji dengan kesusahan tapi aku amat bimbang umatku di uji dengan kesenangan".wassalam

Sunday, July 25, 2010

Pengajaran dari sejarah



Semalam dalam dalam suatu program yang sempat disertai telah memberi input yang amat baik,cuma berdasarkam cerita Muhammad Al-Fateh penceramah telah berjaya mebuka minda bagi orang yang ingin menjadi pemimpin.Betapa hebatnya Muhammad Al-Fateh sehingakan sebelum kota konstantinople jatuh lagi ia telah digambarkan oleh Nabi dalam hadisnya yang bermaksud"Kota Konstantinople akan jatuh ketangan raja yang terbaik yang memimpin tentera yang terbaik dan rakyat yang terbaik".Kekuatan pertahanan pertahanan kota konstantinople menyebabkan banyak percubaan untuk menawanya gagal,hinga memakan masa beratus tahun.

Sultan Muhammad Al-Fateh mempunyai peribadi yang amat hebat,mempunyai ilmu yang banyak,dan mampu menguasai banyak bahasa.Tentulah sukar untuk mencari pemimpin yang sempurna dan sebaik Sultan Mahammad Al-Fateh dimasa kini.Namun dengan gabungan tenaga yang ada jika dimanafaakan sebaik mungkin,tidak mustahil jamaah Islam yang berjuang untuk menegakkan Islam akan berjaya.Keikhlasan dan kesabaran samaada dari pimpinan mahu pun orang bawahan adalah sebahagian dari kunci kejayaan.Namun sebagai jamaah yang menyertai politik kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat dan tegas.Sultan Muhammad Al-Fateh dengan tegas memecat ketua tentera Hamzah Pasya yang gagal menjalankan tugas pengepungan teluk memastikan makanan tidak sampai kepada tentera konstantinople.Hamzah Pasya juga mengambil tindakan seperti Khalid Al-Walid yang tidak mengkhianati perjuangan walaupun ia di pecat.

Dalam program itu dapatlah disimpulkan sebagai panduan untuk menjadi pemimpin yang hebat dan pengikut yang taat,tidak mengambil kesempatan dari kelemahan sesiapa dan tidak menggunakan ruang untuk ajenda sendiri,yang ada ialah masing-masing saling lengkap melengkapi dan saling lindung melindungi dengan mahabbah kerana Allah semata-mata.Kebijaksanaan pemimpin jika tidak dibantu olih orang yang dipimpinn tentulah tiada kejayaan kalau berjaya pun ianya tidak mampu bertahan lama.Orang bawahan juga tidak bolih mengharapkan pimpinan sahaja sedangkan mereka tidak melaksanakan arahan dari pimpinan.Lihatlah bagaimana bijak sananya sultan Mahmud Al-Fateh mengatur srateji demi strategi dan dipatuhi oleh tenteranya yang setia tidak berbelah bahagi.

Namun pemimpinlah yang mampu mencorakkan orang bawahan jesteru merekalah yang terlebih perlu melengkapkan kemahiran-kemahiran semasa,kepimpinan bukan setakat bakat tetapi ia perlu digilap,disinilah biasnya jemaah gagal membentuk pelapis,kerana kita tidak seperti guru yang sentiasa gembira melihat kejayaan anak muridnya.Tidak ada seorang guru yang mendoakan kegagalan muridnya.Azam seorang guru untuk memastikan setiap muridnya berjaya,dan ramai murid berjaya lebih dari gurunya dan tidak pernah kita mendengar guru kecewa kerana anak murid menjawat jawatan lebih tinggi darinya,bahkan mereka dengan gembira mengaku pernah mengajar murid yang berjaya itu,dengan kata lain kita jangan ada sifat tidak meraikan kelebihan orang lain,kerana bimbang pengaruh kita akan terhakis.Sebagai jemaah islam sikap itulah yang menjadikan kita jauh dari pertolongan Allah.

