Monday, March 28, 2011

Hadapi masalah rumahtangga dengan hikmah

Masalah rumahtangga sering menjadi topik perbincangan dan adakalanya mengundang bencana yang berakhir dengan terajedi dan kematian.Amat menyedihkan bila rumahtangga bergolak ianya bukan melibatkan suami dan isteri sahaja tetapi ianya juga melibatkan banyak pihak.Bahkan mahu tidak mahu ianya akan melibatkan seluruh masyarakat.Waktu ini bila berlaku perbalahan didalam rumahtangga maka individu itu sendiri sering mengambil keputusan mudah,cerai.Kemudian barulah menggelabah dan menyesal.Dalam Islam kita diajar bagaimana untuk menyelesaikan sengketa rumahtangga.Rumahtangga ini bukan setakad menghalalkan hubungan tetapi ianya suatu amanah Allah,yang perlu dipikul dengan penuh kesabaran dan tanggungjawap.

Dalam Islam bila berlaku pertengkaran atau perselisihan haruslah dilantik orang tengah.Sesiapa sahaja boleh dilantik asalkan mereka memahami tugas dan tanggungjawap mereka tanpa dipengaruhi oleh emosi oleh sentiman kekeluargaan, termakan budi atau terhutang budi.Namun sebaiknya pilihlah orang yang terdekat bapa,bapa saudara atau datuk tujuanya supaya masalah itu dapat diselesaikan diperingkat keluarga sahaja.Supaya jika ada perkara yang mengaibkan tidak tersebar dan memalukan mereka.Bagaimanapun jika orang yang terdekat itu mempunyai masalah sendiri dan payah mengawal emosi dan gagal mengawal diri atrau ada sikap berat sebelah maka carilah orang lain umpamanya jiran tetangga,tuan guru,tuan khadi atau siapa sahaja yang kita percaya dan ada ugamanya kerana orang tengah juga harus takut kepada Allah,atas penyelesaian yang dibuat.

Untuk menyelesikan masalah semua pihak mestilah betul- betul ikhlas dan jujur, tidak dipengaruhi atau diselubungi dengan perasaan marah. Marah tidak dapat menyelesaikan masalah.Masing-masing yang terlibat mestilah memberikan kerjasama dan berlapang dada.Masa inilah masing-masing perlu lebih kuat mendekatkan diri dengan Allah,kerana kasih sayang adalah anugerah Allah.Jika benar-benar ikhlas dan memang ingin menyelesaikan masalah dengan baik maka kenalah menggunakan cara yang baik dan diizinkan Allah.Jangan keras kepala menegakkan kebenaran masing-masing namun kena ada tolak ansur dan timbang rasa tapi bukan sampai menganiaya dan memudharatkan mana-mana pehak.Apa pun penyelasaiannya samaada kekal sebagai suami atau isteri atau pun tidak,perlulah dibuat dengan pertimbangan yang waras dan sedar,bukan sekadar menurutkan kata dan perasaan marah dan dendam.

Orang tengah mestilah mengetahui punca masalah dari kedua-dua pihak bukan.Samaada salah faham sahaja atau memang berlaku perlanggaran hak atau ada unsur-unsur penganiayaan dari mana-mana pihak.Orang tengah mestilah berusaha dan bertekad untuk menyelesaikan dengan cara terbaik.Jangan terlalu bincang siapa yang salah dan siapa yang benar walaupun mesti ada yang melakukan kesalahan atau yang memulakan masalah.Kalau dilihat pasangan itu memang sedang saling menyimpan perasaan marah,biarkan mereka meredakan kemarahanya dahulu.Disinilah perlu kebijaksanaan dan hikmah orang tengah.Sebab itulah orang lebih mudah untuk membawa kes rumahtangga ke mahkamah kerana biasanya kaum kerabat atau keluarga tidak ramai yang mahu campur tangan,sebab hanya memeningkan kepala sahaja.Satu lagi fungsi keluarga sudah mula dibuang,bahkan ada dikalangan keluarga sendiri yang suka melihat kehancuran rumahtangga anak beranak sendiri,alangkah malangnya kita kini.

Biar sekuat mana badai yang datang melanda rumahtangga jika ramai yang sanggup menjadi benteng menahan arus,keluarga yang sering bernasihat dengan agama dan iman,bukan dengan hati dan perasaan semata- mata insyaAllah sebesar mana pun masalah mesti boleh diselesaikan.Apa yang penting Islam tidak memberatkan ummatnya,jika jodoh tidak panjang berlaku penceraiaan ia dibolehkan tapi ia adalah pilihan terakir setelah berusaha.Bukan cerai dulu bincang kemudian.Itu adalah penyalah gunaan kemudahan yang diberikan Allah.Jangan pentingkan diri sendiri,kerana akibatnya kita juga yang akan menangungnya kemudian,mungkin bukan masa muda tapi masa tua disaat kita memerlukan orang.Fikir- fikirkanlah