Wednesday, January 26, 2011

Aura Cikgu Mala

Dari penamaan calon hinggalah 26hb saya berada di Tenang menjadi petugas dari negeri Terengganu yang diamanahkan menjaga peti undi Felda Chemplak.Setiap satu kumpulan disertai oleh tiga kawasan dari Terengganu.Dungun bertugas bersama kawasan Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.Kami seramai 13 orang semuanya, dibantu oleh kawasan Pagoh,Kota Tinggi dan Parit Sulong.Pada permulaanya kami semua memang rasa berdebar juga kerana bendera PAS hanya boleh dikira dengan jari.Hampir setiap rumah tercacak bendera UMNO.Memang tidak menghairankan kerana Felda kubu kuat UMNO.Bendera itu tidak melambangkan tuan rumah itu penyokong UMNO,ada juga rumah orang PAS.Saja dipasang sebab felda beri tiap-tiap rumah.Kami menetap dirumah salah seorang peneroka Felda yang juga imam dua masjid.Pak cik Hj Seman walaupun jabatan ugama dah panggil tapi dia tetap tidak kisah atau takut.Moga Allah memberkati pak cik Hj Saman dan keluarganya.Sepanjang kerja pilihanraya inilah penempatan muslimat yang paling selesa.Maklumlah kita PAS bukan banyak duit,dan petugas PAS pun memang tidak cerewet,bukan macam wanita UMNO yang sering ditempatkan dihotel-hotel.

Pengalaman bertugas di peti undi Cemplak memang amat unik,kerana hampir kesemua rumah yang kami masuk adalah rumah penyokong UMNO.Budaya budi bahasa orang cemplak memang tinggi,mereka pandai menyambut tamu walaupun dalam suasana pilihanraya mereka amat menjaga adap sopan.Walaupun ada petugas yang tidak dialu-alukan kedatanganya,tapi tidaklah sampai dimaki atau dihalau seperti kebanyakkan tempat lain.Di Cemplak walaupun majoritinya penyokong UMNO,tetapi mereka kebanyakkanya warga emas yang bak kata mereka sendiri kalau toreh darahpun keluar darah biru.Kerja kami menjadi mudah dan senang kerana mereka mengaku sendiri penyokong UMNO dulu kini dan selamanya.Namun yang membanggakan mereka masih memberi ruang mendegar petugas-petugas berkempen,alangkah bagusnya jika budaya ini diambil kesempatan oleh PAS Johor dengan memberi penerangan secara yang lebih kereatif,dengan memperbagaikan gaya dan cara dakwah kerana pengundi-pengundi ini amat terbuka.

Cara pendekata PAS Johor yang bermotokan "Mesra Rakyat", mungkin juga berkesan,semasa ditaklimatkan kami difahamkan oleh orang tempata bahawa mereka tidaklah berharapkan kemenangan sangat (tapi jika menang itu bonos)sebab mereka tahu felda adalah kubu kuat UMNO,cukuplah jika dapat meningkatkan majoriti undi,itupun kata mereka kemenangan juga.Mereka lebih kepada memperkenalkan PAS dan hendak menukar persepsi orang felda Cemplak bahawa PAS ganas ,ekstrim dan macam-macam lagilah sebab banyak maklumat mereka dapat melalui tv sahaja.Namun orang mudanya mugkin berbeza mereka juga menjadi kuasa penentu dan bakal mengubah keputusan undian nanti.Inilah yang membimbangkan UMNO.Orang muda dan pengundi bukan melayu dilihat ada perubahan positif menyokong calon PAS.Pergantongan pada Allah pun perlu dipertingkatkan oleh semua penyokong PAS dimana juga mereka berada.

Saya berkesempatan bertemu colon dan memang ia mempunyai aura tersendiri,wajahnya yang tenang menyenangkan bila dipandang.Ketenangan wajah dan kesabaran terpancar melalui tutur kata.Walaupun kelihatan letih namun senyuman tetap menguntum dibibir. ketokohanya sebagai pemimpin memang terserlah ,mungkin kerjaya sebagai seorang guru mempengaruhi perwatakkanya.Kesopanan sebagai muslimah memang ketara,.Andai ditakdirkan menang(sama-sama kita doakan) cikgu Mala bakal mencatat sejarahnya tersendiri dan juga sejarah negara kerana menjadi wanita pertama yang dicalonkan pada pilihanraya kecil.Jauh disudut hati saya merasakan kemugkinan cikgu Mala menang memang ada.Sepanjang merayu undi dari rumah kerumah,tidak ada satu pun cerita negetif tentang calon.Walaupun UMNO masih menggunakan senjata lamanya duit ,tv ,surat khabar namun UMNO masih tidak mampu membeli semua orang,dan UMNO terpaksa juga bermati-matian menawarkan kebendaan pada pengundi secara terang-terangan.Pemimpin pusat,menteri-menteri turun silih berganti membawa berbagai-bagai tawaran.Pengerusi Felda yang baru Isa Samat menggunakan kemudahan felda sepenuhnya.
Alangkah takutnya UMNO walaupun lawanya hanya seorang wanita.

Ketua wanita UMNO membuat kenyataan sepatutnya Cikgu Mala kena berterima kasih pada UMNO sebab perjuangan wanita UMNO yang perjuagkan hak wanitalah Cikgu Mala dipilih menjadi calon PAS.Kesian wanita umno yang mengharapkan calonnya dipilih namun tidak menjadi kenyataan.Memang terdapat sebaran risalah yang dikeluarkan yang menyatakan ketidak puasan hati wanita UMNO Labis tetapi dinafikan wanita UMNO,dan menuduh risalah itu dibuat oleh parti lawan.Biasalah UMNO baling batu sembunyi tangan.Sedarlah wanita UMNO tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia dan matlamat yang dekat setakad dunia sahaja.Selagi Islam tidak tertegak hak wanita tidak akan terjamin.Wassalam

No comments:

Post a Comment