Dalam program itu dapatlah digaris pandukan beberapa ciri yang mesti diamalkan olih pimpihan demi memastikan kejayaan parti/jamaah kita,pemimpin mesti mempunyai pandangan dan wawasan yang jauh.antara perkara yang perlu ditingkatkan dari segi pemikiran;

1-Pemikiran diluar kotak
2-Pemikiran kreatif
3-Pemikiran terbuka
4-Pemikiran positif
5-Pemikiran supportif
6-Menggunakan bahan sedia ada semaksima yang mungkin

Ingatlah kepimpinan bukan anugerah semata-mata tetapi ia adalah amanah yang bakal ditanya.Walau pun begitu terkilan juga kerana pemimpin besar-besar ramai yang tidak hadir program ini,jangan asyik mengharapkan orang bawah sahaja berubah pimpinan juga harus berubah,sepatutnya program ini mereka yang rancang tentulah mereka sepatutnya mengosongkan tarikh itu untuk menghadiri program. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anakya berjalan betul sedangkan dia sendiri pun jalan tidak betul, maaf dan wassalam

Rimba Bandar Bukit Bauk

Berilah salam dulu pak cik

Kesempatan untuk balek kampung bersempena musim buah memang menyeronokkan,cuma yang tidak seronoknya ialah tidak meriah kerana cuma kami suami isteri dan ayahda ku tercinta,jadi sunyi dari keriuhan suara-suara tidak seperti masa kecil-kecil dahulu.Dulu bila musim buah macam pesta riuh dengan orang ramai,sekarang orang sudah tidak kisah kerana durian dijual merata-rata,hatta orang yang tidak mempunyai dusun pun mudah mendapatkanya,tanpa perlu bersusah payah meredah hutan,yang perlu sediakan duit saja.Dulu bila durian gugur kami akan berebut mendapatkanya kerana durian itu akan dijual siapa yang dapat banyak dia dapat duit banyak.Suatu peistiwa yang tidak dapt dilupakan akibat berebut nak mengejar durian bersama-sama sepupu sampai ada yang jatuh tangga.

Itu dulu, sekarang ada cerita yang lagi lucu,untuk pengetahuan kampung kami memang sudah banyak ditinggalkan kerana orang tua ramai yang sudah tiada (meninggal dunia),anak-anak tinggal di tempat lain samaada kerja diluar atau sudah membeli rumah sendiri,bila musim buah terutama durian barulah balek kampung.Baru-baru ini buah durian dikampung kami(rumah atuk)berbuah dengan lebatnya,mungkin rezeki kami juga,sebab dirumah orang lain durian tidak berapa menjadi.Kakak dan abang ipar kerana rumahnya dan kampong tidak jauh jadi dia mengambil tanggung jawap untuk membersihkan kampong supaya menyenangkan bila durian gugur tidaklah terlalu semak,terima kasih kak ngah dan abang Mat.

Aku diceritakan oleh kak ngah ketika dia bersama adik dan suaminya serta anak-anaknya sedang menunggu durian dia didatangi sepasang suami isteri menaiki kereta CRV lalu menegur,"Hai sedap berkelah".Kak ngah pada mulanya ingatkan orang itu bergurau lalu dia pun menjawap dengan bergurau jugak,tapi tiba-tiba orang itu menuduhnya(kak ngah dan adikku) menceroboh rumah dan tanahnya.Soalanya tadi perlilah tu .Semua yang ada disitu terkedu sebab memang semenjak lahir dan kini kami dah tua-tua belaka,itulah kampong kami,yang kami tahu dengan sohehnya milik arwah emak kami,tidak pernah orang mengaku itu tanahnya.Bolih siisteri dia tanya kak ngah ada geran ke tidak? dakwanya dia ada geran.Apa lagi kak ngah aku pun naik anginlah sebab sedap hati je dia orang mengaku tanah itu milik mereka.Berlakulah ketegangan sikit.

