Monday, February 8, 2010

Siapakah yang perlu merancang pusaka

Semua orang patut merancang terutama

1-Orang yang berpoligami
Mempunyai lebih dari seorang isteri,berarti anda mestilah menyelesaikan atau membahagikan harta sebaik yang mungkin sebelum kematian anda supaya tidak berlaku penganiayaan kepada waris.Jangan membiarkan waris anda memakan harta yang bukan haknya kerana samalah hukumnya seperti memakan harta curian.kelalaian anda berwasiat bermaana anda menzalimi waris anda.Jangan rahsiakan perkahwinan dari pengetahuan isteri-isteri anda .Anda mesti berterus terang supaya akibatnya nanti tidaklah seteruk jika anda merahsiakanya.Sebagai persiapan anda haruslah merancang pemberian harta kepada waris seadil dan sebaik mungkin.

2-Pasangan yang tiada zurit
.Pada pasangan yang tidak mempunyai zuriat pun perlu merancang harta pusaka kerana selain dari ibu bapa adik beradik anda juga adalah waris yang berhak mendapat harta anda.Ingatlah isteri hanya mendapat 1 /4 dari harta pusaka anda selebihnya akan dibahagikan pada waris anda yang lain,untuk memberi hak yang lebih anda bolih menghibahkan harta anda pada isteri sebelum kematian anda.Paling kurang wakafkan atau dermakanlah harta anda untuk kebajikkan anda sendiri,supaya harta yang ditinggalkan mendatangkan manafaat dan pahala yang berkekalan kerana anda tidak mempunyai anak yang akan mendoakan anda.Biarkan harta anda meneruskan hajat anda selepas kematian anda melalui wasiat atau hibah

3-Pasangan yang tiada anak lelaki.
Pada pasangan yang tidak mempunyai anak lelaki,selain dari ibu bapa adik beradik anda juga berhak kerana mereka adalah waris asobah yang layak mendapat harta anda.Bayangkan setelah anda berhempas pulas membina kekayaan anda akhirnya kerana kejahilan anda harta itu akan jatuh pada orang lain bukan pada anak-anak anda memang tujuan asalnya bapa saudara adalah orang yang bertanggung jawab menjaga anak-anak saudaranya tetapi hakikatnya berapa ramai yang tahu tanggung jawabnya untuk menjaga kebajikkan anak-anak saudaranya,ramai yang inginkan harta tetapi tidak ramai yang akan bertanggung jawab.Mereka khianat pada amanah Allah.Jangan biarkan waris anda menerima nasib yang demikian.

4-Pasangan yang ada anak angkat.
Anak angkat bukan waris anda dan mereka tidak layak mendapat pusaka anda tetapi anda boleh berwasiyyah tidak lebih dari 1/3 harta anda atau merancang menghibahkan harta anda semasa hidup,ia dibolihkan dalam Islam.

5-Anak angkat sendiri.
Begitu juga anak angkat mereka bolih menghibahkan atau mewasiyyahkan harta mereka pada ibu bapa angkat atau adik beradik angkat kerana mereka bukan termasuk dalam warisnya,sebagai tanda penghargaan kepada mereka yng telah membesarkanya sehingga menjadi orang berguna.

6-Anak dara/teruna yang belum berkahwin lagi atau lambat kahwin.
Meraka juga golongan yang dituntut untuk berwasiyyah keran kematian tidak mengira usia,ingatlah infakkan harta anda supaya ia terus memberi hasil pada anda dialam barzah.Jika mereka tidak mempunyai waris yang layak harta mereka juga akan masuk kebaitulmal.

7-Ibu tunggal.
Untuk memastika waris-waris anda mendapat haknya lebih-lebih lagi jika anak yang masih kecil,lantiklah seorang pemegang amanah yang menjaga harta sehingga mereka layak mengurus harta itu sendiri.

8-Muallaf
Ibu bapa yang masih belum Islam tidak layak mewarisi harta anda kecuali jika anda menghibahkan atau mewasiatkanya.Harta anda akan dimasukkan kebaitulmal jika anda tidak mempunyai waris.Begitu juga jika anda ingin memberikan pada keluarga angkat anda berwasiatlah.

9-Usahawan yang banyak harta tetapi banyak hutang.
Berapa ramai dari waris-waris tidak menghiraukan hutang si mati dan tidak menyelesaikanya bermaana mereka menzalimi simati.Ramai yang ingin mewarisi harta tetapi tidak ramai yang ambil kisah tentang hutang sedangkan selepas pengkebumian perkara utama yang mesti diselesaikan ialah hutang samaada hutang pada Allah ataupun pada manusia.Hutang pada Allah (puasa ,haji ,zakat dll)Jadi fahamilah kerana apa Islam menggalakkan kita berwasiat atau berwasiyyah.Jika kita memahami bahawa harta yang banyak ini akan menjadi beban jika tidak diselesaikan dan diuruskan dengan baik sebelum kematian kita nescaya kita takut untuk membina kekayaan.Apabila kita memahami kehendak ugama kita akan merasa mudah dan berlapang dada.Memakan harta yang bukan hak ini juga termasuklah harta pusaka yang tidak dibahagikan kepada yang berhak sama juga seperti memakan hasil curian dan hukumnya adalah haram.Bayangkan berapa ramai yang memakan harta seperti ini yang menyebabkan keturunan kita berhati gelap degil dan payah memahami Islam.
Begitulah serba sedikit pemahaman saya mengenai perancangan pusaka ,sekadar berkongsi ilmu dan jika ada pandangan dan kesalahan saya sanggup menerima teguran dan membaiki kesilapan

No comments:

Post a Comment