Monday, February 14, 2011

Kebetulan atau ujian

Merlimau belum selesai Kerdau sudah menanti,ini adalah pilihanraya kecil yang ke16 yang terpaksa dijalankan,bukan kerana adunya melompat tapi dipanggil mengadap penciptanya,takziah pada keluarga-keluarga mereka. Itu belum lagi campur adun yang melompat kalau diadakan pilihanraya bertambahlah lagi jumlahnya.Kerajaan dibawah teraju Barisan Nasional memang sedaya upaya tidak mahu mengadakan pilihanraya dengan alasan banyak duit yang akan habis. SPR pun telah mengeluarkan kenyataan telah membelanjakan 10 juta sepanjang pilihanraya kecil.Kalau SPR menghabiskan sebanyak itu berapakah yang dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional.Walaupun hakikatnya yang bertanding itu parti tetapi yakinlah duit yang digunakan kerajaan Barisan Nasional adalah duit rakyat.Bila ada pilihanraya pak-pak menteri berebut-rebut mengistiharkan jumlah peruntukkan untuk projek-projek disekitar tempat yang terlibat mengundi.Beruntunglah penduduk yang wakil rakyatnya mati,bermaana banyaklah habuan yang mereka dapat.

Kuasa Allah memang tidak mampu diubah atau dilawan makhluk yang lemah.Barisan Nasional seboleh-bolehnya mengelak untuk pilihanraya kecil buktinya berapa ramai adun-adun yang melompat tidak dipaksa meletakkan jawatan,walaupun mereka menang atas mandat rakyat dengan parti yang mereka wakili dalam pilihanraya lepas.Bahkan mereka digalakkan melompat dan Barisan Nasional mengambil kesempatan mempelawa mereka menyertai parti-parti kerajaan. UMNO pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan melayan pilihanraya jika adun melompat membuang masa dan membuang duit rakyat,tetapi kalau adun itu meninggal lain cerita kerana bukan sengaja.Akhirnya Allah menguji kita dengan cara begitu.Kami pun masa balik dari tenang ketika dalam perjalanan dengan cara berseloroh berkata," lepas ni siapalah pulak yang meninggal".Sambut seorang kawan ada dua negeri lagi yang belum pilihanraya kecil Perlis dan Pahan".Lalu disambut seorang kawan tak pelah lepas ni pahang pula kot dekat sikit dengan tempat kita",disambut dengan gelak ketawa.Kata orang tua-tua masin mulut kawan tu lepas ni berkampung pula diKerdau.Kalau jadi pilihanrayalah sebab PM kata belum tentu ada pilihanraya diKerdau terpulang pada SPR,lain macam bunyinya ke nak pilihanraya besar dah.

Masa pilihanraya Tenang TPM mengatakan cuaca memberi kelebihan pada BN. Akhirnya Johor mengalami banjir agak lama. Walaupun hujan sudah berhenti namun air masih tidak kering,ada lapuran menyebut air dari segamat mengalir ke Muar menyebabkan banjir lambat surut.Hujan sudah lama berhenti tapi air sampai dua minggu tidak juga kering.Renungkanlah adakah ini berlaku secara kebetulan atau Allah mahu memperingatkan kita jangan sombong dengan kuasa yang kita ada .Sebesar mana pun kuasa makhluk namun kuasa Allah melebihi kuasa kita.Kita sering melupakan peringatan dariNya. Kuasa diduni tidak kekal lama jika kita menzalimi orang dengan kuasa yang kita ada ,ingatlah ada kuasa yang lebih hebat yang akan mengadili kita.Balasan Allah adalah pasti.Bagi orang yang teraniaya banyakkan pergantungan pada Allah,kita masih ada tempat perhitungan dan mendapat keadilan yang hakiki.

