Thursday, December 31, 2009

2009 menutup tirai 2010 melabuh tiba

Tahun 2010 kini menjelma berkebetulan dengan hari Jumaat penghulu segala hari,semoga sambutan tahun baru yang berkebetulan malam jumaat tidak dicemari dengan sambutan yang melalaikan manusia.Perlukah kita menyambutnya sama seperti barat menyambut dengan acara-acara yang menjelikkan.Hiburan telah memenuhi agenda setiap keraian di negara kita.Tentulah malang malam ini jika dipenuhi acara-acara yang akan menyebabkan kemurkaan tuhan.Tidakkah dengan banyaknya berlaku bencana alam mutakhir ini tidak menggerunkan kita untuk mengundang kemurkaan Allah lagi.
Tidak cukupkah keruntuhan moral disemua peringkat umur yang berlaku berleluasa?sehingga kita menyediakan suasana kondusif untuk pelaku-pelaku maksiat melakukan kerja-kerja terkutuknya.

Berapa ramaikah yang akan kehilangan dara malam ini?berapa ramaikah anak-anak luar nikah bakal lahir hasil kegembiraan menyambut malam tahun baru ini nanti.Berapa ramai kaki-kaki arak dan todi serta penghisap dadah yang akan hilang ingatan dan hilang kewarasan lalu melakukan kerja-kerja bodoh yang membinasakan diri sendiri atau menyusahkan orang lain. Berapa banyakkah dosa-dosa dan noda yang akan tercatat malam ini.Pernahkan kita bimbang perkara ini.Kita tidak menafikan noda dan dosa memang tercatat setiap hari tapi malam ini malam tahun baru seolah-olah memberi lesen untuk melakukan perkara-perkara yang dilaknati Allah dengan penuh meriah.

Alangkah baiknya malam tahun baru yang jatuh pada malam Jumaat yang mulia ini diisi dengan program-program yang berunsur kerohanian yang mendekatkan diri manusia dengan penciptanya,mudah-mudahan akan mengundang rahmat dan keberkatan dari Allah yang Maha Esa.Penuhkan rumah-rumah Allah atau padang -padang dengan acara-acara yang memberi kesedaran kepada insan bahawa mereka sedang memikul amanah Allah yang pasti akan ditanya dimahklamah Allah nanti. Biarlah remaja-remaja yang terlalai selama ini disedarkan dengan seruan-seruan kepada Allah disegap penjuru bumi.Mampukah kita?.Kalau penguasa yang berkuasa ingat akan tanggungjawab mereka memimpin ummah bukan setakat didunia sahaja ,nescaya mereka boleh menguat kuasakan arahan tidak membenarkan sambutan dalam bentuk hiburan.

Pasti ada yang membantah,tapi jika ada persefahaman untuk membentuk generasi yang lebih baik semua agama boleh bersama kerana semua agama tidak menggalakkan penganutnya melakukan perkara-perkara yang bolih merosakkan diri dan masyarakat,semua ugama tidak membenarkan sek sebelum berkahwin.Rintislah jalan baru untuk menyelamatkan negara dan bangsa dengan menguatkan amalan ugama dalam kehidupan.Binalah keazaman untuk meneruskan pejuangan menegakkan Islam dibumi ini demi mencapai matlamat asal kita dijadikan.Dunia hanya pentas sementara,untuk menguji sejauh mana lakonan kita yang sudah diberikan skripnya oleh Allah melalui pengarahnya yang telah menurunkan ilmunya tanpa berselindung sedikit pun atau untuk mengaut keuntungan,melainkan menjalankan amanahnya sebagi utusan Allah.Selagi Islam tidak tertegak bermakna kita gagal memainkan peranan atau watak kita tidak berkesan.Jangan sampai Allah melaknat kita kerana kegagalan kita,nauzubillah dan wasalam

Thursday, December 17, 2009

Coretan Hijrah


Masih belum terlambat rasanya untuk mencoretkan bingkisan sempena Mal Hijrah yang baru menjengah yang bakal mencatat sejarah kehidupan setiap manusia sebagai pelengkap kehidupan,dalam menyelusuri langkah-langkah kehidupan insan yang penuh seribu satu kisah,Kisah kehidupan yang tidak akan berakhir selagi nyawa dikandung badan ,selagi angin masih bertiup,selagi pantai masih berombak,selagi langit masih dijunjung selagi bumi masih boleh dipijak.Harapan masih berbunga untuk kita merubah arah,melangkah menuju kehidupan yang lebih indah dan terarah mengikut petunjuk Allah.Tinggalkan kebiasaan yang membinasakan,yang tidak menguntungkan dan yang pasti mengundang kemurkaan Allah,sebelum terlambat,raihlah kasih Allah yang sering menanti kepasrahan hambanya sujud dan tawaddu.Kasih Allah tidak pernah luak walaupun ramai yang menagihnya,dan tidak pernah habis walau diberikan pada semua manusia.Biarkan kesilapan lama berlalu dan jadikan ia sebagai pengajaran usah diulang,

Andaikan kita sudah melakukan kebaikkan maka teruskanlah melakukan kebaikkan,tingkatkan iman kerana iman tidak selalunya bertambah bahkan ianya boleh berkurangan.Ingatlah betapa banyaknya musuh-musuh yang ingin menghancurkan manusia-manusia yang berpegang kuat dengan Islam.Kenalilah musuh-musuh Allah,supaya kita bisa menangkis serangan-serangan menggunakan peluru yang betul dan ampuh,jangan membazirkan masa dan peluru dengan menembak membabi buta kelak meletihkan dan melemahkan,yang akhirnya mengkecundangkan kita.Ruang masih terbuka,rebutlah lima perkara sebelum sampai lima perkara,muda sebelum tua,lapang sebelum sempit,kaya sebelum miskin,sihat sebelum sakit,hidup sebelum mati.Andainya tuhan menjemput kita biarlah kita menghadapnya tenang setenang air dikali, diiringi wangian seharum kasturi disambut hamparan ambal dan taburan bebunga keimanan, ditangisi makhluk dibumi diraikan mahkluk dilangit,insyaallah,wallahuaklam

Friday, December 11, 2009

WASIAT NABI LEBIH BERNILAI DARI EMAS DAN PERAK

Rabiul awal datang menjengah kita kembal bersama sejarah besar yang tak mungkin dilupakan oleh umat Islam sehingga keakhir dunia.Sejarah kelahiran nabi besar kita Muhammad saw.Dinegara kita dari dulu hingga sekarang menyambut perayaan maulidur rasul dibuat saban tahun dan kini setiap majlis sambutan ada anugerah untuk individu yang terpilih,kriteria pemilihan adalah mengikut apa yang telah ditetapkan olih pihak penganjur yang mengadakan majlis tersebut.Perarakan demi perarakkan diselag selikan dengan selawat adalah lumrah kita lihat setiap kali tiba maulidurrasul,dari kanak –kanak sekolah hinggalah orang dewasa,dengan sepanduk –sepanduk yang ditulis dengan berbagai ragam dan cara yang hampir keseluruhanya memuji Rasullullah.Gah dan hebat dengan pakaian yang seragam dan sewarna baik lelaki dan perempuan .

Namun amat menyedihkan kerana apa yang dibawa oleh Rasulullah terlalu kurang dipraktikkan dalam kehidupan samaada dalam rumah tangga ,masyarakat atau dalam Negara dari yang sekecil hal hingalah sebesar-besar masalah, sunnah dan ajaran nabi tidak menjadi sumber rujukkan.Sedangkan para sahabat dan ulamak muktabar telah bersusah payah menulis dan mengumpul sejarah dan hadis-hadis nabi untuk menjadikan sumber rujukkan disamping Alquran mukjizat nabi hingga akhir zaman.Bahkan sehingga sekarang berapa ramai lagi ulamak dan penulis –penulis yang masih berminat dan berusaha menulis buku –buku berkenaan dengan nabi kita Muhammad saw.Itulah keunikan junjungan besar kita diperkatakan hingga keakhir zaman,walau ramai tokoh –tokoh dunia disebut serata dunia namun tidak mampu menandingi kehebatan nabi muhamamad yang desebut setiap hari namanya seluruh dunia dan segenap jenis bangsa didunia,samaada miskin ataupun kaya.

Benarkah kita mengenali nabi?,benarkah kita kasih kepada nabi lebih dari kita menyintai ibu bapa suami atau isteri dan anak –anak kita?,adakah nabi menjadi ikon atau idola kita dalam setiap cabang kehidupan kita?,Benarkah kita sanggup mempertahankan apa yang dibawa oleh nabi hingga ketitisan darah kita seperti mana sahabat mempertahankan nabi dengan membentengkan badan –badan mereka sendiri dari panahan dan tikaman musuh?.Mari kita muhasabah diri kita sendiri sementelah lagi kita baru habis menghadapi pilihanraya yang dikira perang juga .Apa sumbangan anda kepada perjuagan Islam diMalaysia ini.Nabi banyak meninggalkan wasiat tapi bukan wasiat harta benda untuk umatnya, pernahkan anda membaca dan meneliti wasiat-wasiat nabi?.

Antara wasiat nabi pada kita ialah,:”Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,jika kamu berpegang kepada keduanya pasti kamu tidak akan sesat selamanya.Alquran dan sunnahku”.
Antaranya lagi berkata Mu’az Rasullullah telah berwasiat pada ku katanya:”aku mewasiatkan engkau dengan taqwa kepada Allah.dan berbicara benar ,menepati janji,menunaikan amanah menjauhi khianat,memelihara tetangga ,berbelas kasihan kepada anak yatim,berlunak dalam kata-bicara,memberi salam ,bagus dalam pekerjaan,sedikit berangan –angan ,menepati keimanan ,mendalami Alquran,mencintai akhirat,gentar akan hari penghisapan dan merendah diri.Aku melarang engkau memaki orang yang bijak sana,mendustakan orang yang benar,menurut orang yang durhaka,mendurhakai imam yang adil,merosakkan tanah..Aku mewasiatkan lagi supaya engkau takutkan Allah pada setiap batu ,pohon dan tanah.dan hendaklah engkau bertaubat dari setiap dosa yang engkau lakukan.yang rahsia secara rahsia yang terang secara terang”.
Antara wasiat Nabi lagi;”Aku wasiatkan kepadamu supaya tetap tqwa kepada Allah mendengar dan patuh, sesungguhnya orang yang hidup sepeninggalanku akan melihat pertentangan-pertentangan yang banyak, maka hati-hatilah kamu dari hal-hal yang baru,maka itu sesat,dan siapa yang mendapatkan masa itu hendaklah berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ arrashidin yang mendapat petunjuk hidayat,gigitlah sunnahku dengan gigi gerahammu”.

Sekadar renungan untuk kita jika tiga wasiat dari banyak wasiat ini kita mampu praktikkan dalam kehidupan bayangkan betapa aman dan gemilagnya umat Islam dan berapaa ramai orang yang bukan Islam yang akan yakin dengan peribadi umat Islam sebagai manusia terbaik dan menjadi ikutan seantero dunia .Berapa peratuskah yang mampu kita ikut ,seperti kata pepatah kalau tak dapat ikut semua jangan tinggalkan semua,koreksi dan muhasabahlah diri kita sendiri layakkah kita mendapat syurga Alah dan rahmat Allah dan tidakkah kita malu mengaku umat nabi Muhammad saw sedangkan kehidupan kita sekarang banyak tersasar dari apa yang dianjurkan nabi.Sehebat-hebat nabi tidak meninggalkan harta sebagai wasiat untuk waris keturunan dan umatnya,sekadar bekalan ugama satu-satunya yang dapat menyelamatkan kehidupan dunia dan akhirat,Kerana emas perak tiada nilai disisi Allah.Banyakkanlah memahami wasiat Nabi saw kerana wasiatnya lebih bernilai dari emas dan perak

MABRURKAH HAJI KITA

MABRURKAH HAJI KITA

Umat Islam diseluruh dunia berbondong – bondong menyahut panggilan Ka’bah , untuk menunaikan haji .Bagi orang yang mempunyai kemampuan dan terpilih ke Baitullah bersyukurlah. Mereka yang pernah pergi sahaja dapat memahami perasaan kepuasan dan kegembiraan berada ditanah suci. Untuk mengerjakan haji perlu pengorbanan harta benda ,tenaga dan masa .Namun ia tidak menjadikan penghalang bagi umat Islam untuk mengerjakanya bahkan semua orang Islam sanggup bekerja bermati-matian untuk menjadikan hasrat ke Mekah itu suatu kenyataan .Semua orang Islam memasang cita - cita untuk mengerjakan haji tanpa mengira mazhab , semua mengimani bahawa mengerjakan haji itu satu daripada rukun Islam . Ketika mengerjakan haji tiada perbezaan , semua manusia adalah sama tanpa mengira pangkat , keturunan ,si kaya atau si miskin semua datang dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah yang maha Esa .

