Friday, October 8, 2010
Pesanan buat renungan
Mansur bin Ammaar telah berkata"Siapa yang melihat keburukkan dirinya ia tidak akan hirau keburukkan orang lain, siapa yang redha dengan rezeki pemberian Allah kepadanya,tidak sedih memikirkan apa yang ada ditangan orang lain,siapa menghunus pedang(zalim)pasti terpotong tanganya oleh pedang itu juga,siapa menggali lubang untuk menjerumuskan kawanya,maka ia terjerumus sendiri kedalamnya,siapa yang membuka rahsia orang lain akan terbuka auratnya,siapa yang lupa kesalahanya,pasti akan membesar-besarkan kesalahan orang lain,siapa yang sombong dengan akalnya tergelincir,dan siapa yang sombong dengan orang akan terhina.Dan siapa yang berlebihan dalam amal perbuatanya pasti jemu.Dan siapa berbangga diri pasti kecewa.Dan siapa memperbodohkan dan memaki orang maka ia akan dimaki.Dan siapa yang berkawan dengan orang rendah(akhlak)ia terhina.Dan siapa duduk dengan ulama'dihormati.Dan siapa yang masuk ketempat kehinaan tertuduh.Siapa yang meremehkan ugama tersesat.Siapa yang mengambil harta orang akan menjadi miskin fakir.Siapa mengharapkan sejahtera harus sabar.Siapa yang tidak tahu langkah kakinya pasti berjalan dalam penyesalan.Siapa yang takut pada Allah pasti untung.Siapa yang tidak berpengalaman tertipu.Siapa yang melawan orang benar pasti kalah.Siapa yang mengangkat melebihi kemampuanya pasti lemah(tidak kuat).Siapa menyedari ajalnya mengurangi lamunan.Siapa yang biasa bodoh-bodohan pasti meninggslksn jalan yang adil".
Malu
Umar r.a masuk kedalam rumah Nabi S.A.W.di dapati Nabi sedang menangis maka ditanya oleh Umar "Mengapakah kamu menangis ya Rasulullah,Jawab Nabi S.A.W."Jibril memberitahu kepadaku,bahawa Allah malu akan menyeksa seorang hamba yang sampai beruban didalam Islam,apakah tidak malu orang tua itu jika berbuat dosa setelah ia beruban dalam Islam".Peringatan bagi yang sudah beruban tapi masih tidak meninggalkan perkara maksiat.Apakah uban dikepala tidak menyedarkan,dan malang bagi orang yang telah beruban sengaja mewarnakan rambut untuk menutup uban sedangkan uban itu adalah peringatan dari Allah supaya kita sedar diri dan ingat kepadaNya.
Apakah pengertian malu dalam Islam? Abul Laits meriwayatkan sanadnya dari Abdullah bin Masud berkata dari Rasulullah S.A.W bersabda"Malukah kamu kepada Allah?jawab sahabat kami sudah malu kepada Allah Walhamdulillah,Nabi S.A.W bersabda, "Bukan itu,tetapi siapa yang malu kepada Allah dengan sesungguhnya maka harus menjaga kepala dan pancaindera yang di sekitarnya dari dosa-dosa,juga perut dan apa yang masuk kedalamnya,dan harus selalu ingat kepada mati dan kerosakkan didalam kubur,dan siapa yang benar-benar inginkan akhirat ia sanggup meninggalkan kesenangan dunia,maka siapa berbuat demikian ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu kepada Allah".
Seorang alim memberi nasihat kepada putranya."Hai anak jika nafsumu akan berbuat dosa maka lihatlah keatas dan malulah pada penduduk langit,jika tidak,maka tunduklah matamu kebumi,maka malulah dari penduduk bumi,jika kau tidak takut pada penduduk langit dan tidak malu pada penduduk bumi ,maka anggaplah dirimu dari golongan binatang yang tidak berakal".
Jadi sama -samalah kita bermuhasabah adakah kita benar-benar malu kepada Allah.