Sipolan ni bila dah ditanya siapa dia barulah memperkenalkan dirinya sebut nama ayah dan emak di.Barulah ada penjernihan bila dia memperkenalkan diri memang dia orang kampung juga tapi semenjak kami kecil kami tidak pernah kenal dia dan dia pun tidak kenal kami kerana dia dari muda sudah meninggalkan kampung,isterinya pun bukan orang lain tapi tidak mengaku dari kampung ,mengaku orang KL.Tanah mak ayah sipolan ni memang bersebelahan dengan rumah kami ,lalu kak ngah menunjukkan sempadan kampongnya yang memang semak tidak berjaga dan dalam kampong dia memang tidak ada buah-buahan pun,bolih dia tidak tahu kampong dia tidak ada sebatang pun pokok durian.

Akhirnya bila malu sipolan dan isteri pun nak caver malu lalu berkata"sepatutnya awak tidak bolih panggil saya abang sebab saya ni pangkat bapa saudara pada awak panggil saya pak cik".Walhal kata kak ngah tidak ada siapa pun panggil dia abang dia je perasan. Alangkah baiknya jika dari awal dia beri salam dan memperkenalkan diri dan bertanya dengan baik tidaklah berlaku suasana tegang.Lalu mereka pun naik kereta dan berlalu tanpa mengucap salam dan minta maaf,bahkan lambai tangan pun tidak.Terasa malu pula hendak mengaku bapa saudara sebab akhlak sebegitu.Begitulah ragam manusia sekarang sebab sudah lama tinggalkan kampung balik-balik dah keliru,dengan yakinya berani mengaku hak orang.

Moral cerita walau dimana pun kita pergi selalulah ingatkan asal usul kita jangan nak berlagak,balik kampung kenalah ingat orang kampung itu adalah keluarga kita juga gunakanlah budi bicara jagalah adap dan budaya,merendah diri tidak merugikan bahkan akan dihormati kawan dan lawan.Cerita ini menjadi gurauan kami adik beradik bak kata abang mat "tak pandai baca punya orang"(sebab dia mengaku ada geran).Ingatlah pepatah orang tua "ular menyusur buloh tidakkan hilang bisanya".wassalam

Sunday, July 18, 2010

Jangan biarkan diri ditipu lagi

Bila sebut harga barang naik tentulah kaum wanita orang yang paling terasa kerana merekalah yang menjadi menteri keuwangan dirumah ,buget mesti dijaga dengan betul supaya cukup menampung perbelanjaan untuk sebulan,itu kalau yang ada gaji bulanan ,bagaimana orang yang kerja hari ini belanja hari ini,esok cari lain?.Mana nak belanja anak-anak ,makan minum,bil air api,telepon,minyak kereta,nak bayar pembantu rumah,atau bayaran taska anak,kadangkala semua diserahkan pada wanita.Siapa kata tidak membebankan,ini pun satu masalah yang menyebabkan stress pada orang yang bekerja tapi gaji tidak seberapa.Walau apa pun nama yang diberi penyelarasan ke apa ke yang rakyat tahu hasilnya barang tetap naik

Alasan menaikkan harga barang ini kalau didengar amatlah tidak munasabah,macam-macam alasan bodoh kita dengar,umpamanya naik harga gula kerana gula ni tidak banyak faedah cuma meramaikan orang kena kencing manis bila naik harga orang akan kurang guna gula.Eloknyalah bila ada orang besar-besar atau pak menteri datang cuba kita hidangkan makanan yang tidak payah dibubuh gula langsung atau kueh-mueh tu dibubuh gula sikit je. kita tenguk apa dia orang komen.Bagi orang yang menjual kueh tentulah nak mengurangkan gula dalam kueh suatu perkara yang kena fikir banyak ,sebab kueh yang manis bila tidak terasa gula ada resikonya,mereka takut untung yang dicari rugi yang dapt sebab orang tidak mahu beli,kueh yang tidak ada rasa.