Namun seramai mana yang memahami disebalik perintah pengerjaan haji tersebut, seramai mana memahami atau mengambil iktibar disebalik simbolik – simbolik perbuatan atau perlakuan dalam menyempurnakan kerja – kerja haji tersebut .Cukupkah kita sekadar memahami syarat – syarat sah haji dan rukun – rukun haji ,tanpa kita memahami dan menghayati inti pati dari perentah dan suruhan Allah pada umat Islam. Adakah pemergian ke Mekah itu sekadar membolehkan kita mendapat gelaran haji dan hajjah , atau sekadar mencukupkan syarat rukun Islam semata – mata . Jika dulu orang menghormati status haji dan hajjah kerana biasanya orang yang sudah mandapat gelaran ini berusaha menjaga gelaran itu dengan adab dan adat yang sepatutnya bagi seorang haji atau hajjah ,dengan akhlak dan pakaian yang selayaknya , kini ramai pergi keMekah bukan kerana mereka benar – benar menghayati dan memahami kewajipan menunaikan rukun Islam tersebut, tetapi kerana mereka mampu dan yang lebih mendukacitakan mereka pergi ke Mekah saolah – olah sama seperti mereka melancung ke tempat lain di dunia ini .
Kini orang sudah merendahkan gelaran haji dan hajjah kerana perbuatan segelintir manusia yang sudah bergelaran haji dan hajjah tetapi perbuatan mereka seolah – olah orang yang jahil agama ,bahkan mereka boleh berkata “ ada apa dengan gelaran ia tidak mengubah apa – apa “.Berapa ramai orang yang sudah menunaikan haji tapi masih melakukan maksiat contoh yang paling ketara semenjak akhir – akhir ini artis – artis berlumba –lumba ke Mekah ,tapi bila balik masih mengekalkan cara hidup mereka yang lama masih mendedahkan aurat ,pergaulan masih bebas ,walaupun bukan semua artis yang ke Mekah begitu tetapi mereka golongan yang mudah diambil menjadi contoh kerana kehidupan mereka begitu ketara dan dikenali ramai.
Dalam buku bimbingan mukmin ada disebutkan tanda-tanda haji mabrur “Apabila sampai ke negerinya hendaklah ia menuju masjid untuk sembahyang dua rakaat ,setelah sampai ke rumah jangan sampai melupakan nikmat – nikmat yang telah di kurniakan Allah kepadanya daripada menziarahi haramnya (Mekah dan Madinah dan menziarahi makamnya Nabi besar Muhammad s.w.s.). Tanda mengkufuri nikmat ini atau melupakanya ialah dengan kembali semula kepada kelalaian dan mengikut hawa nafsu serta semakin suka membuat maksiat- maksiat kerana itu bukanlah tanda haji yang mabrur.Tanda haji mabrur ialah dengan semakin cenderung hatinya dan gerak gerinya kepada amalan – amalan akhirat serta menyiapkan diri untuk menemui Tuhan yang memiliki rumah Allah iaitu ka’bah’.Hisablah dalam diri kita adakah kita mendapat haji mmabrur,apakah kita meninggalkan amalan-amalan lama kita yang tidak baik,atau kita masih mengamalkan perkara yang sama sebelum kita bertandang kerumah Allah.Jika kita tidak berubah maka kita sendiri bolih menilai apakah haji kita benar-benar mendapat haji yang mabrur atau tidak
Apakah ketika didalam ihram yang hanya terdiri dua helai kain tidak mampu menginsafkan kita, dan bagi wanita masihkah ia tidak mengetahui cara menutup aurat yang betul atau sengaja buat-buat tidak tahu. Ingatlah tidak ada yang lebih istimewa dan mulia disisi Allah melainkan orang yang bertakwa .Ketika di Arafah dengan lautan manusia yang seragam dan sewarna tidakkah ianya menginsafkan kita bagaimana hebatnya hari pembalasan dengan seluruh kehidupan manusia dari Adam hingga ke akhir kehidupan makhluk dimuka bumi ini dihimpunkan seluruhnya disana menanti hari perbicaraan dan hukuman baik atau burukkah balasan yang kita akan terima. Kesimpulanya ketika kita menunaikan haji kita bukan sesiapa kita hanya hamba Allah yang lemah dan sentiasa mengharap kasihan belas dari Allah yang maha kuasa , sayugialah selepas kita balik pun kita kena mengingatkan diri kita bahawa kita hanyalah hamba Allah ,kita tidak layak menzalimi ,kita tidak layak menolak atau mengubah hukum Allah, kuasa, harta ,pangkat tidak kekal dan tidak mampu meyelamatkan kita dari azab Allah .Dalam suatu kisah ketika Ali melakukan thawaf bersama Rasulullah Ali bertanya “Ya Rasululla apakah kelebihan Baitullah ini ? , Jawab Nabi “Allah telah mendirikan rumah ini didunia untuk penebus dosa –dosa umatku” Mohonlah keampunan Allah ,mudah – mudahan mereka – mereka yang menunaikan haji mendapat haji yang mabrur.

TANGANI KEHIDUPAN DENGAN UGAMA

TANGANI KEHIDUPAN DENGAN UGAMA

Kehidupan yang semakin mencabar , desakkan dalam memenuhi keperluan semakin menekan ,yang menyebabkan manusia sering tewas dengan cabaran , kekeliruan memilih antara yang benar dan yang salah ,yang halal dan haram , dosa dan pahala , menyebabakn kehidupan menjadi huru – hara , kucar – kacir dan masyarakat menjunam menuju kehancuran .Apakah sebenarnya yang sedang berlaku ? , apakah puncanya menyebabkan kehidupan kita tidak lagi harmoni ? Kebimbangan sering melanda setiap jiwa , keselamatan sering terancam dan tergugat hingga kita tidak merasa selamat dalam rumah sendiri . Pembunuhan , rompakkan ,cabul dan rogol berlaku hari – hari dan paling menyayat hati mangsanya tidak mengenal usia , sehinggakan anak – anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan manusia bertopengkan manusia tapi berhati binatang .
Disinilah peranan ugama dalam kehidupan .Kerana itulah pendidikan ugama menjadi teras dalam kehidupan ,kerana ugamalah yang mampu menjadi benteng yang kuat untuk menyelamatkan manusia dari hayut dalam arus kehidupan .Allah menjadikan manusia daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani , didalam tubuh manusia ada dua kekuatan naluri yang saling berlawanan , yang pertama tenaga yang tunduk dibawah pengendalian akal yang waras yang boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk ,yang benar dan yang salah . Tenaga inilah yang boleh mengarahkan kepada kebajikkan dan keadilan , persamaan ,kasih sayang , tolong menolong dan sebagainya . Yang kedua tenaga atau naluri yang merosakkan yang tunduk dibawah runtunan nafsu , naluri liar , tamak ,sesat ,hasud dengki ,bangga diri , suka pergaduhan , melakukan kekacauan ,suka memfitnah yang akhirnya merosakkan diri bahkan masyarakat pun akan hancur dan negara menjadi lebur .
Dengan kekuatan dua naluri inilah manusia akan melayari kehidupan .Cabaran – cabaran dan godaan – godaan keduniaan dengan kilauan emas perak , wang ringgit ,pakaian ,perhiasan ,kenderaan dan sebagainya menyebabkan manusia sering tewas dalam kehidupan .Mereka tewas dengan nafsu ,harta dan pangkat dan kemasyuran .Mungkin ada yang mengatakan kita ada akal boleh menimbang ,memikir dalam menentukan nilai – nilai kebaikkan dan kejahatan dalam kehidupan .Jawapanya nilai – nilai dan undang – undang yang dibuat oleh manusia tidak mutlak ,tidak sempurna , tidak dapat memenuhi muslihat manusia , kerana fikiran manusia adalah terbatas dan sering dipengaruhi oleh nafsu ,dipengaruhi oleh persekitaran ,dipengaruhi oleh semangat kebangsaan ,dan dipengaruhi oleh perasaan .Begitulah lemahnya kita manusia .Andai kata jika manusia tidak berpegang kepada agama dan ketetapan Allah , kejahatan akan bermaharaja lela ,dunia akan huru – hara .
Untuk menyelamatkan manusia ,masyarakat , negara dan dunia adalah berpegag dengan agama yang benar yang berdasarkan tauhid yang murni ,keadilan yang mutlak hukum – hukum yang berimbang yang menjadi penghubung antara manusia dengan Allah yang menjadi pengawal ,pengadang ,dan yang sentiasa memerhati setiap perbuatan manusia . Orang yang mengaku beriman dengan Allah tidak berani menipu ,mengabaikan tanggung jawab ,melakukan maksiat ,mengumpat ,menghasud , dengki ,khianat ,rasuah dan sebagainya kerana ia tahu Allah sentiasa memerhatikan setiap perbuatannya .Orang yang beriman takut untuk melakukan kemurkaan Allah kerana takut dibalas perbuatan tersebut diakhirat kelak.
Marilah kita mementingkan pendidikan ugama melebihi daripada ilmu yang lain kerana tanpa ugama walau sepandai mana pun manusia pasti berada dalam kegelapan dan kesesatan. Pendidikan dalam Islam bermula dari pembentukkan manusia sehinggalah manusia itu mati. masih belum habis kita masih lagi mengajar manusia itu melalui bacaan talkin walaupun bacaan talkin itu juga menjadi pertikaian ,kerana. Islam tidak setakad memberi pengisian dan kesihatan jasmani semata – mata tetapi yang lebih penting kesihatan dan pengisian rohani kerana yang dalam itulah yang lebih menguasai yang diluar .Roh yang sakit akan menyebabkan jiwa juga sakit walaupun tidak kelihatan dimata kasar sebagai orang yang sakit ,ia akan kelihatan bilamana untuk melakukan suruhan-suruhan agama seperti orang yang badan sihat ,besar dan kuat ia tidak mampu berdiri untuk menunaikan solat, tidak tahan berlapar untuk berpuasa.
Walau bagaimana pun sebagai penganut Islam kita memang disuruh bahkan digalakkan menuntut apa sahaja ilmu yang baik dan tidak menyalahi hukum syarak dan boleh memberi manafaat kepada manusia seperti mana hadis nabi s.a.w yang bermaksud “Barangsiapa berkehendakkan dunia hendaklah dengan ilmu ,barangsiapa berkehendakkan akhirat hendaklah dengan ilmu,dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua – duanya sekali handaklah dengan ilmu”.Masalah yang timbul dizaman mutakahir ini banyak berpunca dari ketidak fahaman tentang ugama atau tidak tahu terus apa yang dikehendaki oleh ugama. Alangkah malangnya dan sedihnya kita melihat manusia yang leka dan lalai mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah. Mereka mungkin berjaya dalm kehidupan didunia tapi kembali kepangkuan Allah sebagai miskin mukhlis, tidak dinilai dan beharga didisi Allah.Walaupun didunia dia boleh memiliki apa sahaja yang dihajatinya. Kembalilah kepada Islam dan sistem pendidikan Islam yang ternyata berjaya mengubah manusia seperti yang pernah dibuktikan dizaman keagungan Islam .

AIDILFITRI PELUANG MENYAMBUNG SILATURRAHIM

AIDILFITRI PELUANG MENYAMBUNG SILATURRAHIM

Allahhuakhbar ,Allahuakhbar ,Allahuakhbar walillahilham ,Kini Syawal menjelma setelah sebulan kita berpuasa .Ia adalah hari kemenangan bagi umat Islam , yang berjaya meghadapi cabaran dengan penuh kesabaran dan kita meraikan kemenangan itu dengan tasbih dan tahmid memuji Allah dengan sujud ,syukur atas nikmat dari yang maha Esa . Semua umat Islam , diseluruh pelusok dunia meraikan kedatangan nya dengan penuh kegembiraan .Ingatlah setelah sebulan kita menahan lapar dan dahaga , apakah pengajaran yang telah kita dapati dan bulan syawal adalah ujian sejauh mana kita memahami dan menghayati erti Ramadhan itu secara praktikalnya. Jika sebulan kita berusaha melawan nafsu kita ,apakah bulan Syawal kita mengambil kesempatan dengan alasan menyambut perayaan yang hanya setahun sekali dengan mengikut hawa nafsu kita. Perayaan sinonim dengan persiapan makanan yang berbagai jenis , kueh muih yang berbagai bentuk dan rupa serta berbagai rasa sehingga penuh meja .Kadang – kadang raya sebulan dah habis tapi biskut raya masih tak habis lagi, lama – lama masuk bakul sampah maka berlakulah pembaziran ,masa membeli atau membuat kueh kita tak berkira ,lagi banyak lagi hebat ,tambahan kalau ada yang memuji , lagi bangga.

Persiapan pakaian baru ,seolah – olah menjadi wajib , tidak menjadi raya kalau tidak ada baju raya sehingga sanggup berhutang bergolok gadai ,kalau ada kemampuan tidak menjadi halangan tapi jangan sampai keterlaluan ,dan kalau tidak mampu cukuplah sekadar yang ada. Pada yang berada jangan kita lupa pada orang – orang miskin yang tidak bernasib baik , yang makan pagi kais pagi makan petang kais petang , bantulah mereka .Ingatlah ketika berpuasa kita menahan lapar dan dahaga adalah suatu tarbiyyah dari Allah supaya menimbulkan keinsafan kepada kita tentang penderitaan orang lain . Maka sepatutnya inti pati dari pengajaran itu yang diterapkan kepada anak – anak kita supaya menjadi orang yang mensyukuri nikmat dan jangan berlebih- lebihan berbelanja walaupun kita orang yang mampu . Mencantikan dan mengindahkan rumah juga janganlah sampai keterlaluan sehingga barang yang masih elok dan boleh dipakai lagi pun diganti baru . Duit raya yang bukan budaya kita sudah dibudayakan , sehinggakan anak – anak sekarang beraya , sinonim bila sebut raya perkara utama yang diingati ialah duit raya, bukan untuk menyambung silaturrahim ,dirumah mana dapat duit raya besar atau banyak disitulah mereka akan pergi dahulu ,selepas itu mereka akan sibuk mengira duit raya dan berlumba – lumba siapa yang dapat paling banyak .Kita renungkan apa akan jadi jika budaya ini terus diamalkan . Sehingga ada rumah bila didatangi anak – anak kecil kerana malas hendak melayan belum lagi anak – kanak itu naik kerumah mereka menghulurkan duit dahulu dengan alasan “ ala bebudak nak duit aja beri duit baleklah dia “.Alangkah malangnya kita diberi ruang untuk mendapatkan pahala dengan memuliakan tetamu tambahan kanak – kanak ahli syurga bertandang kerumah kita , kita sambut setakad tangga sahaja , sama seperti peminta sedekah .Budaya apa yang kita terapkan secara halusnya tanpa kita sedari?

