Sunday, May 9, 2010

Selamat hari ibu

Nostalgia ketika bersama ibu tidak pernah padam walaupun telah hampir lapan tahun ibu ku meninggalkan dunia yang fana ini.Terasa juga sedikit kesalan kerana tidak pernah mengungkapkan kata-kata dan pujian padanya, kerana dulu tidak dibudayakan dan tiada sambutan hari ibu mentelah lagi orang melayu memang lokek untuk mempamerkan perasaan hati kasih sayang pada sesaorang,dulu nak pelok cium ibu bapa pun malu, nak kata "mak saya sayang mak" pun berat.Kini bila anak-anak memberikan ucapan dan pujian aku rasa terharu dan timbul kesal kerana tidak melahirkan ucapan pujian dan menzahirkan kasih sayang pada ibuku.Baru ku tahu betapa bahagianya seorang ibu bila anak-anak menunjukkan kasih sayangnya.Pada anak-anak ku terima kasih kerana memahami dan menyayangi ibu mu ini walaupun ibu tahu ibu tidak mampu memenuhi setiap permintaan kalian.Sikap tegas ibu bukan kerana tidak sayang pada kalian tetapi itulah yang ibu belajar dari arwah nenda kalian dulu yang menjadikan ibu cukup bersyukur kerana mampu menjadi insan yang berguna dan tidak tersesat jalan atau terlanjur dalam kehidupan ibu,yakinlah setiap ibu mesti mengharapakan kebahagiaan,kesejahteran serta kejayaan anak-anak dunia akhirat.Siang malam ibu mendoakan moga kalian berada dalam peliharaan Allah dimana jua kalian berada.Ibu juga merafakkan kesyukuran pada Allah kerana mendapat anak-anak yang baik.Ya Allah sebagai seorang ibu aku ampunkan dosa-dasa anak-anakku ,ku halalkan makan minumnya ya Allah aku redha pada mereka kau berikanlah keberkatan taufik dan hidayahMu dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah berjaya didunia dan akirat.Amin.Selamat hari ibu.

No comments:

Post a Comment