Saturday, September 25, 2010
WAJARKAH MELANCUNG KETIKA CUTI RAYA
Bulan syawal masih berbaki,seperti biasa rumah terbuka sedang rancak diadakan dimana-mana sahaja,semakin syawal menghampipri penghujungnya semakin banyak undangan rumah terbuka ada juga yang mengambil kesempatan mengadakan khenduri kahwin dua dalam satu.Ada juga baiknya diadakan majlis-majlis begini dapt bertemu sahabat-sahabat lama dan macam-macam cerita yang didengar.Dalam banyak-banyak cerita yang didengar saya tertarik mendengar cerita seorang sahabat tentang seorang saudaranya yang mengambil kesempatan cuti raya untuk melancung bersama keluarganya.Kalau sekali mungkinlah tidak ada janggalnya tapi bila sudah tiap-tiap tahun begitu tentulah terasa pelik dan janggal,oleh kerana mereka suami isteri dari negeri yang berlainan seorang utara seorang selatan,sisuami bekerja dipantai timur dan mereka menetap disitu,jadi sebelum raya mereka akan balik kampong suami dan isteri.Bila raya mereka pergi melancung anak beranak.Bersangka baik mungkin mereka malas nak berbalah nak beraya dimana.
Namun jauh disudut hati saya terfikir apa perasan sang ibu tercinta,dan alangkah malangnya anak-anak mereka tidak diajar budaya beraya menziarahi kaum keluarga dan sanak saudara.Sebagai seorang ibu tentu tersemat perasaan yang tidak senang namun si ibu tidak mampu untuk melahirkanya takut menyinggung sianak,ibu mana yang tidak gembira menyambut kepulangan anak-anak dan cucu untuk beraya dan berkumpul beramai-ramai,dipagi raya masing-masing berlutut mencium tangan ibu dan ayah,dan adik-adik serta anak-anak mencium tangan kita serta anak-anak saudara mencium tangan bapa dan mak saudara,alangkah meriahnya dan indahnya budaya yang dirasai dan difahami oleh anak-anak untuk dijadikan budaya yang bakal diwariskan pada jenerasi mereka yang akan datang.Bagi kanak-kanak ia akan menjadi kenangan sepanjang hayat dan bakal diceritakan pada anak-anak dan cucu-cucu mereka kelak.Macam kita pada zaman kanak-kanak dulu sehingga kini kita terbayang-bayang dan terasa-rasa bagaimana meriahnya kita berjalan ramai-ramai keliling kampung beraya kerumah saudara dan jiran-jiran kita.Masa itu duit raya jarang-jarang dapat,sebab tidak jadi budaya lagi,tapi kalau rumah tu ada beri duit raya maka ia akan menjadi rumah yang paling sibuk diziarahi kanak-kanak,kerana ia akan menjadi gosip dan cepat merebak,gosip kanak-kanaklah,
jumpa kawan mesti beritahu yang rumah sipulan-sipulan ada duit raya siap suruh pergi lagi.Ada yang pergi dua kali ke rumah tu.
Bayangkan anak-anak yang tidak didedahkan dengan suasana hariraya,sebab setiap raya emak ayah bawa melancung,tentulah mereka tidak dapat merasa suasana meriah begini.Mereka tidak merasa duduk beramai-ramai sambil bersalam-salaman dengan berbaju melayu dan bersamping dan yang perempuan bertudung dan berbaju kurung kemudian beramai-ramai kemasjid bertakbir bertahmid dan kemudian bersembahyang raya.Mereka pun akan lebih mengenali bapak-bapak saudara sepupu sepapat dan sanak saudara mereka dan ini akan merapatkan lagi tali silatirrahim antara keluarga.Boleh jadi orang akan kata kalau melancung pun boleh juga merasa raya,tapi seperti kata orang tua-tua hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri kita,baiklah negeri sendiri,tak tahulah pepatah ini sesuai ke tidak lagi,pilihan di tangan masing-masing.
Hari ini hari emak kita esok hari kita apa kata kita juga mengalami nasib yang sama seperti apa yang kita buat pada emak kita,bila tua nanti anak-anak kita tidak ada seorang pun balik menziarahi kita bila mereka pula bercuti atau melancung pada hariraya sebab itu yang kita terapkan pada mereka,kalau anak ramai mungkinlah ada anak juga yang menziarahi kita tapi kalau anak tunggal atau dua orang aja,bayangkan perasaan kita pada masa itu.Disaat-saat orang lain meriah dikelilingi anak dan cucu,kita terkebil-kebil suami isteri atau paling malang pada masa itu kita sudah tiada pasangan lagi.Pada masa itu baru kita kesal,walaupun kita pura-pura tidak sedih namun suasana raya sendirian dan sunyi mampu mengamit kesedihan,pada masa itu rumah besar dan duit banyak pun tidak ada guna ,nak melancung pun sudah tidak terdaya.Fikir-fikirkanlah sementara waktu masih ada.Wassalam

Wednesday, September 22, 2010
Tenangkah kita bila perintah Allah diabaikan.