Hariraya bukan lagi dikaitkan dengan agama tetapi telah disambut sama macam perayaan yang lain – lain hanya untuk bergembira semata -mata . Budaya ziarah menziarahi kaum kerabat dan sanak saudara serta jiran tetangga juga makin terhakis kerana sekarang terutama anak – anak remaja lebih senang mengadap tv kerana disogokkan dengan berbagai – bagai jenis hiburan yang mengasyikkan ,dunia hiburan yang sentiasa meriah menjadi lebih meriah dan ia berupaya mencetuskan suatu fenomina yang tidak baik kepada masyarakat yang akan datang jika tidak dihentikan , namun siapakah yang sedar dan sanggup meghentikanya ? Jika dahulu yang muda akan mencari yang tua untuk bermaaf – maafan , atuk dan nenek akan dikelilingi olih anak dan cucu tapi kini anak dan cucu lebih suka mengelilingi peti – peti tv kadang – kadang sehingga berjam – jam lamanya.

Kembalilah kepada matlamat asal dalam sambutan idulfitri .Suburkan budaya dizaman kita kecil – kecil dahulu .Ketika hari rayalah kita mengambil kesempatan berjumpa sanak saudara ,sahabat handai ,jiran dan taulan untuk saling bermaaf – maafan bertanya khabar dan peluang memperkenalkan saudara – saudara kita pada anak – anak , supaya anak –anak kita mengenali waris warah ,sepupu sepapat supaya hubungan kekeluargaan menjadi rapat dan timbul perasaan saling hormat menghormati .dulu kita dibawa kerumah jiran tetangga hinggakan kerana rapatnya hubungan, tak ada saorang pun yang tidak dikenali ,jika ada orang luar yang masuk kekampong pasti akan cepat diketahui dan akan diusul pereksa untuk mengetahui apa tujuan mereka datang kekampong tersebut ,kini duduk bersebelahan rumah pun kadang – kadang saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Sempena perayaan ini kembalikan roh ukhuwwah dalan masyarakat kita.

Ketika kita bergembira jangan lupa kesengsaraan saudara seugama kita yang dalam kesusahan paling kurang doakan semuga mereka diberikan kekuatan menghadapi dugaan.
Jika kita berkemampuan bantulah saudara – saudara kita terutama anak –anak yatim ,orang miskin kerana merekalah selayaknya kita berikan kegembiraan ,bantuan yang kita berikan walaupun kecil dan sedikit tapi memberi makna yang besar kepada nereka .Ingatlah mengembiran orang , terutama orang susah adalah pahala yang besar.

BERLALU RAMADHAN SUNYILAH SURAU DAN MASJID

Seperti mana yang di katakana oleh Saidina Umar bin Alkhatab r.a bila tiba bulan ramadhan “ selamat datang bulan yang akan membersihkan kami ,sebab ramadhan itu semuanya baik , puasa pada siang hari dan bangun pada malamnya , dan sedekah pada bulan ini sama dengan membelanjai jihat fi sabilillah “.Mudah – mudahan itulah ucapan kita , gembira menyambut kedatangan bulan yang penuh rahmah dan barakah ini insyaallah.. Nabi s.a.w telah mensyaratkan dalam puasa dan bangun malam itu harus berdasarkan iman percaya kepada Allah bukan mengharap pahala semata ,tulus ikhlas dan khyusuk kerana Allah ,dan untuk mencapai itu harus menjaga kehormatan bulan ramadhan ,dengan menjaga lidahnya dari ghibah , dusta dan bicara yang tidak berguna dan tidak perlu ,juga menjaga anggotanya dari dosa dan kesalahan – kesalahan ,dan menjaga hatinya dari hasat dan memusuhi orang – orang mukmin ,dan ia mestilah benar – benar takut dan bimbang jika Allah tidak menerima amalanya.

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah “ siapa yang puasa pada siang hari dan bangun pada malam harinya kerana iman dan mengharap pahala Allah , maka diampunkan baginya dosa – dosa yang telah lalu “.
Dalam suatu hadis lagi dari Abu Hurairah juga yang bermaksud “Semua amal anak adam dilipat gandakan dari sepuluh hingga tujuh ratus lipat ganda ,maka puasa itu hanya untukKu dan Aku yang akan membalasnya ,ia meninggalkan syahwat ,makan dan minum keranaKu dan puasa itu sebagai perisai ,dan untuk orang berpuasa dua kegembiraan ,gembira saat berbuka puasa dan gembira ketika bertemu tuhan dihari Qiamat “.
Begitulah antara hadis – hadis yang menceritakan kemurahan Allah ,sewajarnyalah bulan Ramadhan ini disambut dengan penuh Khusyu’ dan tawadduk .Namun disaat mutakhir ini bulan ramadhan bukan lagi disambut sebagai bulan memperbanyakkan ibadat tetapi sebagai bulan adat , pesta makanan dengan gerai atau pasar – pasar ramadhan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan , makanan yang tidak pernah dimakan dibulan lain kecuali bulan puasa seolah - olah dibudayakan , bulan yang sepatutnya berjimat cermat jadi bulan penbaziran , maka lahirlah usahawan yang berniaga dalam bulan puasa sahaja ,tidak salah tapi jangan mengejar keuntungan dunia yang sedikit sampai tinggal keuntungan akhirat yang banyak ,bimbang jadi orang yang miskin diakhirat ,miskin didunia ramai yang simpati dan membantu ,miskin diakhirat tiada siapa yang sanggup membantu kerana masing – masing takut tidak cukup bekalan untuk dibawa kehadapan Allah yang maha besar lagi kaya .Bulan Ramadhan menjadi bulan berbelanja ,sanggup berhabis- habisan hatta ada sanggup berhutang ,bergolok gadai semata -mata untuk menyambut raya yang hanya setahun sekali , seolah –olah tidak menjadi raya kalau tidak berbaju raya baru , berkasut baru ,berlansir baru pendek kata tidak ceria atau meriah hari raya kalau tidak serba baru . Mulalah pusat – pusat membeli belah menjadi tempat tawaf dan wakaf sehinga ada yang menghabiskan masa banyak dipusat beli belah daripada memperbanyakkan ibadah kepada Allah . Sepatutnya bulan puasa menimbulkan keinsafan kepada kita dengan merasai sendiri betapa sengsara dan kepayahan , golongan yang terpaksa menahan lapar bahkan ada yang mati kelaparan kerana kemiskinan .Ini sepatutnya yang kita terapkan dalam kehidupan kita dan anak – anak kita supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada .Apabila sikap ini kita terapkan dalam kehidupan kita tidak timbul masalah dengki mendengki dan gembira melihat atau menyusahkan orang.dan berduka apabila melihat orang senang .Bersederhanalah dalam kehidupan kerana itu menunjukkan ketaqwaan kita kepada Allah .
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud “Telah tiba bulan ramadhan yang berkat,Allah mewajibkan kamu berpuasa dan bulan ini pintu – pintu syurga dibuka dan ditutup pintu – pintu neraka jahim dan dibelenggu syaitan – syaitan yang jahat,dan juga bulan itu ada lailatul qadar yang nilainya lebih baik dari seribu bulan “.Renungkanlah jika syaitan yang jahat itu dibelenggu ,sedangkan kita masih lagi tidak mampu mengawal diri kita siapakah yang jahat sebenarnya ? dan mengapa kita masih melakukan maksiat kepada Allah walaupun dalam bulan ramadhan?.Muhasabahlah diri kita sendiri tanamkan keazaman untuk berubah kita masih belum terlambat ,rebutlah peluang perniagaan ini melaburlah sebanyak yang mungkin , pelaburan yang dijamin keuntunganya dan dijamin Allah tidak akan berlaku penipuan dan kerugian ,tapi perlu sabar kerana untungnya dikira diakhirat kelak . Pada muslimat ikhlaskan niat kita kerana bulan puasa merupakan peluang untuk mendapat pahala dan ganjaran yang amat banyak kerana dalam puasa kita menjadi tunjang utama memastikan keluarga kita mendapat yang terbaik untuk kesempurnaan puasa .Menyediakan makan minum samaada berbuka dan bersahur adalah pahala yang besar.Mari kita suburkan budaya Islam dalam rumah tangga kita sepanjang puasa.Biarlah amalan sepanjang ramadhan berkekalan dibulan-bulan lain juga,kalau sepanjang ramadhan kita bolih bertadarus setiap hari dirumah ,disurau dan masjid,sehingga surau,masjid berlumba-lumba untuk buat majlis khatam al-quran atau menamat mengapa selepas ramadhan surau-surau dan masjid-masjid menjadi lengan dan sunyi hinggalah datangya ramadhan akan datang barulah kemeriahan rumah-rumah Allah akan terasa semula.

MENUTUP AURAT BUKAN SEKADAR BERTUDUNG

Islam adalah suatu ajaran yang syumul dan lengkap sehingga ia menggariskan panduan – panduan yang perlu diikuti oleh penganutnya supaya selamat didunia dan akhirat . Mengengkari arahan dan peraturan yang telah ditetepkan dalam Al Quran bermakna kita mengundang bahaya dalam kehidupan kita sendiri ,kerana peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam adalah untuk kebaikkan manusia sejagat .Sebagai makhluk kita tidak berhak menentang perintah yang telah ditetapkan ,kerana yang maha pencipta lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya .Sebagai wanita Islam kita tidak lepas dari undang –undang yang telah ditetapkan oleh Allah untuk dipatuhi . walau sepandai mana atau setinggi manapun pangkatnya ia tetap diwajibkan mematuhi hukum Islam tanpa takwil atau soaljawab .Kejayaan manusia disisi Allah tidak diukur berdasarkan harta atau pangkat ,cerdik atau bodoh tetapi sejauh mana kita taat kepada perintah Allah dan rasulnya .
Dalam Al Quran telah disebutkan garis panduan berpakaian bagi kaum wanita yang beriman , yang ingin keselamatan dunia dan akhirat .Surah an Nur ayat 31 yang bermaksud “Dan katakanlah kepada perempuan – perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan – pandangan mereka (daripada memandang yang haram ) ,dan memelihara kehormatan mereka ,dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ,dan jangan mereka perlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka ,atau bapa mereka ,atau bapa mertua mereka ,atau anak – anak mereka ,atau anak –anak tiri mereka , atau saudara – saudara mereka ,atau anak bagi saudara – saudara mereka yang lelaki , atau anak bagi saudara mereka yang perempuan ,atau perempuan – perempuan yang Islam atau hamba – hamba mereka ,atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak –kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan , dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui akan apa yang tersembuyi dari perhiasan mereka ,dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah ,wahai orang – orang yang beriman ,supaya kamu berjaya “.

