Bulan syawal masih berbaki,seperti biasa rumah terbuka sedang rancak diadakan dimana-mana sahaja,semakin syawal menghampipri penghujungnya semakin banyak undangan rumah terbuka ada juga yang mengambil kesempatan mengadakan khenduri kahwin dua dalam satu.Ada juga baiknya diadakan majlis-majlis begini dapt bertemu sahabat-sahabat lama dan macam-macam cerita yang didengar.Dalam banyak-banyak cerita yang didengar saya tertarik mendengar cerita seorang sahabat tentang seorang saudaranya yang mengambil kesempatan cuti raya untuk melancung bersama keluarganya.Kalau sekali mungkinlah tidak ada janggalnya tapi bila sudah tiap-tiap tahun begitu tentulah terasa pelik dan janggal,oleh kerana mereka suami isteri dari negeri yang berlainan seorang utara seorang selatan,sisuami bekerja dipantai timur dan mereka menetap disitu,jadi sebelum raya mereka akan balik kampong suami dan isteri.Bila raya mereka pergi melancung anak beranak.Bersangka baik mungkin mereka malas nak berbalah nak beraya dimana.
Namun jauh disudut hati saya terfikir apa perasan sang ibu tercinta,dan alangkah malangnya anak-anak mereka tidak diajar budaya beraya menziarahi kaum keluarga dan sanak saudara.Sebagai seorang ibu tentu tersemat perasaan yang tidak senang namun si ibu tidak mampu untuk melahirkanya takut menyinggung sianak,ibu mana yang tidak gembira menyambut kepulangan anak-anak dan cucu untuk beraya dan berkumpul beramai-ramai,dipagi raya masing-masing berlutut mencium tangan ibu dan ayah,dan adik-adik serta anak-anak mencium tangan kita serta anak-anak saudara mencium tangan bapa dan mak saudara,alangkah meriahnya dan indahnya budaya yang dirasai dan difahami oleh anak-anak untuk dijadikan budaya yang bakal diwariskan pada jenerasi mereka yang akan datang.Bagi kanak-kanak ia akan menjadi kenangan sepanjang hayat dan bakal diceritakan pada anak-anak dan cucu-cucu mereka kelak.Macam kita pada zaman kanak-kanak dulu sehingga kini kita terbayang-bayang dan terasa-rasa bagaimana meriahnya kita berjalan ramai-ramai keliling kampung beraya kerumah saudara dan jiran-jiran kita.Masa itu duit raya jarang-jarang dapat,sebab tidak jadi budaya lagi,tapi kalau rumah tu ada beri duit raya maka ia akan menjadi rumah yang paling sibuk diziarahi kanak-kanak,kerana ia akan menjadi gosip dan cepat merebak,gosip kanak-kanaklah,
jumpa kawan mesti beritahu yang rumah sipulan-sipulan ada duit raya siap suruh pergi lagi.Ada yang pergi dua kali ke rumah tu.
Bayangkan anak-anak yang tidak didedahkan dengan suasana hariraya,sebab setiap raya emak ayah bawa melancung,tentulah mereka tidak dapat merasa suasana meriah begini.Mereka tidak merasa duduk beramai-ramai sambil bersalam-salaman dengan berbaju melayu dan bersamping dan yang perempuan bertudung dan berbaju kurung kemudian beramai-ramai kemasjid bertakbir bertahmid dan kemudian bersembahyang raya.Mereka pun akan lebih mengenali bapak-bapak saudara sepupu sepapat dan sanak saudara mereka dan ini akan merapatkan lagi tali silatirrahim antara keluarga.Boleh jadi orang akan kata kalau melancung pun boleh juga merasa raya,tapi seperti kata orang tua-tua hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri kita,baiklah negeri sendiri,tak tahulah pepatah ini sesuai ke tidak lagi,pilihan di tangan masing-masing.
Hari ini hari emak kita esok hari kita apa kata kita juga mengalami nasib yang sama seperti apa yang kita buat pada emak kita,bila tua nanti anak-anak kita tidak ada seorang pun balik menziarahi kita bila mereka pula bercuti atau melancung pada hariraya sebab itu yang kita terapkan pada mereka,kalau anak ramai mungkinlah ada anak juga yang menziarahi kita tapi kalau anak tunggal atau dua orang aja,bayangkan perasaan kita pada masa itu.Disaat-saat orang lain meriah dikelilingi anak dan cucu,kita terkebil-kebil suami isteri atau paling malang pada masa itu kita sudah tiada pasangan lagi.Pada masa itu baru kita kesal,walaupun kita pura-pura tidak sedih namun suasana raya sendirian dan sunyi mampu mengamit kesedihan,pada masa itu rumah besar dan duit banyak pun tidak ada guna ,nak melancung pun sudah tidak terdaya.Fikir-fikirkanlah sementara waktu masih ada.Wassalam
No comments:
Post a Comment