Kerajaan tidak takut dengan riaksi rakyat keran mereka tahu menteliti terutamanya orang melayu yang memang teguh pegangan tuk nenek mereka,ditambah orang melayu takut mungkir janji,terutama yang menerima sedikit habuan dari kerajaan tidak kiralah terima bantuan keuwangan atau terima projek kerajaan ,mereka sayang dengan habuan.
Amat payah untuk memberi kefahaman bagi orang yang tidak suka berpikir,kerajaan pula menggunakan orang-orang cerdik pandai yang menangguk diair keruh,supaya mengeluarkan stetmen-stetmen yang mewajarkan tindakan kerajaan bagi mengelirukan rakyat marhaen yang memang akan percaya kerana mereka orang bijak pandai.Perbandingan dengan negara serantau akan dibuat kononya kita lah negara yang paling baik dan bertimbang rasa pada rakyat.Lagi pun bila tiba masa mereka hendak mendapat mandat dari rakyat mereka akan menurunkan semula harga-harga barang-barang semula ,itulah formula yang selalu digunakan.

Ayuhlah kita memberi kesedaran pada mereka yang masih belum sedar,kerajaan sekarang semakin angkuh dan semakin berani membodohkan rakyat,kerana kita sendiri yang suka ditipu,kita tidak berani berubah,sampai bila kita membiarkan orang yang tidak pernah susah memerintah kita ,apa yang dia tahu tentang kesusahan rakyat,pernahkah dia makan berlaukkan pisang muda,ikan masin goreng,atau berlaukkan garam,bersama ikan bilis,pernahkah dia berjalan kaki ayam mereda sawah kesekolah,kerana jalan tidak bertar hanya berlumpur sahaja,meredah becak,berkayuh sampan.Kalau tidak pernah apa yang dia tahu kesusahan rakyat,sedangkan dia membesar dalam kalangan bangsawan,hidup dirumah besar ,belajar diluar negara penjajah.

Setakat lima sen harga barang naik memang tidak menyusahkan mereka kerana mereka memang tidak akan menyimpan duit lima sen,tapi bagi rakyat marhaen lima sen ada nilai keran dari lima sen itulah akan meningkat menjadi lima ringgit dan dari lima ringgit akan menjadi lima puloh ringgit dan dari lima puloh meningkat menjadi ratus ribu dan juta.Seperti gula minyak juga menjadi keperluan yang terpaksa digunakan yang tidak boleh ditukar ganti dengan air atau benda lain.GCT sengaja disebut dengan bahasa inggeris supaya orang kampong tidak faham,lalu mereka tidak ambil peduli,sedangkan perlaksanaanya terpikul pada semua rakyat,kerana ia dimasukkan dalam penggunaan api dan air ,barang yanga amat berguna bagi semua manusia mutaakir ni.Bermaana semua rakyat tidak kira menyokong parti kerajaan atau parti pembangkang semua kena.Dimana keistimewaan penyokong umno?.Mereka juga menerima akibatnya,tidak ada kelebihan anda menyokong umno.Umno tidak pandai menghargai orangnya sendiri kerana mereka tahu penyokong tegar mereka tidak akan mempertikaikan tindakan pemimpin mereka,walaupun hakikatnya penyokong umno ini ramai yang miskin(dekat tempat akulah),yang cerdik menipu kaya raya,yang pandai bodek pun kaya raya.

Ingatlah tidak ada kerajaan yang akan menungkat langit umno memang sudah lama berkuasa masa nyayuk dan kehancuran semakin hampair.Ayuh jenerasi muda jangan biarkan mereka berkuasa lagi kelak anda akan merempat dibumi sendiri.Anda jenerasi muda bakal pewaris negara sanggupkah anda menjadi hamba dinegara sendiri hasil percaturan politik umno yang sempit,dan berteraskan keuntungan semata-mata,rakyat sendiri ditipu,ditindas.Ayuh kita kejutkan pemimpin yang angkuh mengaut kekayaan ini dari lena,hukum mereka kerana mengkhianati amanah membela rakyat tidak dilaksanakan.
Moga mereka ingat semula bahawa kuasa Allah lebih besar dari kuasa mereka ,supaya ada perasaan takut untuk mereka berhadapan dengan Allah.Allah penguasa langit dan bumi,yang tidak akan menzalimi hambanya walaupun ia berkuasa.