Kalau kita lihat ayat ini tanpa tafsiran pun kita sudah boleh memahami apa maksudnya ,hendaklah tudung yang dipakai menutupi bawah dada , dan dengan jelas juga disebutkan kepada siapa atau siapakah mahram yang boleh melihat aurat kita mengikut batas yang ditentukan . Cuma terserah kepada kita apakah kita mahu menjadi orang yang beriman atau tidak . Dalam akhir ayat disebutkan orang yang menutup aurat akan mendapat kejayaan . Apakah kita tidak yakin pada janji Allah ?.Tiada larangan untuk kita tampil bergaya tetapi mestilah betul dan selaras dengan kehendak Allah .Tiada suatu bangsa pun yang diangkat hanya kerana fesyen ,ramai wanita yang diuwar – uwarkan berjaya tetapi ramai yang tidak dapat mematuhi arahan Allah , persoalan nya betulkah mereka hebat dan berjaya disisi Allah .Muslimat yang dikasihi sekalian sedarlah ajenda kuffar laknatullah yang sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan umat Islam dan agama Islam .Kebanykkan pereka – pereka fesyen terdiri dari orang bukan Islam ataupun orang Islam tetapi tidak mempunyai kefahaman Islam yang jelas , lahirlah pakaian busana muslim tapi tidak menepati ciri – ciri yang dikehendakki oleh Islam .Bertudung bukan lagi untuk menutup aurat tapi menjadi fesyen semata –mata ,maka ramailah yang memakai tudung tapi baju lengan pendek atau singkat ,bertudung baju sempit hinggakan boleh menampakkan susuk badan, bertudung tapi baju jarang seperti mana hadis nabi berpakaian tapi bertelanjang .Bertudung tetapi singkat tidak melabuhkan hingga menutupi dada Ingatlah akan kisah israk dan mikraj azab bagi wanita yang tidak menutup aurat akan digantung kan rambut dan diletakkan api yang menggelegak dibawah punggung hingga mendidih otak . Nauzubillh min zalik ingatlah azab Allah itu amat pedih,tidak akan mampu kita menanggungnya.Ajenda kuffar tidak akan berhenti untuk menyesatkan kita jadi sedar dan fahamilah keindahan Islam demi menjamin keselamatan kita dunia akhirat janganlah kita mudah terpedaya,supaya kita tidak menjadi orang yang rugi diakhirat kelak ,bila kita menyangka apa yang kita pakai itu sudah mengikut kehendak Islam sedangkan sebenarnya tidak

IKTIBAR YANG PERLU DIFIKIRKAN

Selepas Israel menakluki dan memecah belahkan wilayah Palestin , maka bermulalah detik – detik pilu dan terukirlah seribu sejarah duka dan igauan ngeri bagi rakyat palestin terutama pada kaum wanita , kanak – kanak serta golongan tua yang lemah .Semasa diawal peperangan berlaku pada tahun 1948 ramai kaum lelaki yang turut sama mempertahankan tahahair dan ugama telah gugur dalam peperangn , meninggalkan isteri – isteri yang bergelar balu dan anak –anak yatim yang bukan sedikit jumlahnya . Namun kehidupan mesti diteruskan , yang pergi tidak akan kembali ,yang hidup mesti meneruskan perjuangan .Disana isteri –isteri tidak sempat memikirkan atau menuntut hak – hak mereka sebagai seorang isteri tidak ada masa untuk memikirkan perkara – perkara remeh tentang fesyen ,alat solek ,barang – barang perhiasan atau sebagainya ,kerana ada perjuangan yang lebih besar yang perlu mereka perjuangkan .Jika disini kita mempunyai ajenda yang berubah – ubah setiap hari tapi disana ajenda mereka tetap tidak berubah . Ajenda mereka hanyalah berjuang dan menyabung nyawa untuk meneruskan kehidupan , bebas berjalan tanpa ketakutan .Setiap detik dan saat yang mereka lalui penuh dengan kebimbangan dan ketegangan dan mereka menanti – nanti dengan penuh debaran apakah yang akan berlaku lagi . Kesedihan usah disebut lagi mereka sudah kering air mata untuk menangis ,walaupun saban hari dunia melihat tangisan mereka melalui berita – berita yang keluar dikaca tv diseluruh dunia ,namun siapakah yang mampu menghentikan tangisan mereka . Dunia hanya melihat dan kemudian melupakanyan . Dunia sekadar mengutuk atas keganasan yang dilakukan yahudi yang mencabul hak dan mengganasi rakyat palestin , namun tiada tindakkan yang dilkenakan pada yahudi laknatullah tersebut .Rakyat Palestin bukan sekadar perlukan simpati , mereka perlukan bantuan dan penyelesaikan yang telah membelenggu mereka selama puluhan tahun .

Setiap hari anak – anak palestin melihat kematian yang amat tragis bukan kerana sakit ,kemalangan jalan raya , tapi kena bom dan peluru . Kematian mereka dalam keadaan yang amat mengerikan , bom dan peluru yang tidak bermata tidak kenal dan memilih mangsa bahkan anak – anak yang baru membuka mata menjegah dunia ,belum sempat mengenali dunia pun hancur berkecai dimamah peluru . Apa dosa dan apa salah mereka ? ganaskah mereka ? , tapi bagi anak – anak Palestin mereka sudah terbiasa dan lali dengan bau hanyir darah dan mayat yang bergelimpangan hingga tiada ketakutan lagi melihat perkara – perkara tersebut .Walaupun diusia yang masih kecil dan tidak memahami apa yang berlaku jiwa dan semangat mereka sudah menjadi kental , tegar dan tak mudah gentar . Kalau disini melihat mayat orang putus kepala kerana berlanggar pun kita tak sanggup ,atau kalau tenguk pun kita akan dihantui igauan ngeri seratus hari ,bayangkan rakyat palastin terpaksa menempuhnya setiap hari tak kira walaupun dalam bulan puasa Tarbiyyah amali yang mereka lalui menjadikan mereka sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan . Mereka tidak sempat menghabiskan masa mereka dengan permainan – permainan seperti anak – anak ditempat lain ,mereka tak berpeluang bermain dengan video games, play stesyen atau robokop . permainan mereka setiap hari hanyalah balingan batu dengan tentera yahudi lalu dibalas oleh yahudi laknatullh dengan peluru . Setiap hari mereka bermain kejar – kejaran ,berlumba lari dan main sorok – sorok dengan tentera yahudi . Mereka bermain dengan realiti untuk meneruskan servaival kehidupan , bukan macam anak – anak kita bermain denga fantasi dan imajinasi semata - mata .Hak mereka untuk hidup dengan aman dinafikan , hak untuk mendapat pendidikan dan pembelajaran dinafikan .Mereka menjadi mangsa keadaan ,hanya kerana mereka beribu bapakan orang islam lalu hak mereka dinafikan .Disini anak –anak kita yang hidup dengan kemewahan dan terjamin keselamatan mereka tiada kesedaran untuk belajar bahkan fenomena ponteng sekolah semakin tinggi angkanya .Kesedaran untuk memenuhi hak kepada diri mereka sendiri terlalu kurang yang mereka mahu dan tahu hanyalah hak kebebasan untuk mengikut hawa nafsu yang akhirnya membinasakan diri dan masyarakat sendiri .

Disana mereka tidak mengira tempat untuk tinggal yang penting ada tempat untuk mereka berteduh dari hujan dan panas .Penempatan mereka amat memilukan kalau disini tidak layak dipanggil rumah ,bahkan kadang –kadang ada yang terpaksa tidur berlantaikan tanah dan berbumbugkan langit . Disana mereka makan hanya untuk hidup tanpa memilih makanan . Namun apa pilihan yang mereka ada melainkan terpaksa akur dengan keadaan dan suasana , persekitaran yang tidak menyenangkan dengan tahap kebersihan yang amat rendah ,sesak dengan manusia dan disitulah seluruh kitaran kehidupan dilakukan ,bayangkan kesengsaraan yang terpasa mereka lalui .Kesengsaraan dari segi fizikal dan emosi meninggalkan kesan truma yang amat mendalam kepada mereka semua tanpa mengira usia atau gender . Israel saban hari berusaha memberi alasan supaya tindakkan yang mereka lakukan adalah tidak salah dan sah dari segi undang – undang disokong oleh Amarika sekutu kuatnya . Mereka bersatu untuk menghancurkan Islam dan berusaha meligalitikan tindakkan mereka atas dasar memerangi keganasan yang hakikatnya dunia mengetahui ,mereka lah sebenarnya penaja setiap keganasan kepada negara – negara Islam .Namun amat menyedihkan negara – negara Islam yang dipimpin oleh mereka yang berjiwa kecil hanya sekadar melihat saudara – saudara mereka diperlakukan sesuka hati oleh kafir laknatullah .Mereka sibuk dengan kefahaman asobiyyah dan mazhab mereka yang sempit . Pemimpin Negara Islam sibuk dengan ajenda mengkayakan diri dan kroni sendiri serta leka dengan kemewahan dan kesenangn yang mereka ada .

Apakah pengajaran yang dapat kita ambil dari apa yang berlaku di Palestin sana . Adakah kita cukup yakin kita tidak akan menerima nasib yang sama seperti Palestn . Jesteru itu kita perlu melatih jenerasi kita dengan amalan yang diajar oleh Islam . Berikan kefahaman agama yang jelas supaya mereka faham bahawa Allah menjadikan mereka penuh dengan tugas dan tanggung jawap serta amanah yang akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak . Kita mungkin tidak diserang saperti palestin dengan bom dan peluru tapi sedarkah kita bahawa kita sedang diserang dengan hebat secara tidak sedar dengan fahaman – fahaman yang halus tetapi hasilnya lagi membahayakan .Kalau diPalestin mereka diuji dengan peluru namun aqidah mereka menjadi bertambah kuat dan selamat ,tapi serangan yang sedang berlaku dinegara kita sudah berjaya memurtadkan beribu – ribu orang islam .Umpan dan modal mereka gunakan lebih murah dan mudah hanya cinta dan janji kemewahan sahaja menyebabkan ramai generasi kita sudah tertewas dan rebah dipangkuan musuh – musuh agama Allah . Kita diserang dengan budaya –budaya kuffar dan kefahaman yang menyesatkan . Apa tindakkan kita ,adakah kita menunggu anak kita sendiri murtad (nauzubillah ) baru kita sedar atau baru kita mengamuk menuding jari , kepada siapa ?.Sedarlah muslimat peranan kita amat besar dalam menentukan hala tuju jenerasi kita dimasa yang akan datang dan kita juga akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah kelak . Lenturlah buluh dari rebung mengikut acuan Islam .Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna . Kita boleh mendidik anak kita untuk menjadi apa sahaja , namun pastikan walau apa pun jawatan mereka, mereka tetap taat dan ingat kepada Allah, dan mereka akan menjadi insan yang mampu memikir dan membezakan mana yang salah mana yang benar dan mereka tidak akan sesat untuk selamanya .Muslimat kita mampu mengubah , jika kita sedar tentang hak dan tanggung jawab sebagai makhluk Allah atau lebih tepat tanggungjawab sebagai ibu dan bapa .Janganlah kemewahan dan kesenagan kita melalaikan kita lalu kita mendidik anak – anak kita jauh dari dasar dan cara Islam kononya cara Islam ketinggalan zaman lalu mengikut cara dan budaya barat yang terbukti gagal ,barat mampu melahir cerdik pandai tetapi gagal membendung kehancuran kerana mereka tiada panduan Ilahi. Mereka tidak dipandu oleh wahyu dan sering berubah dasar , terpulang siapa yang memimpin maka tiap – tiap pemimpin akan mengubah dasar mengikut kefaham dan kepentingan mereka sendiri . Fikir – fikirkan penderitaan orang lain untuk dijadikan pedoman dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada ,kerana setiap apa yang Allah jadikan itu adalah untuk mengajar kita supaya menggunakan iman dan akal kita.

Wednesday, December 9, 2009

MASA MENCEMBURUI KITA

MASA MENCEMBURUI KITA

Ketika Israk dan Mikraj Allah telah memperlihat umur dunia kepada Nabi saw dengan gambaran seorang wanita yang bongkok tiga.Setelah sekian lama peristiwa tesebut berlaku bolehkah kita gambarkan atau bayangkan bagaimanakah keadaan wanita itu sekarang ? Kerana kesibukan kita untuk mengurus kehidupan dunia kita sehingga terkadang kita terlupa untuk apa kita dijadikan oleh Allah. Apakah matlamat sebagai hamba telah kita laksana sewajarnya seperti yang digariskan Allah dan Rasulnya? Dalam al-Quran Allah telah berfirman ‘Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri pada ku “.Ulama telah menggaris panduan bahawa kehidupan kita terbahagi kepada tiga: Masa untuk ibadat ,masa untuk mencari rezeki dan masa untuk rehat. Kalau masa dua puluh empat jam kita bahagikan dengan tiga bermakna kita ada lapan jam untuk ibadat,lapan jam untuk mencari rezeki dan lapan jam untuk berehat .Kita mampu mencari rezeki lebih dari lapan jam,kita mampu berehat lebih dari lapan jam tetapi mampukah kita beribadat selama lapan jam?.Untuk apakah masa dan umur kita habiskan?. Apakah yang sering kita sibukkan sehingga kita tidak dapat atau tidak mahu memikirkan masalah ummah?.Kita leka dengan dunia mengejar impian dan cita cita, yang miskin mahu menjadi kaya,yang kaya mahu menambah kekayaan,yang tak cantik mahu jadi cantik yang dah cantik mahu jadi lebih cantik.