Maaf pada semua yang sudi melayari laman ini kerana tiada cerita baru ,hari ini ku kumpulkan kekuatan untuk mencuri masa menulis disini setelah berehat sebulan lebih,bagi umat Islam setelah menyelesaikan madrasah tarbiyyah ramadhan dan disambut dengan kemeriahan syawal,akan meneruskan amalan-amalan dibulan ramadhan walaupun ia telah berlalau.Amatlah malang dan rugi bila amalan-amalan yang kita buat dibulan ramadhan ditinggalkan begitu sahaja.Kalaupun kita tidak dapat melakukan semua amalan ramadhan janganlah kita meninggalkan terus amalan-amalan tersebut dibimbangi kita mendapat kemurkaan Allah.Nauzubillah minta dijauhkan Allah dari kemurkaanya.
Dalam bulan puasa yang lalu bermacam-macam berita yang kita dengar dan baca,walaupun dibulan ramadhan namun gejala maksiat yang dilakukan oleh orang Islam masih berterusan,ramai yang tidak puasa membeli dan makan tanpa segan silu,ugama sekadar unutan bukan amalan,dengan lain perkataan aku buat apa yang aku suka orang lain tidak boleh masuk campur yang penting aku tidak ganggu orang,dosa aku tanggung sendiri,kubur masing-masing,kau jaga kubur kau sendiri jangan sibuk hal orang lain.Budaya menegur walaupun ada tetapi ramai yang mengambil sikap malas nak campur urusan orang lain,atau ada yang cuba hendak menegur kesalahan orang lain tapi takut tindak balas yang tidak dijangka dari orang yang ditegur,kerana ramai yang kita lihat seakan-akan sihat dan siuman tapi bertindak macam orang gila.Berita-berita begini kerap kita baca dan dengar menyebabkan kita terlalu berhati-hati dan mengundang perasaan takut untuk menegur kesalahan orang lain.Kita suatu ketika dahulu dikenali dengan bangsa yang lemah lembut dan berbudi bahasa dan saling menghormati antara satu sama lain kini semakin terhakis.
Berita pembunuhan jutawan wanita terkenal dan seorang ustazah bersama anaknya(walupun liputan x meluas)amat menggemparkan negara kita,memang menyentuh hati dan mengundang berbagai perasaan terlebih-lebih lagi ia berlaku beberapa hari menjelang syawal,bagi orang yang kehilangan sesaorang disaat-saat semua insan sedang bergembira membuat persiapan menjelang hariraya sedihnya bukan kepalang kerana ia menghilangkan keseluruh kegembiraan walaupun kedatangan syawal itu ditunggu-tunggu sekian lama oleh semua umat Islam diseluruh dunia.Saya memahamai kerana bonda tercinta telah tiada walaupun ianya tidak meninggal dibulan ramadhan atau syawal namun kami adik beradik memang telah dimaklumkan jangka hayat bonda hanya tinggal 6 bulan setelah kanser hati dikesan ditahap terakhir,bayangkan ketika kami tahu ianya dalam bulan puasa,kami menyambut syawal tahun itu sekadar mengambil hati bonda,berpura-pura gembira tapi dibelakang bonda kami menangis beramai-ramai sebab kami telah sepakat tidak akan menunjukkan kesedihan didepan bonda kami tidak mahu bonda tahu ramalan doktor kerana bimbang akan melemahkan semangat dan kekuatanya untuk melawan penyakitnya.Walaupun sekadar ramalan kami mengharapkan ramalan itu tidak akan berlaku,walaupun doktor itu bukan tuhan namun pengalaman dan ilmu yang mereka ada akhirnya ramalan doktor itu berlaku jua,sepanjang enam bulan kami amat terseksa melihat perubahan yang disebutkan doktor berlaku satu demi satu,enam bulan kami adik beradik menanti dengan penuh debaran,setiap kali melihat wajahnya yang tenang dan bersemangat hati kami bagai disiat-siat menahan sebak,namun ada hikmahnya kerana setiap permintaan ibu kami cuba penuhi sedapat mungkin,kami redha dengan ketentuan tuhan malahan kami berterima kasih kerana bertuah mengetahui jangka hayat ibu kerana ianya benar-benar memberi ruang kami berbakti sehingga akhir hayatnya,itulah ketentuan Allah setiap kejadianya ada hikmahya..Marilah mendoakan moga keluarga jutawan wanita ternama dan semua yang menerima musibah ini tabah menghadapi saat-saat mendatang,dan moga mereka semua ditempatkan disisi orang-orang yang diredhai Allah.
