Thursday, February 2, 2017

Memulakan semula minat yang lama tidak di pupuk😌

InsyAllah blog ini Akan di isi dengan entry yang baru setelah di tinggalkan sekian lama oleh kesibukkan campur kemakgaan ( bahasa terengganu😔) namun terima kasih pada pengunjung yang masih mengunjungi blog ini . Apabila lama tidak menulis memang terasa kekurangan dan kepantasan  otak untuk menyusun kata2 dan membina ayat 😊kena asah balik bakat yang makin berkarat ni.Azam untuk menulis hari - hari tapi rasanya mungkin tidak termampu InsyaAllah janji pada diri sendiri 3 - 4 kali seminggu mesti. Nampak gaya kena disiplinkan diri sendiri , Ya Allah permudahkan urusan ku dalam memanfaatkan masa ku.



Wednesday, January 2, 2013

"Fatatun mutaaddibah".

Minggu lepas ketika menemani suami ke Kuantan untuk urusan memperbaharui permit perniagaan,kami singgah di salah sebuah pusat membeli belah dan ketika sedang duduk menanti makanan yang kami order,saya tertarik melihat seorang lelaki yang agak tua sedang duduk sambil memegang seorang bayi anggaran umur yang saya agag-agak sendiri mungkin dalam setahun atau kurang setahun.Saya leka melihat riaksi si lelaki melayan karenah si kecil dengan sabar dan riak muka penuh kasih sayang.Bukan benda pelik tapi ia jarang- jarang kita nampak situasi begitu.Jarak kami tidaklah berapa jauh sehingga apa yang di bualkan memang jelas kedengaran. Tidak jauh dari kerusi yang agak panjang duduk dua orang remaja wanita, pada asalnya remaja itu duduk agak jauh dari lelaki dan bayi tersebut,tapi kerana keletah si baby yang comel dan ramah itu menyebabkan kedua-dua remaja itu beralih tempat dan duduk di kerusi yang rapat dengan pak cik tersebut.Lalu bertanya lah remaja tersebut perihal baby itu dan di jawab oleh pak cik tersebut sambil memperkenalkan si babay "ini cucu saya, emak dia tak ada disini belajar ..... tidak jelas pendengaran saya dimana tempat belajar si ibu babay, mungkin si remaja bertanyakan nenek babay tersebut lalu terdengar katanya "neneknya gi beli barang". Terharu mendengar dan melihat pengurbanan si datuk dan nenek, tidak cukup memelihara anak-anak hingga besar panjang kemudian menjaga cucu pula.Alangkah beruntungnya anak-anak sekarang yang mendapat ibu bapa yang amat memahami erti betapa besarnya faedah ilmu pengetahuan dan kepentingan belajar hingga sanggup berkorban sedemikian walaupun sepatutnya ia sudah menumpukan pada kehidupan tuanya sendiri.waktu untuk menjaga kesihatan, amalan ukhrawi atau amal-amal ibadat bekal kemudian hari.Mungkin anak-anak tidak menyuruh tetapi naluri kenenekanya dan kedatukannya menyebabkan mereka sendiri lebih rela menjaga cucu mereka sendiri daripada menggaji orang menjaga atas faktor-faktor kebimbangan keselamatan babay jika di jaga oleh orang lain.Berita- berita mutakhir yang melibatkan penderaan bayi oleh pengasuh juga menjadi penyumbang kebimbanagn tersebut. Saya juga pernah menyuarakan pada anak-anak tidak akan menjaga cucu nanti,tapi dalam masa yang sama duduk memikirkan apakah bila tiba waktunya nanti saya mampu menolak untuk menjaga cucu?.Entahlah kadang-kadang mulut saja yang bercakap tapi dalam hati lain sebab naluri saya sendiri memang suka kanak-kanak.Tunggu bila masa tiba baru tau keputusanya moga saya juga mampu menyumbang seperti nenek dan atuk tadi.Teringat pula semasa arwah ustazah Aishah Awang dalam satu program muslimat di paka menghuraikan tugas-tugas wanita antaranya "Fatatun mutaaddibah" ,mampukah saya menjadi "fatatun muaddibatun" seperti yang dihuraikan oleh arwah yang pada masa itu didengar sambil lewa sahaja,kini satu fasa kehidupan yang perlu dilalui dan diisi sebaik mungkin sebagai nenek yang menjadi pembimbing.InsyaAllah moga Allah memberi kekuatan.wassalam