Saturday, July 17, 2010

Terkenang

Malam tadi hujan sangat lebat,ketika duduk sendirian aku terkenang masa kecilku,yang mempunyai dua belas orang adik beradik,dengan ayah hanya bekerja sebagai penoreh getah disebuah rancangan felda.Ibu hanyalah surirumah,dan dia juga membantu ayah dikebun setiap hari.Waktu itu harga getah hanyalah setakat beberapa sen sahaja sekilo,bukan seperti sekarang,getah sudah menjagkau Rm 2-4 sekilo.Aku sebagai anak yang ke empat,seringnya diwaktu pagi selepas subuh akan mengantikan tempat emak yang akan meninggalkan rumah seawal pagi untuk kekebun bersama ayah.Aku tidak pernah mendengar emak mengeluh bahkan mukanya yang lembut menjadikan aku mempelajari sesuatu darinya,ketabahan ,kesabaran kekuatan semangat emak menjadikan kami adik beradik amat menyayangi emak dan kami menjadikan emak sebagai idola sepanjang masa hingga kini.Walaupun sudah hampir 7 tahun emak meninggalkan kami namun bila masa berkumpul kami sering bercerita ketabahan emak dalam mengharungi liku-liku hidup kerenah suami dan anak-anak dengan sabar.

Banyak nasihat emak yang terasa maseh baru ditelinga kami menjadikan kami mampu mengharugi cabaran hidup sementelah setelah kami kahwin dan masing-masing sudah punya anak,namun musim hujanlah yang sering menyebabkan emak sering diam dan kadang-kadang muram,sebagai anak yang sudah besar aku memahami perasaan emak yang gundah memikirkan mencari sesuap nasi untuk 12 orang anaknya,walupun tiada keluhan kami faham,dan kami adik beradik jarang komplin apa yang emak masak walaupun kadang-kadang apa yang emak masak itu ada yang tidak suka namun kami makan juga kerana kesusahan itu mengajar kami menghargai rezeki pemberian Allah.Emak seorang yang rajin tidak suka duduk diam itulah yang banyak membantu kami,walaupun kami ramai namun kami tidak pernah tidak makan,cuma banyak sikit atau sedap dengan tidak je,makan tetap makan.Musim hujan makanan selalu ada ubi rebus dan keledek rebus termasuk juga pisang muda rebus.Emmmm sampai kini aku suka makan sedap.Sekeliling rumah kami emak ngan ayah tanam rambutan,limau langkat,limau abong (limau barli),jambu air jambu batu, nangka ,cempedak kami tidak payah beli ,musim hujan pisang muda, nangka muda jadi lauk yang menyelerakan,begitu juga ubi kayu,ubi keledek dan pucuk ubi keledek pun boleh gulai.Disekeliling rumah tidak ada kawasan kosong kalau tidak kekebun emak tanam sayur juga keliling rumah.Dikebun getah pun ayah tidak biarkan lapang begitu sahaja dia tanam cili dan sayur-sayuran juga ,dan kini kami boleh menikmati buah durian hasil tanaman arwah emak dan ayah.

Kerajinan emak yang walaupun sibuk masih dapat menyediakan minum pagi dan petang meyebabkan ayahku bukan kaki kedai kopi,tang itu aku tabek spring kat mak aku.Setiap petang mesti dia akan menyediakan minuman petang ,kueh yang biasa dia buat goreng tepung(orang panggil cekodok juga) kueh bola dan lempeng,pendek kata kami memang tidak pernah beli semua buat sendiri,emak yang buat.Sebab itulah setiap kali hujan lebat aku teringat pada emak,kemuraman wajahnya menyedihkan kami,muram bukan kerana apa ,tapi kerana memikirkan kami anak-anaknya seramai 12 orang."Ya Allah Ya Tuhan kami kau ampunkanlah dosa dua ibu bapa kami,kau cucurilah rahmat atas roh ibu kami dan Kau tempatkanlah dia bersama roh orang yang soleh",Amin.