Wednesday, January 26, 2011

Aura Cikgu Mala

Dari penamaan calon hinggalah 26hb saya berada di Tenang menjadi petugas dari negeri Terengganu yang diamanahkan menjaga peti undi Felda Chemplak.Setiap satu kumpulan disertai oleh tiga kawasan dari Terengganu.Dungun bertugas bersama kawasan Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.Kami seramai 13 orang semuanya, dibantu oleh kawasan Pagoh,Kota Tinggi dan Parit Sulong.Pada permulaanya kami semua memang rasa berdebar juga kerana bendera PAS hanya boleh dikira dengan jari.Hampir setiap rumah tercacak bendera UMNO.Memang tidak menghairankan kerana Felda kubu kuat UMNO.Bendera itu tidak melambangkan tuan rumah itu penyokong UMNO,ada juga rumah orang PAS.Saja dipasang sebab felda beri tiap-tiap rumah.Kami menetap dirumah salah seorang peneroka Felda yang juga imam dua masjid.Pak cik Hj Seman walaupun jabatan ugama dah panggil tapi dia tetap tidak kisah atau takut.Moga Allah memberkati pak cik Hj Saman dan keluarganya.Sepanjang kerja pilihanraya inilah penempatan muslimat yang paling selesa.Maklumlah kita PAS bukan banyak duit,dan petugas PAS pun memang tidak cerewet,bukan macam wanita UMNO yang sering ditempatkan dihotel-hotel.

Pengalaman bertugas di peti undi Cemplak memang amat unik,kerana hampir kesemua rumah yang kami masuk adalah rumah penyokong UMNO.Budaya budi bahasa orang cemplak memang tinggi,mereka pandai menyambut tamu walaupun dalam suasana pilihanraya mereka amat menjaga adap sopan.Walaupun ada petugas yang tidak dialu-alukan kedatanganya,tapi tidaklah sampai dimaki atau dihalau seperti kebanyakkan tempat lain.Di Cemplak walaupun majoritinya penyokong UMNO,tetapi mereka kebanyakkanya warga emas yang bak kata mereka sendiri kalau toreh darahpun keluar darah biru.Kerja kami menjadi mudah dan senang kerana mereka mengaku sendiri penyokong UMNO dulu kini dan selamanya.Namun yang membanggakan mereka masih memberi ruang mendegar petugas-petugas berkempen,alangkah bagusnya jika budaya ini diambil kesempatan oleh PAS Johor dengan memberi penerangan secara yang lebih kereatif,dengan memperbagaikan gaya dan cara dakwah kerana pengundi-pengundi ini amat terbuka.

Cara pendekata PAS Johor yang bermotokan "Mesra Rakyat", mungkin juga berkesan,semasa ditaklimatkan kami difahamkan oleh orang tempata bahawa mereka tidaklah berharapkan kemenangan sangat (tapi jika menang itu bonos)sebab mereka tahu felda adalah kubu kuat UMNO,cukuplah jika dapat meningkatkan majoriti undi,itupun kata mereka kemenangan juga.Mereka lebih kepada memperkenalkan PAS dan hendak menukar persepsi orang felda Cemplak bahawa PAS ganas ,ekstrim dan macam-macam lagilah sebab banyak maklumat mereka dapat melalui tv sahaja.Namun orang mudanya mugkin berbeza mereka juga menjadi kuasa penentu dan bakal mengubah keputusan undian nanti.Inilah yang membimbangkan UMNO.Orang muda dan pengundi bukan melayu dilihat ada perubahan positif menyokong calon PAS.Pergantongan pada Allah pun perlu dipertingkatkan oleh semua penyokong PAS dimana juga mereka berada.

Saya berkesempatan bertemu colon dan memang ia mempunyai aura tersendiri,wajahnya yang tenang menyenangkan bila dipandang.Ketenangan wajah dan kesabaran terpancar melalui tutur kata.Walaupun kelihatan letih namun senyuman tetap menguntum dibibir. ketokohanya sebagai pemimpin memang terserlah ,mungkin kerjaya sebagai seorang guru mempengaruhi perwatakkanya.Kesopanan sebagai muslimah memang ketara,.Andai ditakdirkan menang(sama-sama kita doakan) cikgu Mala bakal mencatat sejarahnya tersendiri dan juga sejarah negara kerana menjadi wanita pertama yang dicalonkan pada pilihanraya kecil.Jauh disudut hati saya merasakan kemugkinan cikgu Mala menang memang ada.Sepanjang merayu undi dari rumah kerumah,tidak ada satu pun cerita negetif tentang calon.Walaupun UMNO masih menggunakan senjata lamanya duit ,tv ,surat khabar namun UMNO masih tidak mampu membeli semua orang,dan UMNO terpaksa juga bermati-matian menawarkan kebendaan pada pengundi secara terang-terangan.Pemimpin pusat,menteri-menteri turun silih berganti membawa berbagai-bagai tawaran.Pengerusi Felda yang baru Isa Samat menggunakan kemudahan felda sepenuhnya.
Alangkah takutnya UMNO walaupun lawanya hanya seorang wanita.

