Tuesday, May 18, 2010

kini aku pun mengalaminya

Hari ini18 mei 2010 aku melalui satu lagi peristiwa yang mungkin tidak akan aku lupakan selamanya,jika selama ini aku hanya membaca sahaja didalam akhbar atau mendengar berita sahaja dari tv dan radio kini aku juga melalui pengalaman berhadapan peragut yang tidak pernah mengenal mangsa, tempat dan masa.Walaupun tidak trauma tetapi amat menjenggilkan dan membangkitkan kemarahan ku.Perkara ini berlaku waktu pagi dan disaksikan oleh ramai orang tetapi semuanya perempuan yang tidak mampu untuk memberi pertolongan,dan aku tidak menyalahkan mereka,banyak faktor yang menyebabkan mereka tidak mamapu melakukan apa-apa kerana ianya berlaku amat pantas.Peragut atau perompak itu memang tidak menunjukkan wajah yang takut bahkan melakukanya dengan selamba walaupun ia menyedari ramai orang,dan dia juga mengetahui kelemahan orang perempuan yang tak kuat melawan.
Ceritanya begini ketika aku sedang berjalan bersama rakan ku mendahului rakan ku yang lain tiba-tiba lalu sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua orang lelaki muda kemudian aku perasan motorsikal yang sama lalu semula lalu berhenti tidak berapa jauh dari aku dan temanku,sambil pembonceng turun dan memandang kearahku seraya memanggil dan berjalan menuju kearahku,dan aku pun sudah merasa tidak sedap hati lalu cuba lari tetapi lelaki itu berjaya memegang tangan ku,dan dia cuba untuk merebut jam tangan ku yang mungkin pada sangkaanya gelang emas,aku berusaha melepaskan tangan ku,bila si perompak itu menyedari jam itu tidak berharga dengan tidak semema-mena dia menanggalkan tudung ku dan kebetulan aku memakai rantai yang dihadiahkan suami yang dibelinya semasa ia bertugas di Pakistan,bila rakan perompak itu melihat aku cuba melawan dia pun datang rupa-rupanya dia memegang parang,yang dihalakan keleherku,bimbang keselamatan ku aku pun mendiamkan diri,dan perompak itupun merentap rantaiku ,lalu melarikan diri dengan tergesa-gesa.Aku tidaklah terasa sangat sedih atas kehilangan barang yang tak seberapa harganya itu yang paling aku geram dan marah betapa dia berani menanggalkan tudung ku hingga terbuka auratku cuma Alhamdulillah tiada orang lelaki disitu.
Rupanya sahabat yang berjalan seiring dengan ku terlebeh dahulu diacu parang dan dibuka tudungnya tapi kebetulan kawanku tidak memakai barang kemas dan pada anggapanya aku cuba melawan maka dia datang membantu kawanya dengan meletakkan parang dileherku.Aku terus membuat aduan dibalai polis dan ketika aku sampai sudah ada seorang mangsa lagi yang mengalami perkara yang sama ,dilakukan oleh perompak yang sama cuma dia teruklah lagi dari ku,dan barang yang diambil lebih banyak dan dia mengalami kecedaan sedikit ditanganya.Sampai bilakah perkara ini akan berterusan marilah kita fikirkan bukankah sudah sampai masanya kita beramal dengan hukum Allah?
Berapa ramai lagi mangsa yang harus melalui saat-saat mencemaskan bahkan ada yang kehilangan nyawa.Apakah kita lebih bijak dari Allah?.Adakah kita tidak yakin bahawa hukum Allah mampu menyelesaikan masalah.Fikir-fikirkanlah dan aku berazam untuk bekerja lebih kuat untuk memastikan hukum Allah ini dilaksanakan di bumi Malaysia ini biarpun aku terpaksa mengorbankan nyawaku sendiri,ini azam ku selepas kejadian ini ,anda bagaimana?.dan pada wanita berhati-hatilah kita lah yang terpaksa peka keadaan semasa kerana kecuaian kita peluang bagi perompak.

No comments:

Post a Comment