Wednesday, August 11, 2010

Kejayaanmu Kebahagianku

Gembira,bangga,sedih itulah perasaanku tatkala aku menggantikan tempat puteriku yang dinobatkan sebagai pelajar cemerlang tertinggi KIAS dengan anugerah Tok Kenali pada tanggal 3hb ogos 2010. Sekarang dia sedang berada di bumi anbia' Jordan dan kerana peperiksaan semakin dekat maka dia tidak dapat balik ke Malaysia,lalu aku menjadi penggantinya yang naik ke pentas untuk menerima anugerah. Tentulah suatu perkara yang tidak mungkin aku lupakan. Aku gembira kerana ia melakar kejayaanya tersendiri,
sebagai ibu tentulah itu satu hadiah yang paling berharga bagiku, setinggi-tinggi kesyukuranku pada Allah atas nikmatnya. Walaupun suatu ketika dulu aku pernah merasakan ragu apakah tepat pilihan kami sebagai ibu bapa menghantar anak ke sekolah yang hanya dianggap sekolah yang tidak punya masa depan, walupun keputusan UPSRnya amat cemerlang. Namun ketika itu aku hanya berharap anakku menjadi insan mengenali ugamanya dan beramal denganya. Walaupun saat mula menjejakan kaki ke Mahad Darul Quran aku sendiri hampir lemah semangat ketika melihat daifnya keadaan prasarananya.Namun ku kuatkan semangat walaupun hakikatnya hatiku amat sayu untuk meninggalkannya, bimbang adakah ia mampu melalui suasana di situ yang serba kekurangan.

Aku bangga walaupun belajar dalam suasana kekurangan dia tidak pernah merungut, memang ia anak yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah dan pandai berdikari., Akhirnya di situ juga ia melakar sejarahnya sebagai pelajar cemerlang MDQ. Kini sekali lagi ia berjaya melalui satu fasa dalam dunia pembelajaranya.
Ternyata keputusan kami ibu bapanya tidak salah, kerana hasilnya sebagai ibu tidak banyak perkara untukku lakukan kecuali doa dalam membentuknya menjadi anak dan wanita solehah (mudah-mudahan ia akan berterusan sehingga akhir hayatnya).Benarlah pepatah orang tua melentur buluh biarlah dari rebungnya. Berkat didikan guru-gurunya yang ikhlas dan beramal dengan apa yang diajarkanya anakku menjadi seperti ini hari ini “Terima kasih para semua guru-guru anda telah banyak meringankan beban kami dalam mendidik anak-anak kami”.

Hari ini sekali lagi dia mencuit perasaanku, namun aku berjanji mengawal diri maklumlah aku ni orang yang amat sensitif semenjak putera bongsu ku dipanggil menghadap Ilahi air mata ku amat mudah mengalir.Memang di saat-saat pengumuman pelajar cemerlang dan dibacakan biodatanya beserta gambar diskrin aku amat terharu hampir-hampir air mataku mengalir namun ku kuatkan semangat jangan sampai memalukan sang puteriku, kebetulan pula aku hanya sendiri tidak ditemani suami lagilah menambah kesedihan tidak dapat berkongsi kejayaan anak denganya,kerana dia tidak mendapat cuti. Namun teman –teman seangkatannya mampu memeriahkan suasana dan menghilangkan kesedihan. Terima kasih pada Hawa dan suami kerana susah payah menjemput dari stesyen bas KB ke rumahnya. Muni,Hajar,Along uzlah dan keluarga yang sanggup menumpangkan balik ke Paka tak lupa juga Iman, terima kasih tolong seterika tudung dan semua sahabat-sahabatnya, Kak Yang bertuah mendapat sahabat seperti anda semua yang sanggup bersusah dan bersenang bersama.

Hari itu dapat juga aku bergambar dengan jubah convo dia orang, begaya sakan tapi gambar sekeping pun tidak ada kebetulan masa inilah kamera rosak jadi sesiapa yang simpati bolehlah emailkan gambar, bak kata Ubai bila pakai jubah tu nampak macam sebaya je. Terima kasih semua. Buat puteriku kejayaan mu menyuntik semangat untukku menyambung pelajaran yang sekian lama terpendam. Insyaallah moga terlaksana walaupun diusia emasku mungkin ini juga hikmah Allah yang mengatur kelebihan orang kahwin awal dapat belajar dengan tenang tanpa gangguan-ganguan,mudah-mudahan Allah memberikan kesihatan dan menyampaikan hajatku untuk terus belajar.Mudah-mudahan ianya menjadi peransang pada adik-adikmu juga. Wassalam.

1 comment:

  1. thniah mkcik...mkcik nak pesan pape ke slaku ahli bayt k yang....hehhe

    ReplyDelete