Ketua wanita UMNO membuat kenyataan sepatutnya Cikgu Mala kena berterima kasih pada UMNO sebab perjuangan wanita UMNO yang perjuagkan hak wanitalah Cikgu Mala dipilih menjadi calon PAS.Kesian wanita umno yang mengharapkan calonnya dipilih namun tidak menjadi kenyataan.Memang terdapat sebaran risalah yang dikeluarkan yang menyatakan ketidak puasan hati wanita UMNO Labis tetapi dinafikan wanita UMNO,dan menuduh risalah itu dibuat oleh parti lawan.Biasalah UMNO baling batu sembunyi tangan.Sedarlah wanita UMNO tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia dan matlamat yang dekat setakad dunia sahaja.Selagi Islam tidak tertegak hak wanita tidak akan terjamin.Wassalam

Tuesday, January 18, 2011

Test market ke?

Calon wanita diTenang?.Bangga tu tetap ada kerana berani mempertaruhkan calon wanita.Namun terfikir juga kenapa dinegeri dan kawasan kuat UMNO kita letak calon wanita,ke saja-saja letak wanita sebab tahu kalah? "test market" kata orang.Tadi dalam berita tv 3/4 siarkan gambar Najib melawat Dun Tenang,berebut-rebut makcik-makcik,kak cik-kak cik nak salam dengan Najib di Felda cempelak salah satu peti undi dalam Dun tenang,dari situ pun sudah terasa betapa hebatnya bahang cabaran yang akan ditempoh dalam pilihanraya kali ini.Kerana pengundinya hampir separuh terdiri dari kalangan wanita.Biasanya kalau wanita difelda ni terutamanya yang tua-tua memang sumber maklumatnya dari tv.Aku tahulah sebab aku anak peneroka felda juga,rata-rata makcik-makcik kat tempat aku tu kalau bercakap bab politik yang ada dalam kepala mereka UMNOlah(memang bekarat biru dah),tambahan kalau anak-anak diaorang yang tidak berpelajaran tinggi dan duduk celah ketiak mak juga alamatlah susah nak faham bab-bab politik ni,kalau anak diaorang belajar tinggi atau keluar bekerja ditempat lain mungkin lain sikit.Felda tempat aku dalam pilihanraya besar lepas tersungkur UMNO disaloran muda tapi saluran tua menang lagi UMNO.

Kalau kita fikir sekali lagi bijak juga PAS letak calon wanita,hendak tak nak terpaksa juga UMNO meletakkan calon wanita, kalau letak calon lelaki tidak gentelmen lah pulak (UMNO ni peduli apa itu semua).Calon wanita ni ada juga kelebihanya kerana dia boleh masuk kerumah pengundi-pengundi sampai kedapur,sebab dia wanita.Kalau pandai gunakan sifat kewanitaan dan keibuan yang memang telah dianugerahkan pada wanita mungkin bolih menarik hati pengundi.Satu lagi kelebihan calon muslimat isu atau seranagan peribadi mungkin kurang sebab umno biasanya tidak kenal dengan muslimat PAS dan payah nak cari cerita-cerita yang sensasi berbanding dengan wanita UMNO.Jadi kalau UMNO nak letak calon wanita kenalah yang punya peribadi yang baik dan tidak terlibat cerita-cerita sensasi.Bagi kita muslimat siapa pun calon yang dipilih kita tetap memberikan seratus peratus komitmen demi untuk memartabatkan Islam dimuka bumi ini.Tahniah pada PAS yang mengambil langkah berani mencalonkan wanita dalam pilihanraya kecil Tenang,kalah menang buka urusan kita kerana ianya ketentuan Allah,menang pun ujian kalah pun ujian,yang penting ikhlaskan niat dan kuatkan pergantungan pada Allah.