Masing –masing ada jawapan tersendiri sibuk dengan kerja, sibuk mengurus rumah tangga dan anak –anak ,ada yang sibuk belajar, begitulah sibuk dengan urusan dunia masing – masing. Nabi telah mengingatkan kita dengan sabdanya ”Barang siapa yang niatnya keakhirat maka Allah menghimpunkan baginya semuanya,dan dijadikan kaya hatinya,dan datang kepadanya dunia merendah diri .Dan siapa yang niatnya dunia maka Allah akan mencerai beraikan urusanya,dan menjadikan kemiskinan selalu membayang diruang matanya dan tidak akan datang dunia kecuali yang ditentukan baginya”. Adakah kita merasa kaya? Adakah dunia datang merendah diri kepada kita? atau kita yang merendah diri pada dunia. Adakah kita mengejar masa atau masa mengejar kita? Adakah kita mengejar dunia atau dunia mengejar kita? Memang kita disuruh berusaha untuk dunia tapi kita bukan abdi kepada dunia. Dunia adalah jambatan menuju ke akhirat, dunia adalah tempat untuk bercucuk tanam supaya hasilnya kita tuai diakhirat kelak.Jangan sampai padi yang kita tanam hampa yang kita tuai kerana tanaman di dunia dan tanaman di akhirat adalan dua perkara yang jauh berbeza

Kenapa gambaran dunia itu Allah tunjukkah sebagai wanita ,begitulah hikmahnya Allah simboliknya ada pengajaran supaya kita memikir dan merenugkan,begitu banyak makhluk kejadiannya kenapa wanita menjadi contohnya? Bahkan sebelun wafat pun nabi mengingatkan kaum mukmin supaya menjaga wanita. Wanita ini banyak mendatangkan fitnah di dunia. Jangan terlalu mengikut nafsu dalam mengejar kehidupan di dunia ini.Tidak ada yang pasti didunia ini kecuali mati. Jagalah generasi kita supaya mensyukuri nikmat yang paling besar iaitu Islam. Tanamkan sifat malu dalam jiwa anak –anak kita supaya iman mereka terpelihara,kerana nabi telah bersabda “ Malu itu sebahagian dari iman” dan pesan nabi lagi ‘jika Allah hendak menghancurkan sesuatu kaum maka Allah akan mencabut malu dikalangan wanita mereka”. Lihat generasi kita sekarang para wanitanya sudah hilang perasaan malu dalam jiwa mereka. Mereka sanggup melakukan perkara–perkara sumbang di depan khalayak ramai tanpa rasa malu dan segan bahkan kita yang melihat pula merasa malu dan segan.Sekarang tidak ada yang mustahil bagi wanita kalau lelaki boleh kenapa wanita tak boleh,ucapan itu sudah semakin jelas dan kuat dilaungkan. Bahkan yang menuntuk hak sama rata seperti lelaki semakin ramai dengan menggunakan berbagai –bagi nama kononya untuk menuntut keadilan sampai tidak tahu batas –batas ugama seperti apa yang diperjuangkan oleh “SISTER IN ISLAM’. Jika jahilliah dahulu orang malu mendapat anak –anak perempuan lalu ditanam hidup –hidup, jahilliah moden orang banga mendapat anak –anak perempuan tambahan lagi kalau mempunyai paras yang cantik itu seolah –olah pelaburan yang akan menguntungkan keluarga. Anak-anak ini tanpa malu dan segan akan dipamerkan di khalayak ramai tanpa menutup aurat dan kadang-kadang dengan aksi terkinja –kinja, diperdagangkan dengan kerelaan dan mendapat restu ibu ayah dan menjadi kebanggan keluarga .Ibu bapa dengan megah dan bangga akan berkata “Itu anak saya”,dengan senyum riang.Ditambah pujian pula dari orang dengan ungkapan “ Bertuah awak dapat anak yang cantik” maka bertambah lebarnya senyuman si ibu bapa.

Ingatlah apa sahaja yang Allah berikan kepada kita di dunia ini adalah amanah .Semakin banyak yang kita dapat semakin besarlah ujian ,dan semakin besarlah tanggung jawab yang harus kita laksanakan.Ingatlah kita akan ditanya di akhirat kelak tentang semua amanah yang telah diberikan kepada kita. Ketika Nabi bercerita kepada Abu Zar tentang akhirat sabdanya” Diakhirat kelak perjalanan kita seperti orang yang mendaki bukit, barang siapa yang berat bebanan maka akan lambatlah perjalananya .lalu Abu Zar bertanya “siapakah yang berat ya rasullulah ?,lalu nabi bertanya kepada Abu Zar “adakah bekalan makanan mu untuk hari ini ? lalu dijawab oleh Abu Zar ada, untuk besok ? jawab Abu Zar ada ,untuk lusa ?jawab Abu Zar tidak ada .lalu nabi bersabda “jika engkau menjawab ada nescaya engkau tergolong orang yang berat “. Renungkanlah dalam diri kita apa yang kita kejar dalam kehidupan ,kemana kita manafaatkan umur kita ? bila kita memperolehi kekayaan dunia adakah kita manafaatkan ,dengan carayang diredhai Allah. .Adakah kita mensyukuri nikmat atau kufur nikmat. Nikmat yang paling nikmat ialah apabila Allah ampunkan dosa dan tutupkan keaiban kita,kata hukama’. Berpada padalah kita mencari kesenangan didunia .Jangan sampai kita lupa untuk apa kita dijadikan .Infakkanlah harta kita ,diri kita untuk pejuangan islam .Kita tidak akan hidup didunia ini untuk kali kedua,maka gunakanlah peluang dan amanah Allah ini sebaik baiknya .

Pada muslimat tidak salah berkerjaya ,tidak salah kita suka menguruskan suami ,anak –anak dan rumah tangga ,tetapi itu sahajakah tugas kita sepanjang kehidupan kita ? sehingga habis usia kita ?.Tidakkah kita bertanggung jawab untuk agama kita ?.Apakah tanggung jawab menjaga agama ini tugas lelaki sahaja ,sehingga kita tidak berperanan langsung ?.Kenapa kita sanggup bersama bermati-matian bekerja mencari rezeki untuk keluarga kita ,sedangkan itu adalah tanggung jawab suami?.Suami juga tidak menghalang bahkan menggalakkan ,tapi untuk perjuangan Islam kenapa terkadang ada para suami tidak menggalakkan bahkan menghalang isteri bekerja untuk jemaah Islam .Ingatlah kita hamba Allah bukan hamba manusia ,janganlah para suami seolah-olah memperhambakan isteri hanya kerana haknya ,kerana kuasa kita tidak boleh melebihi hak Allah. Infakkanlah anak isteri pada perjuangan Islam. Sekali lagi renung –renungkanlah sudah kah kita memanafaatkan masa kita umur kita kejalan yang diredhai Allah.sudahkah kita menjalankan semua tanggung jawab kita seperti yang telah diperintahkan Allah dan rasulnya.Hisaplah diri kita sebelum dihisap didepan Allah .Baikilah diri sementara kita diberikan waktu selagi nyawa masih dibadan . Menyesallah dahulu kerana menyesal kemudian tiada gunanya.Adakah umur yang panjang anak yang ramai dan harta yang banyak boleh membantu kita diakhirat kelak ? ,fikir dan usahakanlah supaya semuanya itu dapat membantu kita diakhirat kelak.Kerana bila mati anak Adam hanya tiga perkara yang dapat menyelamatka ,ilmu yang dimanafaatkan ,sedekah dan anak –anak yang soleh dan solehah.Hitunglah umur dan masa berapa banyak telah kita bazirkan dengan perkara –perkara yang tidak bermanafaat dan lagha dan sisa-sisa usia yang ada manafaatkanlah sebaik yang mungkin kerana masa tidak menunggu kita bahkan ia sering mencemburui kita.

KUATKAN PERGANTUNGAN DENGAN ALLAH

Selasa 20 februari 2007 tercatat suatu lagi kisah duka yang meruntun hati sanubari insan yang bergelar ibu .Walaupun tidak dinafikan banyak kes-kes yang sebenarnya mencuit hati kita yang bergelar insan, betapa manusia dengan mudah mengkhianati amanah Allah .Berita tentang seorang ibu ,membunuh 2 orang anaknya sendiri hanya kerana ura-ura suaminya ada perempuan lain dan bercadang untuk berkahwin lagi .Hanya kerana itu ibu tersebut sanggup menjerut leher anaknya yang berumur lima tahun dan setahun sehingga mati .Tidak boleh dibayangkan bagaimana ibu yang mengandungkan dan melahirkan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian .Patutkah anak yang masih kecil dan tidak berdosa itu menerima akibat dari kesalahan kita orang dewasa ,mereka menjadi mangsa hanya kerana kita mengejar cinta dan kasih sayang yang memang tidak ada kesudahanya .
Alangkah malangnya manusia yang dikurniakan akal dan fikiran bertindak lebih ganas dari saekor haiwan ,harimau yang ganas pun tidak akan membiarkan anaknya diganggu gugat, bahkan ia akan berjuang habis habisan untuk menyelamatkan anaknya .Apakah sebenarnya yang dilakukan oleh ibu tersebut hanya Allah sahaja yang mengetahuinya ,yang pasti tika saat ia melakukan pembunuhan itu hatinya benar benar kering dari kasih sayang,dan jiwanya disaluti dengan kebencian dan kemarahan serta kekecewaan yang diulit syaitan yang memang mahu menyesatkan manusia .Terlalu sempit nya fikiran ,pendeknya akal ditambah jauh dan renggang dari hubungan dengan Allah menyebabkan manusia mudah ditewaskan oleh syaitan.
Wahai wanita jangan rendahkan martabat mu hanya kerana secebis cinta manusia bernama lelaki .Tidak ada cinta yang kekal didunia ini melainkan cinta kepada Allah .Sehebat mana dan sebesar mana pun dugaan dan cabaran bermunajatlah pada Allah ,bangunlah sembahyang malam ,luahkanlah kesedihan keresahan ,menagislah biarlah bercucuran airmata kerana Allah penuh dengan kasih sayangnya yang abadi sentiasa menanti dan mendengar pengaduan hambanya.Yakinlah bahawa Allah tidak sekali-kali menzalimi hambanya. Cari teman yang boleh membantu ,luahkan perasaan pada ibu ,kawan atau sesiapa sahaja yang anda percaya .Setiap masaalah mesti ada jalan penyelesianya .Tidak dinafikan menjadi fitrah dalam kehidupan manusia untuk dicintai, dikasihi dan disayangi,ketahuilah cinta yang paling agung hanyalah cinta pada Allah. Cinta pada manusia sekadar mengisi kehidupan yang sementara tapi cintakan Allah kekal untuk selamanya.Ujian dalam kehidupan adalah rencah pelengkap kehidupan untuk sebuah pemantapan keimanan dan penentu pembalasan mengikut pilihan kita sendiri ,berdasarkan panduan yang telah diberikan Allah melalui pesuruh-pesuruhnya. Jangan lakukan kesilapan yang akhirnya kita kesali seumur hidup.
Bayang bebanan tekanan perasaan yang terpaksa ditanggung oleh ibu tersebut sehingga akhir hayatnya .Diruang matanya akan sentiasa terbayang bayang saat saat ia mencabut nyawa anaknya dengan tanganya sendiri . Tangan yang pernah membelai dan mengusap dengan penuh kasih sayang ,ditatang bak permata ,saekor nyamuk pun tidak dibenar hinggap menyakiti nya ,akhirnya tangan yang sama merentap ,meragut sekali gus melenyapkan sebuah kehidupan dua nyawa yang tidak berdosa .
Berbaloikah pengrbanan tersebut ?,Fikir fikirkan lah wahai muslimat.Kita dijadikan semata mata untuk mengabdikan diri kepada Allah bukan untuk sebuah cinta yang tiada penghujungnya.
Wasssalam .

SEMANGAT MUHARAM PEMURNIAN KEAZAMAN

Setahun bakal berlalu dalam dairi kehidupan manusia.Walaupun nama hari tidak pernah berubah namun hakikatnya ia tetap tidak akan sama saperti setahun yang sudah berlalu. Hakikatnya setahun lagi umur kita akan bertambah,jika tahun masehi ditunggu-tunggu dan disambut dengan meriah dengan pesta yang besar-besaran dan hiburan disetiap bandar-bandar besar, dari sekecil-kecil manusia hingga dewasa dan orang tua turut gembira menyambut kedatangan tahun masihi.Percampuran bebas tiada sempadan dan halangan bahkan dikawal pihak keselamatan,supaya pesta maksiat itu berjalan tanpa gangguan.Berpeluk dan ciuman perkara biasa tidak jadi kesalahan tapi jangan bertumbuk atau bergaduh itu keganasan dan jadi kesalahan.Hayutlah manusia dengan seribu macam kenikmatan dunia dan dengan cara yang memualkan dan meloyakan bagi orang yang beriman.Bisikkan syaitan merdu mendayu sendu megulit dan mencampakkan manusia kelembah kehinaan lalu mereka bersorak kegembiraan melihat satu lagi ajenda mereka berjaya.

Kehadiran Muharam bulan Islam disambut sambil lewa sahaja ,majlis yang dibuat hanya dimasjid-masjid dan dihadhiri oleh orang yang umur-umur awal senja dan tua ,orang muda boleh dikira dengan jari. Di ibu negara setakat sambutan untuk mencari tokoh maal hijrah untuk diberi hadiah dan anugerah,terkadang kita pun tidak tahu apakah jasanya atau apakah kraiterianya ia terpilih sebagai tokoh maal hijrah itu.Kemeriahan tidak terasa, bahkan sering kedatangan muharam tidak disedari atau diendahkan,tiada apa makna bagi mereka,kalau adapun sekadar sebuk mengacau bubur asyura, Sedangkan dalam sejarah Islam ia mencatat suatu sejarah yang amat besar,sempena penghijrahan nabi dari Mekah ke Madinah,telah ditetapkan oleh saidina Umar Al Khatab sebagai tarikh pengiraan bulan dalam Islam. Suka duka perjuangan nabi dan para sahabat untuk memastikan Islam tertegak sebagai sebuah daulah .Sejarah merakamkan pengurbanan yang terpaksa dilakukan bukan sedikit. Berkorban harta,masa bahkan darah dan nyawa.Mereka menggalag gantikan nyawa dan jasad mereka dengan aqidah.Tiada yang tertinggal, semua golongan wanita ,kanak-kanak orang tua hatta remaja berlumba-lumba menawarkan diri untuk menjadi benteng pertahanan demi untuk Islam tercinta.