Saturday, December 22, 2012

Bahagia atas nikmat mu ya Allah

Makin penghujung cuti sekolah makin banyak undangan majlis perkahwinan.Walaupun hujan lebat majlis tetap di teruskan dan orang pun tetap datang begitulah kehidupan dalam mayarakat kita.Sikap ini perlulah diteruskan walaupun zaman sudah berubah ada perkara yang maseh perlu dipertahankan.Semalam 22hb 12 2012 memang banyak majlis perkahwinan.aku sendiri menerima lima undangan perkahwinan cuma 4 majlis saja yang dapat di penuhi kerana kekangan cuaca yang amat tidak menyelesakan untuk meneruskan perjalanan kerumah yang terakhir.Aku sendiri merasa kesal kerana gagal untuk kerumah sahabatku yang melangsungkan perkahwinan dua orang sekali gus sorang lelaki dan sorang perempuan.Tapi kerana hujan yang sangat lebat menyebabkan kami membatalkan niat untuk pergi kerumahnya tambahan masa sudah menunjukkan pukul empat petang.Atas faktor itulah yang menyebabkan kami tidak jadi meneruskan perjalanan kerumahnya walaupun memang berniat dari awal untuk pergi kerumahnya,kalau kami pergi memang sampai kerumahnya waktu magriblah, sebab jalan banyak air dan berlubang, hairan juga bila waktu hujan banyak jalan yang berlubang.Nak komen pun susah sekadar boleh beleber jelah kata orang terengganu. Bila menghadiri majlis perkahwinan anak-anak sahabat- sahabat terasa sangat diri ini semakin tua, mentelah lagi aku sendiri sudah bercucu, semua yang kahwin semalam memang membesar depan mata.Kini mereka juga sudah mula membina keluarga jenerasi sendiri ah alangkah bertuah diberikan nikmat melalui kehidupan melihat anak membesar dan kini melihat juga cucu kita sendiri.Ya Allah kami bersyukur atas segala anugerah mu Dan moga kami di berikan kekuatan menjadi hamba mu yang sentiasa menunaikan tanggung jawab dan amanah yang telah kau beri pada kami ya Allah

Sunday, December 16, 2012

Azam ku perbaharui semula

Setelah sekian lama tidak menulis entah apa alasanya pun tidak bisa untuk ku ungkapkan.Sewajarnyalah aku tidak menyatakan alasan kerana alasan memang banyak dan boleh di cipta,memang pun tidak perlu alasan kerana tidak ada keperluan untuk adanya alasan.Menulis bukan kerana sesiapa tapi untuk sekadar mencari kepuasan hati, pengisian waktu, perkongsian ilmu dan mmaklumat,pandangan, pendapat,namun dalam amalan jika tidak ada niat maka ia akan menjadi sia- sia disisi Allah yang maha pemurah yang sentiasa membuka ruang hambanya untuk mendapat pahala yang bakal di pergunakan di alam akhirat kelak. Maka sewajarnyalah aku mengikhlaskan niat ku untuk Allah semata-mata,mudah-mudahan apa yang aku nukilkan ini mampu dikongsikan bersama pada sesiapa yang sudi nembacanya, jika ada yang boleh dijadikan tauladan ambillah dan mana yang boleh di kongsikan kongsilah terpulanglah pada orang yang membaca apa yang mereka fikirkan. Bagi diriku hanya berdoa apa yang terbaik mudah-mudahan tulisan aku juga mampu mendatangkan manafaat, dan mudah-mudahan aku juga mampu menyumbang dalam dakwah melalui tulisan yang mungkin tidak sebaik orang lain,namun yang penting sekurang-kurangnya aku berusaha mengikut kemampuan yang aku ada. Kekangan masa juga terkadang melemahkan atau membantutkan semangat ku untuk menulis InsyaAllah aku berazam untuk tidak terleka lagi dan berusaha menguntukakan maaa untuk menulis walaupun sibuk. Ya allah pemudahkanlah dan bantulah aku dengan memberi kekuatan dan kelapangan waktu untuk menulis.Amin moga tempat ini akan bersih dan tidak bersawang lagi.

Wednesday, April 25, 2012