Saturday, July 10, 2010

Tazkirah zuhud

Syahar bin hausyab dari Abdurrahman bin Usman berkata:Pada suatu malam Rasulullah S.a.w sembahyang subuh,ketika lalu disatu tempat pembuangan kotoran,maka terlihat ulat-ulat bergerak dalam kotoran,lalu Rasulullah s.a.w menghentikan untanya menanti sahabat-sahabat lalu ia bertanya,Adakah engkau mengetahui bahawa orang-orang disini jijik terhadap ulat ini,Jawab mereka benar ya Rasulullah.Maka bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud:"Demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganya,sesungguhnya dunia ini lebih rendah (hina)disisi Allah melebihi dari hinanya ulat terhadap orang yang mempunyai tempat ini".


Rasulullah didatangi seorang dari syam,maka ditanya oleh Rasulullah s.a.w tentang keadaan di Syam.Di khabarkanlah tentang luas tanah mereka dan berbagai nikmat yang mereka rasakan lalu ditanya oleh Nabi s.a.w,Lalu kamu berbuat apa denganya,
Jawabnya:Kami membuat berbagai jenis makanan untuk kami makan,Ditanya nabi lagi,kemudian jadi apa:Jawabnya,sebagaimana yang telah engkau ketahui ya Rasulullah(menjadi kencing dan kotoran)Maka bersabda Rasulullah "demikianlah perumpamaan dunia ini".

Berkata Luqman Alhakim kepada puteranya:Hai anak,sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang sangat dalam dan telah ramai yang tenggelam didalamnya.Kerana itu jadikanlah perahu(bahtera)didunia ini dengan takwa kepada Allah.

Seorang hakim berkata:"Hati hidup dengan empat perkara ilmu,ridha,qanaah dan zuhud.maka ilmu menimbulkan redha,dan redha menyampaikan Qanaah,dan qanaah menyampaikan zuhud.Zuhud berarti meremehkan dunia(tidak terlalu rakus pada dunia)Zuhud ada tiga tingkat,1-mengenal dunia dan meninggalkanya 2-Ibadat kepada Allah dengan adab 3-Rindu kepada akirat dan berusaha mendapatkanya".

Yahya bin Muaz berkata;hikmah itu turun dari langit masuk kedalam semua hati kecuali hati yang" ada empat macam:Yang condong pada dunia,sentiasa risau untuk esok,dengki pada saudara,dan ingin pada pangkat dan kedudukan.Seorang yang sempurna akalnya hendaklah berbuat tiga perkara:Meninggalkan dunia sebelum ditinggalkanya,
membangunkan kubur sebelum dimasukkanya,dan mengerjakan apa yang diredhai Allah sebelum menghadapnya".

Mudah-mudahan kita dapat memahami kenapa ada konsep zuhud dalam Islam,untuk mengajar umatnya sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan pemberian nikmatNya,dan sentiasa patuh pada ketetapanNya samaada kita suka atau pun tidak.Jika konsep ini diamalkan kita akan sentiasa menjadi orang yang tenang menghadapa apa jua masalah yang datang samaada suka atau pun duka ,tidak saling dengki mendengki,benci membenci yang akhirnya menyebabkan timbul perbalahan,pergaduhan untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita gaduhkan.Kita bolih saling berlumba tetapi untuk perkara manafaat dan kebajikan sahaja.InsyaAllah jika ada kesempatan kita bincang lagi bab zuhud kerana sebenarnya ia memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Wassalam