Sunday, January 16, 2011

Maklum balas yang baik dan membanggakan.

Akhirnya program SEPETANG BERSAMA NORA ,dapat dilaksanakan.Rata-rata peserta yang menyertai program itu orang yang pertama kali menghadiri program muslimat,ada yang tidak memakai tudung pun.Kita Berjaya menarik orang luar dari jamaah PAS. Program hari itu dimulai dengan tazkirah dari Yb ustaz Mohd Nor,yang paling menggembirakan kita ialah sikap yang ditunjukkan oleh artis jemputan kita Nora sendiri yang meminta untuk duduk dimeja depan untuk mendengar sendiri tazkirah dari ustaz,walaupun pada asalnya kita bercadang untuk menempatkanya dibelakang pentas semasa ustaz memberi tazkirah.Tazkirah ustaz yang ringkas dan padat tentang garis panduan berhibur cara Islam,disampaikan dengan cara yang santai dan mudah difahami tanpa mengumdang ketidak selesaan peserta.Terima kasih ustaz.Sempat juga ustaz bergurau ‘sebelum Nora menyanyi lagu dia saya nyanyi dulu lagu saya,lagu saya lagu nilah”.Orang luar mungkin tidak faham tapi orang Terengganu faham.

Kemudian kita ada dialog bersama Nora atau talk show sebelum acara menyanyi.Semasa ditanya apa yang mendorong Nora untuk berubah,Jawapanya dengan penuh emosi ialah ketika dia bertanya secara berseloroh pada anak-anaknya yang kesemuanya bersekolah agama.Jawapan anak-anaknya menyentuh hatinya dan menginsaf dan menyedarkanya bahawa anak-anaknya memang mengharapkan ibunya berubah tapi tidak berani bercakap,saya nukilkan kata-kata Nora menurut apa yang dia sebut dalam program itu “macamana kalau mama pakai tudung?”,lalu dijawap olih anaknya,”mama,kami semua sayang pada mama, kami tidak mahu mama masuk neraka”,terkedu saya mendengar jawapan anak-anak saya,rupa-rupanya mereka memang mengharapkan saya berubah”. Itulah berkatnya anak-anak yang diajar ugama mungkin juga anak-anak tidak putus-putus berdoa supaya Allah memberi hidayah dan petunjuk pada siibu,akhirnya doa mereka dikabulkan Allah.

Selesai program kita mendapat maklum balas yang amat baik ramai dikalangan peserta tidak menyangka program itu anjuran muslimat,mereka terkejut namun mengucapkan tahniah atas pendekatan berbeza kita dan kita juga mendapat permintaan supay program-program dakwah cara santai ini dibuat lagi.Program ini menjadi perbincanagn disemua kawasan ada pro dan kontra tetapi ramai buka mata bahawa pendekatan ini berjaya mendekatkan jurang dengan sasaran remaja dan wanita. Mengubah pandangan umum bahawa muslimat jumud dan pasif serta tidak mampu memecah kepompong sendiri ,bila program yang dianjur sekadar usrah dan tamrin yang diadakan sekitar markaz-markaz atau surau-surau kita sendiri. Muslimat perlu lebih proaktif dalam usaha mendekati golongan sasar.Selepas selesai program kami mampu senyum walaupun Ani (su lujnah menitiskan air mata }tanda gembira.Akhirnya usaha ,tenaga masa yang diuntukkan untuk melaksanakan program ini terbalas jua,memang berbaloi,letih hilang sedih pun hilang diganti dengan kegembiraan bila kawasan-kawasan muslimin dan muslimat mula berbincang untuk mengambil pendekatan yang sama .Amin syukur pada Allah mudah-mudahan kita diberi kekuatan meneruskan perjuangan ini.Wassalam

Payah sangatkah untuk berlapang dada?

