Saturday, July 17, 2010

Terkenang

Malam tadi hujan sangat lebat,ketika duduk sendirian aku terkenang masa kecilku,yang mempunyai dua belas orang adik beradik,dengan ayah hanya bekerja sebagai penoreh getah disebuah rancangan felda.Ibu hanyalah surirumah,dan dia juga membantu ayah dikebun setiap hari.Waktu itu harga getah hanyalah setakat beberapa sen sahaja sekilo,bukan seperti sekarang,getah sudah menjagkau Rm 2-4 sekilo.Aku sebagai anak yang ke empat,seringnya diwaktu pagi selepas subuh akan mengantikan tempat emak yang akan meninggalkan rumah seawal pagi untuk kekebun bersama ayah.Aku tidak pernah mendengar emak mengeluh bahkan mukanya yang lembut menjadikan aku mempelajari sesuatu darinya,ketabahan ,kesabaran kekuatan semangat emak menjadikan kami adik beradik amat menyayangi emak dan kami menjadikan emak sebagai idola sepanjang masa hingga kini.Walaupun sudah hampir 7 tahun emak meninggalkan kami namun bila masa berkumpul kami sering bercerita ketabahan emak dalam mengharungi liku-liku hidup kerenah suami dan anak-anak dengan sabar.

Banyak nasihat emak yang terasa maseh baru ditelinga kami menjadikan kami mampu mengharugi cabaran hidup sementelah setelah kami kahwin dan masing-masing sudah punya anak,namun musim hujanlah yang sering menyebabkan emak sering diam dan kadang-kadang muram,sebagai anak yang sudah besar aku memahami perasaan emak yang gundah memikirkan mencari sesuap nasi untuk 12 orang anaknya,walupun tiada keluhan kami faham,dan kami adik beradik jarang komplin apa yang emak masak walaupun kadang-kadang apa yang emak masak itu ada yang tidak suka namun kami makan juga kerana kesusahan itu mengajar kami menghargai rezeki pemberian Allah.Emak seorang yang rajin tidak suka duduk diam itulah yang banyak membantu kami,walaupun kami ramai namun kami tidak pernah tidak makan,cuma banyak sikit atau sedap dengan tidak je,makan tetap makan.Musim hujan makanan selalu ada ubi rebus dan keledek rebus termasuk juga pisang muda rebus.Emmmm sampai kini aku suka makan sedap.Sekeliling rumah kami emak ngan ayah tanam rambutan,limau langkat,limau abong (limau barli),jambu air jambu batu, nangka ,cempedak kami tidak payah beli ,musim hujan pisang muda, nangka muda jadi lauk yang menyelerakan,begitu juga ubi kayu,ubi keledek dan pucuk ubi keledek pun boleh gulai.Disekeliling rumah tidak ada kawasan kosong kalau tidak kekebun emak tanam sayur juga keliling rumah.Dikebun getah pun ayah tidak biarkan lapang begitu sahaja dia tanam cili dan sayur-sayuran juga ,dan kini kami boleh menikmati buah durian hasil tanaman arwah emak dan ayah.

Kerajinan emak yang walaupun sibuk masih dapat menyediakan minum pagi dan petang meyebabkan ayahku bukan kaki kedai kopi,tang itu aku tabek spring kat mak aku.Setiap petang mesti dia akan menyediakan minuman petang ,kueh yang biasa dia buat goreng tepung(orang panggil cekodok juga) kueh bola dan lempeng,pendek kata kami memang tidak pernah beli semua buat sendiri,emak yang buat.Sebab itulah setiap kali hujan lebat aku teringat pada emak,kemuraman wajahnya menyedihkan kami,muram bukan kerana apa ,tapi kerana memikirkan kami anak-anaknya seramai 12 orang."Ya Allah Ya Tuhan kami kau ampunkanlah dosa dua ibu bapa kami,kau cucurilah rahmat atas roh ibu kami dan Kau tempatkanlah dia bersama roh orang yang soleh",Amin.

No comments:

Post a Comment