Semua ini berlaku kerana manusia tidak berpegang pada ugama,kerana ugama mana-mana pun tidak membenarkan penganutnya menganiaya orang lain dan mengambil hak orang lain.Walau sepandai mana dan secerdik mana pun manusia jika jiwa dan nafsu tidak dipandu ugama maka kita lihatlah kehancuran sedang menghampiri kita.Manusia bila dikuasai nafsu memang akan kalah walaupun ilmunya tinggi,pandai cerdik kerana nafsu ini juga sering dikawal olih syaitan bila kita melupakan tuhan,atau ugama.Manusia semakin ganas dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar habuan dunia.Marilah kita berfikiran terbuka apakah yang mampu mencegah perkara ini supaya ianya tidak berulang lagi.Cukuplah siri-siri pembunuhan kejam yang telah berlaku kita sebagai orang Islam kena yakin penyelesaianya pasti ada dan kembalilah pada pencipta kita yang lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kita makhluknya,adakah kita sombong dengan pencipta kita sehingga kita tidak mahu mendengar cadangan dan teguraNya pada kita,sedangkan kita mengaku tiada Tuhan melainkan Dia.Tidakkah kita bimbang kita tergolong dikalangan orang yang mengabaikan perintah Allah sedang puasa sebulan boleh kita taat kenapa perintah hukumanya kita ingkar,sedangakan ianya juga termaktub dalam Al Quran.Mudah mudahan kita mampu mencapai ketenangan bukan sekadar diri kita tetapi juga negara yang tercinta.Kejadian ini walau pun tidak berlaku kepada keluarga kita namun ianya juga mengganggu ketenangan kita,kita tidak mampu mengelak dan merasa selesa dengan apa yang berlaku.Pembunuhan yang tragis dan ngeri begini memang akan menggagu ketenangan dan emosi semua orang yang ada hati dan perasaan.Renung dan fikirkanlah apa usaha supaya ianya tidak berlaku lagi,atau lantaklah apapun yang akan berlaku asal keluarga kita selamat.Wassalam

Saturday, August 14, 2010
Takut sangat nak sebut hudud
Mula-mula dicadangkan untuk mengujudkan sekolah mengandung bagi pelajar-pelajar yang mengandung ilham ketua menteri Melaka,bagi mengelakkan gejala buang bayi.Maka sibuklah senegara orang bercakap berbincang memberi pandangan,ada yang setuju dengan alasan-alasan kenapa ia setuju dan yang tidak setuju pun memberi alasan-alasannya sendiri.Orang yang memberi cadangan tetap akan melaksanakanya samaada disetujui ataupun tidak.Begitulah pemikiran manusia yang sering berbincang hanya mengikut akal sendiri,tanpa mengambil kira hukuman yang memang telah sedia ada didalam AlQuran kitab suci Islam sendiri,walaupun yang memberi cadangan adalah orang Islam sejak dilahirkan lagi.Betapa mudah pada kiraanya untuk menyelesaikan masalah,tanpa memikirkan masalah hasil dari pelaksanaan itu jika ia benar-benar dilaksanaka.Apakah kita merasakan masalah itu akan selesai begitu sahaja.