Kini setelah 1429 hijrah apakah semangat yang kita ada, adakah masih membara atau hanya sekadar membaca dan mendengar sejarah hijrah, mengagumi perjuangan nabi dan sahabat terdahulu.Apakah muslimat kita masih bersemangat untuk berjuang membantu perjuangan Islam?,Masih adakah yang berjiwa kental dan berani sekental dan seberani Asmak binti Abu Bakar yang diserahkan tugas menghantar makanan kegua Thur dalam keadaan mengandung sehingga terpaksa mengikat perutnya degan tali pinggang,satu mengikat pinggang dan satu lagi mengikat perut untuk memudahkan pergerakkan sehingga digelar wanita yang mempunyai dua tali pinggang.Berapa ramaikah isteri yang sanggup menjadi pendorong pada suami tercinta dan berkorban hartanya seperti Khadijah demi untuk perjuangan Islam.Seramai manakah wanita cerdik secerdik Aishah hingga menjadi tempat rujukkan para sahabat selepas kewafatan Rasul Allah ,rebah bangun dan hidup mati bersama dengan perjuangan Islam.Berapa ramai ibu seperti Khansaa’ binti Amru yang sanggup menginfakkan kesemua anak-anak lelakinya untuk perjuangan Islam.Bacalah sejarah pengurbanan perjuangan serikandi Islam dan hayatilah ,tidakkah kita juga bercita-cita memahat nama kita sebagai pejuang Islam,sebagai saham akhirat kita. Supaya kita tidak malu bila ditanya dan bertemu dengan Allah.Sekadar menyebut beberapa nama yang tersohor dalam sejarah untuk menjadi pemangkin pembakar semangat muslimat untuk bekerja bersama menegakkan Islam yang masih dagang.

Ayuh muslimat bangunlah bekerja bersama perjuang Islam,kita dijadikan bukan sekadar menjadi penonton bersorak ditepi padang,kerana perjuangan tidak perlukan dipertontonkan dan bukan sekadar sorakkan tapi perlu pengorbanan,gunakan kudrat dan kemampuan kita untuk Islam kerana ia suatu perniagaan yang tidak merugikan bahkan ia dijamin oleh Allah Swt ,Allah telah berfirman dalam AlQuran yang bermaksud “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan ganjaran syurga,mereka berjihad dijalan Allah samada mereka membunuh atau mereka dibunuh ……”ila akhirayah.Kita tiada masa yang panjang untuk duduk bersenang lenang bahagia dengan rumah,anak dan suami.Jika negara dan undang-undang Islam masih belum tertegak maka kewajipan itu akan terus tergantung ditiap-tiap bahu dan pundak kita.Jika tidak dosanya tetap terpaksa kita tanggung tanpa kecuali lelaki atau perempuan.Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan melaksanakan tugas yang berat ini supaya Allah menyelamatkan kita dari azab dunia mentelah lagi diakhirat kelak.Kerosakkan dunia semakin tenat tiada penyelesaian melainkan dengan Islam.Mudah-mudahan kita mampu menghijrahkan negara sekular ini kepada Negara yang mendaulatkan Islam .

Monday, December 7, 2009

PEJUANG IKHLAS DIPELIHRA ALLAH

Macam-macam komen orang tentang tok guru Nik Aziz sekarang,hinggakan tok guru menjadi orang paling glamor sekarang, radio, tv, akhbar berlumba-lumba untuk membuat liputan program dan melapurkan apa sahaja yang tok guru ucapkan.Komen-komen dari orang paling besar dalam negara,tok-tok mufti,para cendiakawan dan entelek hinggalah orang kebanyakkan dan golongan artis.Dari kedai-kedai kopi di kampong-kampong hinggalah saiber-saiber cafe di bandar-bandar dan paling hebat didalan internet dan para blogger tidak mahu ketinggalan untuk berbincang dan menyebut nama tok guru,hebat-hebat aura tok guru sudah mengatasi aura Mawi suatu ketika dahulu. Apa sahaja yng diucapkan oleh tok guru semua akan menjadi tajuk perbincangan sekarang. Seolah-olah suat fenomena, fenomena Nik Aziz. Aku tidak hairan dengan apa yang berlaku atau apa yang dikatakan oleh tok guru,dia sudah menjalankan kerja yang memang sepatutnya dia lakukan ,menyedarkan orang tentang adanya kuasa yang lebih besar dari kuasa manusia,sebagai seorang tok guru sewajarnya sentiasa mengharap dan memimta serta pergantungan yang kuat dari Allah.

Bermula dari kisah penajaan haji hinggakan pembatalan tok guru dari menunaikan haji,yang dikatakan rasuah ,kemudian kisah perlantikkan anak menantunya Ir Abdul Ariffahmi menerajui MPKB yang berakhir dengan perletakkan jawatan Ariffahmi,yang dikatakan arahan atau dipaksa. Namun yang paling hebat ialah isu doa tok guru yang dikatan tidak wajar,betulkah doa tok guru yang meminta memusnahkan orang yang menzalimi rakyat kelantan itu tidak wajar?. Sehingga umno kelantan membuat demonstrasi mengesa tok guru meletakkan jawatan menteri besar.Sehingga ada kain rentang yang berbunyi,kami sokong datok Husam menjadi menteri besar.Aik........ biar betul orang umno ni,pandainya nak pecah belahkan orang Pas.Apa kes unmo ni pantang je usik bosnya maka berbondong-bondonlah dia menunjukkan kebodohanya.Tok guru cuma bergurau je sebelum baca doa,"mari kita doa biar dia pecah perut",masa berdoa tu tak pula aku dengar dia sebut nama Najib"Ya Allah kau pecahkanlah perut Najib,Ya Allah kau pecahkanlah perut Najib" doa yang dia baca tu samalah macamlah doa-doa yang mufti-mufti,tok-tok imam baca.Bila ucapan itu keluar dari mulut tok guru umno jadi sensitif walhal berapa ramai dah yang mendoakan kehancuran pada umno tak lah pula dia orang kesah.

Nampak sangatlah orang melayu ni suka sangat dengar khabar angin tak tahu hujung pangkal dah nak komen. Sampai tuan mufti pun sibuk juga mengulas tak baik mendoakan keburukkan pada orang ,doakan keburukkan pada orang tak baik, yang orang buat benda buruk buat zalim dengan merampas hak rakyat kelantan tu tak pulak mufti kata tak baik, tak lah pulak dia menasihatkan orang tu buat benda baik, pulangkan balik hak rakyat tak kiralah kat man pun rakyat tu duduk,Kelantan ke Terengganu ke membisu seribu bahasa.Apa yang di lakukan oleh tok guru dengan berdoa memang dituntut dalam Islam,pada siapa lagi kita nak mengadu setelah macam-macam kezaliman yang dilakukan bukan saja pada rakyat kelantan bahkan tok guru telah di perlakukan macam orang yang tak ada maruah dihina dan dianiaya sesuka hati menyakitkan keluarganya dengan meng ISA anaknya dan macam-macam lagi. Sepanjang dua puluh tahun memerentah dengan bermacam-macam kepayahan pahit getir,yang terpaksa ditanggung dan dihadapi tok guru, dia maseh lagi bersabar,dan terbuka dengan kerajaan pusat.Tok guru maseh lagi mengambil pendekatan berunding,namun sikap keterlaluan kerajaan pusat yang menganak tirikan kelantan sedangkan kelantan juga menyumbang kepada kerajaan pusat dengan kutipan-kutipan cukai bahkan kerajaan Kelantan juga pembayar hutang yang baik pada kerajaan pusat walupun hakikatnya kabanyakkan hutang itu adalah warisan kerajaan BN dahulu.

Alangkah wajarnya tindakan tok guru mengadu pada sang penciptanya,yang telah mengamanahkan padanya tanggung jawab yang besar sebagai ketua sebuah negeri,tindakanya membela rakyat kelantan dari ditindas dan dizalimi memang perlu dan amat wajar sama seperti seorang ayah mempertahankan maruah dan hak isteri,anak dan keluarganya dari dirampas dan diperkosa sewenang-wenangnya.Apakah seorang ayah hanya melihat anak isteri dan harta bendanya diambil orang tanpa berusaha menyelamatkanya? setelah berusaha dan berikhtiar namun si ayah tak mampu juga mengalahkan orang yang menganiaya keluarganaya maka pada siapa lagi kita mengharap kalau bukan pada Allah .Tok guru bukan berdoa untuk kepentingan dirinya sendiri atau keluarga dan kaum kerabatnya tapi untuk seluruh rakyat kelantan termasuklah umno dan pas.Tok guru ulamak dan ahli politik bukan baru setahun dua tapi hampir keseluruhan usianya telah dihabiskan untuk menegakkan Islam bukan setakat kaum keluarganya sendiri bahkan seluruh negara, dia dikenali bukan setakat olih orang melayu sahaja tapi cina,india turut mengakui ketokohanya.Apakah umno tidak merasa terpanggil bersama tok guru berjuang mempertahankan hak rakyat kelantan atau apakah mereka sudah berkira-kira duit ehsan lagi menguntungkan kerana pembahagian duit itu akan turun melalui umno,maka senanglah mereka songlap dan membahagikanya mengikut suka hati puak-puak mereka sahaja Kalau begitu merekalah pengkhianat yang patut didoakan sama macam Najib juga.

Memang untuk menjadi pemimpin Islam bukan mudah dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu diteliti sebelum di laksanakan. Dari hal peribadi hinggalah anak isteri kaum kerabat semua menjadi tilikkan orang yang sentiasa mencari keburukkan lebeh dari kebaikkan.Musuh Islam berada dimana-mana yang bersedia untuk manyerang bila-bila masa jika ada kesempatan.Jiwa besar dan semagat yang cekal dalam tubuh tok guru yang kecil amat menakjubkan, menggetar dan menakutkan musuh-musuhnya,Walaupun umno tidak mengakui ketokohan dan kealima dan kewarokkanya namun ketakutan yang ditunjukkan dengan doa tok guru sahaja secara tidak lansung mereka mengakui siapa tok guru.Kebodohan memang terserlah,kenapa mereka sibuk berdemo menyuruh tok guru menarik balik doa dan melepaskan jawatannya, apakah doa itu boleh ditarik balek?, yakinkah mereka doa tok guru akan dimakbulkan?,sampai geger seantero malaya ni ,begitulah sintingnya pemikiran orang umno,taat melulu,cakap melulu tindakkan pun melulu,dia rasa dia boleh buat apa sahaja kerana dia ada kuasa. tok guru menyentap mengejutkan dan menyedarkan mereka bahawa kuasa mereka tidak mampu menandingi kuasa Allah pencipta dan penguasa seluruh alam.Kalaulah mereka merasa mereka di pihak yang benar kenapa mereka tidak berkumpul dengan memanggil tok-tok mufti ,alim ulamak mereka lakukan perkara yang sama dengan apa yang tok guru lakukan dan kita sama-sama berserah pada Allah ,insyaAllah, Allah akan tetap menunjukkan kebenaranya kalau kita benar-benar yakin dengan janji-janji Allah .Berani kerana benar takut hanya pada Allah.Mudah-mudahan Allah membukakan pintu hati orang yang ada iman dalam jiwanya bersama dengan perjuangan Islam moga umno tinggal menjadi bahan sejarah kebejatan manusia yang sombong dengan kuasa dan kekayaan.

Monday, November 30, 2009

Lawatan Bersama Markaz Ehsan


Selesai pusingan kedua banjir kini pusingan ketiga pula datang,hari ini dah masuk tiga hari hujan,Mangsa banjir baru saja dibenarkan balik ke rumah masing-masing, keletihan dari kerja-kerja membersihkan kesan-kesan peninggalan banjir masih dirasai. Kini kebimbangan mula bersarang dalam hati,adakah banjir akan datang lagi.Walaupun rumahku tidak dilanda banjir namun aku memahami perasaan mereka.Kerana semasa banjir gelombang ke dua hari itu aku bersama beberapa orang mewakili pusat khidmat menyampaikan bantuan sekadar yang mampu kepada penduduk di Durian Mentangau.Walaupun kita tidak sempat menemui semua mangsa namun pengalaman menaiki perahu untuk menyampaikan bantuan menjadi kenangan yang menambahkan pengalaman dalam kehidupan ,mungkin bagi mereka mengalami suasana begitu bukanlah perkara baru tapi bagiku itu adalah pengalaman baru. kanak -kanak adalah yang paling gembira sekali ,banjir dianggap seperti pesta, bermain dengan air begitu seronok sekali mereka berlumba -lumba menunjukkan kemahiran mereka pada kami. Memang mereka tidak menghirukan keselamatan mereka ,apalah yang mereka faham, keseronokkan bermain air menyebabkan mereka lupa segala-galanya.Tambahan pula, tika ini sedang cuti sekolah, jadi ibu bapa mestilah lebih berhati-hati dan waspada.Pada pandanganku banjir ini pun ada hikmahnya menjadikan kanak-kanak pandai berenang walaupun mereka tidak ada kolam mandi di rumah.