Melakukan sesuatu yang berlainan dari kebiasaan memang biasanya mengundang kejanggalan pada pandangan orang,kejanggalan akan mengundang berbagai-bagai persepsi,ada pandangan yang negatif dan ada pandangan positif.Lumrah manusia jika ia berpandangan negatif maka ia tidak membuka ruang perbincangan untuk mencari ,atau memperbetulkan keadaan,lazimnya mereka akan terus menentang atau tidak akan melibatkan diri.Seringnya mereka tidak akan bertanya pada mereka yang benar-benar bertanggung jawab ,lalu mereka-mereka ini akan mengkritik dan meluaskan persepsi mereka untuk meyakinkan orang supaya membenarkan persepsi itu tanpa usul periksa.Budaya ini perlu diubah untuk memperkembangkan kerja-kerja dakwah dan menerapkan sikap yang lebih bertanggung-jawap supaya kekusutan atau kekeliruan tidak menjadi bertambah teruk,yang sering berakhir dengan perbalahan,bila tidak ditangani dengan betul,akhirnya merugikan jamaah dan perjuangan Islam.


Apa yang saya katakana ini memang berlaku melalui pengalaman saya sendiri,ketika menganjurkan program ”SEPETANG BERSAMA NORA”.Cabarnannya bukan sedikit dan hampir melemahkan semangat namun sokongan dari beberapa orang (terpaksa tulis beberapa orang kerana ianya memang tidak mendapat kerjasama sepenuhnya) program ini diteruskan juga. Bayangkan program ini untuk mencari dana untuk perjuangan,cuma kita menjemput individu yang berbeza dari biasa,”NORA”( seorang penyanyi yang telah mendapat kekuatan diri disamping hidayah dari Allah ) berjaya mengubah penampilan dirinya dengan menutup aurat,Nora dipilih setelah meneliti dari awal pembabitan beliau dalam bidang seni tanah air tidak ada suatu gosip liar atau pun yang negatif tentang beliau keluar didada akhbar atau májala,bahkan mungkin dikalangan jamaah kita ada yang tidak kenal siapa itu NORA,ataupun tidak tahu satu pun lagu Nora.Namun itulah kesilapan yang biasa kita buat dengan sering memperlekehkan orang tanpa usul periksa dan sering curiga dan buruk sangka,sehingga selepas selesai program pun ada seorang muslimat yang berkata dengan saya”lepas ni siapa pulak yang awak nak panggil?,macam-macam lah awak ni,Nora yang baru dua tiga hari pakai tudung awak panggil,sampai bila lah dia tahan pakai tudung”,(saya bersangka baik ,mungkin gurauan sahaja)begitulah adanya,saya hanya mampu tersenyum sambil istighafar dalam hati.

Saya sendiri menerima satu sms dari sesaorang yang berbunyi”Mu duk besar sangat ke Nora tu dia boleh tolong mu dlm kubur ke?”,bayangkanlah betapa baiknya bahasa yang digunakan tanpa salam terjah terus,diikuti lagi beberapa sms antaranya lagi “Sembelih lah nafsumu dengan pisau hukuman Allah”,bila saya tanya siapa dia dia tidak berani memperkenalkan dirinya ,saya kata padanya kalau saya salah pun perlukah dia menggunakan kata-kata sedemikian,bayangkan orang yang mengaku pendakwah menggunakan bahasa sedemikian sesama jamaah ,saya tahu siapa dia.Dia seorang lelaki tapi tidak berani bersemuka atau bertanya apakah bentuk proram yang kita anjurkan.walaupun ianya hiburan tapi kita melakukan dengan cara dan acuan Islam,takkan saya pejuang Islam akan melakukan apa Islam larang. Sikap seringkali dipengaruhi oleh akal dan iman atau akal dan nafsu ataupun nafsu semata-mata.Jadi berhati-hati dalam penggunaan bahasa ketika berinteraksi dengan sesiapa sahaja kerana dengan bahasa yang kita gunakan orang bolih menilai kita. Sebab itulah orang kata “bahasa jiwa bangsa”ataupun “bahasa nilai bangsa”.kerana ia memang ada benarnya.Bukankah sebagai pejuang Islam kita perlu menggunakan bahasa yang baik ,supaya dapat menjinakkan dan menarik orang pada Islam dan perjuanganya. Perlu diingat jika kita tidak mengetahui apa perkara yang sebenar berlaku maka janganlah kita cepat memberi komentar ,tunggu atau tanya dari sumber yang sebenar demi untuk mengelakkan berbalah sesama sendiri. Insyaallah saya akan sambung lagi wassalam.