Pemurahya umno

Beberapa hari lalu Menteri besar Terengganu mengumumkan peruntukkan 1.6 juta untuk K5wanita umno bagi menarik lebih ramai pengundi menyokong parti itu.Secara keseluruhanya sebanyak 50.000 setiap dun.Kita tidak mempertikaikan peruntukkan itu jika ianya keluar dari duit umno sendiri tetapi kalau duit itu duit kerajaan yang datang dari rakyat maka kita mempersoalkanya kemana ia akan dibelanjakan.Bagaimana cara pengagihanya,alangkah malang sewenang-wenangnya duit rakyat diselewengkan hanya untuk kepentingan umno bukan rakyat yang berhak.Begitulah umno tidak tahu beza mana duit hak rakyat mana duit dari parti,umno ada ke duit sebanyak tu,untuk pogram parti?sanggup ke penyokongnya mengeluarkan duit poket sendiri untuk pogram parti,kalau keluar duit sendiri jangan haraplah orang akan ikut umno ,ramai yang ikut umno semua sebab dapat habuan.Umno tanpa wang ibarat badan tanpa nyawa langsung tidak bolih bergerak dan tiada pengikut.

Sunday, July 4, 2010

Jangan biarkan mereka

Pengakuan demi pengakuan mereka-mereka yang melakukan maksiat dikeluarkan dalam akhbar yang dibaca oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengenal ugama,usia,bangsa budaya dan tahap pendidikan,namun untuk apakah pengakuan itu di siarkan? sekadar untuk dibaca sebagai cerita yang tidak ada bezanya dengan cerita-cerita atau drama-drama tv atau untuk menunjukkan betapa teruknya masyarakat kita yang sedang mereput dalam kehancuran nilai-nilai kehidupan kemanusiaan,sedang membusuk dan menanah dimamah kerakusan nafsu yang tidak pernah bertepi dan mati,melainkan manusia itu mati.Adakah pengakuan itu mengubah orang yang mengaku terang-terangan melakukan kemungkaran dan bakal menimbulkan kemurkaan Allah dan bakal mengundang bala Allah.Apa yang kita lakukan untuk menyedarkan mereka-meraka yang sesat dengan tuntunan nafsu yang menjahanamkan jenerasi kita yang akan datang atau cukuplah kita membaca berita dan hanya istighfar sahaja dan bagi pihak akhbar sekadar mengaut untung hasil menjual berita walaupun betul namun tiada bantuan yang mampu kita lakukan untuk membimbing mereka-mereka ini kembali kejalan yang benar.

Pengakuan pondan-pondan,bohsia,pelacur,pengkit,tomboy,lesbian ,gay dan paling malang para suami yang mengaku sayang anak isteri,terlibat dalam sex sejenis.Tidakkah mereka-mereka ini manusia yang terjebak oleh godaan nafsu dan syaitan.Mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat ini tidak harus dibiarkan,seperti orang yang ketagih dadah mereka tidak mampu berubah sendiri mereka perlukan pertolongan dan bantuan orang lain.Mereka-mereka ini mempunyai masalah mental dan saikoloji yang amat rendah dalam daya juang,mentelahan lagi perkara-perkara yang menggalakan mereka menjalanai kehidupan begitu amat banyak berlegar disekeliling mereka.Mereka tahu hukum hakam tetapi tewas kerana pergantungan dan pengamalan ugama yang amat lemah atau hampir tiada.Mereka perlu bantuan,bantulah mereka.Mereka ini jenis yang mementigkan diri sendiri tanpa memikirka perasaan orang-orang yang mereka sayangi terutama ibu-bapa anak suami atau isteri.Walaupun kadang-kadang mereka orang yang cerdik dan bijak namun akal dan nafsu mereka tidak dipandu oleh iman.