Pada mulanya aku segan juga untuk naik sampan sebab tidak pandai mendayung tapi oleh sebab nak merasa juga main air akhirnya aku bersama puan Sabariah isteri mantan wakil rakyat Paka,akhirnya naik juga sampan tapi bukan mendayung sampan tapi ditarik oleh orang. Lucukan nak kayuh sampan pun tak pandai, sampai ada yang menegur kenapa tak kayuh, teguran dibalas dengan senyuman sahaja.Mula-mula kami berhasrat untuk memberi bantuan pada orang jamaah sahaja.Macam yang umno buat tapi kami tak sampai hati rumah-rumah orang umno yang berdekatan dengan tempat pembahagian itu kami hulurkan juga bantuan.Aku hairan juga macamanalah puak-puak umno boleh sampai hati buat tak kisah je pada orang yang memerlukan bantuan walhal mereka kenal dan sekampung.Kedalaman air juga berbeza-beza mengikut struktur muka bumi ,ada yang dalam dan ada yang tidak berapa dalam tukang tarik sampan tu aku rasa tinggi juga tapi air sampai keparas dadanya,bermakna kalau aku masuk mungkin separas dagu sebab aku ni taklah berapa tinggi.

Sumbangan yang disampaikan walaupaun tidak seberapanya namun penerimanya kelihatan gembira ,kerana bukan itu sangat yang mereka harapkan tapi perhatian dan lawatan itu sudah cukup menandakan kita memahami mereka dan simpati pada mereka. Sebagai parti yang tidak memerintah memang kita mempunyai sumber kewangan yang terhad ,tetapi para dermawan kita yang ada amat banyak membantu.Mudah-mudahan sumbangan dan bantuan mereka akan menjandi pembantu mereka di akhirat kelak,dan bagi kami yang tidak mempunyai kewangan kami menginfakkan diri kami untuk Islam.Walaupun baju basah terpaksa meredah air namun kami tetap merasa gembira kerana sebahagian dari tanggungjawab yang diberikan mampu dilaksanakan.Akhirnya kami menunaikan solat maghrib di rumah sahabat walaupun dalam keadaan baju yang basah.Kami keluar ke Paka lebih kurang pukul 8 malam, sempat juga singgah kedai pekena mee celup hasil promosi sahabat yang katanya amat sedap.Bila habis makan aku rasa taklah setara mana pun tapi bolehlah tahan.

Sunday, November 29, 2009

PENGALAMAN BARU

Semalam Ahad 29hb Nov 2009 pengalaman yang memang tak ku lupakan...bertolak dalam kul 4 ptg berhenti solat asar di masjid Kemasik, kami meneruskan perjalanan. Sesampainya di kawasan menjual lemang Kijal perjalanan sudah mula perlahan, ku lihat kereta berderet panjang dan menjadi dua lorong walaupun ianya satu lorong saja,kenderaan lansung tidak bergerak,pada mulanya aku ingatkan ada kemalangan, bisalah nak cepat sampai. Bila setiap hampir 20 minit baru kereta bergerak sikit maka memang mencabar kesabaran mentelah bila kita tenguk pemandu yang kurang sabar 'vrom vrom' memotong sebelah dari kiri,macam dia sorang je yang nak cepat,eee geramnya macam tak tahu undang-undang,aku membebel dalam kereta ngan anak-anak melihat gelagat pemandu kita di jalanraya. Suami aku tak membebel akulah yang banyak bercakap biasalah pompuan.Kononya akulah yang mengingatkan suami jangan ikut orang jadilah pemandu berhemah.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang,aku masih belum sampai ke Kemaman yang biasa memakan masa 45 minit aja untuk sampai, mula mengundang resah dalam hati ku pukul berapalah akan sampai ke Muadzam, bukan apa aku malam-malam ni memang tak berapa suka berjalan sebab suami tak berapa tahan mata dan aku pula malas nak memandu malam.Dalam waktu yang sama perut pulak buat hal nak terkucil, stesyen minyak walaupun tak berapa jauh lagi tapi kereta tak bergerak.Biasa perut aku ni boleh je kompromi ngan aku, tapi kali ni tak boleh di pujuk-pujuk lagi,kalau ikutkan mau je aku menghayun kaki ke stesyen minyak tu tapi hari pula hujan pastu jalan sebelah kiri tu dah lebuk dilenyek pemandu-pemandu yang tak berhemah pada pandangan ku tadi, selut dah macam bendang sawah tak lalu aku nak menginjaknya, kata suami ku 'tahanlah kejap je lagi stesyen minyak dekat dah',kesabaran aku mula tergugat,akhirnya aku pun menyuruh dia memandu sebelah kiri lalu disambut oleh anak-anak ku 'ooo boleh jadi orang yang memandu sebelah kiri tu bukan apa dah tak tahanlah tu nak ketandas 'sambil ketawa. Sampai stesyen minyak ya Allah ramainya orang berderet-deret orang macam nak beli teket wayang kata anakku, tak jadi berhenti kena tahan lagi sebab nak pergi kekedai makan yang berdekatan di situ,pecut kereta disebelah kiri dah tak kiri lumpur pun lumpurlah.sampai kedai ya Allah tak perlu beratur leganya aku, itulah nikmat tuhan.

Suami ajak makan je kat kedai tu tapi waktu baru pukul 8 malam awal lagi maka teruskan perjalanan, aku masih tidak tahu apa puncanya kesesakkan jalan lagi nak tanya tak tahu pada siapa maseh bersesak-sesak lagi sampai ke trafik ligh,sementara menunggu lampu merah barulah ku lihat tiga orang anggota polis sedang mengambil tempat,tiba-tiba kedengaran siren ambulan,lampu merah bertukar menjadi hijau tak sampai empat kereta berjalan lampu dah merah balek. Aku macam biasalah merungut pasal kelamahan sistem trafik light yang aku perhatikan memang lemah kewal seliaanya, di Paka pun kerap begitu ,kejap rosak,kejap lampu hijau menyala tak seimbang dari kiri lama dari kanan dua kereta jalan dah merah.Polis pun tak efesyen bayangkan dari pukul 4 tu dah jem gila dah tak ada lansung penyelarasan kerja untuk meredakan kesesakkan jalanraya.Ambulan semakin hampir dalam kesesakkan tu polis suruh kereta ketepi kebetulan kereta aku tengah-tengah jalan antara dua trafik light nak kemana?, kebetulan lorong sebelah kiri untuk kereta masuk menuju jambatan juga ada tiga lorong nak mengecil jadi satu lorong aduh bayangkan mana nak pergi kita pun buat bodoh je lah akhirya polis terpaksa menyuruh kereta dari arah kemaman ke tepi,sebab kereta dari arah itu tidak sesak.Dalam suasana begitu siapa yang harus disalahkan, rakyat juga jadi mangsa,kalau terjadilah apa-apa pesakit dalam ambulan tu aku rasa bersalah juga tapi nak buat macamana
Suami ku sempat bertanya penunggang motosikal dari arah kemaman apa yang berlaku di depan depan budak tu kata 'tak de apa jalan kat tengah jambatan rosak sikit' katanya.Memang lepas je jambatan kemaman tak ada lansung kesesakan bahkan kereta boleh jalan dengan lancar.Kerosakkan jalan tak lah teruk sangat.Lemahnya pengurusan sehingga dari paka kekemaman memakan masa empat jam setengah.

Kami meneruskan perjalanan oleh sebab hari malam kami meneruskan perjalanan mengikut highway. Kebetulan anak saudara aku dari rumah isterinya dari kelantan datagn rumah, bila dia panggil tak ada orang dia call aku, aku cakap dalam perjalanan ke muazam,lalu aku pu beritahu dia jangan ke KL ikut Kemaman 'jem' dia pun masuk jalan Santong ikut jalan Buki Besi. Kami saling berhubungan di jalan bukit besi pun jem juga tapi tidaklah berhenti cuma slow sikit.Dia pula nasib tak berapa baik tayar kereta di pamcit sebab jalan pecah membentuk lobang,kebetulan dia bawa kawan dan dengan bantuan orang kat situ yang baik hati.K ta orang yang tolong dia tu dah banyak kereta yang kena macam tu hari ni je tak tahu dah berapa puluh kereta pecah tayar.nasiblah rakyat Malaysia cukai jalan mesti bayar tapi jalan hancur, kita juga yang menanggung akibatnya.

Sampai Muadzam pukul sebelas lebihlah oleh sebab belum makan kita pun berhenti makan kat kedai malang lagi kedai dah banyak nak tutup makanan dah habis ada satu kedai yang nampak masih ada makanan kita pun park kat situ bila order sup aja yang ada ngan nasi putih, okeylah tu. Lepas makan aku hantar anak dan anak saudara aku meneruskan perjalananya ke KL.Kami sampai ke Paka pukul tiga setengah pagi, huh dalam sejarahlah tu. Musim-musim perayaan janganlah buat tak kesah je bila nak keluar kena rancang elok-elok mengelakkan melalui pengalaman begitu.Sebenarnya semalam boleh je jalan pagi tapi kebetulan suami masuk korban jadi kena tunggu selesai baru boleh bertolak.Tapi bagus juga ada pengalaman dan kita memahami perasaan orang yang berada dalam situasi tersebut. Adalah modal aku ceramah.

Monday, November 23, 2009

Musim tengkujuh datang lagi

Hari ini hari yang ke enam hujan turun tak berhenti-henti ku lihat didepan rumahku yang kebetulan di tepi jalan raya kenderaan sudah mula bergerak perlahan menandakan air sudah mula menunjukkan kuasanya pada manusia yang sering lupa bahawa kita sebenarnya adalah makhluk yang lemah.Kini banyak perkara yang ingin dilakukan diluar rumah akan terbatas.Adalah diramalkan musim hujan kali ini akan mengundang banjir besar,ramai orang yang kini bimbang untuk meninggalkan rumah dibimbangi dinaiki air.Kuasa air tidak ada siapa yang dapat menafikan,ia mampu menjangkau kesemua tempat yang kadang-kadang manusia sendiri tidak mampu menjangkahnya.Ramai yang mengeluh bila pergerakkan terbatas,memang lumrah manusia tidak pernah memikirkan hikmah sesuatu perkara bila perkara itu tidak memuaskan hatinya.Suatu perkara yang perlu kita akui musim inilah yang menjadika keluarga banyak masa bersama,ia mampu mengeratkan kekeluargaan jika kita pandai memanafaatkan masa.

Dikawasan Dungun ini sahaja sudah lebih 2000 orang yang dipindahkan,paling kita simpati ialah anak-anak yang sedang menghadapi pepereksaan SPM sekarang mungkin mengganggu tumpuan mereka dengan suasana yanag tidak menyenangkan.Mudah-mudahan mereka mampu memberi tumpuan dan bakal mencatat kejayaan kelak.Kenapalah kerajaan tidak menjadikan musim tengkujuh yang kita ketahui pasti akan berlaku tiap-tiap tahun sebagai musim cuti sekolah,kalau di tempat yang ada empat musim mereka menentukan tiap musim sejuk atau panas adalah musim percutian sekolah,bukan apa kita kasihan melihat kanak-kanak ini terpaksa meredah hujan dan kadang-kadang banjir untuk kesekolah,disekolah pula kadang-kadang baju basah, kasut basah kelas pun air masuk ,bolehkah mereka belajar dengan selesa tanpa mengganggu tumpuan mereka?, entahlah aku sekadar memberi pandangan tambahan sebagai seorang ibu yang pernah mengalami dan melihat anak-anak ku kesekolah dalam musim hujan timbul juga belas dihatiku. Pernah sekali anak ku balik dari sekolah dengan keadaan basah kuyup dan jari-jari kaki yang kecut kerana bilik darjah banjir.baju dan kasut tak usah ceritalah memang tiap-tiap hari kena tukar bayangkan betapa anak-anak yang tidak berkemampuan tentulah menyukarkan mereka.

Apa apa pun kita memang terpaksa meneruskan rutin seharian kita walau apa keadaan sekalipun cuma musim tengkujuh ini kita mungkin terpaksa lebih berhati-hati setiap masa terutama mereka yang mempunyai anak-anak bimbang musim ini meninggalkan memori menyedihkan,jadi bersyukurlah setiap masa supaya kita tidak merasa susah meneruskan kehidupan kerana redha dengan ketetapan tuhan membuka seribu ruang kemudahan .

Saturday, November 14, 2009

sekadar pandangan

keheningan malam menyentuh perasaan betapa inilah realiti kehidupan yang pasti ditempuh oleh tiap manusia.Cepatnya masa berlalu sehingga tidak disedari kini anak-anak semua telah dewasa,kalau dulu masa rehat sering dicuri,sibuk memanjang pagi ke petang,petang ke malam.kini terasa banyaknya masa terluang kadang-kadang tercari-cari apakah yang perlu dilakukan untuk mengisi waktu lapang.Kesyunyian kadang -kadang memang terasa,tapi apakan daya itulah rantai kehidupan yang perlu diteruskan.Namun sebagai penganut Islam istilah rehat atau masa terluang tidak akan pernah memboringkan kerana selagi kita masih hidup kita masih banyak tanggungjawab yang perlu kita lakukan,kerana masa adalah emas maka jika kita tidak mengisi dengan perkara yang berfaedah untuk diri kita bahkan untuk masyarakat juga ,maka kita akan menjadi orang yang merugi dan membazir.Orang yang membazir adalah saudara syaitan.Berapa ramai yang terasa kerugian bila membiarkan masa yang berlalu begitu sahaja.Sebab itulah Allah bersumpah demi masa manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan yang pesan memesan dengan kebenaran dan yang pesan memesan dengan kesabaran.