Wednesday, December 29, 2010

Pengalaman ketika mengadakan program bentuk baru SEPETANG BERSAMA NORA diTER amat mengujakan kami,marah sedih bercampur baur.Sejak mula program itu dirancang lagi kami menghadapi bermacam-macam dugaan.Namun kami yang terlibat merancang melaksana dan mengurus program tersebut tetap memberikan komitman seratus peratus menghadapi semua halangan,macam-macam kata-kata negetif,sindiran bukan sahaja dari pihak muslimin bahkan dari kalangan muslimat sendiri.Selaku ketua yang saya terpaksa menggagahkan diri demi memberi kekuatan kapada ajk yang lain,namun saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ajak saya yang sanggup menghadapi cabaran bersama ,terutama pada puan Raihani selaku SU lajnah ekonomi dewan muslimat negeri terengganu yang bertungkus lumus memastikan pergram ini berjaya.Terima kasih sekali lagi pada semua yang membantu dan menyokong saya sepanjang melaksanakan pergram tersebut.

Walaupun menyakitkan namun ia tetap menjadi pendorong untuk meneruskan perjuangan,dan berazam untuk membawa perubahan demi untuk sebuah kemenangan.Dalam medan dakwah kita terpaksa meneroka jalan atau cara baru mendekati sasaran kita,jika kita mengatakan hiburan ada dalam Islam maka kitalah sepatutnya yang menjadi contoh untuk menunjukkan cara yang betul untuk berhibur pada mereka-mereka yang ingin berhibur,mengapa kita membiarkan orang lain mengelirukan jenerasi muda kita dengan rancangan-rancangan hiburan yang melalaikan.Amatlah malang kita yang mengaku Islam itu syumul tapi kita sekadar berceramah,berusrah,bertamrin bila ada pergram lain dari kebiasaan kita maka kita pun cepat melebalkan orang "tersasar dari perjuangan"atau menuduh meniru cara orang hingga menggadai perinsip perjuangan tanpa usul pereksa.Apakah kita sekadar menjadi pemerhati dunia huburan dimonopoli oleh mereka yang sekadar ingin mengaut keuntungan dan agenda kuffar memang berhasrat untuk menyesatkan dan melalaikan terutamanya jenerasi muda Islam.Kita jangan ego dengan pandangan kita bahawa manusia tidak perlu hiburan atau tidak ada hiburan pun manusia boleh hidup,sebab manusia ini berbeza-beza mungkin kita terhibur dengan zikir munajat tasbih dan tadarrus namun apakah kita membiarkan sahaja orang yang lain lemas dengan hiburan-hiburan yang seolah-olah menjadi pelengkap kehidupan,cukupkah sekadar kita mengutuk, mencaci dan memandang dengan pandanan kebencian dan kehinaan? sedangkan kita tidak menghampiri mereka.Memang benar kita mengatakan jika Islam memerintah semua boleh diubah tetapi sementara Islam belum memerintah apakah kita terus membiarkan mereka bergelumang dengan dosa dan noda?.

Sebagai pejuang Islam kita mestilah berfikiran terbuka dan berlapang dada,kini kita sedang mencanagkan kita akan kePutra Jaya dan PAS SEDIA GANTI UMNO,maka kita mestilah berfikiran terbuka bukan setakad diri kita dan kelompok kita sahaja tetapi menjangkau kepada suasana dan cabaran bakal kita tempuhi seandainya kita menang,kita mesti memberikan suatu tawaran yang meyakinkan semua orang supaya mereka tidak merasa takut untuk menyokong kita terutama golongn muda yang memikirkan masa depan mereka.Dari sekarang kita sudah memikirkan apakah bentuk hiburan yang perlu kita laksanakan,atau apakah bila kita memerintah semua rancangan berbentuk hiburan ditiadakan so fikir-fikirkanlah, nanti sambong lagi cabaran dari awal hingga akhir pengendalian rancangan bersama Nora,wassalam.