Kini timbul pula cadangan dari menteri pembangunan wanita dan keluarga Dato' Sharizat Jalil supaya mereka-mereka yang melakukan pembuangan bayi perlu dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu hukuman mati,alasanya mereka yang membuang bayi bermakna melakukan pembunuhan atau cubaan membunuh.Dengan harapan hukuman berat ini akan menyebabkan orang takut dan tidak berani untuk melakukanya.Ianya juga mendapat berbagai-bagai reaksi dikalangan pemimpin negara ,tokoh-tokoh politik,para cendiakawan bahkan ia menjadi tajuk perbincangan dimana-mana.Betapa hebatnya manusia yang merasakan fikiran,pandangan, pendapat mereka mampu menyelesaikan masalah.Adakah ia bercakap merujuk pada Al-Quran dan hadis.Mengapa kita tidak kembali kepada Al Quran dan hadis.Takut sangatkah kita untuk bercakap melaksanakan hukum hudud,walhal kita orang yang mengaku Islam beriman dengan AlQuran.Malangnya kita lah yang menakutkan orang yang bukan Islam dengan ungkapan dan persepsi antaranya jika hukum hudud dilaksanakan akan ramailah orang yang kudung tangan, hukum Islam kejamnya,hukum hudud ketinggalan zaman,dan berbagai-bagai lagi.Hasilnya orang bukan Islam menjadi takut,fobia dengan undang-undang hudud.Bahkan orang Islam sendiri yang tidak belajar mendalam tentang Islam mereka jadi keliru dan menganggap pandangan pemimpin-pemimpin yang juga tidak faham Islam yang bercakap mengikit akal fikiran sendiri adalah betul,lalu mereka juga menolak hukum Islam.
Bertambah malang lagi golongan ugama yang menyokong kerajaan juga amat takut untuk bercakap atau mencadangka kepada kerajaan supaya kembali pada hukum Islam,yang bercakap hanya pemimpin-pemimpin PAS,yang sering mengigatkan kerajaan supaya kembali kepada Allah dan Rasulnya dalam segala hal hatta kepada cara tadbir urus negara juga mestilah mengikut acuan Islam.Namun ianya cuma dipandang sepi bahkan ditohmah menggunakan agama untuk kepentingan politik,disindir menggunakan ugama supaya orang melayu menyokong.Memang benarlah penyataan AlQuran orang yang menolak petunjuk Allah ia akan menjadi lebih teruk dari binatang.Umat Islam diMalaysia semakin teruk hari demi hari,maksiat merata-rata,bunuh hari-hari,curi hari-hari,buang bayi hari-hari,ayah merogol anak-anak sendiri bukan seorang bahkan semua anak perempuanya,dan pernah dilapurka ayah sudah mempunyai empat isteri tapi masih lagi sanggup meratah anak sendiri untuk memuaskan nafsu yang tidak pernah puas.Bahkan dalam kes yang terbaru seorang ibu sanggup bersekongkol dengan anak lelaki yang bersekedudukan dengan teman wanita dirumahnya sendiri selama tiga tahun sehingga melahirkan tiga anak luar nikah,bila ditanya dengan selamba pasangan itu menjawap tidak ada masa untuk nikah.Paling teruk datok merogol cucu dan nenek yang berhati kering mengetahui perbuatan suaminya(datuk tiri)sekadar membutakan mata dan memekakan teliga,bila ditanya datuk dengan selamba menjawapa dia amat terangsang dan seronok mendengar cucunya merintih kesakitan.Masyaallah apakah yang mampu mencegah manusia-manusia yang bernafsukan binatang dan yang bertuhankan kebendaan dari terus menerus melakukan perkara ini.Adakah itu tidak mampu membuka mata hati kita supaya hukum hudud dilaksanaka.Bukankah peraturan yang telah ditetapkan Allah itu yang terbaik untuk menyelamatkan iman ,maruah,nyawa,dan keturunan kita.