Tidak adakah orang-orang yang terpanggil untuk menyedarkan mereka atau tidakah pihak-pihak yang mempunyai autoriti menyusun tindakkan supaya mereka ini yang telah mengaku sendiri apa maksiat yang telah mereka lakukan dibimbing secara serius,pihak akhbar walaupun merahsiakan siapa mereka tapi rujuklah mereka kepada pihak berkuasa terutamanya pada jabatan ugama supaya mereka dapat dibimbing kembali kehidupan normal dan diredhai Allah.Jika tidak bermakna kita membantu atau membiarkan mereka terus sesat.Jabatan ugama jangan hanya asyik mengikut telunjuk orang politik menyebabkan banyak benda yang sepatutnya diberi perhatian dan bimbingan terabai kelak diakhirat kita tidak mampu menjawap persoalan Allah,hanya kerana kita mengikut telunjuk orang yang tidak faham ugama,takut dan sayang jawatan.

menyampaikan ungkapan hukama dan nasihat berguna

Lukman Al Hakim berkata pada puteranya;"Hai anak siapa yang bersahabat dengan orang jahat tidak selamat.Siapa yang masuk tempat yang jelek tertuduh.Siapa yang tidak dapat menahan lidahnya menyesal".

Yahya bin Aksam berkata,"Tiada seorang yang baik perkataanya melainkan akan tampak dalam semua amalanya,tiada rusak perkataan sesaorang melainkan akan tampak dalam semua amal perbuatanya".

Al Auza'i berkata" Orang mukmin sedikit berbicara dan banyak bekerja,orang munafik banyak bicara dan sedikit kerja(amal)".

Abul-Laits berkata:Ayahku meriwayatkan dengan sanatnya dari AlHassan Bashari berkata:Sesungguhnya lidah orang bijaksana itu dibelakang hatinya,sehingga bila ia berkata difikir benar-benar dalam hatinya,jika baik maka dikatakanya dan jika berbahaya maka ditahanya,dan orang yang bodoh akalnya dihujing lidahya,apa yang akan dikatakanya langsung akan dikatakanya(tanpa difikir buruk baiknya)

Humaid bin Abbas berkata"Demi sesungguhya tiada sesuatu yang saya ketahui tempatnya,sangat layak dpenjarakan seperti lidah.Yang ada didalam mulutmu kau penjarakan dari segala yang bukan kepentinganmu,dengan kunci yang amat kuat,sebab adakalanya kalimat itu keluar dari seorang yang bergurau,tetapi membawa panah yang menyebabkan mati yang segera.Dan diam itu tetap lebih baik dari kalimat yang bergurau,maka jadilah engkau seorang pendiam,dan bila berkata maka haruslah adil,jangan semborano terhadap kawan,dan bila engkau membenci maka janganlah keterlaluan,Sebab engkau tidak mengetahui bilakah engkau membenci kekasihmu,atau sayang pada yang kau benci,kerana itu hendaklah engkau berakal.

Seorang Hakim berkata;Diam itu mempunyai tujuh ribu kebaikkan;
1-Diam itu ibadat tanpa susah payah.
2-Perhiasan tanpa berhias.
3-Kehebatan tanpa kerajaan.
4-benteng tanpa pagar.
5-Kekayaan tanpa minta kepada orang.
6-Istirehat bagi malaikat pecatat amalan.
7-Menutup keaiban juga disebut bahawa diam itu keindahan bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh.

Perhatikanlah dan fahamilah pandangan cerdik pandai Islam dalam menyusun kata-kata nasihat yang sepatutnya kita amati kerana ia membawa seribu kebaikkan,alangkah malang betapa banya pendapat dan pandangan cendiakawan Islam yang kita abaikan kita lebih menyanjungi pendapat dan pandangan cendiakawan yang sesat lagi menyesatkan.Kepentingan menjaga apa yang kita ucapkan adalah kunci pada kebaikkan kerana itu hati-hatilah.Sengaja saya tidak menyertai dengan ulasan sendiri kerana saya merasakan anda mampu memahami kerana ucapan mereka itu mudah untuk difahami.