Tuesday, December 21, 2010

siri pengalaman buat kenangan sendiri

Adat manusia ada pasang ada surut,lama berehat tidak menulis disebabkan oleh faktor tertentu yang memang tidak dapat dielakkan maaf pada pengunjung setia yang singgah disini kini aku mencuri masa ku sendiri untuk menulis pengalaman untuk kenangan sendiri.Bermula pengalaman pilihanraya Galas,kami dari negeri Terengganu bertugas di peti undi papan batu.Inilah pengalaman kerja pilihanraya yang paling tidak seronok,kerana kita berada dinegeri yang kita perentah( PAS ).Galas memang kubu kuat umno dan kita hanya menang sekali masa pilihanraya besar yang lepas .Dari kami sampai memang nampak bayang-bayang kekalahan kerana rata-rata kerja yang dibuat seolah-olah tiada suatu penyelarasan,dalam erti kata lain kita petugas luar seolah-olah seperti melukut ditepi gantang.Sepanjang berkempen dari rumah ke rumah semua maklumat yang kami dapat pengundi seakan -akan kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh penjawat jawatan am dikampong-kampong dan petugas-petugas PAS.

Kebanyakkan pengundi bila ditanya seolah-olah merajuk dan ungkapan yang kami dengar "siapa pun yang memerintah kita tetap macamni juga","Pas ke umno ko samo jah",dan ada yang kata"kito ne kenye (kenyang)make janji, umno janji pas pun janji tapi abuk pun tak nampak".jadi saya nak ulas lebih-lebih pun malas,sebab sepanjang bertugas kita terasa seolah-olah kerja petugas tempatan macam melepaskan batuk ditangga,sehingga ada seorang petugas di batu papan ketika kita diarahkan untuk membantu di sukan rakyat dan jamuan rakyat menyebut pada kami"kami kerja ikut IT". "Saya tanya IT tu apa?" dia kata "ikut terlintas"begitulah agasnya dia yang mengaku Kelantan menang dengan kerja cara begitu.Bayangkan tiga kampung diurus oleh seorang petugas.Jamuan rakyat yang dijadulkan jadi kelangkabut kerana petugas tempatan tiada,tiga kawah besar yang dimasak dengan kayu yang basah terpaksa menggunakan kipas angin.Nasib baiklah kita dari Dungun ada bawa seorang petugas yang memang biasa memasak untuk majlis kahwin,jadi masaklah juga lauk sehingga pukul dua baru boleh makan.Terima kasih "Pok Su Daud" yang bertungkus lumus sampai tidak sempat sembahyang jumaat hari itu.

Kita petugas memang tidak memilih kerja tetapi beritahulah awal ini kami sampai di telaga papan dalam pukul sembilan lebih baru tahu kita kena memasak,yang ada cuma lebeh kurang 10 orang.Muslimat ada 5 orang,bayagkanlah lansung tidak ada petugas tempatan,nak buat sambal belacan pun tidak cukup bahan sehinggakan ustaz Duan terpaksa memanjat pokok mempelam yang kebetulan ada ditepi rumah tersebut.Kita bukan nak menceritakan keburukkan tetapi ada sesuatu yang kita kena fikirkan,budaya kerja begini jangan lagi diteruskan dan pada pemimpin-pemimpin ingatlah jangan setakad mendengar lapuran dari petugas bawahan tetapi turunlah jenguk rakyat dibawah.Sebab sepanjang berkempen ungkapan orang pas sombong sering disampaikan oleh pengundi pada kita petugas luar.Ingatlah kita memegang amanah yang bakal dipersoalkan.

Jika ada pilihanraya lagi petugas luar kena diberitahu apa permasalahan setempat supaya mudah kita memberi jawapan atau paling kurang menerangkan keadaan sebenar.Contoh diGalas soal tanah taklimat yang kami dapat memang tidak memuaskan hati kami seperti kata seorang pentaklimat"jika ada orang tanya tentang tanah tak usah jawap cuma kato tunggu kito mene kito selesai".Bagi petugas tempatan mungkin mereka tahu keadaan sebenar bagi kami orang luar tak kan kami nak kata tunggu menang,itu menempah maut kata orang negeri sembilan dan mengundang perasaan marah orang pada kita sebab kelantan sudah diperentah oleh PAS dua puloh tahun,jadi pada petugas-petugas dan pemimpin kelantan fikir-fikirkanlah.Sambung lagi esok Wassalam