PETAKA AKIBAT DISKRIMINASI KASIH DALAM POLIGAMI

Ramai orang menyangka dengan memiliki harta dan wang yang banyak sudah melayakkan lelaki berkahwin lebih dari satu,tanpa mengira syarat-syarat lain yang lebih penting. Lantaran itu sering berlaku kepincangan akibat pengabaian perkara-perkara yang penting itu.Berpoligami adalah suatu keharusan yang bersyarat,Diantara syarat yang paling utama ialah kesanggupan mengukur keupayaan diri untuk berlaku adil terhadap isteri-isteri,termasuk giliran bermalam dan juga hak untuk bersama jika bermusafir dan sebagainya.
Sebagaimana firman Allah A.W.T dalam surah Nisa’ ayat 3 yang bermaksud “Maka berkahwinlah kamu dengan wanita-wanita yang kamu sukai,dua, tiga, atau empat..Maka sekiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil (diantara isteri-isteri ) maka memadailah dengan seorang”.
Ayat tersebut menghendaki seorang yang hendak menambah bilangan isteri agar memahami dan iklas mengukur kedudukan diri,mengukur keupayaan dalam berbagai hal,termasuk keupayaan ilmu untuk memahami perkara yang berkaitan dengan kewajipan untuk berlaku adil dalam melibatkan soal harta benda dan kekuatan fizikal.Agar denganya penganiayaan dapat dihindari.Keadilan yang dikehendaki dalam poligami antaranya ialah soal mengadakan tempat tinggal bagi setiap isteri,makam minum,pakaian dan giliran bermalam.Keadilan yang dituntut itu hanyalah dalam perkara-perkara zahir sahaja.
Adapun perkara yang berhubung perasaan hati seperti kasih yang terbit terhadap para isteri itu,mungkin perkara yang sukar untuk disama ratakan.Antara beberapa orang isteri itu ada yang lebih disayangi mungkin kerana faktor yang ada pada isteri itu sendiri seperti kebijaksanaan isteri memahami sifat dan perwatakan suami,sehingga ia berjaya menyesuaikan sebarang tindakkan yang boleh menyenagkan hati suami..Soal kasih sayang meskipun ia tidak termasuk dalam perkara yang dituntut keadilanya,namun jangan menzahirkan kasih sayang terhadap isteri secara berlebihan sehingga menimbulkan perasaan iri hati kepada isteri yang lain.Apatah lagi jika sampai diskriminasi.
Antara diskriminasi kasih itu ialah pengabaian dalam pembarian nafkah bathin.Ini mungkin terjadi setelah berlebihan terhadap isteri yang disayangi sehingga mengakibatkan kurang upaya melakukan terhadap isteri yang lain.Sekiranya keadaan ini berlaku secara berterusan maka jelaslah ini suatu penganiayaan.Isteri adalah manusia biasa yang tidak dapat memisahkan diri dari naluri itu.maka amat wajar dipenuhi haknya secara munasabah.
Demi keadilan seorang isteri yang telah dizalimi haknya maka wajib keatas suami mengqhada giliran yang tidak dipenuhjnya.Rasullullah S.A.W menyatakan apabila hari kebangkitan,manusia keluar dari kubur masing-masing dan berada dipadang masyar,akan jelas kelihatan orang-orang yang tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya.Mereka akan di bangkitkan dengan bahunya senget sebelah..Berjalan dengan bahu senget sebelah adalah satu penyeksaan awal sebelum datangnya hari pembalasan yang sebenar.Mampukah kita menghayati hikmah dari sunnah nabi dan keharusan pologami dalam Islam, supaya ia tidak menjadi fitnah pada mereka yang tidak faham keindahan Islam,supaya tidak ada wanita dan anak-anak terabai dan teraniaya dan merasakan poligami punca kemusnahan hidup mereka lantas menyalahkan Islam,timbullah penentangan wanita pada poligami seperti Sister in Islam.Binalah kehidupan dengan memahami kehendak dan suruhan Allah melalaui ayat-ayatnya dalam Al Quran.Jangan khianati anugerah dan amanah yang telah diberikan Allah kerana amanah akan menuntut kebertanggung jawapan dan akan ditanya dihadapan Allah.

Monday, July 13, 2009

Cabaran dalam Menghadapi Karenah isteri

Rasullulah S.A.W telah bersabda bermaksud”sebaik-baik manusia dikalangan orang ramai itu ialah orang yang berlaku baik kepada kaum perempuan.dan aku (Rasullullah)adalah sebaik-baik orang yang penyantun terhadapahli”.


Seorang wanita badwi dizaman Rasullahtelah bercerita tentang sifat-sifat suaminya yang telah meninggaldunia.Katanya”suami ku adalah seorang yang apabila balik kerumah sangat kelakar(berjenaka)dihadapanku,tetapi apabila keluar rumah ia sangat pendiam.Dia menikmati hidangan apa sahaja yang aku sajikan,tidak pernah bertanya apa-apa yang tidak aku sajikan”,wanita Badwi itu merasa sangat beruntung pernah mempunyai suami yang mempunyai sifat-sifat yang sungguh menyenangkan itu.Kelakar dirumah tapi diluar pendiam ertinya ia tidak mungkin menceritakan apa jua yang berkaitan dengan kehidupanya suami isteri.


Bersifat kelakar memang disukai dan disenangi oleh isteri,sayugia disedari oleh para suami dan isteri jangan menjadikan ia budaya yang melampau kerana suami bukan sahaja harus disayangi tetapi hendaklah dihomatiI.Andai seorang suami sudah menjadi tabiat suka berjenaka setiap masa bergaul dengan isteri kelak akan hilang wibawa


sebagai seorang suami ketua keluarga.Walaupun suami dikehendaki mengujudkan suasana riang dalam keluarga,namun bukanlah gurauan sahaja cara untuk mengujudkan kegembiraan.Kesabaran suami memang dituntut dalam menghadapi karenah isteri ,namun tidk berarti suami harus tunduk pada semua kemahuan sang isteri,jika ini berlaku bermaana suami bukan lagi sebagai pemimpin dalam rumahtangga tetapi sebagai pak turut pada kemahuan hawa nafsu isteri.Jesteru itu suami harus dapat menentukan keudukan dirinya samaada ia sebenarnya seorang yang sabar atau seorang yang lemah dalam menghadapi kemahuan nafsu isteri.


Bagaimana pun janganlah seorang suami merasakan ia harus bersikap tegas sehinggakan kemahuan isteri yang wajar pun tidak dituruti sekalipun ia mampu berbuat demikian.Misalnya menyedari kemampuan suaminya si isteri meminta membelikan sedikit barang emas seperti subang emas atau sebagainya lalu suami membantah kerana pada anggapanya bahawa itu adalah kemahuan hawa nafsu isterinya.Suami harus tahu bahawa emas perhiasan itu adalah diharuskan buat kaum wanita meskipun diharamkan untuk lelaki,sekadar sepasang subang tentulah wajar permintaan isteri itu,apatah lagi dengan sepasang subang itu akan memeriahkan kehidupan seorang isteri lalu ia merasa bahagia dan akan bertambah kasih sayangya terhadap suami yang pandai mengambil hatinya.


Seandainya isteri tidak merasa puas dengan pemberian yang ada dan meminta ganti dengan yang lain yang lebih berharga dan berlaku berulang kali maka itu sudah menampakkan kecenderungan isteri mengikut hawa nafsu,ketika itu suami harus menegur dan membetulkan keadaan.Sayugia diingatkan memenuhi kehendak isteri itu janganlah sampai merosakkan akhlak isteri sendiri dan waspadalah memenuhi kehendak isteri kerana tersilap cara akan menjatuhkan martabat seorang suami dimata isteri.Apabila isteri sudah mengatasi suami dalam semua urusan dibimbangi akan hilang keberkhatan dan kebahagian, suami ibarat tunggul kaya yang tidak berguna,dan mampu mengundang kemusnahan.Ingatlah dalm mengharungi kehidupan berumahtangga ibarat melayari bahtera dan dalam satu bahtera tidak boleh dua nakhoda bagi menjamin keharmonian dalam kehidupan.Namun nakhoda boleh berbincang dan mendengar pandangan untuk mendapat keputusan yang terbaik .

Saturday, June 27, 2009

Marah adalah suatu sifat semula jadi yang diberikan oleh Allah kepada setiap manusia tujuanya adalah supaya manusia dapat menjaga maruah diri,keluarga dan masyarakat,bayangkan jika manusia tidak mempunyai sifat marah maka apakah yang akan terjadi?.Namun disana ada garis panduan yang diberikan supaya manusia tidak menggunakan sifat marah dengan sewenang-wenangnya hingga mengundang kehancuran dalam kehidupan manusia sendiri,marah yang keterlaluan akan menghancurkan dan tidak ada marah lansung akan mengundang kehinaan.Sebagai seorang Islam semua perkara telah ditunjukkan contoh oleh Rsullullah S.A.W.
Ibn Aljandari Said Almagburi dari Abu Hurairah r.a berkata "Ada seorang memaki Abu Bakar Assidiq sedang Rasullullah S.A.W duduk,mak Nabi diam,Abu Bakar juga diam,kemudian ketika orang itu telah diam,maka dijawab oleh Abu Bakar maka segera Rasullullah bangun dari tempatnya,maka dikejar oleh Abu Bakar seraya berkata, Ya Rasullullah dia memaki-maki saya dan engkau diam maka ketika saya menjawap engkau bangun pergi? Jawab Nabi S.A.W Sesungguhnya malaikat telah mengembalikan semua makian orang itu kepadanya masa engkau diam,dan ketika engkau menjawab makian,maka pergilah malaikat dan datanglah syaitan maka saya tidak suka duduk ditempat yang ada syaitan.Kemudian Rasullullah telah bersabda"Tiga macam semuanya hak:1)Tiada seorang yang dianianya lalu memaafkanya kerana mengharap keredhaanNya melainkan akan ditambah kemulyaanya oleh Allah
2)Tiada seorang yang membuka jalan meminta-minta kerana ingin menambah kekayaan, melainkan ditambah kekurangan(kemiskinan)oleh Allah
3)Tiada sesaorang yang memberi sesuatu ikhlas kerana Allah ,melainkan akan ditambah banyak olehAllah.
Penggunan sifat marah ini mestilah kena pada tempatnya dan masanya bukan boleh digunakan sembarangan.Terdapat banyak faktor yang menjadikan manusia ini marah tetapi yang digalakkan dalam islam mestilah marah kerana Islam dan untuk membela Islam.Bayangkan ramai manusia sekarang yang tidak mampu menahan marah dan berlaku pergaduhan hanya kerana perkara yang tidak dituntut dalam Islam.Jiran bergaduh hanya kerana kambing yang masuk kerumah jiran yang lain,suami marah hanya kerana isteri terlambat menyediakan makanan,isteri marah hanya kerana suami terlupa membeli barang pesanan,Ibu marah hanya kerana anak mengotorkan bajunya,ayah marah kepada anak-anak hanya kerana anak membuat bising ketika ayah menonton tv.Ada suatu kes seorang adik sanggup menikam kakanya hanya kerana berebut sebuah kerusi ,ada kes kejiranan bergaduh hingga melibatkan ahli keluarga dan melibat kecederaan hany kerana berebut tempat meletak kereta,ada suami yang sanggup menendang isteri yang sedang mengandung hanya isteri tidak mahu melayan kehendak sisuami
ketika hari siang bulan puasa,ini bukan rekaan tetapi perkara yang dilapurkan dalam akhbar kita.Inilah contoh-contoh marah yang tidak kena tempatnya .
Berapa ramai orang yang peka dan marah atas penghinaan kepada Islam,Nabi dihina,wanita Islam dipersendakan,diperbodohkan dihina oleh berbagai pehak,wanita diekspolaitasi untuk keuntungan dengan menelanjangkan mereka dengan pelbagai cara.Kalau ada yang protes pun mesti akan dilebelkan kolot ,ketinggalan zaman ,melanggar hak asasi individu,maka orang yang memperoteslah pula yang kena marah.Berapa ramai yang rasa marah dan terpanggil bila umat Islam ditindas merata dunia hatta dinegara kita sendiri.Berapa ramai suami-suami yang menggunakan kemarahanya bila isteri-isteri malanggar hukum Allah terutama dalam kes penutupan aurat ketika keluar rumah,sedangkan perkara itu disebut dosanya dalam AlQuran.Kenapa kita tidak marah pada anak-anak yang meninggalkan sembahyang ,bergaul bebas lelaki perempuan,anak-anak tidak balek runmah pada waktu yang sepatutnya kita tak cari tak ambil kesah dan tak marah.
Ingatlah bila kita tidak marah pada benda yang sepatutnya kita marah dan marah pada benda yang tidak sepatutnya marah ,maka kita akan dibenci oleh Allah.Abulait Assamarqandi menulis dalam bukunya Tanbihul Ghafilin,"sesungguhnya ada diantara kamu orang yang cepat marah tetapi cepat hilang marahnya,maka ia seimbang,ada yang lambat marah dan lambat sembuh,ini juga seimbang ,dan sebaik-baik kamu ialah yang lambat marah dan cepat hilag marahnya ,sejahat-jahat kamu ialah orang yang cepat marah dan lambat hilang marahnya.
Sekian sekadar tazkirah untuk kita bersama renungkan benarkah marah kita kita gunakan pada tempat yang sepatutnya,supaya anugerah ini tidak digunakan pada jalan sia-sia,jika ada pandangan atau kritikan atau penambahan kita boleh perbincagkan untuk manafaat bersama