Tahukah anda sebagai seorang isteri anda hanya akan mewarisi 1/8 dari harta peninggalan suami jika anda mempunyai anak dan jika anda tidak mempunyai anak anda layak mendapat ¼ dari harta suami anda.Selepas kematian suami anda memang berhak menuntut harta sepencarian walaupun ia bukan sebagai suatu hukum yang termaktub dalam Islam tetapi diguna pakai oleh adat sebagai penghargaan kepada isteri dan ia tidak menyalahi Islam,oleh kerana ia bukan undang-undang Islam ia tidak akan dibahagi terus seperti faraid,tetapi anda kena membuat tuntutan sebelum harta pusaka dibahagikan ,jika tiada tuntutan maka harta akan dibahagikan mengikut faraid.Bila ada tuntutan harta sepencarian maka penyelesaian faraid akan memakan masa,dan harta pusaka tidak boleh dibahagikan selagi tuntutan tidak diselesaikan.
Jika anda mempunyai anak-anak dibawah umur mengikut hukum faraid anda tidak bolih menggunakan harta pusakanya dengan sewenag-wenangnya kerana anda hanya pemegang amanah sehingga anak-anak anda mencapai umur yang dibenarkan untuk membelanjakan atau menggunakan harta tersebut.Kalau harta itu banyak ia tidak akan menjadi masalah pada si ibu untuk meneruska kehidupan, ,namun ia akan menjadi dilema jika harta pusaka itu sedikit dan terpaksa menanggung anak yang masih kecil-kecil.Sebagai seorang ibu ia pasti akan melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak dapat menjalani kehidupan sama seperti orang lain hingga sangup mengorbankan semua hartanya.Sebagai ibu apa yang diharapkan ialah kejayaan anak-anak kerana pada sangkaan kita anak-anak tidak mungkin melupakan kita.Tapi sejarah dan tauladan banyak mengajar kita tidak semua anak menjadi seperti apa yang kita harapkan,dan yang paling malang disaat tua ada anak-anak yang tidak mempedulikan ibu yang sudah tua.Apakah persiapan kita seandainya ia berlaku begitu.Memang kita tidak mengharapkan itu berlaku tapi belajarlah dari pengalaman orang lain.Dalam erti kata yang lain kita juga perlu ada perlindungan kita sendiri untuk menghadapi hari tua yang belum kita tahu apa yang akan terjadi.
Itu seandainya suami anda tidak berkahwin lebih dari satu,tapi jika suami anda mempunyai isteri lebih dari seorang anda akan berkongsi 1/8 dari harta suami anda bersama dengan madu-madu anda.Bayangkan jika harta yang sedikit terpaksa di kongsi bersama tentulah akan timbul masalah jika tidak dibahagikan dari awal.Tambah malang jika sang isteri tidak mengetahui jika ia dimadukan. Pada suami-suami jangan zalimi isteri-isteri anda dengan tidak membuat perancangan pusaka dengan sebaik-baik dan seadil-adilnya.Jangan sampai kematian anda tidak ditangisi bahkan disumpah waris-waris anda.Mungkin kasar apa yang saya tulis tapi ini sudah banyak berlaku kematian anda menjadi petaka kepada waris yang terpaksa berebut-rebut dan bergaduh semata-mata berebut harta yang anda tinggalkan.Pada isteri-isteri ingatlah anak-anak kita akan menjadi milek orang lain pada sutu masa nanti,maka tentulah mereka yang mendatang dalam keluarga kita ini juga ada peranan tersendiri maka rancanglah kehidupan tua kita supaya kita menghabiskan usia tua setelah bertungkus lumus menjaga anak-anak sendirian,supaya kita dapat menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan tenang dikelilingi anak cucu yang saling menghargai kita.mudah-mudahan disaat kita menghembuskan nafas yang terakhir dengan disaksikan oleh anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan kita
No comments:
Post a Comment