Saturday, December 22, 2012

Bahagia atas nikmat mu ya Allah

Makin penghujung cuti sekolah makin banyak undangan majlis perkahwinan.Walaupun hujan lebat majlis tetap di teruskan dan orang pun tetap datang begitulah kehidupan dalam mayarakat kita.Sikap ini perlulah diteruskan walaupun zaman sudah berubah ada perkara yang maseh perlu dipertahankan.Semalam 22hb 12 2012 memang banyak majlis perkahwinan.aku sendiri menerima lima undangan perkahwinan cuma 4 majlis saja yang dapat di penuhi kerana kekangan cuaca yang amat tidak menyelesakan untuk meneruskan perjalanan kerumah yang terakhir.Aku sendiri merasa kesal kerana gagal untuk kerumah sahabatku yang melangsungkan perkahwinan dua orang sekali gus sorang lelaki dan sorang perempuan.Tapi kerana hujan yang sangat lebat menyebabkan kami membatalkan niat untuk pergi kerumahnya tambahan masa sudah menunjukkan pukul empat petang.Atas faktor itulah yang menyebabkan kami tidak jadi meneruskan perjalanan kerumahnya walaupun memang berniat dari awal untuk pergi kerumahnya,kalau kami pergi memang sampai kerumahnya waktu magriblah, sebab jalan banyak air dan berlubang, hairan juga bila waktu hujan banyak jalan yang berlubang.Nak komen pun susah sekadar boleh beleber jelah kata orang terengganu. Bila menghadiri majlis perkahwinan anak-anak sahabat- sahabat terasa sangat diri ini semakin tua, mentelah lagi aku sendiri sudah bercucu, semua yang kahwin semalam memang membesar depan mata.Kini mereka juga sudah mula membina keluarga jenerasi sendiri ah alangkah bertuah diberikan nikmat melalui kehidupan melihat anak membesar dan kini melihat juga cucu kita sendiri.Ya Allah kami bersyukur atas segala anugerah mu Dan moga kami di berikan kekuatan menjadi hamba mu yang sentiasa menunaikan tanggung jawab dan amanah yang telah kau beri pada kami ya Allah

Sunday, December 16, 2012

Azam ku perbaharui semula

Setelah sekian lama tidak menulis entah apa alasanya pun tidak bisa untuk ku ungkapkan.Sewajarnyalah aku tidak menyatakan alasan kerana alasan memang banyak dan boleh di cipta,memang pun tidak perlu alasan kerana tidak ada keperluan untuk adanya alasan.Menulis bukan kerana sesiapa tapi untuk sekadar mencari kepuasan hati, pengisian waktu, perkongsian ilmu dan mmaklumat,pandangan, pendapat,namun dalam amalan jika tidak ada niat maka ia akan menjadi sia- sia disisi Allah yang maha pemurah yang sentiasa membuka ruang hambanya untuk mendapat pahala yang bakal di pergunakan di alam akhirat kelak. Maka sewajarnyalah aku mengikhlaskan niat ku untuk Allah semata-mata,mudah-mudahan apa yang aku nukilkan ini mampu dikongsikan bersama pada sesiapa yang sudi nembacanya, jika ada yang boleh dijadikan tauladan ambillah dan mana yang boleh di kongsikan kongsilah terpulanglah pada orang yang membaca apa yang mereka fikirkan. Bagi diriku hanya berdoa apa yang terbaik mudah-mudahan tulisan aku juga mampu mendatangkan manafaat, dan mudah-mudahan aku juga mampu menyumbang dalam dakwah melalui tulisan yang mungkin tidak sebaik orang lain,namun yang penting sekurang-kurangnya aku berusaha mengikut kemampuan yang aku ada. Kekangan masa juga terkadang melemahkan atau membantutkan semangat ku untuk menulis InsyaAllah aku berazam untuk tidak terleka lagi dan berusaha menguntukakan maaa untuk menulis walaupun sibuk. Ya allah pemudahkanlah dan bantulah aku dengan memberi kekuatan dan kelapangan waktu untuk menulis.Amin moga tempat ini akan bersih dan tidak bersawang lagi.