Sayang Dato' sharizat semasa mencadangkan hukuman mati itu tidak mengaitkan kepada Islam,jika ia bercakap menurut Islam betapa hebatnaya dia,tentulah menjadi tamparan pada mufti-mufti dan alim ulama' yang berada dalam kerajaan.Apakah kebimbangan untuk bercakap melaksanakan hudud akan menyebabkan kehilangan sokongan dari orang bukan Islam.Yakinlah dengan Islam kerana jika bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Islam maka laksanakanlah yang lain serahkalah pada Allah.Tapi kalau Dato'Sharizat bercakap untuk melaksanakn hukum Islam pada orang yang membunuh bayi atau cobaan membunuh adakah pemimpin kerajaan yang lain akan menyambut cadangannya.Kita yakin pemimpin PAS kita mengalu-alukanya bahkan akan menyokong jika cadangan itu dilaksanakan mengikut Islam.Dalam bab untuk kepentingan dan mendaulatkan Islam PAS sentiasa sanggup untuk membantu,kita tidak membantah melulu dan kita juga tidak menyokong secara melulu.Kalau pemimpin kerajaan masih takut untuk melaksanakan Islam maka tukarlah pemimpin pada pemimpin yang berjuang Islam dan bercita-cita melaksanakan hukum hudud.Di Malaysia hanya PAS sahaja yang meletakkan Quran dan hadis sebagai perlembagaan yang tertiggi.

Wednesday, August 11, 2010
Mungkinkah ini ramadhan yang terakhir
Selamat datang ramadhan Al-Mubarak,bulan yang penuh keberkatan dan pengampunan.Bersyukurlah kita kerana masih diberi kesempatan untuk kita berpuasa sekali lagi.Moga-moga peluang yang diberikan Allah ini kita manafaatkan sebaik mungkin kerana siapa tahu ini adalah ramadhan kita yang terakhir.Lipat gandakan amalan dan kebajikan seolah-olah kita inilah ramadhan kita yang terakhir.Berdoalah kepada Allah muga kita diberikan kekuatan menghadapi ujian-ujian sepanjang ramadhan ini.Ingatlah khabar gembira yang disampaikan olih Rasullulah S.A.W pada sahabatnya yang diriwayatkan olih Abu Hurairah yang bermaksud "Telah tiba bulan ramadhan bulan yang berkat,Allah menwajibkan kepada kamu berpuasa,dalam bulan ini terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka jahim,dan dibelenggu syaithan-syaithan yang jahat,juga dibulan ini ada malam lailatul qadri yang nilaianya lebih baik dari seribu bulan".
Alangkah bahagianya jika kita termasuk dikalangan orang yang mendapat malam lailatul qadar,yang nilainya lebih baik dari seribu bulan.Ayuh tingkatkan usaha kita mudah-mudahan diperkenankan Allah untuk kita bertemu malam lailatul qadar.Ibnu Abbas telah meriwayatkan dalan suatu hadis yang panjang tentang kelebihan dan kemurahan Allah dalam bulan ramadhan antaranya ialah "Lalu malaikat Jibril mengutus malaikat pergi kepada ummat Muhammad untuk memberi salam pada tiap-tiap orang yang berdiri atau duduk sembahyang atau zikirullah dan menjabat tangan mereka dan mengaminkan doa mereka sehingga terbit fajar.Apabila terbit fajar Jibril berseru hai para malaikat segera kamu kembali,lalu kembalilah mereka dan malaikat bertanya "Bagaimanakah hajat kaum mukmin dari ummat Muhammad".Jawab Jibril"Allah memandang mereka dengan pandangan rahmat lalu memaafkan mereka,kecuali empat macam.
1-Pemabuk
2-Penderhaka kepada dua ibu bapanya.
3-Memutuskan hubungan keluarganya.
4-orang yang tidak bertegur sapa dengan saudaranaya lebih dari tiga hari.
