Sunday, May 30, 2010

Kenangan di Vietnam - Siri Pertama



Jauh berjalan luas pemandangan banyak pengalaman itulah pepatah yang masih kita pegang sampai sekarang.Sebelum menjejakkan kaki ke Vietnam ada juga perasaan bimbang maklumlah negara yang penduduk Islam minoriti di sana,sebab aku juga pernah berkesempatan ke Kemboja beberapa tahun yang lepas,pemandangan melihat"babique" ada di mana-mana hatta ketika melawat salah sebuah kampong Melayu Champa pun kita dapat melihat binatang itu berkeliaran seperti kambing yang diternak di negara kita.Tapi mungkin juga aku tidak berkesempatan ke kampong-kampong di Vietnam kerana masa yang singkat 2 hari 3 malam sahaja,namun ia tetap menyeronokkan melawat tempat untuk membeli belah ,biasalahkan perempuan.Kita ikut orang kenalah ikut ketua mana dia bawa situlah kita pergi nak pergi sendiri tak tahu tempat lagi.Kami pergi eramai 10 orang 9 perempuan sorang lelaki,suami pada guide kami yang kami panggil abang aji je

Perjalanan dari KL ke Vietnam lebih kurang 1 jam 45 minit,dan waktu Vietnam lewat 1 jam dari Malaysia,kami sampai di sana waktu pukul 12 45 tengahari kalau waktu Vietnam pukul 11 45 pagi.Kami dibawa ke sebuah masjid yang mengambil masa setengah jam dari airpot.Di situ juga tempat para pelajar belajar agama,salah seorang dari pelajar di situ pernah belajar di pondok Pasir Tumbuh dan dia juga banyak membantu kami,mencari kenderaan ketika kami bertolak balik ke KL namanya Hossen.Ibu Hossen menjalankan perniagaan kecil-kecilan di masjid itu dengan menjual jubah,telekong tudung hasil kerja suri rumah disekeliling mesjid.Disitu juga kami makan kerana kedai menjual makana Islam saya difahamkan hanya ada 4 buah sahaja.

Pemandangan yang amat unik kerana kenderaan utama di jalanrayanya ialah motosikal,saya difahamkam angka motosikal dijalanraya bandar beratus ribu setiap hari dan sistem trafik light baru saja diperkenalkan.Namun yang uniknya sepanjang 2hari 3malam tidak ada satu pun kemalangan jalanraya yang kami lihat.Sepanjang pemerhatian kami mendapati pemandu di Viatnam amat berhemah dan bertimbang rasa,serta boleh bertolak ansur.Pengalaman kami ketika melintas jalan raya yang sibuk itu pemandu kenderaan memang berhati-hati,bahkan mereka akan berhenti memberi laluan pada pejalan kaki.Samaada menaiki kereta mewah atau kenderaan besar mereka menghormati pejalan kaki,walaupun pada masa itu lampu hijau masih menyala mereka tidak menegking atau menunjukkan muka marah.Berbeza sangat dengan pemandu Malaysia. Kalau di Malaysia kita pejalan kaki terpaksa berhati-hati tapi disana pemandu menunjukkan sikap berhati-hati,mungkin mereka sudah biasa bercermat ketika memandu sebelum sistem lampu trafik diperkenalkan


Memang sepanjang kami berada disana makananya tidak mampu membuka selera,tak tahulah orang lain .Semasa kami disana ramai juga kami bertemu dengan orang Malaysia yang membeli belah disana.Suatu hal yang paling kami tak suka ialah orang kita sampai sana berlagak sombong ,senyum pun payah,walaupun tidak semua, mugkin mereka yang sombong tu dah menjadi tabiat semula jadi kat sini(Malaysia) pun memang jenis berlagak.Ada satu kumpulan yang katanya dari pekerja KLIA,kami puji mereka ramah dan sempat berbual tentang suasana di sini (Vietnam) dibandingkan dengan tempat kita,salah seorang membuat cadangan supaya mat rempit di Malaysia dibawa kesini(Vietnam)nak tenguk setara mana hebatnya mereka.Bagus juga cadangan itu,tapi boleh ke mereka berubah?.Kalau tidak ada kesedaran sendiri buatlah macamana pun mereka akan tetap begitu.(bersambung)

No comments:

Post a Comment