Wednesday, September 22, 2010

Tenangkah kita bila perintah Allah diabaikan.

Maaf pada semua yang sudi melayari laman ini kerana tiada cerita baru ,hari ini ku kumpulkan kekuatan untuk mencuri masa menulis disini setelah berehat sebulan lebih,bagi umat Islam setelah menyelesaikan madrasah tarbiyyah ramadhan dan disambut dengan kemeriahan syawal,akan meneruskan amalan-amalan dibulan ramadhan walaupun ia telah berlalau.Amatlah malang dan rugi bila amalan-amalan yang kita buat dibulan ramadhan ditinggalkan begitu sahaja.Kalaupun kita tidak dapat melakukan semua amalan ramadhan janganlah kita meninggalkan terus amalan-amalan tersebut dibimbangi kita mendapat kemurkaan Allah.Nauzubillah minta dijauhkan Allah dari kemurkaanya.

Dalam bulan puasa yang lalu bermacam-macam berita yang kita dengar dan baca,walaupun dibulan ramadhan namun gejala maksiat yang dilakukan oleh orang Islam masih berterusan,ramai yang tidak puasa membeli dan makan tanpa segan silu,ugama sekadar unutan bukan amalan,dengan lain perkataan aku buat apa yang aku suka orang lain tidak boleh masuk campur yang penting aku tidak ganggu orang,dosa aku tanggung sendiri,kubur masing-masing,kau jaga kubur kau sendiri jangan sibuk hal orang lain.Budaya menegur walaupun ada tetapi ramai yang mengambil sikap malas nak campur urusan orang lain,atau ada yang cuba hendak menegur kesalahan orang lain tapi takut tindak balas yang tidak dijangka dari orang yang ditegur,kerana ramai yang kita lihat seakan-akan sihat dan siuman tapi bertindak macam orang gila.Berita-berita begini kerap kita baca dan dengar menyebabkan kita terlalu berhati-hati dan mengundang perasaan takut untuk menegur kesalahan orang lain.Kita suatu ketika dahulu dikenali dengan bangsa yang lemah lembut dan berbudi bahasa dan saling menghormati antara satu sama lain kini semakin terhakis.

Berita pembunuhan jutawan wanita terkenal dan seorang ustazah bersama anaknya(walupun liputan x meluas)amat menggemparkan negara kita,memang menyentuh hati dan mengundang berbagai perasaan terlebih-lebih lagi ia berlaku beberapa hari menjelang syawal,bagi orang yang kehilangan sesaorang disaat-saat semua insan sedang bergembira membuat persiapan menjelang hariraya sedihnya bukan kepalang kerana ia menghilangkan keseluruh kegembiraan walaupun kedatangan syawal itu ditunggu-tunggu sekian lama oleh semua umat Islam diseluruh dunia.Saya memahamai kerana bonda tercinta telah tiada walaupun ianya tidak meninggal dibulan ramadhan atau syawal namun kami adik beradik memang telah dimaklumkan jangka hayat bonda hanya tinggal 6 bulan setelah kanser hati dikesan ditahap terakhir,bayangkan ketika kami tahu ianya dalam bulan puasa,kami menyambut syawal tahun itu sekadar mengambil hati bonda,berpura-pura gembira tapi dibelakang bonda kami menangis beramai-ramai sebab kami telah sepakat tidak akan menunjukkan kesedihan didepan bonda kami tidak mahu bonda tahu ramalan doktor kerana bimbang akan melemahkan semangat dan kekuatanya untuk melawan penyakitnya.Walaupun sekadar ramalan kami mengharapkan ramalan itu tidak akan berlaku,walaupun doktor itu bukan tuhan namun pengalaman dan ilmu yang mereka ada akhirnya ramalan doktor itu berlaku jua,sepanjang enam bulan kami amat terseksa melihat perubahan yang disebutkan doktor berlaku satu demi satu,enam bulan kami adik beradik menanti dengan penuh debaran,setiap kali melihat wajahnya yang tenang dan bersemangat hati kami bagai disiat-siat menahan sebak,namun ada hikmahnya kerana setiap permintaan ibu kami cuba penuhi sedapat mungkin,kami redha dengan ketentuan tuhan malahan kami berterima kasih kerana bertuah mengetahui jangka hayat ibu kerana ianya benar-benar memberi ruang kami berbakti sehingga akhir hayatnya,itulah ketentuan Allah setiap kejadianya ada hikmahya..Marilah mendoakan moga keluarga jutawan wanita ternama dan semua yang menerima musibah ini tabah menghadapi saat-saat mendatang,dan moga mereka semua ditempatkan disisi orang-orang yang diredhai Allah.

Semua ini berlaku kerana manusia tidak berpegang pada ugama,kerana ugama mana-mana pun tidak membenarkan penganutnya menganiaya orang lain dan mengambil hak orang lain.Walau sepandai mana dan secerdik mana pun manusia jika jiwa dan nafsu tidak dipandu ugama maka kita lihatlah kehancuran sedang menghampiri kita.Manusia bila dikuasai nafsu memang akan kalah walaupun ilmunya tinggi,pandai cerdik kerana nafsu ini juga sering dikawal olih syaitan bila kita melupakan tuhan,atau ugama.Manusia semakin ganas dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar habuan dunia.Marilah kita berfikiran terbuka apakah yang mampu mencegah perkara ini supaya ianya tidak berulang lagi.Cukuplah siri-siri pembunuhan kejam yang telah berlaku kita sebagai orang Islam kena yakin penyelesaianya pasti ada dan kembalilah pada pencipta kita yang lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kita makhluknya,adakah kita sombong dengan pencipta kita sehingga kita tidak mahu mendengar cadangan dan teguraNya pada kita,sedangkan kita mengaku tiada Tuhan melainkan Dia.Tidakkah kita bimbang kita tergolong dikalangan orang yang mengabaikan perintah Allah sedang puasa sebulan boleh kita taat kenapa perintah hukumanya kita ingkar,sedangakan ianya juga termaktub dalam Al Quran.Mudah mudahan kita mampu mencapai ketenangan bukan sekadar diri kita tetapi juga negara yang tercinta.Kejadian ini walau pun tidak berlaku kepada keluarga kita namun ianya juga mengganggu ketenangan kita,kita tidak mampu mengelak dan merasa selesa dengan apa yang berlaku.Pembunuhan yang tragis dan ngeri begini memang akan menggagu ketenangan dan emosi semua orang yang ada hati dan perasaan.Renung dan fikirkanlah apa usaha supaya ianya tidak berlaku lagi,atau lantaklah apapun yang akan berlaku asal keluarga kita selamat.Wassalam

No comments:

Post a Comment