Jadi dari hadis tersebut sesiapa yang melakukan empat perkara tersebut,anda masih ada waktu untuk meminta ampun pada Allah dan masih ada waktu untuk minta maaf dari ibu bapa kaum keluarga dan kawan-kawan yang lama anda seterui,kerana amalan anda tidak akan sampai kemana selagi anda tidak bertaubat atau minta maaf kerana tiada hinanya mengaku salah walaupun anda tidak bersalah,mengaku salah walaupun tidak salah adalah lebih baik dari salah tapi tidak mengaku kesalahan.Renungkan sehebat manapun amalan kita ia akan tergantung,siapakah yang akan rugi mereka atau kita. Wassalam

Kejayaanmu Kebahagianku
Gembira,bangga,sedih itulah perasaanku tatkala aku menggantikan tempat puteriku yang dinobatkan sebagai pelajar cemerlang tertinggi KIAS dengan anugerah Tok Kenali pada tanggal 3hb ogos 2010. Sekarang dia sedang berada di bumi anbia' Jordan dan kerana peperiksaan semakin dekat maka dia tidak dapat balik ke Malaysia,lalu aku menjadi penggantinya yang naik ke pentas untuk menerima anugerah. Tentulah suatu perkara yang tidak mungkin aku lupakan. Aku gembira kerana ia melakar kejayaanya tersendiri,
sebagai ibu tentulah itu satu hadiah yang paling berharga bagiku, setinggi-tinggi kesyukuranku pada Allah atas nikmatnya. Walaupun suatu ketika dulu aku pernah merasakan ragu apakah tepat pilihan kami sebagai ibu bapa menghantar anak ke sekolah yang hanya dianggap sekolah yang tidak punya masa depan, walupun keputusan UPSRnya amat cemerlang. Namun ketika itu aku hanya berharap anakku menjadi insan mengenali ugamanya dan beramal denganya. Walaupun saat mula menjejakan kaki ke Mahad Darul Quran aku sendiri hampir lemah semangat ketika melihat daifnya keadaan prasarananya.Namun ku kuatkan semangat walaupun hakikatnya hatiku amat sayu untuk meninggalkannya, bimbang adakah ia mampu melalui suasana di situ yang serba kekurangan.
Aku bangga walaupun belajar dalam suasana kekurangan dia tidak pernah merungut, memang ia anak yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah dan pandai berdikari., Akhirnya di situ juga ia melakar sejarahnya sebagai pelajar cemerlang MDQ. Kini sekali lagi ia berjaya melalui satu fasa dalam dunia pembelajaranya.
Ternyata keputusan kami ibu bapanya tidak salah, kerana hasilnya sebagai ibu tidak banyak perkara untukku lakukan kecuali doa dalam membentuknya menjadi anak dan wanita solehah (mudah-mudahan ia akan berterusan sehingga akhir hayatnya).Benarlah pepatah orang tua melentur buluh biarlah dari rebungnya. Berkat didikan guru-gurunya yang ikhlas dan beramal dengan apa yang diajarkanya anakku menjadi seperti ini hari ini “Terima kasih para semua guru-guru anda telah banyak meringankan beban kami dalam mendidik anak-anak kami”.
Hari ini sekali lagi dia mencuit perasaanku, namun aku berjanji mengawal diri maklumlah aku ni orang yang amat sensitif semenjak putera bongsu ku dipanggil menghadap Ilahi air mata ku amat mudah mengalir.Memang di saat-saat pengumuman pelajar cemerlang dan dibacakan biodatanya beserta gambar diskrin aku amat terharu hampir-hampir air mataku mengalir namun ku kuatkan semangat jangan sampai memalukan sang puteriku, kebetulan pula aku hanya sendiri tidak ditemani suami lagilah menambah kesedihan tidak dapat berkongsi kejayaan anak denganya,kerana dia tidak mendapat cuti. Namun teman –teman seangkatannya mampu memeriahkan suasana dan menghilangkan kesedihan. Terima kasih pada Hawa dan suami kerana susah payah menjemput dari stesyen bas KB ke rumahnya. Muni,Hajar,Along uzlah dan keluarga yang sanggup menumpangkan balik ke Paka tak lupa juga Iman, terima kasih tolong seterika tudung dan semua sahabat-sahabatnya, Kak Yang bertuah mendapat sahabat seperti anda semua yang sanggup bersusah dan bersenang bersama.
Hari itu dapat juga aku bergambar dengan jubah convo dia orang, begaya sakan tapi gambar sekeping pun tidak ada kebetulan masa inilah kamera rosak jadi sesiapa yang simpati bolehlah emailkan gambar, bak kata Ubai bila pakai jubah tu nampak macam sebaya je. Terima kasih semua. Buat puteriku kejayaan mu menyuntik semangat untukku menyambung pelajaran yang sekian lama terpendam. Insyaallah moga terlaksana walaupun diusia emasku mungkin ini juga hikmah Allah yang mengatur kelebihan orang kahwin awal dapat belajar dengan tenang tanpa gangguan-ganguan,mudah-mudahan Allah memberikan kesihatan dan menyampaikan hajatku untuk terus belajar.Mudah-mudahan ianya menjadi peransang pada adik-adikmu juga. Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)